HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Wednesday, May 25, 2011

CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM SABAH GAMES (SAGA V)DI KENINGAU

Sumber: http://paskeningau.blogspot.com/



Program Sukan SAGA (SABAH GAMES V )yang akan berlangsung di Keningau bakal berdepan dengan masalah infranstruktur dan prasarana yang tidak menepati standard.Kenyataan ini dikeluarkan oleh Hisammuddin Sulaiman,Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah.


Dalam tinjauan Pas Sabah,prasarana yang dibina hampir terbengkalai di samping, ada tempat seperti sekolah-sekolah yang dijadikan venue perlawanan SAGA V,tidak disalurkan peruntukan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Hisammuddin,turut menyokong gesaan Pegawai Daerah keningau,Tuan AmatMohd Yusof,supaya kontraktor mempercepatkan proses pembaikian di Kompleks Sukan Keningau memandangkan upacara SAGA V akan diadakan pada 6 Jun depan.

Upacara sukan terulung di Sabah itu memilih Daerah Keningau untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada kali ini.

Pada tinjuan Pas Sabah,setakat ini pembinaan dalaman dan luaran Kompleks sukan Keningau masih belum siap sepenuhnya dan jelas berlaku kebimbangan di kalangan masyarakat Keningau yang sudah pun bersedia menyambut tetamu dan orang ramai dari luar bersempena temasya tersebut.

Hisammuddin, yang merupakan YDP Pas kawasan Keningau melahirkan kebimbangan campur tangan politik dan pembahagian tender projek-projek sempena SABAH GAMES tidak diuruskan dengan baik sehingga akan memberi kesan kepada prestasi atlet-atlet dalam temasya itu.

Lebih membimbangkan lagi,sejauh mana ketahanan bangunan dan prasarana yang dibangunkan kerana merujuk kepada laporan akhbar Sabah Times peruntukan pembinaan venue sukan SAGA-V ini dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah sebanyak RM 12 juta.

“Inilah contoh terbaik kalau projek rakyat ini diagihkan kepada kroni-kroni yang akhirnya akan menghasilkan projek “instant noodles” ibarat “bagaikan mee maggi,sedap dimasak, sedap dimakan”,kata Hisammuddin.

“ Ada juga desas desus “kontraktor memboikot”kerana projek-projek bernilai tinggi diserahkan kepada kroni pimpinan Umno Sabah”,luah beliau lagi.

Saturday, May 21, 2011

Sekitar program Bob Lokman di Titi Serong, Parit Buntar

(Berita ini sepatutnya aku siarkan 4 hari yag lepas, tapi atas sebab teknikal problem (bill tertunggak) punya pasal tak dapat nak muatkan.. mana idaknya.. kejab di KL, pas tu gerak ke Perak, pas tu KL balik, pas tu Perak balik.. mana nak sempat singgah bayar. Walaubagaimana pun, semalam baru berkesematan pergi ke Pusat Bandar Pt. Buntar cari kaunter pembayaran.. so layan jer..)

Ijtima PAS ganti UMNO di Perak

PAS Perak telah mengaturkan program Ijtima PAS ganti UMNO (zon utara) yang bertempat di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Aku tak berkesempatan untuk hadir melihat suasana program tersebut yang dikatakan mendapat sambutan yang sangat baik dari rakyat negeri Perak. Berikut sedikit gambar yang sempat 'mujahidperak' bagi kat aku untuk aku muatkan ke dalam blog ini.

 -gambar akan dimuatkan-

Mesyuarat perlantikan Jawatankuasa pertama PAS Cawangan Jalan Pantai Lama

Alhamdulillah, kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, akhirnya tertubuh juga jawatankuasa PAS cawangan di kampung aku. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa begitu lambat tertubuh cawangan di kampung aku nie. Untuk maklumat, Jalan Pantai lama nie sebenarnya adalah kubu kuat UMNO di Tanjung Piandang (DUN Kuala Kurau). Aku ingat lagi semasa kecil, ketika pilihanraya ke berapa dah aku tak ingat, kat sinilah aku bantu menyiapkan poster-poster BN dan dapat la upah RM5 (rasanya dalam tahun 1988-1992). Semenjak dari itu sehingga hari ini, kalau ada PRU, tak pernah ada pondok panas PAS dikawasan Jalan Pantai Lama ini.

-gambar akan dimuatkan-

Semoga dengan tertubuhnya PAS cawangan dan jawatankuasa yang dibentuk akan menambahkan lagi kekuatan jentera PAS kawasan Parit Buntar bagi menghadapi UMNO/BN yang ternyata sekarang telah terkeluar dari landasan Islam. Lebih memaniskan lagi lakaran sejarah ini, mesyuarat kali pertama ini telah diadakan di rumah ibu ku sendiri (sekarang dibina semula oleh Bro Zul).

Saturday, May 14, 2011

Tahniah PAS Keningau: MASJID AL-SYAKIRIN KINI SIAP DIBINA

Sumber: http://paskeningau.blogspot.com/


Masjid al-Syakirin Kampung Nandagan, sook kini hampir siap sepenuhnya apabila kerja-kerja terakhir dilakukan pada 8 Mei 2011 baru-baru ini. Masjid yang dibina dengan keluasan 30 kaki panjang dan 30 kaki lebar dengan ketingggian 9 kaki tinggi itu menelan belanja hampir RM 40,000.00 hasil sumbangan umat Islam dari negeri ini dan juga seluruh Malaysia.

Walaupun kerja-kerja yang dinggap mulia ini cuba diusahakan oleh PAS, namun masih terdapat segilintir pihak yang masih dilihat tidak berpuas hati dengan usaha ini. Apabila berita pembinaan masjid tersebut tersebar ke seluruh Malaysia melalui laman-laman blog dan akhbar-akhbar tempatan, kelihatan pihak-pihak tertentu yang memberikan pelbagai tekanan dan ancaman kepada sesiapa yang bekerjasama dengan PAS dalam usaha ini.

Walaupun masyarakat dan penduduk setempat mendapat tekanan yang tidak kurang hebatnya dari pihak-pihak berkuasa dan parti-parti plitik pemerintah, namun semangat untuk melihat wujudnya sebuah tempat ibadah umat Islam untuk mengabdikan diri kepada Allah dapat dibangunkan. Sehingga kini, kerja-kerja mengecat sedang dijalankan dan dijangkakan suatu majlis besar-besaran akan dilakukan sebagai tanda penyerahan masjid itu kepada pihak penduduk.

RUMAH IBADAH YANG DAHULUNYA BAGAI REBAN AYAM

Inilah wajah Masjid Kg Nandagan yang lama

Suatu keadaan yang amat menyentuh perasaan sesiapa yang celik mata hatinya apabila melihat keadaan masjid lama kampung ini. Hal inilah yang mendesak PAS bekerja keras mendapatkan sumbangan dan membina sebuah rumah ibadah yang sempurna untuk umat Islam di sini. Apa yang menyedihkan lagi, pelbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk kampung untuk mendapatkan bangunan masjid baru yang lebih baik, namun uasah tersebut di akhiri dengan dukacita. Pernah beberapa pucuk surat dikemukakan kepada YB yang bertanggungjawab di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan bagi membaikpulih atap masjid yang uzur, namun sehingga kini surat tersebut lansung tidak dilayan walaupun tertera di atas surat tersebut kelulusan permohonan itu. Apa sudah jadi dengan pemimpin negara kita...

PAS MEMBELA MASYARAKAT ISLAM

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari sudut kewangan dan sumber material, namun PAS Keningau tetap gagah melangkah mendapatkan bantuan dan sumbangan dari pelbagai pihak demi membela masyarakat Islam di kawasan ini. PAS bukanlah parti pemerintah yang punya banyak sumber kewangan; namun keihklasan dan berkat doa sekalian umat Islam yang cintakan Islam, maka usaha ini dapat juga dilaksankan dengan jayanya.

Berbeza BN yang umum mengetahui, kaya dengan kewangan, tambahan lagi sebagai pemerintah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan sekalian penduduk dilihat gagal membela nasib masyarakat Islam yang memrlukan bantuan dan sumbangan. Bukan setakat itu sahaj, apabila bantuan cuba dihulurkan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti Pembangkang, ada sahaja halangan dan ancaman cuba diberikan. Inikah sikap kerajaan yang kononnya cuba menjadi juara pembela agama pada hari ini....bak kata pepatah "harapkan pagar, pagar makan padi".

Wednesday, May 11, 2011

7 Resolusi Konvensyen PAS Sabah

Demi mencapai keadilan sosial dan negeri berkebajikan di Sabah, dengan ini PAS Sabah telah meresolusikan 7 perkara bersempena Konvensyen PAS Sabah 2011.

7 RESOLUSI KONVENSYEN PAS SABAH

Pertama:
PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

Kedua:
Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga;

Ketiga:
PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah;

Keempat:
PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak;

Kelima:
PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah;

Keenam:
PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya ‘access’ kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa;

Ketujuh:
PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.

'PAS untuk orang Sabah'
Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Saturday, May 7, 2011

Maqasid Syari'ah: Persiapan Menuju Putrajaya

Salam perjuangan..

(Ada dua sebab aku tak sempat nak coret di blog ini, pertama sentiasa dalam keadaan bermusafir dan kedua capian internet yang lembab. Entah kenapa kalau berhadapan dengan internet lembab, mood pun hilang serta-merta).

Alhamdulillah, masa yang terluang ini digunakan sepenuhnya untuk memenuhi segala program yang ada. Kebetulan sekarang aku sedang bercuti, maka kesempatan tersebut aku gunakan untuk hadir ke Seminar Maqasid Syari'ah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Banggunan Sultan Salahuddin Shah, Shah Alam anjuran Dewan Ulama PAS Pusat baru-baru ini. Seawal pukul 8 pagi lagi aku dah terpacak di depan dewan, nasib baik urusetia menyediakan sarapan pagi.

Seminar Maqasid Syaria'ah ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Presiden dengan pembentangan tajuk berkenaan yang sangat baik dan mudah difahami. Terasa seperti pengajian di pondok sewaktu belajar dahulu. Seterusnya kupasan tajuk tersebut telah diulas oleh YB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak (Menteri Besar Kedah) dan Dato Ust Harun Taib yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Secara kesimpulan aku cuba untuk ulas disini:

Maksud Maqasid
Makna dari sudut bahasa:
Tujuan, jalan yang betul, 'illah (sebab) dan hikmah
Makna dari sudut istilah para ulama feqh:
Mencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syari'ah dan mendapat hikmahnya dengan perlaksanaannya yang tepat.

Tujuan Maqasid
1. Supaya perlaksanaan hukum Islam mencapat matlamat dan tujuannya yang sebenar
2. Membawa Maslahah (kebaikan) dan kemudahan.
3. Menolak mafsadah (keburukan) dan masyaqqah (kepayahan)
4. Membawa kebaikan dunia dan akhir dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Perlaksanaannya meliputi perkara yang dinaskan atau tidak dinaskan.

Contoh Maqasid Syari'ah
Fatwa Ibnu Taimiyyah yang melarang mengganggu orang Tatar di Bangdad yang meminum arak bagi menghalang mereka membunuh dan merompak. (sekiranya mereka tidak mabuk, mereka akan melakukan rompakan dan membunuh)

Pada akhir sesi seminar, telah diadakan sesi soal jawab. Sebanyak 15 soalan terkumpul dikemukankan dan aku berkesempatan bertanya 3 soalan.

1. Adakah perlaksanaan Syari'ah akan ditangguhkan sekiranya terdapat kejahilan yang sangat tinggi dikalangan rakyat. (Jawapan: Tidak semua, ada yang perlu dilaksanakan walaupun terdapat kejahilan dikalangan rakyat)
2. Pendekatan Taliban yang dilihat tidak menggunakan pendekatan Maqasid Syari'ah akhirnya menyebabkan pemrintahan kelihatan keras dan memaksa. (Jawapan: Mengunakan Mazhab Hanafi sepenuhnya dan kebanyakan mereka adalah dari kalangan pelajar)
3. Bagimana untuk menangani kesilapan/kekeliruan dalam mentafsir yang mana lebih antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) yang mengakibatkan kesilapan didalam menentukan hukum atau berlebihan didalam menentukan hukum. Sebagi contoh, tarian poco-poco, adakah ianya lebih maslahah atau lebih mafsadah sehinggakan ada yang menghukumnya haram dan ada yang membolehkannya. (Jawapan: tidak diperolehi, mungkin yang berbahagia pembentang terlupa untuk menjawabnya. InsyaAllah, aku akan terus mencari jawapannya pada masa-masa akan datang))


Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) sedang menyampaikan pembentangan bertajuk Maqasid Syari'ah pada Seminar yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangguanan Sultan Salehuddin Shah, Shah Alam.

Ilmu Maqasid Syari'ah ini sesungguhnya sangat penting kepada umat Islam, khususnya kepada ahli dan pemimpin PAS sebagai persiapan sekiranya ditakdirkan memegang amanah untuk mentadbir Malaysia suatu hari nanti. Penguasaannya dilihatnya amat penting kerana bibit perpecahan dikalangan ahli jamaah mungkin berlaku sekiranya perlaksanaannya tidak difahami oleh semua peringkat di dalam PAS. Sehubungan dengan itu, tahniah aku ucapkan kepada Dewan Ulama PAS Pusat dan urusetia kerana berjaya menganjurkan seminar yang amat bermanfaat ini.

p/s: Cadangan aku agar pada masa akan datang dijemput seorang wakil ahli akademik sebagai pembentang bebas dan soalan-soalan yang ditanya berkaitan maqasid syari'ah ini dikumpulkan dan dibukukan sebagai menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berlegar dikalangan masyarakat Islam umumnya dan ahli PAS khususnya. Bagi mereka yang berhajat untuk memahami lebih mendalam berkenaan tajuk ini, boleh melayari laman blog Ust Wan Ji (disini). Aku meminati Ust Wan Ji kerana beliau akan menjawab sebarang isu secara rasional berdasarkan hujjah dengan merujuk Nas dan kaedah Maqasid Syari'ah.

Kg. Mohimboyon: Realiti Menyayat Hati

Sumber: http://balqisbaltishabasyeerah.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt...Suatu isu yang mungkin ada di kalangan kita sudah jelas dan maklum mengenainya andai sering dan sudah bertandang ke kawasan tersebut...Menerima perkhabaran dari seorang teman yang baru sahaja melawat di sana, terpanggil untuk memaparkan dan berkongsi situasi dan realiti yang melanda sebuah daerah yang di beri nama Ranau...Alhamdulillah, tidak lama setelah itu, diri ini berkesempatan ke Kundasang untuk slot muhasabah KRIS Kundasang...Sempat juga mengambil beberapa keping gambar namun sayangnya ada yang 'tertinggal' di laptop...Insyaalllah, tambahan gambar akan di lakukan pada minggu hadapan...

Kali pertama menjejakkan kaki ke Ranau sekitar hujung tahun 2007 atau awal 2008 untuk fieldwork geologi, terasa  diri ini sudah jatuh cinta!!!Selama berpuluh2 tahun hidup di bumi di bawah musim khatulistiwa, tiba-tiba beralih arah ke musim 'sejuk', pasti menggamit hati dan terasa 'rusa masuk kampung'...Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia....di anggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang...
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an...Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud suatu ketika dahulu...
Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi...Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau telah bertambah kepada 3555.9 km persegi..
Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa... Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Desa Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut yang menjadi projek kajian Professor kesayanganku, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan dan banyak lagi...
Bagaimana Ranau mendpaat namanya? Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi...Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau...Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.
Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini...
Namun begitu, keindahan Ranau ini dari sehari ke sehari semakin hilang dek pembangunan dan kemajuan yang pesat di sekitar Daerah Ranau yang tidak selari dengan tuntutan alam sekitar...Bukan itu sahaja, kepesatan dan pemodenan yang telah di laksanakan ini adalah sekitar di kawasan pekan sahaja, dan amat tipis bagi penduduk di kawasan yang terpencil untuk sama-sama merasa arus pemodenan tersebut...
Di sini, jom kita zoom kepada Kg. Mohimboyon...


Apabila di tanyakan kepada penduduk Kg. Mohimboyon ketika site visit di jalankan di sana, mereka berkata selama lebih dari 15 tahun mereka telah memohon untuk pembinaan jalan raya di kawasan kampung tersebut. Kerana jalan yang wujud di situ hanyalah jalan bergravel dan bertanah liat...Alhamdulillah, bila di maklumkan bahawa akan terbinanya sebuah jalan raya baru menghubungkan Kg. Kibbas ke Kg. Mohimboyon, wajah mereka bertukar ceria...Akhirnya penantian selama 15 tahun sudah di'layan' oleh pihak tertentu...Namun persoalannya di sini, mengapa sekarang???Itulah persoalan yg sering melanda diriku bilamana menerima banyak Projek Jalan Raya yang perlu di ambil alih...aishhhh...mengeluh!!!!mengeluh kerana persoalan MENGAPA SEKARANG???Terus terang, setiap kali site visit, sambil berborak-borak, bersembang dgn para penduduk kampung, mendengar keluhan mereka, diriku terasa BOLEH TAK AKU JADI BOSS???SUPAYA SEMUA PERMINTAAN MEREKA INI DAPAT KU TUNAIKAN???astaghfirullah al'adzim...sabor nisa!!!kesian dan pilu!!!janji yang diberi kepada mereka dulu-dulu kala namun, sampai sekarang janji tinggal dalam tin kosong...

Isu di sekitar Kg. Mohimboyon bukan sahaja berkaitan dengan isu jalan raya, bahkan isu keselamatan...Terdapat bayak kerja 'up-grade' dan 're-construction' bangunan di lakukan...sebagai contoh di Zen Garden Resort...Menurut penduduk kampung sana, di sebabkan kerja 'renovation' tersebut, berlakunya banyak tanah runtuh, sehingga banyak rumah yang berhampiran di 'hujani' dengan tanah-tanah...Bahkan, retakan jalan raya yang sedia ada semakin teruk berikutan dengan kemasukan lori yang membawa lebih muatan di sekitar kawasan sana...Malah, terdapat banyak tiang-tiang lampu elektrik yang sudah tumbang dan hal ini sangat membahayakan sekiranya berlaku litar pintas.
Di tanyakan kepada mereka, adakah pernah membuat aduan kepada mana2 pihak, mereka menjawab sudah...dan di suruh tunggu...Bilakah penungguan ini akan berakhir???
Sebagai seorang ahli geologi, saya bersetuju kita tidak mampu untuk menghalang gempa bumi, hakisan tanah dari berlaku..Kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun tersebut samada dari faktor semulajadi ataupun manusia...Tambahan pula di kawasan tersebut masih lagi aktif secara geologinya...Kerak-kerak bumi ini masih lagi bergerak, dan kita tidak boleh menghalang gempa bumi yang berlaku di bumi ini termasuk Ranau yang baru-baru ini pada 7 Februari 2011 telah di landa gempa bumi bermagnitud 2.6 di 6.1 degrees Utara dan 116.8 degrees Timur pada jam 2.07 pagi...Prof. Dr. Felix Tongkul, supervisor utk tesis ku yang lepas di minta untuk mengulas isu gempa bumi yang telah menyerang Ranau baru-baru ini berkata

"There's fault movement under the ground. Im not sure where it is exactly for Im still studying it,'' he said. Any earth movement in the area is always expected with the presence of the geologically young Mount Kinballu at more than 7 million yeras old..."

Namun begitu, dari segi faktor manusia, ya!!!kita mampu mencegah dan mengurangkan dari berlakunya kegagalan cerun ini...kalau nak buat pembangunan sekali pun, silakan...tapi kena ada langkah kawalan dan pencegahan yang perlu di laksanakan dan patuhi!!!kerana kita semua JELAS bahawa kawasan Kundasang dan Ranau ini adalah 'istimewa' dari segi geologinya...Maka, langkah kawalan dan pantauan perlu ada...
Di bawah ini, ku selitkan gambar-gambar yang menggambarkan situasi di Kg. Mohimboyon...
kegagalan cerun yang nyaris menghempap rumah penduduk kampung


penahan jambatan ke sekolah Mohimboyon yang sudah retak


kawasan dapur rumah yang terletak pada kawasan kegagalan cerun


tiang lampu yang sudah tumbang dan keadaan jalan yang sudah retak


keadaan jalan raya di Ranau


inilah realiti yang menyayat hati


nampak apa yang tumbang???


penungguan suatu penyiksaan..owh tiang lampu yang semakin tumbang dari hari ke hari


kegagalan cerun yang berlaku




pandangan dari sudut atas




inilah Zen Garden yang baru di 'up-grade'


anda nampak tandas yang tak kelihatan seperti tandas???



UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD