HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Tuesday, July 31, 2012

Bangkit (ISLAM) Nusantara..!

Sebenarnya aku dengar lagu nie beberapa kali di radio.. namun kurang ambil perhatian liriknya. Tapi bila aku teliti liriknya kebelakangan ini, rupanya ianya satu suntikan semangat buat ummat Nusantara. Ayuh, kita bangkit mengembalikan kegemilangan ISLAM di Nusantara sebagaimana sejarah Kesultanan Melaka, Acheh, Champa, Pattani, Sulu, Brunei, Sulawesi dan lain-lain lagi.



...(lirik)
"Jadi Bangkit Berkumpul Di Bawah Panji Bulan Sabit"

Bersama Kepimpinan Ulama Ke Arah Kebangkitan ISLAM

Friday, July 27, 2012

Demontarasi membantah kekejaman terhadap Etnik Rohingya di Kota Kinabalu

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini telah mengadakan 'Demontrasi Bantahan Terhadap Kekejaman Etnik Rohingya'. Demontrasi yang sama juga turut diadakan di Sandakan dan Tawau sejurus selepas menunaikan solat Jumaat. Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu mengingatkan kerajaan Myanmar agar momohon maaf dan segera menamatkan kekejaman terhadap umat Islam. Selain dari itu beliau juga meminta kerajaan Malaysia agar segera mengenakan tekanan diplomatik terhadap Myanmar diatas perlakuan yang tidak berperikemanusiaan oleh pihak tentera dan penduduk awam terhadap umat Islam disana.

Gambar sekitar domontrasi di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu.






Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam perjuangan buat semua pengunjung setia blog ini. Kesempatan ini saya mengucapkan 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak' kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini mempertingkan lagi ketakwaan dan semangat juang untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.


                                                                                                poster cilok dari passepanggar.blogspot.com

Wednesday, July 11, 2012

PAS tinjau kegagalan BN di Sabah

Sumber: http://anakbulanmoden.blogspot.com/

KENINGAU: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawat ke beberapa sekolah daif di seluruh daerah ini telah menarik perhatian PAS untuk mendekati sekaligus merasai keadaan dan kedaifan yang digembar-gemburkan seperti mana yang telah didedahkan oleh media internet terutama Facebook sejak beberapa bulan lalu.

BUKTI... Datuk Tuan Ibrahim bersama Hisammuddin bergambar berlatarbelakangkan pintu pagar sekolah
Antara sekolah yang sempat ditinjau ialah Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud yang hanya 5 kilometer dari Pekan Keningau.

Keadaan pondok pengawal yang usang, bangunan yang membahayakan keselamatan serta keadaan yang daif menarik minat beberapa rombongan PAS Malaysia yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Malaysia bersama Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Malaysia, N. Subramaniam serta Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa rombongan lain.

Menurut Datuk Tuan Ibrahim, pihaknya seakan tidak percaya apabila dikatakan harga yang mencecah RM 170,000 untuk satu bangunan berukuran 20 x 20 kaki itu yang akan menempatkan pelajar seramai 30 orang dalam satu kelas.

"Apakah benar kelas sekecil ini bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim.

DAIF... belajar hanya beratapkan khemah yang disediakan oleh pihak PIBG sekolah
Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman turut menyelar sikap pemimpin Kerajaan Sabah yang gagal memberikan komitmen dengan kehadiran Perdana Menteri ke Keningau bulan lalu.

“Ini salah satu tempat yang gagal untuk Najib dan pemimpin BN Sabah lain lawati. Ada banyak lagi kawasan-kawasan daif yang ada didaerah ini dan juga Pensiangan.

“Dan, kita akan dedahkan satu persatu,” ujar beliau yang juga Yang DiPertua PAS Pensiangan.

Terdahulu, Datuk Tuan Ibrahim turut dibawa melewati beberapa jalan utama di Sook, Pensiangan yang menghubungkan beberapa buah kampung antaranya Kg. Sinulihan Baru, Kg. Batu Luguyan, Kg. Mansiat dan sebagainya.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD