HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, April 12, 2011

Tubuh 6 cawangan PAS: BN Sadong Jaya Terdesak, Najib terpaksa diturunkan untuk berkempen


Sehingga hari ini, masa untuk berkempen hanya tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum rakyat menentukan siapa pilihan mereka. Kehangatan semakin terasa apabila sehingga kini 7 orang menteri telah pun turun membantu kempen di Sadong Jaya. Ini menunjukan bahawa situasi agak genting bagi BN di Sarawak khususnya Sadong Jaya. Ianya terbukti apabila program pada hari ini telah diaturkan untuk DS Najib Abd Razak menyampaikan ceramah beliau di Dewan Utama Pekan Sadong Jaya. Situasi ini membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap PAS pada kali sangat berlainan dan mendapat sambutan dari masyarakat setempat.

Sebelum dari itu, Jpr PAS DUN sadong Jaya hari ini mendapat kejayaan moral apabila 6 buah cawangan baru akan ditubuhkan. Maklumat penuh berkaitan penubuhan cawangan tersebut akan aku paparkan setelah selesai majlis perasmiannya pada malam ini.

Siri kempen di UPU Jemukan, Dr. Rani (ADUN Meru) sedang menyampaikan ceramah, turut diadakan pada malam tersebut ialah wayang pacak

Selain dari itu, satu kejadian yang amat memalukan BN disini ialah apabila salah seorang ketua kampung di salah seorang ketua kampung disini yang dikenali sebagai Hj.Wahab telah dinafikan hak untuk mendapat bekalan elektrik apabila meter yang dipasang dirumah beliau dicabut kembali. Alasan yang diberikan oleh pihak terbabit, bahawa mereka tidak mempunyai borang permohonan dari pihak pemohon, sedangkan borang tersebut telah pun dihantar oleh beliau. Menurut maklumat dari Hj.Wahab, ini berkemungkinan atas sentimen politik, kerana beliau yang agak cenderung kepada pembangkang.

-berita seterusnya akan disampaikan dari masa ke semasa-

Singgah di Markas Operasi DUN Sadong Jaya

Lebih kurang 1jam setengah perjalanan dari airport Kuching kami tiba di Markas Operasi DUN Sadung Jaya. Perkara pertama aku buat, makan! Markas yang terletak di Bengawan ini menjadi tumpuan bagi seluruh jentera/petugas PAS sama ada tempatan, Sabah dan Selangor.

Semasa dalam perjalanan, kami berkesempatan singgah sebentar di gerai ditepi jalan. Pada awalnya kelihatan bendera BN memenuhi bumbung-bumbung gerai disitu, tetapi apabila kami terjah, rupa-rupanya kebanyakkan mereka adalah penyokong PKR. Kehebatan perubahan jelas kelihatan dari cerita penduduk tempatan tersebut.

Turut rombongan kami jumpa, Markas HPA Kg. Bangka Semong (Hidup HPA..!)

Penyokong PKR yang setia membantu jentera kempen, meletakan poster digerai beliau untuk diedarkan kepada pengunjung yang datang

Keadaan di Markas Operasi DUN Sadong Jaya, kelihatan petugas sedang merancang aktiviti seterusnya.

Perkara kedua aku buat disini adalah check line broadband. Alhamdulillah.. clear, tapi lembab semacam.. InsyaAllah, blog Islamreturn akan menjadi penyiar rasmi aktiviti sepanjang PRN untuk DUN Sadong Jaya dan perkembangan terkini dan terhangat.

-bersambung-

Monday, April 11, 2011

Tiba di Airport Kuching

Salam perjuangan..

Alhamdulillah, seketika tadi aku tiba di airport kuching melalui MAS dari Kota Kinabalu. Hampir juga terlepas penerbangan tadi kerana kesesakan jalan raya semasa dalam perjalanan ke airport. Tiba saja di kuching, kelihatan Dr.Rani bersama rombongan dari Selangor juga sedang menunggu kenderaan yang diuruskan oleh jentera pilihanraya.

Kelihatan Dr.Rani (ADUN Meru, Selangor) bersama rombongan Selangor, disebelah beliau Saudara Jamaluddin Ilias (wakil Malayisa yang terperangkap di dalam kapal Mavi Marmara)

Jentera negeri Sabah akan bersama-sama dengan Selangor bagi membantu DUN Sadong Jaya yang ditandingi oleh Abang Eddy Elyani dari PAS, yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS negeri Sarawak. Menurut maklumat awal, PAS Sabah bertanggungjawab bagi menyelaras kempen untuk 16 UPU di DUN Sadung Jaya.

Kesempatan ini, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak support pemergian aku ke Sarawak ini. Terima kasih kepada Saudara Azizul (beri pinjam Nikon D3000), saudara Badar (beri pinjam Notebook Acer), saudari Rozita (beri pinjam broadband). Mudah-mudahan kerja buat aku disini sebagai misi Blogger turut mengalir pahala jihad ini kepada mereka. Juga kepada isteri yang setia memberi semangat untuk turun ke sini, walaupun beliau tidak berapa sihat sekarang ini. Moga Allah mempermudahkan urusan aku disini dan keluarga di Sabah.

Setiba di airport Kuching, saudara Ansor (pemuda Keningau) telah menjemput aku dan saudara amin (kp tuaran), bersama-sama kami juga ke Sadong Jaya ialah akak-akak muslimat PAS dari Subang. Semangat mereka memang boleh tahan untuk memastikan perubahan bakal berlaku di bumi Kenyalang ini.

Mengenang kembali kali terakhir dan pertama aku sampai di bumi Kenyalang ini ialah pada tahun 1997, bersama-sama rombongan RMC. Pada ketika itu kami ditempatkan di Kem Armor Kuching. Namun kehadiran aku sekali lagi ke Kuching pada kali ini bukan untuk melancong, tetapi usaha dalam menawan hati rakyat Sarawak untuk membuat perubahan.

Saturday, April 9, 2011

Pakatan Rakyat kuasai Miri!

Salam perjuangan,

Semalam aku terima sms dari s/u PAS kawasan Sepangar, sumber tersebut daripada salah seorang teman yang kini sedang berada di Miri.

SMS yang dimaksudkan- BERITA TKINI drp Abu As***: salam. kat miri ni pmbkg kuasai keadaan. ada nampak satu viva sj bawa bendera bn. keadilan/dap byk kreta yg bawa. pasar tani d kelilingi bendera keadilan sj, tiada bn. Dr Teo Maternity Centre, 3 blok sampai atas jd markas keadilan dan satu retoran melayu sepenuhnya jd markas. tgok hanya banting bn tgantung di tiang2 lampu, tiada lagi premis kedai yg angkat bn. hebat krjasama dap, pkr. Pas pun trselit benderanya. brbaul dgn golongan muda dan ats pagar, nampaknya bn tiada harapan. jika menang pun d sebabkan undi org tua dan pendalaman.

Maklumat terkini akan terus blog islamreturn siarkan dari semasa ke semasa..

Wednesday, April 6, 2011

Sahabat Blogger Sabah akan membantu 'Blogger Misi ke Sarawak'

Sejak bermulanya pengistiharaan pembubaran DUN Sarawak, aku sudah memikirkan apakah kaedah atau cara untuk mewujudkan pasukan blogger dari Sabah turun ke Sarawak bagi membantu jentera disana. Selain dari itu, ianya juga sebagai persiapan menghadapi PRU-13. Maka Sahabat Blogger Sabah telah mengambil keputusan untuk menghantar 4 orang blogger bagi mewakili blogger Pakatan di Sabah untuk membantu teman-teman 'Blogger: Misi ke Sarawak' yang diketuai oleh Wak Al-Banjari.

Blogger yang dimaksudkan ialah:

- islamreturn
- hanua
- monazmuslim
- setanggi syurga

Sehubungan dengan itu, semalam aku telah menghubungi wak al-banjari untuk menentukan tarikh pertemuan sebagai langkah pertama menyusun strategi bersama. InsyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan baik dan kita dapat memastikan segala isu tempatan dapat didedahkan kepada rakyat umum. Segala perkembangan terkini berkaitan pilihanraya sarawak boleh terus ke laman rasmi 'Sahabat Blogger Sabah'

www.sahabatblogsabah.blogspot.com

'Melangkah Menuju CitaNya'

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD