HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Tuesday, September 25, 2012

PENDEDAHAN: Ketua Pemuda UMNO Tawau miliki kekayaan luar biasa

Salam perjuangan..

Semalam box FB aku diterjah oleh salah seorang teman dari Tawau. Beliau meminta aku untuk dedahkan laporan kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P190 Tawau yang diadakan baru-baru ini. Laporan tersebut jelas menunjukkan Ketua Pemuda UMNO seorang yang mewah kerana mampu memberi sumbangan sehingga RM 441, 976.93 kepada organisasinya. Sumbangan yang begitu besar ini menjadi tanda tanya bagaimana beliau memperolehi kekayaan begitu banyak.

Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tempoh Jun 2011 Hingga Ogos 2012

 Pendedahan tersebut tersebar di Fecebook

 Ariffin Kassim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau

Sekiranya beliau mampu menyumbang sebanyak itu, persoalan besar yang menjadi tandatanya, berapakah pula jumlah sebenar harta kekayaan yang beliau kumpul..? SPRM perlu siasat..!


Monday, September 24, 2012

TERKINI: Rakyat Sabah saman Petronas!

Setelah bersabar sekian lama, kini rakyat Sabah mula menyatakan hak mereka. Hari ini, rakyat Sabah telah memfailkan saman terhadap Petronas berhubung perjanjian Petronas 1976 yang mencabuli perjanjian Malaysia 1963. Sebelum dari ini rakyat Kelantan telah bangkit menuntut hak mereka (rujuk disini:http://www.malaysiakini.com/news/209733)
Nantikan pembongkaran seterusnya..

Saudara Lahirul Latigu (kiri) bersama Gabungan Nasionalis Sabah ketika memfailkan proses saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu sebentar tadi


Hakikat hak rakyat Sabah yang dizalimi oleh  UMNO/BN telah disebut oleh Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang melalui ucapan beliau sebelum ini.



Politik Sabah semakin PANAS..!

Friday, September 14, 2012

SABAH: BANTAHAN TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W DI KOTA KINABALU DAN TAWAU



BANTAHAN DAN KECAMAN OLEH UMAT ISLAM DIADAKAN DI 2 LOKASI SELEPAS JUMAAT SEBENTAR TADI.



UMAT ISLAM BERSATU MEMBANTAH KEBIADAPAN PAPARAN FILEM PENDEK YANG MENGHINA RASULULLAH S.A.W.

Thursday, September 13, 2012

Sambutan Hari Malaysia ke-49

Seluruh rakyat Malaysia dijemput ke Sambutan Hari Malaysia ke-49 Peringkat Kebangsaan pada:

15 September 2012 (Sabtu)
Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
7.00pm - 12.00pm

Pimpinan utama Pakatan Rakyat akan turut hadir memeriahkan..
"Sebangsa, Senegara, Sejiwa"


Wednesday, September 12, 2012

Gula-Gula bertong-tong telah tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu

Khas untuk Rakyat Sabah.. haha..




p/s - siap logo 1 Malaysia

Tuesday, September 11, 2012

Presiden ISMA terus dikecam kerana kenyataan Dwi-Standard beliau di Facebook

Salam Syawal

Kepada mereka yang mengenali Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, aku mohon sangat-sangatlah agar dapat tegur atau memberi penjelasan kepada beliau tentang isu-isu semasa. Aku tengok akhir-akhir ini beliau seperti gali lubang untuk ISMA dikuburkan bersama-sama UMNO saja. Komen beliau tentang program 'Janji Bersih' seolah-olah beliau menjadi lidah pemimpin UMNO.

Aku tak kisah kalau nak tegur bab-bab akhlak nie, sebab aku pun tak setuju kaedah menghina sebegitu. Namun biarlah adil dan menyentuh keseluruhan isu, bukan hanya membabitkan sebelah pihak sahaja. Bagaimana beliau ingin menonjolkan imej ISLAM sedangkan dalam masa yang sama beliau membuang prinsip keadilan dalam melontarkan pandangan dan teguran. Cubalah belajar dengan Dr. Asri (MAZA) yang sentiasa memastikan tegurannya seimbang dan menyeluruh walaupun pada aku ada juga yang MAZA kadangkala terlepas pandang. Namun sekurang-kurangnya MAZA tidaklah berpihak pada sesiapa ketika melontarkan pandangan.

Berikut aku print-screen kenyataan dan komen orang ramai di Facebook beliau.




komen dan kecaman dari pengunjung laman FB beliau








p/s- Ketika artikel ini ditulis, aku baru saja dikeluarkan dari group ISMA Sabah kerana mengkritik pandangan presiden mereka dalam isu ini. Hairan juga, bila sebuah gerakan Islam yang mengaku lebih IKHWAN dari yang lain tidak mahu berlapang dada dengan teguran dan pandangan orang ramai.


Monday, September 10, 2012

PENDEDAHAN: Masa depan anak Sabah di perjudikan oleh UMNO/BN

Salam Syawal..

Kebobrokan sistem pengurusan di Sabah sangat ketara apabila banyak projek-projek kerajaan yang terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan. Isu banggunan Hospital Queen yang tidak selamat, akhirnya terpaksa diruntuhkan semula, isu banggunan di UITM Sabah yang dibina menggunakan pasir pantai yang akhirnya terpaksa dikosongkan, isu banggunan Politeknik yang dibina diatas paya menyebabkan sturktur banggunan tidak selamat dan yang paling mengejutkan ialah apabila sebanyak 38 buah sekolah di Sabah tidak dapat disiapkan pada RMK-9.

Sebahagian gambar yang didedahkan adalah keadaan sebenar yang berlaku di Sabah.

Papantanda projek sekolah terbengkalai di Kota Belud
Kontraktor dipersalahkan
 
‎1. Pembinaan sekolah dalam RMK-9 (skrg sudah RMK-10) hanya 25km dari bandar Kota Kinabalu
2. Papan tanda sebelah kiri SK Telipok, papan tanda sebelah kanan SMK Telipok
3. Sepatutnya telah siap pada tahun 2011 lagi
4. Ketua Penerangan PAS kawasan Sepanggar, Saudara Zulfikar ketika melawat tapak projek yang dipenuhi semak samun
 
atas kiri- keadaan dalam kelas (mcm mana pelajar hendak bermotivasi utk belajar)
bawah kiri- keadaan kelas dibawah khemah yg terpaksa pelajar hadapi
atas kanan- keadaan kantin (tempat pelajar makan dan minum- mcm kandang kambing)
bawah kanan- bergambar bersama dihadapan Sek. Keb. Tuarid Taud, Keningau (5-7 km dari Pekan Keningau).
 
SK Piasau, Kota Belud (10km dari Pekan Kota Belud)
hampir enam bulan tidak beratap kerana atapnya telah diterbangkan oleh ribut awal tahun ini
Datuk Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan untuk memperbaiki sekolah ini pada lawatannya di SMK Narinang bulan April lalu
 

Laporan dari salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk 'Sekolah tak siap ganggu pelajar'. (rujuk disini)
 


......................................................................................

Nantikan pendedahan ini pula..



Sunday, September 9, 2012

Ordinan Native: Manipulasi Setiausaha PRESS terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS (bahagian pertama)

Sumber: http://sahabatblogsabah.blogspot.com/

Sahabat Blogger Sabah (SBS.Media) merasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang memainkan isu keturunan dan etnik tanpa memikirkan kesannya terhadap kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat di Sabah. Perkembangan terbaru ialah apabila kenyataan Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu berkaitan isu RCI telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

Polimik tersebut bermula apabila Ketua Pemuda PAS Sabah menyatakan pendirian terhadap penubuhan RCI yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kenyataan beliau boleh dirujuk pada keratan akhbar bertarikh 13 Ogos 2012 yang diterbitkan oleh DailyExpress.

Bulatan: Kesilapan laporan oleh DailyExpress

Melalui laporan media tersebut, saudara Mohd Zaki Harry Susanto yang juga setiausaha PRESS (Persatuan Etnik Suluk Sabah) telah mendesak Ketua Pemuda PAS Sabah memohon maaf terhadap laporan media tersebut, dimana beliau mempertikaikan kenyataan yang mengatakan etnik Suluk sebagai pendatang (PTI) di Sabah. Ianya disusuli dengan laporan polis yang dibuat terhadap saudara Lahirul bertarikh 2 September 2012 di balai polis Tawau.

Berikutan dengan tindakan tersebut, saudara Lahirul telah membuat kenyataan balas bahawa laporan berita tersebut sebenarnya mempunyai kesilapan terhadap apa yang dilaporkan. Beliau telah mengeluarkan kenyataan balas yang boleh dirujuk di sesawang Sabahkini dan sesawang saudara Lahirul sendiri sebagai reaksi kepada isu yang dibangkitkan (rujuk disini dan disini). Namun begitu setiausaha PRESS tersebut masih tidak mahu mengakui penjelasan yang diberikan, sebaliknya terus mendesak saudara Lahirul di laman-laman Facebook, sehinggalah saudara Lahirul terpaksa membuat laporan polis terhadap tuduhan yang dikeluarkan oleh saudara Zaki (rujuk disini)

Laporan polis oleh Lahirul Latigu pada 4 September 2012 dibalai polis Karamunsing, Kota Kinabalu

Bagi menjernihkan keadaan saudara Lahirul telah bertemu dengan Presiden PRESS sendiri iaitu En. Kahar Tan bagi menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan tersebut sebenarnya telah mencapai persefahaman bahawa apa yang berlaku sebenarnya ialah salah lapor pihak media terhadap kenyataan Ketua Pemuda PAS tersebut.

Namun kerana kepentingan politik, isu tersebut seperti tidak mahu diselesaikan oleh bloger-blogger upahan, malah dibabitkan pula dengan keluarga dan etnik saudara Lahirul.

Pertemuan bagi menjernihkan suasana bersama Presiden PRESS, En. Abd Kahar Tan (tengah)

Nantikan pendedahan seterusnya.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD