HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Tuesday, April 24, 2012

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

Salam perjuangan..

Sebenarnya sejak BERSIH 2.0 lagi aku tertunggu-tunggu 'perkataan' tersebut keluar dari mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagi aku, kata-katanya mempunyai roh yang meresap hingga ke kapilari-kapilari darah anak muda. Untuk itu, kami akan sambut seruan itu.. Ya.. kami akan di sana..! InsyaAllah..


BERSIH 2.0 aku disana (kisahnya disini) BERSIH 3.0 aku tetap akan disana..

Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz


KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu  kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)

“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/

Friday, April 20, 2012

Pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Sabah (update)

Salam perjuangan..

Sepanjang 20hb dan 21hb April, DPP Malaysia bersama-samanya rombongan Ust Nasaruddin Hassan, Ust Nik Abduh, Ust. Syed Kadir Al-Jofree dan Saudara Abang Kedre akan berada di Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti dan program telah diaturkan oleh DPP Sabah.

20hb April 2012

Sidang Media



Sumbangan 'Bahan Bacaan Iqra' di salah sebuah Kg. Air



Edaran Risalah Himpunan Rakyat di Kota Kinabalu (BANGKIT 2.0, BERSIH 3.0 dan LYNAS)


Futsal persahabatan



21hb April 2012

Minum pagi bersama DHPP dan pelancaran DHPP kawasan Tanjung Aru


Perasmian Kelab Motor (ARC) anjuran DACS Sabah.


Program bersama masyarakat di Kota Belud

Thursday, April 19, 2012

Program 'Sinar Di Bawah Bayu' PSS bersama IKIM.fm

Sumber: http://siswazabah.blogspot.com/

Kenangan PSS & KRU bersama DJ-DJ IKIM.fm

Kundasang, Sabah : Seramai 13 orang ahli PSS dan KRU telah bersama dalam satu program yang dinamakan Program 'Sinar Di Bawah Bayu' anjuran IKIM.fm pada tanggal 14 April 2012. Rombongan PSS dan KRU bertolak seawal sehari sebelum program bermula lagi dengan menaiki tiga buah kereta.

Alhamdulillah, perjalanan dalam kepekatan malam yang berhiaskan bintang-bintang di langit serta bulan separa terang menambahkan kenikmatan bermusafir bersama. Tiada masalah besar berlaku sepanjang perjalanan dengan cuaca yang cukup baik dan kondisi kenderaan yang memuaskan. 

Seusai sampai, kami menginap di rumah saudara Azizul Julirin yang juga merupakan Setiausaha Agung PSS 2012/13. Beliau yang juga merupakan anak jati kelahiran Kundasang memberi layanan yang mesra kepada kami. 
 
Pemandangan Indah

Semalaman merehatkan kudrat dan menghimpunkan daya untuk digunakan pada keesokkan harinya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sebelum bertolak ke tempat program, kami sempat menjamah sedikit kudapan sarapan yang disediakan oleh rombongan Muslimin PSS dan KRU. Kali ini, muslimin menunjukkan taring dan sengatnya dalam masakan yang disediakan.
 
Selepas bersiap, kami ke tapak program di Pekan Kundasang. Banyak aktiviti dijalankan, antaranya, sesi masak memasak bersama chef, penyerahan bantuan amal kepada golongan yang memerlukan, Nasyid, persembahan orkestra Buluh, ceramah agama tentang kekeluargaan dan banyak lagi.

Chef Jamil dengan celotehnya meriuhkan suasana
 
Persembahan penuh bertenaga dari kumpulan Orkestra Buluh

PSS telah membuka satu gerai jualan dalam program ini. Alhamdulillah, jualan laris dan medapat sambutan yang sangat memberansangkan. Antara jualan PSS & KRU adalah seperti baju T-shirt labuh muslimat, buku-buku ilmiah, lencana Islamik, pelekat kereta Islamik, kismis, Insurans dan banyak lagi.


Antara pengunjung gerai PSS & KRU
 
Tengok jangan 'ndak' tengok
 
PSS dan KRU juga berpeluang untuk beramah mesra dengan DJ-DJ IKIM.fm yang turut hadir memeriahkan program tersebut. Antara DJ IKIM.fm yang bersama dalam program ini adalah seperti Dj Faiz, Mahathir, Erwan, Farouq, Nazri, Izam, Nik Hasnah, Fairuz dan DJ Mona. Kemesraan mereka ternyata merapatkan jurang ukhwwah antara PSS dan KRU walaupun di pisahkan dengan Laut Cina Selatan.


DJ-DJ IKIM.fm sedang beraksi di atas pentas utama

Sewaktu matahari tegak di atas kepala, perut terasa kosong, namun, pengunjung dan peserta program disajikan dengan masakan yang telah disiapkan oleh Chef jemputan iaitu Chef Jamil bersama penduduk tempatan. Nikmat terasa tatkala menjamah makanan yang disediakan bersama-sama pengunjung lain.


'Ndak' sabar mahu menjamah makan tengahari

Sebelum meninggalkan tempat program, kami bergotong-royong membersih dan mengemaskan tempat program seperti sedia kala. Alhamdulillah, walaupun singkat, namun banyak perkara dan pengalaman baru diperoleh dari program ini disamping menambah kenalan di tempat orang.
 
Persembahan Nasyid dalam bahasa Dusun
 
Ceramah Agama oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin
 
Antara Pengunjung yang hadir
 
Kenangan bersama Chef Jamil
 
Afiq setia menjaga Gerai Insurannya

DJ Fairuz pun shopping kat gerai PSS
 
Kenangan bersama DJ Fairuz di Gerai PSS & KRU
 
Penyampaian sumbangan kepada penerima
 
Kenangan bersama para penerima sumbangan
 
Yang Muda Disayangi, Yang Tua Disantuni
 
Tauke kedai
 
Azizul memperkenalkan PSS kepada salah seorang peserta rombongan IKIM.
 
Azizul bersama DJ Faiz ber'Ngam'
 
Tersenyum kepuasan dengan hasil jualan
 
Jualan Lencana, pelekat kereta, kismis, pelekat Lap Top dan Pelekat Islamik

Friday, April 13, 2012

Monday, April 9, 2012

PAS NEGERI SABAH : PROJEK SUMBANGAN BUKU NEGARA BERKEBAJIKAN


Satu projek sumbangan buku ‘Negara Berkebajikan Tawaran PAS’ dilancarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah baru-baru ini, mempelawa mereka yang berkelebihan untuk menaja atau menyumbang dalam bentuk kewangan. Buku-buku ini akan diedar dan disumbangkan kepada sasaran di seluruh Sabah.

Buku ini berharga RM6.00 sahaja setiap satu dan sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun bank islam : 100 250 100 112 63. Sila maklumkan jumlah dan tarikh sumbangan ke emel : pas_sabah@yahoo.com

***
Buku setebal 59 muka surat ini mengandungi tujuh bahagian antara lain memuatkan penjelasan konsep negara berkebajikan, teras-teras utama, polisi-polisi umum dan 10 agenda permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. 10 tawaran PAS adalah seperti berikut :

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

 Dipetik dari: http://abunuha.wordpress.com/

Sunday, April 8, 2012

Karnival Sukaneka PASTI kawasan Sepanggar 2012 meriah

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

1 April, Kota Kinabalu: Tahun ini sekali lagi PASTI kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan karnival sukaneka PASTI kawasan. Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sukaneka kali ini telah disertai 9 buah PASTI sekitar Sepanggar dan sebuah PASTI Tuaran dimana lebih 380 pelajar telah menyertainya.

Sukaneka dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari pelajar-pelajar yang mewakili PASTI masing-masing. Pelbagai ragam dan gaya dapat disaksikan selain dari pakaian yang ceria dari setiap PASTI. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu En. Lahirul Latigu. Beliau mengingatkan para ibu bapa bahawa PASTI ini adalah milik semua mereka yang cintakan pendidikan Islam. Pada majlis tersebut juga beliau telah merasmikan Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Sepanggar 2012.

Selain dari sukaneka, turut disediakan pada karnival tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS, derma darah dari Hospitan Queen, gerai-gerai jualan dan pameran. Selain itu acara ibubapa juga tidak ketinggalan, dimana acara pertandingan melipat kain untuk kaum ibu dan acara larian 4 x 100m untuk kaum bapa turut diadakan.

Pemenang keseluruhan sukaneka pada tahun ini dimenangi oleh PASTI Al-Islah, Kg. Lobou yang memenangi hampir kesemua acara. Manakala PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana telah memenangi acara perbarisan lintas hormat.

Gambar sekitar karnival sukaneka PASTI


 Perbarisan dari PASTI As-Solihin Taman Puterajaya

Pemenang perbarisan lintas hormat dari PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana

 Acara isi air dalam botol

Acara membawa bola pingpong dalam sudu

 Pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS

 Acara kaum ibu, pertandingan melipat kain

Sebahagian ibu bapa dan hadirin yang hadir memenuhi ruang utama

 Penasihat PASTI Kawasan Sepanggar meyampaikan piala kepada pemenang

PASTI Al-Islah, Kg. Lobou, juara keseluruhan sukaneka menerima hamper dan piala pusingan

Jumpa lagi pada Karnival Sukaneka PASTI Sepanggar tahun depan.

Friday, April 6, 2012

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah 2012 kali ke 25 (update)

~Melangkah Menuju Kemenangan~


 Perwakilan sedang membahaskan Laporan Tahunan DPPS 2011

 Perwakilan yang hadir memenuhi setiap penjuru dewan

 Ucapan Dasar Mukatamar DPPS sedang disampaikan oleh Ketua Pemuda pada malam sebelumnya

Kehangatan para tetamu muktamar diserikan dengan pidato Sdra Mohd Sani Hamzan yang juga Ketua Pengarah Politik dan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tetamu yang hadir mendengar Ucapan Dasar Dewan Pemuda PAS negeri Sabah


Tuesday, April 3, 2012

Terkini: Kebakaran di Kg.Cenderamata, Likas, Kota Kinabalu (update)

Kebakaran berlaku sebentar tadi, maklumat penuh insyaAllah akan dimuatkan..



Semoga mangsa yang terlibat bersabar atas ujian yang menimpa..

12 buah rumah
30 keluarga terlibat

 Salah sebuah kenderaan yang tidak sempat diselamatkan

Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu (baju biru) malam tadi mengunjungi mangsa-mangsa kebakaran

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD