HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, March 20, 2013

Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai

Sumber: http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/

Sejarah Ringkas

Pandasan merupakan sebuah perkampungan terpinggir di utara daerah Kota Belud Sabah. Satu ketika dahulu di bumi Pandasan ini masyarakatnya begitu teguh berpegang pada ajaran dan undang undang Islam. Pernah terjadi seorang pemuda berbangsa Samah beragama Islam telah dikenakan hukuman sebat kerana kesalahan berzina. Pasangannya adalah seorang gadis berbangsa Dusun bukan Islam. Gadis tersebut juga dikenakan hukuman mengikut hukum adat suku kaum Dusun kerana undang undang Islam tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

Peristiwa Pandasan atau lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Perang Pandasan telah berlaku pada 26 April 1915 bersamaan dengan 12 Jamadilakhir 1333(H). Beberapa hari selepas tewasnya Pahlawan Antanum di Rundum.Pada tarikh ini,Sharif Ali atau lebih dikenali sebagai Embo Ali juga Sabil Ali bersama sama dengan pengikut-pengikutnya yang terdiri dari suku kaum Samah, Dusun dan Irranun telah terkorban.Sharif Ali merupakan adik kepada Datu Paduka Mat Salleh, pahlawan terbilang Sabah. Embo Ali yang juga seorang ulama ahlul bait dan pahlawan bangsa menentang British kerana tidak bersetuju dengan sistem cukai yang dikenakan oleh British North Borneo Company (BNBC).

BNBC yang pada mulanya datang sebagai pedagang dan penyewa akhirnya meminta cukai daripada tuan tanah.Nampak sangat sikap penipu bangsa beruk British ini. Penentangan Embo Ali juga adalah disebabkan rasa tidak puas hati dengan perangai beruk-beruk British yang cuba mengambilalih pemerintahan dan ini menjadi kenyataan setelah tanah Sabah diserahkan kompeni kepada Kerajaan British secara tidak sah pada tahun 1946. Pandai sangat British ini mengambil kesempatan. Bersama sama dengan orang tempatan lawan Jepun supaya mereka dianggap berjuang membebaskan bumi Sabah. Padahal merekalah yang membunuh dan menghapuskan kuasa pembesar pembesar sebelum itu.

Berbalik kepada peristiwa perang Pandasan, upacara “Betitik” selama 3 hari 3 malam juga disebut masyarakat Irranun sebagai "Peghkalilang" telah diadakan. Irama “Tigad-tigad” yang membawa maksud tetak dalam bahasa Samah mengiringi hari hari terakhir para pejuang. Kiranya macam dalam cerita kungfu la, sebelum menghadapi peperangan, gendang perang di palu terlebih dahulu bertujuan untuk menaikkan semangat para pejuang. Ketibaan pasukan polis British dinanti dengan zikir dan wirid memuji keagungan Allah s.w.t. Barisan pejuang menanti kedatangan mereka dengan berpakaian serba putih setelah mereka berkeputusan untuk mempertahankan kedaulatan hingga ke titisan darah yang terakhir walau hanya dengan bersenjatakan gayang(pedang), bujak(lembing), pidah(parang) dan senjata tradisional yang lain.

Pasukan polis British mula melakukan serangan, dentuman bunyi meriam dan senapang berselang seli dengan jerit tempik laungan “Allahuakbar” membingitkan suasana perang Pandasan, yang kini merupakan tapak Tamu Pandasan. Tembakan meriam dan senapang pasukan polis British tidak sedikit pun mencederakan Embo Ali dan pengikut pengikutnya.Ternyata kehebatan “Ilmu Petunang” berjaya membuatkan senjata anggota polis British tidak berfungsi dan membuatkan mereka saling tembak menembak sesama sendiri.Tembakan yang dilepaskan juga tidak mengenai sasaran. Kesannya masih boleh dilihat pada pokok2 besar sehingga ke hari ini.



Kota Belud terkenal dengan penunggang kuda yang handal

Melihat kepada keadaan tersebut, lahirlah watak seorang talibarut yang bernama Arshad. Arshad merupakan salah seorang dari pengikut Embo Ali yang telah diperturunkan ilmu kepahlawanan. Arshad yang telah dirasuk syaitan mula membayangkan imbuhan yang akan diperolehinya setelah mengkhianati rakan seperjuangan dan gurunya sendiri. Tidak seperti Jebat yang derhaka kerana menuntut Keadilan, Arshad menderhaka kerana kuasa dan kekayaan. Arshad memilih untuk hidup mulia, Embo Ali memilih untuk mati syahid. Arshad mengetahui kelemahan Embo Ali lalu bertindak meminjam bujak (lembing) kepunyaan gurunya itu. Sebagai salah seorang anak murid yang paling dipercayai dan antara yang terhandal berbanding yang lain, Embo Ali tidak menyangka anak murid kesayangannya yang seorang ini sebenarnya takut mati dan terlebih dahulu telah berpakat dengan pihak British. Setelah mendapat bujak kepunyaan gurunya itu dengan laungan “sumbang/setumbang noh kiti guru!!!’’ yang bermaksud “berlawanlah kita wahai tok guruku”, Arshad membujak Embo Ali dalam keadaan beliau tidak bersedia. Antara dialog yang dirakamkan dalam ingatan mereka yang tidak terbunuh dan menyaksikan babak tersebut adalah berbunyi seperti ini yang telah saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu." Sampai hatimu Arshad. Ku pelihara kau seperti anak sendiri, ku perturunkan segala ilmu. Sebegini rupa kau membalasnya".

Ini kerana Arshad bukanlah penduduk asal Kota Belud dan sudah menjadi budaya masyarakat di Kota Belud menghormati orang luar. Budaya ini kekal sehingga ke hari ini, dimana sekiranya anda seorang perantau dan datang ke Kota Belud, mereka akan melayani anda sebaik mungkin. Apa yang ada di dapur mereka, itulah juga yang anda makan. Melainkan sudah tiada, memadailah sekadar secawan kopi dan biskut kering. Seperti yang digambarkan dalam sebuah perumpamaan bangsa Samah, "Mangan nia mangan asal jo kiti kurung kurung" yang bermaksud makan tak makan,yang penting kita berhimpun. Di saat saat akhir hayatnya, Embo Ali sempat berpesan kepada anak muridnya yang lain agar meneruskan perjuangan "Baya ni matai entorong bujak", yang membawa maksud biarlah mati dihujung lembing. Akhirnya pergilah seorang pejuang agama dan bangsa. Pemimpin berkarisma yang menjadi simbol penyatuan bangsa yang berlainan agama dan kepercayaan.

Pengikut-pengikut Embo Ali yang masih hidup cuba membunuh Arshad tetapi tidak berhasil kerana Arshad sememangnya seorang yang handal bertarung hasil didikan Embo Ali. Satu demi satu pejuang gugur dan berakhirlah perjuangan suci dibumi Pandasan. Pakaian putih dibasahi darah merah. Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang di sebuah permakaman besar di kampung Pandasan selayaknya untuk mereka yang mati syahid. Mayat pejuang-pejuang yang bukan beragama Islam pula dikebumikan di kampung masing-masing. Arshad diangkat sebagai wira di Kota Belud. Sebuah sekolah menengah di Kota Belud diambil bersempena dengan namanya yang telah berjasa kepada British kerana mengkhianati guru dan rakan seperjuangannya. Berbekalkan ilmu kepahlawanan dan sokongan dari pihak British, Arshad mula berlagak seperti seorang dictator. Merampas tanah dan harta penduduk tempatan disamping mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah. Waris dan keturunan Embo Ali dan wira-wira Pandasan dihina sebagai keturunan pemberontak. Ada diantaranya yang berhijrah meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan meninggalkan keluarga besar mereka di Kota Belud.

Begitulah seadanya satu penceritaan ringkas. Saya menyeru anak anak muda yag berbangsa Samah, Dusun dan Irranun terutamanya yang berasal dari Kota Belud agar tidak melupakan sejarah yang cuba dipadamkan ini. Rajin-rajinlah bertanya kepada orang-orang lama. Pelangi akan pergi setelah petang menjengah malam. Bangunlah pada keesokan hari bersama sinar pagi yang menerangi seluruh alam. Sejarah akan terus menipu selagi si penipu sejarah tidak didedahkan. Sejarah itu ditulis oleh orang-orang yang menang untuk memenangkan mereka yang menang dan yang menang adalah penjajah British dan agen mereka yang memerintah kita hingga ke hari ini.  Embo Ali dan wira-wira perang Pandasan sudah hampir seratus tahun meninggalkan kita. Tapi kita yang masih hidup, hiduplah yang bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan mereka, kerana inilah sebenarnya perjuangan yang belum selesai. Suara keramat ini akan terus kedengaran, selagi hayat dikandung badan. BAYA NI MATAI ENTORONG BUJAK.. LAWAN TETAP LAWAN!!!


almansur/- aku mesti melawat kawasan ini nanti, In shaa Allah..

Monday, March 18, 2013

Keselamatan: Sallehuddin Ayub seru rakyat Sabah buat perubahan

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

17Mac, KOTA KINABALU: Isu keselamatan yang semakin meruncing di Sabah boleh diselesaikan jika rakyat negeri itu membuat perubahan sebenar dalam politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Naib Presiden PAS YB Hj. Sallehuddin Ayub berkata, Sabah, Sarawak dan Johor merupakan negeri-negeri simpanan tetap Barisan Nasional atau dikenali sebagai “fixed deposit” untuk terus berkuasa memerintah dipusat.

Beliau menggesa rakyat negeri itu supaya berani melakukan perubahan disaat Malaysia menerima gelombang tsunami pilihanraya disemenanjung dan bayu perubahan mula menyapa negeri di bawah bayu ini.

Beliau yang ketika ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata tidak teragak-agak untuk melepaskan kerusi yang disandang sekarang dan akan bertanding di Johor demi memecahkan kubu terkuat Umno disemenanjung sekaligus meletak harapan tinggi 12 kerusi bakal ditawan oleh Pakatan Rakyat kelak.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir
“ The ground there is encouraging dan kita mensasarkan 12 kerusi kita tawan pada PRU 13”,jelas beliau.

Pengalaman berada dalam arena politik selama 30 tahun, menyaksikan penghapusan ISA, akta polis dan Ordinan Darurat sebagai salah satu kemenangan ke atas suara rakyat.

"Sudah 50 tahun lebih Umno BN memerintah, namun masalah-masalah utama rakyat di negeri Sabah masih lagi tidak dapat diselesaikan. Di tambah lagi isu keselamatan di Lahad Datu yang berada pada tahap membimbangkan.

"Selaku kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara seharusnya tidak memandang lesu atas isu ini sekaligus memelihara kedaulatan negara kita yang tercinta. Namun, perkara tersebut tidak terjadi. Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat negeri Sabah membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan rakyat Kampung Suang Parai di Pelancaran Kempen Keamanan Untuk Sabah semalam.
Orang ramai memenuhi kerusi yang sediakan oleh penganjur
Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sepanggar saudara Zulfikar Abd Mijan, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sepanggar Tuan Hj Aspal Sulaiman, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Sepanggar Tuan Hj. Karim serta seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan Sepanggar yang lain.

Terdahulu sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj. Aminuddin Aling dalam ucapannya turut menggesa agar penduduk Sabah segera melakukan perubahan dan tidak tersalah memilih ketika proses pembuangan undi.

Katanya juga, isu tanah yang tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan Barisan Nasional dengan membiarkan permohonan geran tanah bertangguh sekian lama.
Disamping isu keselamatan Kampung Air yang cuba ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, seharusnya membuka mata dan minda penduduk negeri itu dari terus memilih Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Beberapa wakil pimpinan pakatan rakyat yang lain juga turut menggesa agar perubahan politik di negeri Sabah perlu dilakukan.


Monday, February 18, 2013

WAJIB TONTON: BAYU PERUBAHAN

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan kerjasama KinabaluTV. Semua rakyat Malaysia khususnya anak muda perlu lihat video ini.

Bayu Perubahan.. Ini kali lah..!


Bah.. layannnzz...

Tuesday, January 8, 2013

HKR#KL112 Islamreturn akan rakam sejarah kebangkitan rakyat Malaysia

Salam perjuangan..

Laman ini menjadi saksi bahawa aku pernah menjejak kaki mendepani kezaliman sebuah kerajaan yang bernama Barisan Nasional. BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 melakar sejarah tersendiri pada aku dan laman ini sebagai bukti memaparkan tindakan tersedak UMNO/BN menggunakan POLIS dalam menghadapi kebangkitan rakyat. (rujuk disini dan disini)

Sekali lagi HKR#KL112 akan menyaksikan bahawa rakyat tidak akan sekali menyerah kalah dan akan terus berjuang sehingga kezaliman dan penyelewengan kerajaan sedia ada dihentikan dan diganti dengan sebuah kerajaan yang BERSIH dan ADIL serta BERKEBAJIKAN.

Kehadiran aku pada kali ini akan membawa misi rakyat Sabah yang ditindas terhadap hak pemilikan tanah mereka yang dinafikan oleh Kerajaan Musa Aman.

Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) adalah sebuah NGO yang mendepani isu-isu berkaitan tanah rakyat Sabah yang dinafikan oleh UMNO/BN. TABAH pernah menghimpunkan rakyat dihadapan pejabat Ketua Menteri bagi menuntut penyelesaian terhadap isu-isu tanah yang tidak diselesaikan. (rujuk disini)

Anda akan lihat logo ini akan berkibar di KL 112 nanti.. Ayuh Rakyat Malaysia!



Thursday, November 1, 2012

Bicara Pendidik di Kuala Penyu dicemari agenda politik UMNO/BN

Salam perjuangan..

Aku baru mendapat berita (melalui whatapp) dari teman guru disana, tentang majlis yang diadakan khas untuk guru-guru di daerah Beaufort (kuala penyu). Nama majlis tersebut ialah 'Bicara Pendidik Demi Negara' dengan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah. Namun selepas majlis tersebut, ucapan diambil alih oleh seorang Ketua Cawangan Khas Kontijen Polis Sabah dari Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Majlis pada awalnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Sabah

Paru guru merasa muak dengan ucapan KEJI serta FITNAH mula beransur keluar dari dewan

Maka bermulalah ceramah politik KOTOR wakil UMNO yang beruniform. Antara yang di basuh guru-guru ialah termasuk Himpunan Hijau yang menjadi ancaman, TABAH (NGO Bela Tanah Rakyat Sabah) yang dikatakan tidak berdaftar dan juga Sang Saka Malaya yang dikatakan hasrat pembangkang mahu menubuh republik dengan menyingkirkan raja-raja Melayu. Termasuk isu BERSIH yang dituduh mengancam keselamatan negara kerana diterajui oleh Ambiga.

Penceramah BANGANG yang dimaksudkan (berbaju biru)

Inilah kerja BODOH UMNO/BN apabila menjadikan para pendidik/guru tempat untuk mereka melepaskan geram dan tuduhan. Aku rasa memang usia UMNO dah sampai hujung betul sudah ni..

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD