HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, November 2, 2010

Sidang Media PKR: Jalan Sibuga 16 Juta!

Sebentar tadi telah diadakan sidang media terakhir sebelum PRK yang akan berlangsung esok. Bersama-sama pada sidang media tersebut ialah presiden PKR Dato Seri Wan Azizah, DS Nizar Jamaluddin, Dato Nga , Mustafa Kamil dan Hj Ansari serta pimpinan PR.

Pada sidang media tersebut DS Wan Azizah menyatakan bahawa PR akan menjadi pilihan terbaik kepada rakyat Sabah untuk memerintah. Manakala Dato Ngeh Koo Ham pada sidang media tersebut meminta kaum cina khususnya memberi sokongan penuh kepada calon PKR serta menyatakan hanya sistem 2 parti yang ada sekarang akan mampu menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang. Seterusnya beliau mempertikaikan peruntukan 16 juta untuk menyiapkan jalan Sibuga yang hanya berjarak 2 kilometer.

Sidang Media Pakatan Rakyat

DS Nizar pada sidang media tersebut menyatakan sekali lagi komitmen PR seperti juga di semenanjung di dalam menangani masalah kemiskinan dan tanah. Beliau menyatakan semasa memerintah Perak selama 6 bulan, PR telah menyelesaikan sebanyak 150 ribu keluarga berkaitan isu tanah. Manakala di dalam isu hak kerakyatan, PR akan memberi perhatian kepada mereka yang lahir di Sabah dan telah bermastautin lebih dari 20 tahun di Sabah.

Manakala Fauziah Saleh yang juga pengarah pilihanraya PKR pusat menyatakan bahawa BN kini telah memasuki fasa terdesak dimana terdapat kes-kes ugutan terhadap pengundi di sesetengah tempat terutamanya di pulau-pulau. Juga maklumat tentang pemberian 30 ribu keping zink yang diagih-agihkan kepada penduduk di pejabat MPS. Seterusnya beliau mendedahkan juga masyarakat setinggan yang sedia miskin telah di tindas dengan memberi sewaan elektrik oleh satu syarikat dengan sewaan bernilai RM100 sebulan.

Sidang media berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD