Sesungguhnya kekuatan sesebuah ketumbukan tentera ialah apabila ianya mendapat sokongan dari segala sumber yang ada, sama ada logistik, perisikan, perubatan, sokongan udara, arteleri dan sebagainya. Semua itu akhirnya dikebalikan kepada Allah bagi mengharapkan pertolongan YANG MAHA BERKUASA. Sebagai persiapan menghadapi pilihanraya Sarawak, Blog Islamreturn mewakili sahabatbloggersabah menyokong usaha wak albanjari bagi mengutip Dana Tabung Blogger Pakatan Rakyat. Sokongan media alternatif merupakan antara strategi penting di dalam pilihanraya bagi menghadapi kejahatan/kazaliman/kemunafikan/kefasikan UMNO dan Barisan Nasional. Sirru ala' barkatillah..
Lambaian  jihad berterusan mengamit jasad kami para bloggers PAS dan Pakatan  Rakyat,, untuk bersama-sama para sahabat lain berjuang fi sabilillah di  bumi Sarawak. 
Rakan-rakan  tak putus-putus sms dan hubungi wak, bila nak turun. Amboi-amboi  hangpa.., ingat turun ke Sarawak tu macam turun tangga nak pi jamban  kaa? 
Hadoiii..!!  Ikut hati dan rasa, wak nak saja, angkat bendera 'putih' tanda  'surrender' untuk sama-sama membantu apa yang mampu. Sarawak memang  butuhkan pejuang-pejuang untuk mengukuhkan kemenangan.
Pilihanraya  Sarawak sudah tentu berbeza dengan PRK di Tenang dan juga di Kerdau.  Peperangan di Sarawak, membawa makna besar dan harapan rakyat untuk  melihat Pakatan Rakyat menguburkan penguasaan BN di Putrajaya kelak.  Lebur BN di Sarawak, maka bertempiaranlah jerangkung-jerangkung BN  mencari tanah baru untuk 'hidup'. Itu janji besar 'peperangan' ini.
Demi  meneruskan hasrat dan misi islam PAS subur di Sarawak, wak akan  bergerak ke Sarawak pada 5 April 2011, InsyaAllah. Seperkara ingin wak  jelaskan di sini, dengan rasa berat hati dan malu, wak buka kepada semua  pembaca dan sahabat blogger agar dapat membantu TABUNG DANA ini sekadar  yang mampu bagi meringankan sedikit bebanan kewangan kepada  blogger-blogger yang bersama misi ini kelak.
Sikit-sikit  lama-lama cukuplah kot, (serah pada Allah swt). Wak buka TABUNG DANA  BLOGGERS ini mulai hari ini dan kepada yang budiman dan pemurah ingin  menginfaqkan dan membantu misi BLOGGERS ke Sarawak, sila salurkan ke  akaun dibawah :
MAYBANK-158417021317
CIMB - 02060040624528
Kali  terakhir wak lancarkan misi dana bloggers ialah pada PRK Parlimen Bukit  Gantang 2 tahun lalu. Ketika kemuncak penguasaan BloggersNetwork Perak  bersama-sama blogger Mat Saman Kati (MSK) dan tumbangnya BN di Bukit  Gantang.
Sekali  lagi wak dengan malu, menyeru agar sahabat pembaca dapat kiranya  menyumbang dan membantu TABUNG DANA BLOGGERS ini untuk merealisasikan  misi bloggers Pakatan Rakyat ke Sarawak bagi membantu jentera parti dan  menyalurkan berita muttakhir kepada semua. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment