HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, September 30, 2009

SELCAT: Jangan biarkan dinding itu berlubang!

Agak lama saya tidak mengulas isu-isu semasa, mungkin kerana lambakan maklumat tentang isu di dalam blog menyebabkan saya lebih selesa membaca dari mengulas. Ditambah lagi dengan kecelaruan di dalam beberapa perkara terutamanya konflik dalaman jamaah (parti) menyebabkan saya berasa tidak selesa untuk memikirkannya, apatah lagi memberi komen. Perlukah saya diam atau menyatakan pandangan? Atau saya ambil jalan tengah.. Apa pun ini hanya pandangan pribadi saya.

Konflik.
Tidak dinafikan, bahawa konflik merupakan lumrah di dalam dunia sosial, tetapi konflik yang tidak diurus dengan baik memungkinkan terjadinya bahana (fitnah) yang memamah perpaduan dan kesepakatan.

Sumber tauladan utama, Rasulullah s.a.w banyak mengajar kita tentang bagaimana menguruskan konflik. Bacalah kisah konflik Rasulullah dengan para sahabat ketika umrah pertama baginda, bacalah konflik Rasulullah ketika berhadapan dengan fitnah yang menimpa saidatina Aisyah r.h.

Juga jangan lupa apakah implikasi apabila konflik tidak diuruskan dengan bijaksana. Perjalanan para sahabat banyak memberi pengajaran kepada kita. Apakah punca terjadinya pembunuhan khalifah ketiga? Bagaimana terjadinya perang siffin? Apakah isu sebenar perseteruan antara saidina Ali dan saidina Muawiyyah? Semua ini adalah hikmah yang Allah s.w.t tinggalkan untuk panduan umat akhir zaman.

Kepada mereka yang mempunyai kekuasaan dan diberi amanah mengelapai jamaah ini, tolonglah melihat konflik sebagai barah yang boleh merobek keutuhan jamaah. Jangan biarkan konflik itu menjadi bualan umum sehinggakan semakin ramai memberi pandangan masing-masing dan akhirnya membentuk aliran pemikiran yang mempunyai pengikut sendiri. Selesaikanlah konflik itu dengan mesyuarah, dan jangan biarkan konflik selesai dengan tuduh-menuduh dan juga jangan selesaikan konflik dengan mencipta konflik baru!

Selcat dan Media
Persoalan yang berserabut memerlukan penyelesaian..
SELCAT atau 'prinsip keterbukaan' yang menjadi tajuk dibicarakan?
Adakah media menjadi gelanggang terbaik menyelesaikan konflik?
Mana yang penting, hujah atas kebenaran atau hujah atas mempertahankan?

Semuanya ini memerlukan semua pihak berbincang, bukan mencipta konflik baru (klik disini). Seharusnya perjanjian menjadi asas kepada saling hormat-menghormati (klik disini). Kita juga sedia maklum bahawa media merupakan senjata ampuh pihak musuh, maka janganlah menggunakan senjata musuh untuk menyelesaikan konflik (klik disini). Ini hanya akan mengakibatkan akhirnya senjata makan tuan.

p/s: gelanggang Bagan Pinang membuka ruang pahala buat para mujahid.. tinggalkan perpecahan, bersatu dalam kebersamaan.

Thursday, September 24, 2009

Catatan Pejalanan Raya

Tahun ini saya berhari raya dalam suasana yang berbeza, kerana inilah kali pertama saya berhari raya di Kuala Lumpur. Suasana berhari raya di bandar sangat lah berbeza dengan suasana di kampung. Walau apa pun, kemeriahannya tetap sama serta semangat menyambut kemenangan tetap membara dijiwa.

Walau di bandar, lemang boleh didapati dimana-mana (jual panas-panas)

Kepulangan ke kampung bersama keluarga mertua, singgah sebentar di Lenggong menziarahi sanak saudara disana. Kampung halaman abadi menjadi persinggahan pertama, kuntuman doa disedekahkan buat sekelian ahli kubur kerana kami pasti akan ke sana jua. Namun bila? Entah.. mungkin sekejab lagi..

Berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Lenggong.

Kampung halaman persinggahan kita, sementara ke mahkamah Allah.

Tahun ini juga majlis pertunangan adik berlangsung dengan seorang gadis pilihan di Simpang Empat Gunung Semanggol. Di sinilah tempat lahirnya seorang tokoh pejuang Islam yang bernama Sheikh Abu Bakar Al-Baqir. (kisah hidup beliau boleh dibaca di SINI) Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan sempurna.

Antara barang hantaran yang dibawa, semestinya tema HIJAU:


Tuesday, September 22, 2009

Salam Anak Perantau

22 Sept (selasa) Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah berjaya mengadakan 'Himpunan Anak Perantauan' bagi meraikan kepulangan anak-anak perantau sempena Hari Raya Idulfitri. Maklumat lanjut tentang pengisian program pada malam tersebut boleh dibaca di blog Al-Banjari.

Sedikit sejarah penganjuran 'Himpunan Anak Perantauan'.

Program ini sebenarnya telah pun bermula sejak tahun 1999 lagi. Ketika itu saya masih lagi menuntut di universiti dan bagi menyahut seruan kemenangan pilihanraya pada masa itu, saya dan beberapa orang sahabat telah mencadangkan bagi menganjurkan program 'anak perantauan'. Pada sekian kalinya program seumpama itu dilaksanakan, kehadiran sangatlah mengecewakan. Hanya 7-8 orang sahaja yang hadir, itu pun dari kalangan pelajar-pelajar ipt yang pulang berhari raya di kampung. Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran DPP Kawasan Pt. Buntar, kini program ini telah mula mendapat sambutan dari anak-anak perantauan yang pulang ke kampung halaman.

Program pada malam tersebut telah mempertemukan saya dengan ramai teman-teman yang lama berpisah setelah membuka haluan masing-masing selepas tamat pengajian. Saya juga bertuah kerana akhirnya dapat bertemu dengan 'otai blogger' iaitu wak al-banjari. Terima kasih kepada wak kerana walaupun hanya bertemu seketika dan sedikit berta'aruf wak sudi memperkenalkan 'blog islamreturn'.. tabik wak..

Seterusnya, biarlah gambar yang berbicara...

Antara para hadirin yang hadir mendengar ucapan dari Dr. Shamsul Kamal Idris (S/U Perhubungan PAS Negeri Sembilan)


Ucapan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Dr. Raja Ahmad al-Hiss


Jamuan turut disediakan (lomang jer yang tak ada..)


Sebahagian unit amal yang bertugas pada malam tersebut bergambar bersama ketua pemuda PAS Pt. Buntar (baju hijau).


Picture terhangat di pasaran, bersama wak al-banjari


Thursday, September 17, 2009

.....................................................................

Sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan untuk menikmati kemanisan Ramadhan kali ini. Kesempatan ini blog islamreturn ingin mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat:


Selamat Hari Raya Idulfitri
Maaf Zahir dan Batin


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

..................................................................

Berbuka bersama Dato Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin

Sebentar tadi saya berkesempatan menghadiri 'Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin, Anak Yatim, Masjid dan Surau DUN Titi Serong' yang bertempat di Masjid Jemek Tebuk Hj. Musa, Titi Serong. Program diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat.


Sumbangan kepada anak yatim oleh Drs. YB Khalil Idham Lim


Menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di DUN Titi Serong

Turut sama dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan ialah Drs. Khalil Idham Lim yang juga ADUN Titi Serong. Sebetulnya inilah kali pertama saya bersua muka dan bersalaman dengan DS Nizar. Pada kesempatan majlis itu juga, DS Nizar telah menyampaikan tazkirah ramadhan kepada semua hadirin.


DS Nizar menyampaikan tazkirah ramadhan.

Antaranya beliau mengingatkan bahawa puasa sebenarnya mendidik kita agar berubah, sebagai mana solat, zakat dan haji, puasa juga berperanan untuk merubah masyarakat. Pada kesempatan itu juga beliau mengingatkan tentang hadiah yang dikurniakan oleh Allah sepanjang ramadhan ini, antaranya dibuka pintu syurga seluas-luasnya, ditutup pintu neraka untuk hambanya, di ikat iblis dari membelenggu manusia, dikurniakan 'lailatul qadar' kepada hambanya dan disuntik kekuatan 'badar al-qubra' kepada semua hambanya yang beriman.


Berbuka puasa bersama DS Nizar


Dari kiri, saudara zainuddin (ketua unit amal kawasan), saudara Azhar Shahrin (bekas ADUN Titi Serong), Cikgu Azmi (Ketua Pemuda Kawasan) dan saudara Nizam (teman semasa di universiti dahulu)

Program diakhiri dengan majlis tahlil dan berbuka puasa bersama para hadirin dan seterusnya beliau mengimamkan solat magrib sebelum berangkat ke program lain. Semoga DS Nizar diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan Islam di bumi Perak.


Mengimamkan solat magrib dan mendoakan kesejahteraan rakyat

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD