HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Idulfitri

Blog Islam Returns mengucapkan:

Selamat Hari Raya Idulfitri
Maaf Zahir dan Batin
Kepada Seluruh Umat Islam khususnya pembaca setia blog ini...

p/s: tak sempat nak karang ayat panjang2..

Sunday, August 21, 2011

Bicara Nurani: Biarkan isterimu bersama Tuhannya!

Oleh: Waridah Lothpi


Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.” Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.” Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Wahai suami-suami sekalian! Kasihanilah isteri anda. Selamatkanlah dia dari neraka jika anda benar-benar menyayanginya.

Caranya?

Berikanlah sedikit masa dan kelapangan untuknya bersama dengan Tuhannya. Sesekali cuba ambil alih beban tugasnya yang membukit itu.

Kahwin sama-sama.

Cari duit sama-sama.

Jaga anak dan buat kerja rumah?

“Awak jagalah anak tu…abang tak pandai la,”kata sesetengah suami.

“Abang tak pandai basuh pinggan, pinggan tu berat!” alasan entah apa-apa.

Kalau para suami sekalian sudi-sudikan diri untuk membantu, barulah mereka akan faham betapa banyaknya kerja isteri. Tak habis-habis sampai akhirat!

Kerjanya biasa-biasa sahaja. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, memasak, selesaikan urusan anak-anak, leraikan pergaduhan anak-anak dan senarai itu berterusan. Walaupun kerjanya nampak mudah, tapi ia masih memakan masa. Setelah selesai semuanya, isteri pun sudah hampir kehilangan nyawa, tiada daya lagi untuk bersunyi-sunyi dengan Tuhan.

Kalau suami merasakan mereka perlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk memantapkan diri sebagai khalifah, isteri apa kurangnya. Perlu juga kekuatan itu untuk mendepani rutin sehari-hari yang menekan. Mendidik anak, mudahkah? Tentu sahaja tidak. Orang yang mendidik itu sendiri perlu stabil fizikal, mental dan emosinya untuk menghadapi kerenah anak-anak yang kadangkala di luar jangkaan itu.

“Alah yang, yang tahu kan…kalau abang pergi beribadah ni, yang pun dapat pahala sama macam abang. Kan untung tu! Pahala banyak, apalagi, masuk syurga lah!”hujah si suami.

Oh, malang sekali jika masih ada yang berfikiran begini. Beribadah hanya untuk mendapat pahala? Itu mentality kanak-kanak sekolah rendah. Apakah jika tidak dijanjikan pahala dan syurga, maka kita tidak mahu melakukan ibadah? Pahala yang diberi adalah ganjaran dari Allah yang Maha Pemurah.

Tujuan ibadah itu sendiri sangat besar.

Ibadah, terutamanya solat, sangat berkesan membentuk hati dan perilaku sekiranya roh solat itu dapat dirasai. Terasa kehebatannya menjalar di setiap saraf dan gerak nadi. Tidak ada yang lebih membahagiakan bagi mana-mana manusia selain daripada kesempatan bercakap dan mengadu pada Tuhannya. Solat yang berkesan akan membentuk sangka baik yang tinggi pada Tuhan.

Namun demikian, ada sesetengah isteri terpaksa bersolat dengan kepayahan. Mampu khusyukkah jika terpaksa menahan kepala yang senget kerana telekung dipijak anak? Boleh tenangkah jika anak-anak saling bergusti di sebelah?

Para suami sekalian,
Letakkan diri anda di tempat isteri, fahami dan empati kepenatannya. Biarkan dia bersama Tuhannya tanpa gangguan. InsyaAllah anda sendiri akan teruja dengan transformasi baik isteri hasil dari solat dan ibadahnya yang berkesan itu. Dia akan lebih cemerlang melayan keperluan anda dan anak-anak, insyaAllah!

Wallahu a’lam.

Penulis seorang graduan dari UTHM

Tuesday, August 16, 2011

Santai: Berbuka di tengah Kota Raya

Salam Ramadhan..

Selama beberapa hari ini aku berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur kerana ada urusan. Seharian berada di kota raya ini, mengenangkan kembali nostalgia semasa zaman sekolah dahulu. Keindahan malam dinikmati dalam suasana yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Namun keindahan ciptaan tuhan hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang ikhlas mencari cinta Agong dari Nya, manakala bagi mereka yang mencari keseronokan dikala malam, hanya akan menikmatinya sementara sahaja. Begitulah resam kota raya.

 Antara jamaah yang hadir bersolat terawih di Masjid Jamek Kuala Lumpur

Aku mengambil kesempatan ini untuk bersolat magrib-isya (jamak) di Surau Pudu Raya dan Teraweh di Masjid Jamek. Keadaan surau Pudu Raya kini telah berubah wajah dan memberi keselesaan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah dan berehat melepas lelah berbanding dahulu. Kisah mengenai Pudu Raya pernah aku paparkan disini. Namun  ibarat kata pepatah 'rumah siap, pahat masih berbunyi' begitulah yang dialami oleh penghuni sebenar Pudu Raya terutamnya peniaga.

Kesempatan ini juga aku ambil untuk menjejaki kisah-kisah nostalgia zaman remaja, kerana sudah lebih 13 tahun sebenarnya aku tidak singgah di 'Kota Raya' dan 'Central Market'. Biasalah zaman-zaman remaja dahulu, bersama kawan-kawan, inilah tempat-tempat persinggahan, selain dari 'Lot 10', 'Sogo', 'Daya Bumi', 'Dataran Mardeka' dan lain-lain.

Keindahan Menara Maybank diwaktu malam (menara yang menjadi saksi tuntutan rakyat terhadap pilihanraya yang Bersih dan Adil)

 Kemeriahan sambutan ramadhan jelas kelihatan di pintu masuk Masjid Jamek Kuala Lumpur

 Berbuka di salah sebuah hotel di tengah-tengah kota raya

...................................................................................

Aku biarkan nostalgia lama berlalu, namun sekarang dan 20 tahun akan datang 'Kota' ini akan menjadi saksi bahawa aku pernah menentang sang penguasa yang zalim (BERSIH 2.0).

 Hidup! Hidup!.. Hidup Islam! Hidup! Hidup!.. Hidup Rakyat! Hancur! Hancur!.. Hancur BN!

Thursday, August 11, 2011

Malang untuk bakal graduan UPSI

Salam Ramadhan..

Berikut adalah email yang aku terima pagi ini..

UPSI gagal bela graduan Melayu, sibuk isu UNISEL

Kesian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pinjam PTPTN. Dapat ijazah perguruan tapi tiada peluang kerja jadi guru. Kena cari kerja bukan bidang perguruan. Kalau nak jadi guru juga kena buka sekolah sendiri agaknya. Sibuk dengan kes di UNISEL rupa-rupanya anak-anak Melayu graduan UPSI teraniaya.
 
Kepada sesiapa yang berhajat untuk masuk UPSI dengan pinjaman PTPTN atau dengan biasiswa selain Kementerian Pelajaran, baik tak payah.

 
MALANG NASIB GRADUAN UPSI
 
Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.
 
Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.
 
Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.
 
Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.
 
Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.
 
Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.
 
Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.
 
Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.
 
Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.
 
Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.
 
Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.
 
Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?
 
Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.
 
Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.
 
Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).
 
Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.
 
GRADUAN KECEWA
Tajung Malim, Perak

Wednesday, August 10, 2011

Pemuda PAS Perak hadir santapan berbuka Ramadhan DiRaja Pemangku Raja Perak

Sumber: http://pemudapasperak.com/v1/index.php

6 Ogos 2011 (KUALA KANGSAR) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak diperkenan sekali lagi hadir ke Majlis santapan berbuka Ramadhan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini.

Pemuda PAS Perak yang serba berbaju melayu hijau diketuai oleh Ketua Dewan, Zawawi Hassan dan 10 orang ahli rombongan yang telah hadir. Majlis tersebut adalah bersama Badan Bukan Kerajaan, Sektor Korporat dan Media. Bersama juga pimpinan Kerajaan Negeri Perak yang turut hadir.

Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan Majlis Berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh. Dan diakhirnya majlis sesi bergambar khas bersama Pemuda PAS Perak yang kebetulannya Raja Dr Nazrin Shah memakai baju melayu berwarna hijau juga.

Santapan berbuka puasa bersama Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin

 
Bergambar bersama Raja Nazrin

Monday, August 8, 2011

Janji pencapaian NKRA untuk pengetua sekolah hanya omongan kosong!?

Salam Ramadhan..

Baru-baru ini setelah selesai kuliah bulanan (usrah kawasan Sepanggar) di Pejabat PASTI kawasan Sepanggar, aku disapa oleh seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Menurut beliau, sebelum ini pengetua sekolah-sekolah menengah telah dipanggil dan diberi taklimat berkaitan NKRA dan ditaburkan janji-janji. Antaranya ialah, bagi sekolah yang mendapat pencapaian terbaik iaitu peningkatan ranking melebihi angka tertentu akan diberi insentif kepada sekolah, guru dan pengetua. Namun apa yang terjadi, setelah sekolah beliau telah berjaya memenuhi syarat-syarat tersebut, janji-janji yang ditaburkan itu hanya tinggal janji.

Sekadar hiasan

Rupa-rupanya, insentif tersebut hanya diberikan kepada satu sekolah sahaja daripada keseluruhan sekolah di Malaysia. Pengetua dan guru-guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan telah berjaya, berasa tertipu dengan apa yang telah terjadi. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku seandainya Malaysia betul-betul ingin mencapai sebuah negara maju menjelang 2020. Malang sungguh Malaysiaku!


p/s: Budaya UMNO kini telah merebak dalam segenap kementerian kerajaan.. malang sungguh Malaysia berkerajaankan UMNO/BN. Kalau ragu-ragu dengan cerita ini, cubalah bertanya kepada pengetua-pengetua diluar sana.

Friday, August 5, 2011

Iklan: Tolonglah jangan SKEMA sangat!

Salam perjuangan..

Ketika pulang dari solat teraweh di salah sebuah Kg. Air di area Sepanggar malam tadi, aku dan teman-teman pemuda Sepanggar singgah sebentar di restoran bagi menghilangkan dahaga. Kesempatan itu aku bertanyakan Ikhwan (blogger SBS)  tentang iklan TV9 berkaitan sahur, kerana jauh dalam sudut hati aku, aku tidak berapa setuju dengan pandangan DPP Selangor berkaitan isu iklan tersebut.


Setelah melihatnya untuk kali pertama, pada pandangan aku, iklan tersebut sangat menyentuh hati kerana ianya mempunyai elemen teguran secara humour. Tetapi aku tidak mempunyai hujjah yang kuat untuk menyatakan hasrat tersebut, apatah lagi untuk memberi pandangan di blog ini.

Namun, apa yang terlintas di benak fikiran aku ialah, beginikah cara umat Islam (mewakili segelintir pimpinan PAS-merujuk kepada kenyataan ketua Pemuda PAS Selangor) berfikir dalam berhadapan dengan sesuatu isu. Seolah-olah Islam itu mesti skema untuk menegur atau menyampaikan sesuatu mesej. Pemikiran sebegini masih lagi membelenggu sesetengah da'ie, sehingga menyebabkan mad'u menjauhkan diri dari memahami keindahan dan fleksibeliti Islam dalam menyampaikan mesej.

Setelah membaca hujjah Al-Baqistani, keyakinan aku bertambah kuat terhadap isu ini.

.....................................................................................................................

Sumber: http://g-82.blogspot.com/

AKU DESAK TV9 KEKALKAN IKLAN SAHUR

Pemuda PAS Selangor kata, iklan ini ada unsur hina Islam. Aku tengok berkali-kali klip video itu. Aku tidak merasakan, ia ada unsur menghina Islam. Tetapi yang aku nampak, video ini mengandungi unsur menyindir bagi mereka yang suka bersaing dalam perkara yang tidak ada faedah.

Bagi mereka yang mempelajari ilmu Balaghah, kaedah ini boleh disebut sebagai kaedah sindiran. Ataupun menggunakan kaedah "ta'ridh". Cara menggunakan kaedah ini memang wujud dalam al-Quran. Ia merupakan salah satu cara untuk Allah SWT menarik pandangan orang yang dikhitab oleh Allah SWT agar berubah.

antaranya adalah firman Allah;

فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

maksudnya;
"Berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih"

(Al-Imran : 29)

Maka begitujuga klip video iklan Ramadhan yang dikeluarkan oleh TV9. ia sekadar sindiran. Padaku, kenyataan ketua Pemuda PAS Selangor itu tidak berasas kepada ilmu terlebih dahulu.

Sekian

Wallahu 'Alam

Thursday, August 4, 2011

Ambang Ramadhan: Program Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah


“DISKUSI RAMADHAN” BERSAMA
DATO’ ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ


Bersempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) Cawangan Sabah pada 23 Julai 2011 telah berjaya menganjurkan program “Diskusi Ramadhan” bertempat di Dewan Sri Kinabalu, Hotel TAHA D’ Bayu, Kota Kinabalu Sabah. Ceramah jemputan dalam diskusi ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz, Mantan Pegawai Istana Negara. 

Program diskusi yang dilaksanakan setiap tahun ini (kali kedua) diadakan bagi memberi peluang kepada kaum musmin dan muslimat menambah dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan amalan dalam bulan Ramadhan.  Peserta juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada Yang Berbahagia Dato’berhubung dengan persoalan dan kemusykilan yang dihadapi dalam melaksanakan ibadah di dalam bulan Ramadhan. 

Antara perkara yang ditekankan oleh penceramah adalah berkenaan sikap ibu bapa kini yang sangat mengambil berat pelaksanaan ibadah puasa dikalangan anak-anak yang berumur 5 – 8 tahun. Sedangkan pada masa yang sama pelaksanaan solat 5 waktu kurang ditekankan. Bonus atau pahala yang berganda daripada  Allah Subhanahu wata’ala bagi setiap amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan wajar dijadikan rebutan bagi setiap individu muslim.   

Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan dan ditingkatkan penganjurannya pada tahun hadapan. Sebagai rekod, seramai 350 orang telah hadir dalam Diskusi yang berakhir pada jam 11.00 malam.  

-----------------------------------------  

AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH
ANJUR
MAJLIS “MAKAN MALAM AMAL” 

Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA) Cawangan Sabah pada 22 Julai 2011 telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dengan AMAL MALAYSIA Caw. Sabah khususnya para penyumbang yang setia dan sentiasa memberi kepercayaan kepada AMAL MALAYSIA dalam melaksanakan misi kemasyarakatan di negeri Sabah. 

Seramai 120 orang telah hadir dalam Majlis Makan Malam ini yang diadakan di Dewan Sri Semporna, Hotel TAHA D’Bayu, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis didahului dengan tayangan khas sempena 5 tahun penubuhan AMAL MALAYSIA di negeri Sabah. Majlis diikuti dengan tazkirah khas daripada finalist Imam Muda musim kedua, Ust. Fakhrorrazi Bin Hussin. Imam Muda Fakhrorrazi  menggantikan tempat Dato’ Abu Hassan Din yang tidak dapat hadir pada malam tersebut akibat masalah pernerbangan yang dihadapi.    

Adalah diharapkan, para hadirin yang hadir majlis Makan Malam Amal ini mendapat maklumat tambahan mengenai gerak kerja AMAL MALAYSIA Caw. Sabah selama 5 tahun penubuhannya di negeri Sabah. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas segala sumbangan dan kepercayaan yang diberikan.

--------------------------------------------------------

IMAM MUDA FAKRUL
HADIR PROGRAM ANJURAN
AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Peserta finalist Imam Muda Musim Kedua, Imam Muda Fakrul atau nama penuhnya Fakhrurrazi Bin Hussin telah hadir dalam mengisi beberapa slot bersempena “Program D’Ambang Ramadhan” di sekitar Kota Kinabalu anjuran AMAL MALAYSIA Caw. Sabah. Sepanjang 3 hari berada di Kota kinabalu ( 22 julai – 24 Julai) Imam Muda Fakhrul di bawa ke beberapa lokasi  bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat Islam khusus kepada peminatnya di Negeri Sabah.

Pada hari pertama (22 Julai), Imam Muda Fakrul telah memberi tazkirah ringkas di Majlis Makan Malam Amal bertempat di Hotel TAHA D’Bayu, Kota Kinabalu. Pada hari kedua (23 Julai), Imam muda Fakrul telah hadir dalam memberi pengisian di beberapa lokasi yang terpilih. Kuliah subuh di Masjid Lok Kawi Lama, Ceramah Motivasi kepada penuntut di Ma’ahad Tahfiz Wal Qiraat Negeri Sabah, lawatan serta tazkirah kepada ibubapa di Sekolah Rendah Tahfiz Bandar Saera dan pada malamnya “Bicara Ramadhan” bersama pelajar dan pensyarah di Masjid Politeknik Kota Kinabalu. Pada hari ketiga (24 Julai), kuliah subuh telah disampaikan kepada pelajar dan penghuni di sekitar Institut Latihan Perindusrian, Sepanggar.    

Kehadiran Imam Muda Fakrul dalam program anjuran AMAL MALAYSIA Caw. Sabah ini menunjukkan kepada masyarakat bahawa keluaran peserta dalam program realiti yang berteraskan Islam seperti Program IMAM MUDA ini sangat berkesan dalam melahirkan insan yang berjiwa pendakwah. Semoga Imam Muda Fakrul terus berjaya dalam kehidupan dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan!

Salam Ramadhan..

Kesempatan ini laman Islamreturn mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga puasa kali ini disertai dengan perjuangan menegakkan keadilan Islam.

.............................................................................



KEBERKATAN RAMADAN INI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGGAR SANGAT BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSINYA DENGAN SELURUH UMAT ISLAM.

SEPANJANG RAMADHAN KALI INI, PAS KAWASAN SEPANGGAR AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM BAGI MENGIMARAHKAN BULAN YANG MULIA INI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.

SUMBANGAN BOLEH DI MASUKAN KE AKAUN SEMENTARA:

PASTI KAWASAN SEPANGGAR
100160-100-54443
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(SILA SMS JUMLAH SUMBANGAN KE NO. BERIKUT: 014-5551042)

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN INI. SEMOGA IANYA MENJADI SEBAHAGIAN AMAL JARIAH YANG AKAN DILIPAT KALI GANDAKAN DIAKHIRAT KELAK.

PERUTUSAN RAMADHAN DARI MURSYIDUL AM PAS
KLIK DISINI
PERUTUSAN RAMADHAN DARI PRESIDEN PAS
KLIK DISINI

*Jumlah sumbangan terkumpul akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD