HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, May 3, 2009

Muktamar Pemuda Negeri kali ke-22: Seribu sejarah dicipta.

Salam perjuangan..

Muktamar kali ini telah meninggalkan sejarah perjuangan Dewan Pemuda PAS Sabah. Muktamar yang pertama kali diadakan di banggunan sendiri (PASTI KINABATANGAN) juga telah menonjolkan kepimpinan tempatan yang akan menerajui perjuangan pemuda Islam Sabah.

Rentetan perjalanan ke muktamar.
Perjalanan ke Kinabatangan mengambil masa hampir 6 jam dari Kota Kinabalu, melalui jalan yang berbukit serta tidak berapa baik menambahkan lagi keletihan memandu. Rombongan perwakilan dan pemerhati dari Pas zon Pantai Barat (kota kinabalu) bertolak pada 30 April selepas isya'. Perjalanan yang agak jauh menyebabkan kami merancang untuk berhenti berehat di Kg. Luanti Baru, Ranau dimana masjid Kg. Luanti menjadi tempat untuk kami melepaskan lelah memandu (Kg. Luanti Baru merupakan tapak perkemahan Jambori Amal Kebangsaan pada tahun 2006).

Pada keesokannya (1 Mei) selepas solat subuh dan mandi di sungai berdekatan, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Kinabatangan. Perjalanan berhenti di pekan Telupid untuk rombongan bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan kami. Alhamdulillah kami tiba di tapak muktamar seperti yang dirancangkan iaitu sebelum bersolat jumaat.

Pada sebelah petang telah diadakan Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS Sabah yang telah disempurnakan oleh Datuk Paduka Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS. Majlis dimulakan dengan perbarisan dari Unit Amal Sabah serta pemeriksaan barisan oleh Datuk Paduka Husam Musa. Ucapan penuh perasmian boleh diikuti diSINI. Manakala pada sebelah malamnya telah di adakan forum sempena hari pekerja di Masjid berdekatan.

Pada 2 Mei bermulalah muktamar penuh Dewan Pemuda PAS Sabah kali ke-22. Muktamar yang dimulakan dengan ucapan dasar oleh ketua pemuda iaitu Ust Anuar Ali. Ucapan yang bagi penulis adalah yang terbaik selama penulis mengikuti muktamar pemuda. Ucapan yang menyelami harapan dan perancangan Dewan Pemuda Sabah bagi merealisasikan agenda Islam ini disampaikan oleh ketua pemuda dengan penuh semangat. Penulis benar-benar meneliti setiap kata dan ucapan tersebut kerana penulis dan hadirin muktamirin memahami bahawa inilah kali terakhir untuk kami mendengar ucapan dasar dari ketua pemuda yang kami sayangi dan hormati, kerana beliau ibarat abang serta ayah kepada kami di dalam menyelesaikan masalah jamaah juga masalah pribadi anggota jamaah (semoga Allah membalasi jasa-jasamu dengan janji-janji syurga kepada pemuda yang berkasih sayang kerana Allah).

Sebelah petangnya, telah diadakan pemilihan baru kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah. Pemilihan saudara lahirul Latigu adalah tepat pada masanya untuk merubah lanskap perjuangan setelah tali perjuangan ini di sambut oleh orang tempatan sendiri untuk memacu perjuangan Dewan Pemuda. Tahniah dan takziah kepada Ketua Pemuda serta barisan Exco baru yang dipilih, semoga kalian sentiasa dibimbing oleh 'Ilham dari Allah' dalam memartabatkan Islam dibumi Sabah. Muktamar ditamatkan pada sebelah petang dengan membaca doa wehdah oleh semua hadirin.

Usul
Dua usul telah diluluskan sebulat suara, iaitu:
1. Meminta PAS Pusat untuk menghantar memorendum agar dibenarkan kakitangan kerajaan kelas A terlibat di dalam kegiatan politik.
2. Meminta agar PAS Negeri menimbang untuk meletakkan calon Pemuda pada mana-mana DUN pada pilihanraya kali ke-13 nanti.

wuzere: Muktamar kali ini melakarkan seribu sejarah perjuangan 'Anak Muda Islam Sabah'.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD