HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Wednesday, May 30, 2012

Orang Sabah kena buat pilihan

Salam perjuangan..

Seperti yang aku katakan sebelum ini, suasana politik di Sabah menampakan suhu kehangatannya. Kita nantikan 6 Jun sebagai tarikh keramat cetusan perubahan 'Rakyat Sabah' yang inginkan perubahan.




Islamreturn mengucapkan

"TADAU TAGAZO DO KAAMATAN"

Monday, May 28, 2012

TERBAIK: Gambar sekitar lawatan Tim. Presiden PAS ke Tawau

Sumber ini aku perolehi dari FB sahabat2 di Tawau.. kredit utk Bro Dai n Ust Yusry




tac: TEAM KONVOI DIDAHULUI OLEH PENUNGGANG MOTORSIKAL TEAM 'ANAK MUDA GENG KITA'.. DISUSULI 30 BUAH KENDERAAN... ALHAMDULILLAH, SAMBUTAN CUKUP BAIK DITERIMA TN HJ MOHD SABU DI LAPANGAN TERBANG... SETERUSNYA BELIAU DAN AHLI PAS DAN PR TAWAU BERGERAK MENUJU KE MASJID AL KAUSAR TAWAU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH




 tac: SPORTING... MESRA... ALHAMDULILLAH... TERIMA KASIH KPD JPRK KAWASAN TAWAU & KALABAKAN YANG MENYUSUN PROGRAM... ANAK MUDA TERASA DIHARGAI DAN DIHORMATI.. TAK LAH KEKOK MEREKA MENDEKATI TIMB PRESIDEN PAS INI.. T/KASIH PIMPINAN PAS TAWAU& KALABAKAN , TEAM UNIT AMAL TAWAU, PEMUDA SERTA MUSLIMAT TAWAU KALABAKAN YANG HADIR MEMERIAHKAN TEPIAN PANTAI.. SEKALI SEKALA BEST... DIFAHAMKAN BAKAL BAKAL CALON PAKATAN RAKYAT TURUT HADIR BERSAMA...



tac:  Bersama kepimpinan PAS Tawau & Kalabakan, Timb Presiden Pas dibawa melihat sendiri kehidupan rakyat khasnya di Bandar Tawau di kawasan Pasar sayur, Pasar Ikan.. sambil mengedar risalah parti.. sambil berbual ringkas.. sambutan di pasar ikan cukup menarik.. ada yang menyebut :: HIDUP PAS!





 tac: SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH, TN HJ MOHD SABU MAKAN BERSAMA DENGAN RAKYAT DI MASJID KAUSAR.. NASI TAPAU YANG DIMAKAN KAMI, ITULAH JUGAK DIMAKAN BELIAU.. TAK ADA RASA KEKOK ATAU 'TERMALU' DENGAN SITUASI TERSEBUT... ANTARA GAYA HIDUP PEMIMPIN PAS... ALHAMDULILLAH.. KELIHATAN ANAK MUDA SELESA DALAM SITUASI MAKAN BERAMAI NI... TABIK LAH KEPADA 'ORANG KUAT ANAK MUDA NI'..




 tac: CERAMAH UMUM BERSAMA TUAN HJ MOHD SABU, TIMB PRESIDEN PAS


Tahniah PAS kawasan Tawau.. nantikan berita dari PAS kawasan Kudat yang pasti menggemparkan persada politik Malaysia..

Saturday, May 26, 2012

UMNO menyalah guna permis awam

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyelar tindakan UMNO Sepanggar yang menggunakan primis sekolah bagi mengadakan program parti. Tindakan ini hanya menunjukan bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan hak harta awam untuk kepentingan parti.

Program anjuran UMNO bahagian ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kg. Likas dimana masyarakat setempat dijemput manakala bendera UMNO memenuhi kawasan pagar sekolah. Tindakan terdesak UMNO ini hanya memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya bergantung harap pada jentera serta permis kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti.


Permis Sekolah Kebangsaan Kg. Likas, Kota Kinabalu digunakan untuk kepentingan UMNO

DPP Sepanggar juga mendesak agar pihak berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri memberi perhatian penuh terhadap tindakan mana-mana parti politik yang menggunakan banggunan awam untuk kepentingan individu. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar, Saifuddin Samsuddin "Tindakan UMNO ini sebenarnya mendapat tentangan dari parti kompenan mereka sendiri, apabila UMNO dibenarkan menggunakan permis sekolah, tetapi PBS, UPKO, PBRS dan lain-lain parti seolah-olah tidak ada hak untuk menggunakan permis sekolah untuk tujuan politik mereka".

Selain dari itu Ketua Pemuda juga merasa kecewa kerana institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak bangsa mendapat pendidikan awal telah disalah gunakan oleh UMNO. Beliau menuntut agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang.

Tuesday, May 22, 2012

Pasca Kejatuhan UMNO/BN: PAS bakal membawa angin perubahan di Sabah

Salam perjuangan..

Angin perubahan kini semakin bertiup kencang di Sabah, malah angin ini bakal menumbangkan UMNO/BN pada PRU-13 nanti. Mengikuti perkembangan tersebut, aku melihat rata-rata rakyat Sabah sudah mula memperkatakan tentangnya. Kegelisahan semakin menyelebungi UMNO/BN Pusat, kerana kekuatan politik mereka kini hanya bergantung harap pada Sabah dan Sarawak. Sebab itulah sekiranya kita melihat rancangan TV sekarang banyak diberikan perhatian tentang negeri Sabah (boleh dikatakan setiap hari 2 atau 3 rancangan adalah berkaitan Sabah).

Perjanjian pembentukan Malaysia 1963 dicabuli..?

Kegelisahan UMNO/BN kini telah sampai ke som-som tulang. Rakyat Sabah semakin faham mengapa selama ini mereka tidak didedahkan dengan perjanjian Malaysia 1963. Sebaliknya mereka disogok dengan Perkara 20 yang sebenarnya tidak mempunyai asas perjanjian (selama ini mereka ditipu dengan Perkara 20). Kesudahannya hasil bumi Sabah yang sebenarnya kaya dengan sumber asli tetapi telah disedut oleh persekutuan (UMNO/BN) selama ini. Manakala kepimpinan Sabah yang bersilih ganti tidak amanah dalam mempertahankan hak mereka dari terus dicabuli oleh persekutuan. Ini lah delema yang dihadapi oleh rakyat Sabah sejak dari dulu lagi.

PAS bakal memimpin angin perubahan..!

Kehadiran PAS ke bumi Sabah sejak dari tahun 1986 lagi, malah lebih awal dari kehadiran UMNO ke bumi Sabah. Namun kehadiran PAS berkemungkinan tidak dipandang oleh masyarakat Sabah sebagai sebuah parti yang mampu memimpin mereka pada ketika itu. Hakikatnya sekarang, setelah UMNO yang semakin hari semakin ditolak oleh rakyat, menyebabkan kehadiran PAS mula diperkatakan kerana majoriti kerusi DUN di Sabah adalah mewakili muslim. Angin itu semakin kuat berkencang apabila PAS Pusat menyambut baik hasrat pembaharuan yang diinginkan oleh rakyat Sabah.

Apakah angin tersebut..?

-nantikan ledakannya dalam masa terdekat-

Paluan gendang Pilihanraya baru-baru ini membuktikan PAS bakal diangkat memimpin angin perubahan di Sabah

Pemuda PAS Sabah mengetuai tuntutan hak tanah rakyat Sabah yang dirampas


Monday, May 21, 2012

ISU Irshad Manji: Membuka sifat kemunafikan UMNO

Salam perjuangan..

Politik UMNO sememangnya penuh dengan sifat kemunafikan.

Isu kehadiran Irshad Manji menjadi buah perbualan kebelakangan ini kerana hasrat beliau yang ingin memasuki Malaysia (yang akhirnya beliau berjaya).

Persoalannya sekarang...

Siapa yang lepaskan dia (Irshad Manji) di Imigesen..? Ohh.. tak mungkin DAP kot.. Selepas dibenarkan masuk JAKIM melalui menteri Hal Ehwal Agama melalak nak cegah buku Irshad Manji disebarkan, sedangkan dia dah lancarkan buku tersebut. Nah.. jelas konspirasi 'UMNO-Munafiq' sedang memperbodohkan umat Islam. Keadaan seperti ini dirancang seolah-olah menunjukan UMNO sedang berusaha membendung gejala LGBT dari menular.. tetapi sebaliknya menjadi penaja kepada golongan ini untuk terus bergembira (dengan kemasukan tokoh LGBT- Irshad Manji).



Namun, pada hakikatnya mereka ada kuasa untuk menahan dia dari memasuki Malaysia.. Untuk itu, sekian kalinya saya katakan sekali lagi bahawa.. 'UMNO parti MUNAFIQ'.

Lakonan UMNO/BN hanya untuk mengaburi mata masyarakat

Pernah ada seorang teman berkata kepada aku, "Kau percayakah tangkapan polis kepada pengedar-pengedar dadah di Malaysia". Aku bertanya kembali kepada beliau, kenapa soalan itu ditanya kepada aku. Lantas beliau menjawab "Yang ditangkap itu hanya budak suruhan yang menjadi kambing hitam, sedangkan Big Boss mereka sebenarnya dilindungi" Aku tercengang dengan tuduhan yang berat itu..

..........................................................................

Namun berita dibawah ini ada kebenarannya..
Sumber: http://bm.harakahdaily.net/


Serbuan rumah urut hanya 'wayang'?


(Selepas menaiki black maria ini ke mana mereka. Kenapa tiada berita mereka didakwa atau dihantar pulang ke negara asal?)

Percambahan rumah urut khususnya diSelangor pada hari ini menjadi isu hangat dan diperkatakan serta telah menjadi cerita politik.

Tambahan pula, kemunculan rumah urut ini bukan sahaja di bandar-bandar utama tetapi telah menular ke pekan-pekan kecil.

Sebahagiannya berselindung di sebalik nama pusat refleksologi. Hakikatnya mereka menjalankan kegiatan pelacuran.

Sebahagian besar pekerja seks ini dibawa dari China sama ada secara rela atau paksa.

Pada masa yang sama, setiap hari rakyat Malaysia dapat melihat di kaca televisyen pihak berkuasa khususnya pihak polis dan imigresen bertungkus lumus menyerbu tempat-tempat berkenaan.

Namun, walaupun pihak berkuasa bekerja siang dan malam, kegiatan tersebut tidak pula berkurang, malah semakin banyak.

Pelbagai persoalan timbul yang memerlukan siasatan dan jawapan. Antaranya, selepas diserbu dan ditahan, ke manakah para pelacur ini di bawa? Adakah mereka dihantar pulang ke negara asal? Adakah pemilik premis atau perniagaan ini didakwa di mahkamah?

Hal ini kerana, walaupun telah diserbu dan disita beberapa kali, rumah urut yang sama akan beroperasi semula seperti biasa tidak lama selepas itu. Seolah-olah mereka ini kebal undang-undang atau pihak berkuasa tidak bersungguh-sungguh bekerja.

Beberapa tahun yang lalu, saya pernah melihat suatu operasi bersama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis menyerbu dan merampas DVD lucah dan cetak rompak. Operasi yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut disertai media cetak dan elektronik.

Saya dan seorang rakan lagi yang kebetulan bersarapan di sebuah gerai tidak jauh dari lokasi operasi. Kami cuma melihat kejadian itu dan masing-masing berkata tindakan memang wajar.

Pada sebelah petangnya kami makan di gerai yang sama, namun mendapati kedai yang diserbu oleh PBT dan polis pada pagi tersebut telah beroperasi semula.

Untuk memastikan bahawa perkara itu, sebaik selesai makan, kami lalu di hadapan kedai tersebut dan mendapati memang benar taukeh yang sama telah meneruskan perniagaannya.

Kami saling berpandangan dan saya tertanya-tanya dengan tindakan lanjut akibat serbuan pada paginya. Beberapa hari selepas itu, ketika menonton sebuah rancangan televisyen, maka disiarkan cerita tentang kejayaan pihak berkuasa menyerbu dan menumpaskan sindiket pengedaran DVD lucah dan cetak rompak.

Secara spontan saya ketawa besar menonton “wayang gambar” yang lihat itu. Masakan tidak, peristiwa ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan.

Apakah tujuan serbuan ini dibuat dan disertai pihak media? Adakah pihak kerajaan mahu menunjukkan bahawa agensi di bawah mereka memang bekerja siang dan malam membanteras jenayah.

Hakikatnya semua itu hanya untuk mengabui mata rakyat. Sebagai rakyat, saya berasa tertipu dengan lakonan tersebut. Tiada apa-apa tindakan susulan dibuat.

Tiada pendakwaan di mahkamah dan tiada apa-apa yang berlaku luar daripada kebiasaan – perniagaan mereka berlangsung seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Oleh itu, tidak mustahil perkara yang sama berlaku terhadap rumah urut dan pusat refleksologi yang hangat diperkatakan oleh kerajaan UMNO-BN melalui media mereka.

Hal ini kerana, tiada pula berita tentang taukeh rumah urut ini didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Tiada pula berita tentang penghantaran kembali semua pelacur yang ditahan itu. Atau, mungkinkah mereka ini kembali menyambung tugas selepas usai lakonan yang tersiar di kaca TV.

(Ke mana mereka selepas ini)


Jika hal yang demikian berlaku, patutlah semakin banyak rumah urut dan pusat refleksologi bercambah di negara ini.
Sepatutnya, semakin banyak serbuan dan tangkapan dibuat semakin berkuranglah tempat tersebut. Namun, yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah, ada pusat maksiat ini hanya beberapa kilometer dari balai polis dan telahpun diserbu beberapa kali.

Dalam hal ini, saya berasa simpati terhadap anggota-anggota penguatkuasaan yang terpaksa bekerja siang dan malam.

Mereka menjadi tunggangan pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya kerajaan Umno-BN. Penat lelah yang dilakukan hanyalah untuk tujuan politik.

Mereka menjadikan berita ini sebagai alat untuk menyerang Pakatan Rakyat. Sebenarnya, mereka sendiri tidak bersungguh-sungguh menghapuskannya.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru: DPP Sepanggar

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Hari ini seluruh dunia merayakan 'Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan penghargaan besar kepada kerjaya perguruan. Sesuai dengan sumbangan yang tidak ternilai seorang guru yang mendidik para pelajar tanpa mengenal erti letih dan kecewa, malah dunia perguruan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada insan yang bergelar 'guru'.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar pada kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh guru-guru di Malaysia yang terlibat dalam perbagai bidang lapangan perguruan. Mereka bukan sekadar pengajar, namun mereka adalah pendidik, pengasuh dan pembentuk generasi masa depan negara. Ditangan mereka generasi Islam terbentuk dan ditangan mereka jugalah generasi bangsa terasuh.

Sesuai dengan tanggungjawab ilmu yang mereka pikul, Allah s.w.t telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu;

Firman Allah taala di dalam Al-Quran :
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya:“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

Sehubungan dengan itu juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar akan mengadakan 'Majlis Sambutan Hari Guru PASTI' peringkat kawasan Sepanggar' pada 19 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Tang Dynasty sebagai menghargai jasa-jasa mereka sepanjang menabur bakti. Pada majlis tersebut, Anugerah Guru Cemerlang, Guru Harapan dan Guru Komited akan disampaikan. Seramai 26 orang guru daripada 8 buah PASTI di Sepanggar akan diraikan pada majlis tersebut nanti.


Akhir kata;
"Selamat Hari Guru, Guru Cemerlang, Insan Terbilang"

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar
Saifuddin Samsuddin

Monday, May 14, 2012

Terbaik dari UMNO Penampang

Kawan-kawan UMNO di Semenanjung boleh tiru lokasi strategik ini.. paling penting masa PRU-13 nanti kalau dah penat n letih, servis sebelah saja.. ok ba itu..



UMNO Penampang Chief,John Ambrose questioned the local authorities in Penampang on the sudden increase of slot machine gambling outlets in Penampang Sabah,a noble cause no doubt,but it is also being rumoured that he himself had recently lost a substantial amount in a slot machine club.Ironically this Division Chief of UMNO Penampang is no " ANGEL " himself.It's puzzling that UMNO Penampang has chosen to locate it's office beside a so-called " HEALTH CARE " or better known as a " MASSAGE PARLOR"? For the record there is also an increase of such outlets in Penampang.

dipetik dari Facebook 1 Suara Sabah

Akibat Aduan Diabaikan: Minum Air Mayat Seminggu

Sumber: http://www.facebook.com/pages/1-Suara-Sabah/330360741939

Pertanyaan air yang busuk dari penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Titingan, Tawau akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki telah ditemui di tangki utama perumahan tersebut.  Aduan telah dibuat dengan lebih awal namun hanya setelah seminggu barulah pihak pengurusan datang untuk memeriksa punca air berbau busuk tersebut.

 Keadaan mayat yang ditemui di dalam tangki air

 Tangki air mayat

TAWAU, 12 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi tadi. Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi setelah mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan.

- BERNAMA


p/s: Hancur UMNO..!

Sunday, May 13, 2012

Dewan Muslimat PAS Kota Belud menabur bakti

Aktiviti Dakwah Melalui Ziarah Kebajikan
Sumber: http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/


menyusuri jalan ke Kg. Timbang

KOTA BELUD, 13 Mei: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Belud meneruskan aktiviti dakwah melalui ziarah kebajikan masyarakat Kota Belud. Pada kali ini, DMPKKB berkunjung ke rumah penduduk Kg. Timbang yang majoritinya penduduk kadazan/dusun bukan Islam. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak memilih kaum dan bangsa untuk berdakwah dan memberikan sumbangan.

Pada petang itu, ahli DMPKKB bergerak menuju ke rumah ketua kampung untuk bertanyakan tentang latarbelakang kampung dan mencari penduduk yang kurang berkemampuan (miskin/ ibu tunggal/ sakit dll) yang boleh diziarahi. Malangnya ketua kampung tidak ada di rumah. Walaubagaimanapun, isterinya memberikan kejasama yang baik.

Nenek Sumping terbaring sakit ditemani adiknya

Selepas itu, ahli DMPKKB terus berjalan untuk mencari lokasi yang dimakumkan. Akhirnya, ahli DMPKKB yang diketuai oleh Ketua Muslimat, Pn. Sofiah menemui rumah yang dicari. Masya' Allah...luluh hati melihat rumah nenek Sumping, 79 tahun (kurang tepat). Pada petang itu, nenek Sumping ditemani oeh adiknya Minduit, 77 tahun yang tengah membelah kayu api. Nenek Sumping yang hanya terbaring kerana sakit melayan muslimat PAS ini dengan baik dan mesra.

Cerita punya cerita, rupanya dua orang nenek yang disangka beragama 'pagan' ini asal usulnya Islam tetapi hanya mereka sendiri tidak tahu mereka Islam. Ini kerana mereka hidup dalam masyarakat bukan Islam dan tidak pernah mempelajari Islam, bahkan anak-anak mereka semua menganut agama Kristian. Semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk kembali kepada Islam dan mengamalkannya sebelum terlambat.

Dapur NenekSumping yang terletak di tangga rumah


rumah nenek Sumping

Akhirnya, muslimat pulang dalam suasana hujan lebat dengan perasaan terharu dan berazam akan kembali untuk mengajarkan Islam agama tauhid kepada mereka. Insya' Allah...semoga Allah mempermudahkan urusan menegakkan kalimah tauhid.

Thursday, May 10, 2012

Scorpene dalam kenanganku

Salam perjuangan..

Akhir dapat juga melihat kapal selam kebanggaan Malaysia... cuma terlampau banyak kisah sedih disebaliknya.. airmata rakyat menjadi taruhan.. fikir2 dan renung2kan..

Ulfah juga mengerti kisah sedih disebalik kebanggaan Malaysia ini

Semoga suatu masa nanti kesedihan mereka yang terkorban semata-mata kerana kebanggaan yang sekelumit ini akan dirawat oleh PAS/Pakatan Rakyat. Masanya akan tiba.. kami.. rakyat akan tunggu saat-saat itu..

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 PEMANAS BADAN BERSIH 4.0 (update)

Salam perjuangan..

Kisah bersih 3.0 menceritakan kesengsaraan rakyat menuntut hak sebagai seorang rakyat yang dinafikan oleh kerajaan UMNO/BN. Kisah ini akan aku tulis sebagai catatan sejarah perjuangan anak muda 'generasi Al-Quran' yang inginkan perubahan kepada suatu pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

.............................................................................

Aku masuk KL pukul 2 pagi (tido di KL Central). Sepatutnya aku sampai KL lebih awal, tetapi akibat terkandas di Airport Kota Kinabalu hampir 5 jam, hanya gara-gara kerana masalah pada landasan. Hampir-hampir juga perjalanan penumpang ke KL terpaksa ditangguh keesokannya. Kes yang berlaku di T2 KKIA menyebabkan aku bagi satu bintang saja pada AirAsia kali ini (pengurusan penumpang yang hancus).

Terpaksa praktis 'Duduk Bantah' di T2 KKIA

Bergerak ke Masjid Jamek seawal jam 9 pagi.

Keadaan di dalam LRT yang penuh sesak macam tin sardin

Pekena roti nan, perut mesti berisi sebelum beraksi

Saudara jul (anak jati Sabahan) bersama jurugambar OKU di hadapan CM

Ini pulak geng Unit Amal yang paling cool aku jumpa, terbaaeekkk...

Daya Bumi menjadi saksi lautan bersih yang hadir

Solat zohor sebelum bergerak ke Dataran

Sempat panjat pentas sebelah CM untuk mendapatkan gambaran terbaik lautan bersih, tengah-tengah panjat, orang ramai dah gerak ke Dataran.. hampeh..

 Klon Hitler dijumpai di Malaysia

Gelombang kuning bertemu disini (Jalan Masjid Jamek) sebelum polis mencetuskan huru hara

Serangan awal pihak polis menyebabkan keadaan tidak terkawal

uncle nie aku istiharkan 'uncle bersih'

Kesengsaraan warga emas berhadapan dengan tindakan membuta tuli pihak berkuasa

Akibat tidak tahan dengan situasi dihadapan mata.. apa lagi 'BERTUKAR'..

Kibaran bendera dibawah bayu 'Sabah Negeri Merdeka'

Kibaran semangat Palestin bersama-sama dengan gelombang BERSIH.. mamat sebelah tu cedera sebab tentera Israel tembak peluru getah agaknya.. haha..

Badan dah mantap bro.. patut duk kat 'front line' la beb.. haha..

St. John Ambulans turut membantu memberi air mineral percuma kepada rakyat
 
 Kenderaan yang rosak akibat dari tembakan melulu pihak polis.. betul-betul terjadi di depan mata, nasib baik pemilik kenderaan cepat meninggalkan kenderaan

 Mamat india ada kisahnya tersendiri.. setelah penat, aku singgah jab minum kat kedai mamak.. apa lagi order lah teh o ais.. dia cakap tiada.. lepas tu aku try order teh ais.. dia cakap teh ais ada.. apa punya ter... (pengajaran, lain kali kasi training betul-betul pekerja sebelum ambik)

 Inilah aksi terbaik aku tahun ini.. cubaan untuk melontar semula 'bom asap'.. tapi nampaknya tak berjaya, cubaan seterusnya akan dilakukan pada BERSIH 4.0 nanti.. terima kasih kepada saudara Jijul kerana ambik gambar yang tak bermakna nih...

 ..........................................................................................

Perjalanan aku di BERSIH 3.0 ini, aku ucapkan terima kasih kepada sponcer-sponcer tiket kapal terbang aku dari kk ke kl. Kalau harap duit sendiri comfirm makan magee hujung bulan satu keluarga. Jasa korang akan ku kenang...

Bertemu lagi BERSIH 4.0.. Allahuakbar!


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD