HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Saturday, April 30, 2011

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ke-24

Salam perjuangan..

Sejak dari semalam aku bersama-sama teman Sepangar telah berada di Sandakan bagi mengikuti Muktamar Pemuda PAS negeri Sabah. Muktamar kali ke-24 ini telah diadakan pada 30 April bertempat di Hotel Sandakan. Perjalanan aku dari Kota Kinabalu memakan masa hampir 7 jam yang sepatutnya hanya 5 jam sahaja. Pertama kerana kereta dipandu mengalami masalah pada kipas 'torbo', kedua kerana waktu kami bertolak bersama-sama dengan waktu lori-lori juga bergerak dan yang ketiga disebabkan 'JALAN-JALAN RAYA yang banyak berlubang. Aku memberitahu isteri aku yang ikut bersama semasa memandu, macam manalah UMNO/BN Sabah ini memerintah, perkara asas seperti jalan raya pun tidak dapat diselenggara dengan baik.

Tiba di Sandakan sekitar pukul 2 pagi, aku bersama rombongan terus sahaja ke rumah Sdra. Hasbullah (sahabat semasa di Universiti dahulu) untuk menumpang bermalam. Semoga beliau sentiasa diberi kebaikan dari Allah s.w.t di atas layanan yang baik dari beliau.

.......................................................................

Pada sebelah paginya telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan penuh gilang-gemilang. Pada aku muktamar kali ini telah menampilkan pemuda-pemuda yang berkarisma dan bersedia untuk membawa perubahan pada Sabah khususnya. Besesuaian dengan tema Muktamar tahun ini iaitu, 'Melangkah Memimpin Perubahan'. Majlis perasmian muktamar kali ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah manakala ucapan taujihad telah disampaikan oleh Ust. Kamal Ashaari (AJK Pemuda PAS Pusat).

Kehadiran pemuda serta perwakilan dari seluruh pelusuk Sabah memenuhi setiap ruang dewan muktamar. Pada muktamar kali ini telah diadakan pemilihan jawatan kuasa baru bagi sesi 2011-2013 yang mana Saudara Lahirul Latigu telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda. Muktamar telah berakhir sekitar pukul 5 petang.

..............................

Keesokannya diadakan Konvensyen PAS Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Ust. Nasharuddin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden PAS Pusat merangkap ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Berita Penuhsumber: http://dppsabah.blogspot.com/

Wednesday, April 27, 2011

Kempen Boikot Berstrategi: HARAM baca Utusan (Dato' Harun Din)

Salam perjuangan..

Sebenarnya aku pelik dengan pimpinan-pimpinan PAS-PKR-DAP nie. Macam tak serik-serik dengan gelagat media UMNO (utusan, berita harian dan lain-lain). Bukannya tak tahu, bahawa mereka (Utusan, BH dan lain-lain) itu merupakan agen UMNO. Pun begitu, masih JUGA mengadap muka dan soalan dari mereka. 

 cilok dari blog bro. Tukar Tiub

Aku dah lama papar dalam blog nie untuk dijadikan cadangan, dan pernah juga aku maklumkan pada pimpinan pemuda PAS pusat agar mengambil tindakan (strategik) bagi memusnahkan media 'propaganda' UMNO nie. Malah langkah 'Boikot Berstrategi' juga aku dah lancarkan di dalam blog ini. Namun, apalah sangat daya 'Islamreturn' yang kerdil ini untuk menjadikan ianya satu realiti, tetapi aku tetap yakin dengan apa yang aku perkatakan, kerana itulah 'benner' kempen boikot utusan aku tak akan buang dari blog ini.

Sebagai jawapan kepada Allah di padang Mahsyar nanti, dengan ini, sekali lagi aku paparkan untuk mengingatkan pimpinan-pimpinan dan semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.

.....................................................

Demi mencapai cita-cita tertegaknya sebuah negara yang memperolehi hidayah dari Allah, maka dengan segala ruang yang ada bagi melumpuhkan gerak kerja UMNO-APCO.

dan..
Oleh kerana keburukkan fitnah yang sering dilontarkan oleh media tersebut.
Oleh kerana kesucian Islam yang sering di injak-injak oleh media tersebut.
Oleh kerana menjadi lidah bagi menyokong golongan sekular.
Oleh kerana ancaman keamanan untuk rakyat Malaysia.

Maka dengan ini kita lancarkan dengan rasminya 'BOIKOT BERSTRATEGI' bagi melumpuhkan sasaran akhbar media UMNO-APCO yakni UTUSAN MALAYSIA.



Apa matlamat kita?
-LUMPUHkan itulah matlamat kita..

Tempoh yang kita ada
-Sebelum PRU ke-13

Siapa yang perlu terlibat?
-Semua Blogger, Semua Pemimpin PR dan Semua rakyat MALAYSIA yang cintakan keadilan..

Apa yang perlu dibuat?
-Beli akhbar selain dari Utusan
-Jangan jemput/halang ke sidang media Pakatan Rakyat
-Sebarang iklan di Utusan dihentikan 

p/s: kepada rakan-rakan yang mampu membuat poster yang lebih baik, sangat-sangat dialu-alukan..

Tuesday, April 26, 2011

Muktamar PAS kawasan Sepangar kali Pertama

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

24hb April (Likas): Bertempat di Dewan Komplek Sukan Likas, satu sejarah telah ditempa buat PAS kawasan Sepangar apabila dengan rasminya telah diadakan muktamar buat kali pertama. PAS kawasan Sepangar yang pada mula telah digerakan oleh para pemuda Islam yang sehingga kini telah hampir 10 tahun menggerakan aktiviti PAS dikawasan Sepangar. Pada sesi muktamar kali ini, telah diadakan pemilihan jawatan kuasa baru, dimana Hj. Ali Hassan telah dipilih secara sebulat suara untuk memimpin PAS kawasan bagi penggal 2011-2013. Manakala satu usul juga telah diluluskan iaitu, mendesak agar pembahagian kerusi bagi Parlimen dan DUN bagi persiapan awal menghadapi PRU-13 segera diselesaikan di diperingkat PR negeri Sabah.

Pada ucapan penangguhan beliau, Hj. Ali Hassan mengingatkan kepada seluruh jentera PAS kawasan agar bersedia untuk memasuki fasa pilihanraya yang dijangkakan akan diadakan sekitar bulan Jun-September ini. Selain dari itu beliau, mengharapkan agar para pendakwah dari PAS sentiasa meningkatkan usaha menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid dan surau seluruh kawasan Sepangar. Ini adalah penting kerana, kekosongan jiwa dan ilmu di kalangan masyarakat akan menyebabkan mereka jahil terhadap hukum-hukum yang terkandung di dalam Islam.


 Al Fadhil Ustaz Anuar Ali ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar kali ke-8

 Sebahagian perwakilan pemuda yang mengikuti sesi perbahasan usul

Pada hari yang sama, sebelum bermula muktamar PAS kawasan, telah diadakan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar kali ke-8. Mesyuarat kali ini yang telah dihadiri lebih 30 orang pemuda dari seluruh kawasan Sepangar membuktikan bahawa pemuda kini telah bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya. Pada sesi pemilihan kali ini, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah sekali lagi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar untuk penggal 2011-2013.

Beliau pada ucapan penagguhan, meminta agar pemuda segera mempersiapkan kekuatan diri dari sudut dalaman (spiritual) dan luaran (tektikal) bagi menjadi juara kepada rakyat yang kini ditindas oleh UMNO/BN. Pemuda harus menjadi benteng kepada rakyat yang tertindas, sebagaimana para sahabat r.a yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w di dalam menyampaikan seruan Islam dan membela mereka yang tertindas, menurut beliau pada akhir ucapannya. Mesyuarat Agung Pemuda kali ke-8 ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Anuar Ali yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Wednesday, April 20, 2011

Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah

Oleh: Khalid Samad

Ada seorang pengunjung telah bertanya pandangan saya berhubung perkara di atas. Jawapan saya adalah begini:-

Sememangnya persoalan penyelusupan dan ‘jamaah dalam jamaah’ merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana jamaah. Apabila seseorang menyertai sebuah jamaah, semestinya ianya dilakukan secara ikhlas di mana kesetiannya terhadap jamaah tersebut merupakan satu perkara yang dituntut oleh jamaah berkenaan. Dia tidak boleh menjadi ahli dengan tujuan menggunakan jamaah berkenaan untuk matlamat yang ditentukan oleh sebuah jamaah atau persatuan yang lain. Tindakan sedemikian yang merupakan tindakan kepura-puraan adalah dikutuk dan sudah pasti ditolak oleh jamaah yang diselusupi sekiranya diketahui oleh ahli dan pimpinannya.

Inilah di antara sebab mengapa di dalam perlembagaan PAS ianya jelas disebut bahawa seseorang ahli PAS tidak boleh menjadi ahli kepada parti politik lain selain dari PAS. Sekiranya ianya dilakukan, maka keahliannya akan gugur dengan sendirinya. Ini adalah kerana, dalam keadaan sebegitu, jelas wujud pertentangan kepentingan atau kesetiaan (conflict of interest) dan oleh itu ianya tidak dibenarkan.

Namun demikian, keahlian di dalam NGO tidak dilarang. Ini adalah kerana seorang aktivis masyarakat perlu bergiat melalui berbagai wadah kearah pencapaian matlamat yang diinginkan oleh Islam, ia itu kewujudan sebuah masyarakat yang di dalamnya tertegak nilai dan sistem hidup Islam. Sehubungan dengan itu, seorang ahli PAS mungkin terlibat dengan NGO lain seperti persatuan pengguna, persatuan pekerja, peguam dan sebagainya. Penyertaannya adalah untuk menyampaikan risalah dan pendirian Islam di dalam NGO berkenaan.

Dalam keadaan itu beliau mungkin dianggap sebagai seorang yang menyelusup ke dalam NGO berkenaan! Tanggapan ini adalah hanya benar sekiranya hakikat bahawa dia seorang ahli PAS dirahsiakan dan dia bergerak dengan tujuan untuk merosakkan persatuan tersebut dan menggagalkan pencapaian matlamat yang termaktub di dalam perlembagaannya. Sekiranya dia menyokong matlamat yang termaktub di dalam perlembagaan persatuan tersebut dan berusaha ke arah pencapaian matlamat berkenaan, maka ianya bukan dianggap suatu tindakan penyelusupan walaupun dia adalah ahli PAS. Sebaliknya ianya merupakan usaha ahli PAS, samada dengan pengetahuan PAS atau sebaliknya, untuk menyumbang kearah pencapaian sesuatu matlamat yang sesuai dengan Islam, dalam bidang atau pemantauan NGO atau persatuan tersebut.

Dalam keadaan sebegitu, mungkin akan ada yang berkata, bagaimana sekiranya dia lebih menumpukan usahanya di dalam NGO berkenaan dan tidak dengan PAS? Jawapan saya, itu pilihannya dan tindakannya tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS. Mungkin dia melihat dirinya lebih mampu menyumbang secara lebih berkesan di dalam NGO berkenaan di mana dia memegang jawatan dan diberi peranan kepimpinan sedangkan dia tidak mampu bertindak sebegitu di dalam PAS. Namun dia tetap menyokong PAS dan menjadi ahlinya.

Selagi mana kegiatannya melalui NGO berkenaan tidak bercanggah dengan Islam dan tidak menjejas; tetapi sebaliknya menyumbang kepada matlamat perjuangan Islam dan PAS, maka tiada sebab ianya perlu dibantah atau dipersoalkan.

Maka mungkin ada juga yang berkata bahawa dia lebih setia kepada NGO tersebut dan keahliannya di dalam PAS adalah sebagai ‘agen’ NGO berkenaan. Dia dan rakannya menyertai PAS atas arahan NGO berkenaan untuk menggunakan PAS demi kepentingan NGO tersebut dan wala’nya adalah kepada NGO itu dan tidak kepada PAS.

Ini adalah semestinya satu tuduhan yang berat kerana ianya mempersoalkan keikhlasan disebalik keahlian seseorang. Sekiranya itu disyaki maka ianya perlu ditangani secara telus dan mengikut peraturan jamaah. Anggota tersebut perlu dirujuk kepada pimpinan kawasan di mana dia akan ditanya dan diberi peluang untuk memberi keterangan dan pembelaan. Sekiranya pimpinan kawasan mendapati bahawa penjelasan beliau tidak memuaskan maka dia perlu dirujuk kepada jawatan kuasa disiplin parti (Pusat) untuk disiasat secara lebih lanjut dan dikenakan tindakan sekiranya didapati benar.

Sekiranya ianya terbukti bahawa dia menyelusup atas arahan sesebuah NGO atau persatuan dan mempunyai perancangan tertentu terhadap PAS, maka PAS perlu mengumumkan bahawa ahli NGO tersebut tidak akan diterima sebagai ahli PAS kerana ianya akan memudaratkan PAS. Sudah pasti ini akan dilakukan hanya setelah pimpinan PAS bertemu dengan pimpinan NGO berkenaan demi mengesahkan tuduhan tersebut. Pendirian sebegini terhadap NGO berkenaan akan terus berkuat-kuasa sehingga perancangan NGO berkenaan terhadap PAS ditamatkan oleh NGO tersebut.

Semua tindakan tersebut perlu dilakukan secara telus dan mengikut peraturan. Ianya TIDAK boleh dilakukan secara bisik-bisikan di mana yang tertuduh tidak dapat membela diri. Sekiranya ianya dilakukan secara bisik-bisikan, maka sudah pasti ianya akan mengundang kezaliman dan penyalah-gunaan kuasa dan pengaruh. Sebagai sebuah jamaah Islam, kita mesti menentukan bahawa keadilan, lebih-lebih lagi kepada ahli kita sendiri, dilakukan dan jelas kelihatan dilakukan untuk menjamin terhalangnya fitnah. Dalam pepatah perundangan dikatakan ‘Justice must not only be done but must be seen to be done’.

Tindakan kempen bisik-bisikan oleh golongan tertentu di dalam PAS yang menganggap diri mereka sebagai ‘PAS tulen’ terhadap golongan yang menyertai PAS dari jamaah, persatuan atau kumpulan lain adalah satu tindakan yang saya tidak setuju. Ini pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Malangnya ada yang terbawa-bawa dengan sikap sedemikian hingga ke hari ini. Dalam pengalaman saya, kempen sedemikian menzalimi orang yang dituduh kerana dia tidak diberi peluang membela diri dan pandangan songsang terhadapnya disebar melalui kempen bisik-bisikan yang tidak mengambil kira samada tuduhan tersebut adalah benar atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama, saya juga tidak boleh menolak kemungkinan ianya dilakukan pada masa itu oleh golongan yang berkepentingan yang melihat kedudukan mereka terjejas dengan kemasukan ahli-ahli baru yang lebih berkewibawaan dari diri mereka sendiri.

Lagipun, istilah ‘PAS tulen’ adalah rekaan secara memandai sendiri tanpa pengesahan dan restu pimpinan. Dengan menggelar diri mereka sebagai ‘PAS tulen’ mereka menimbulkan perpecahan dan syak wasangka di dalam jamaah PAS. Sedangkan PAS sepatutnya menjadi kubu amalan husnuz Zan dan ukhuwwah.

Bagi saya, semua yang berpegang kepada perlembagaan PAS dan menghayati dasar menerima AL-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber perundangan dan hukum serta menyakini pendekatan ‘muwajjahah silmiyyah melalui demokrasi adalah ‘PAS tulen’. Tak perlulah kita memandai-mandai dengan menambahkan syarat yang melebihi syarat yang ditetapkan Islam serta kaedah dakwah yang dipilih PAS. Perbezaan pandangan dan pendapat yang pasti wujud ditangani melalui perbincangan dan perbahasan. Keputusan pula dibuat secara syura.

Untuk mengelak dari penyalah gunaan jawatan dan kedudukan demi menghalang ‘kumpulan’ tertentu mara dalam jamaah melalui kempen bisik-bisikan, maka kaedah yang lebih telus perlu diamalkan. Sekiranya seseorang itu dituduh menjadi anggota NGO xyz, maka perlu dibuktikan bahawa :-
1. PAS menolak ahli dari NGO xyz sebagai ahli PAS atau
2. NGO xyz mempunyai perancangan untuk ahlinya menyusup dalam PAS untuk memperalatkan PAS atau
3. Ahli yang disyaki menyelusup telah menjadi ahli atas arahan dan perancangan NGO xyz dan bukan atas minat dan keinginannya sendiri. Ini bermakna keahliannya secara tidak ikhlas.
Semua perkara tersebut perlu dilakukan secara telus dengan melibatkan pimpinan Pusat melalui jawatan kuasa disiplin parti.

Sekiranya parti tidak memutuskan bahawa seseorang ahli NGO xyz tidak diterima sebagai ahli PAS, maka tiada sebab kita perlu memangsakan seseorang ahli PAS yang juga ahli NGO xyz. Kemungkinan penglibatan beliau dalam NGO berkenaan akan mampu menarik lebih ramai dari NGO berkenaan untuk menyertai atau menyokong PAS.

Kaedah dan pendekatan yang sama perlu digunakan terhadap mereka yang digelar golongan ‘sekular’, Erdogan, Liberal dan bermacam-macam gelaran yang lain yang entah dari mana asalnya yang bertujuan untuk menimbulkan perpecahan dalam PAS. Sekiranya sesuatu pandangan tidak disenangi, tidak perlu di’label’, yang perlu adalah hanya membentangkan hujjah mengapa pandangan tersebut tidak dipersetujui! Seterusnya ahli akan membahas dan mempertimbang pandangan tersebut.

Saya yakin penyelusupan sepertimana yang disebut di atas tidak wujud kerana jamaah yang ‘dikatakan’ mempunyai perancangan sedemikian sudah berdaftar sebagi NGO dan bergerak secara terbuka dalam masyarakat. Ini merupakan suatu perubahan strategi yang telah berlaku di mana kaedah penyelusupan tidak lagi diguna pakai. Ianya digunapakai oleh jamaah yang ingin bergerak secara ‘siir’ atau bawah tanah. Ianya tidak digunapakai oleh jamaah yang bergerak secara terbuka dan ingin mendapat sokongan dari masyarakat melalui gerak-kerja terbukanya.

Sebenarnya saya lebih khuatir dengan penyelusupan yang sebenar yang sedang berlaku, iaitu oleh pihak SB serta usaha adu-domba dan penyebaran fitnah ‘saling sangsi’ di antara satu sama lain yang dilakukan mereka.

Dalam pada itu, sikap terbuka PAS perlu dipertahankan dan dengan itu perbezaan pendapat yang hasil dari perbezaan latar belakang dan pengalaman ditangani secara ilmiah dengan sikap saling hormat menghormati. Seperti yang saya sebutkan, dengan mengamalkan dasar syura, akhirnya pendapat individu tertentu diketepikan dan pendapat jamaah yang ditentukan melalui syura hendaklah diterima-pakai oleh semua. Sebagai contoh, bagi mereka yang pernah dan sedang mempunyai interaksi dengan ahli UMNO, pilihan untuk berkerjasama dengan UMNO tidak dilihat sebagai sesuatu yang keterlaluan. Ini adalah kerana interaksi mereka melalui majlis tahlil, tazkirah dan motivasi, di mana mereka dijemput untuk memimpinnya, memberikan mereka gambaran bahawa UMNO tidak jauh berbeza dengan PAS.

Sebaliknya, bagi mereka yang sering dimangsakan UMNO serta ahlinya dan melihat niat jahat UMNO setiap hari, soal kerjasama dengan UMNO merupakan pilihan yang tidak boleh diterima. Persoalan ini boleh dibahas dan akhirnya diputuskan melalui syura tertinggi ia itu muktamar. Apabila ianya ditolak, seperti apa yang berlaku sebelum ini, maka mereka yang condong untuk berkerjasama wajib menamatkan usaha ke arah itu.

Sekiranya disiplin berjamaah sebegini dapat diamalkan, maka PAS akan dapat maju kea rah matlamatnya tanpa masalah, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sunday, April 17, 2011

N20 Sadong Jaya: Catatan Akhir

Salam perjuangan..

Mungkin ramai juga yang menjengok blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini, namun aku minta maaf kerana sepanjang hari pengundian yang lalu dan sehinggalah semalam, langsung tidak berkesempatan untuk menulis sebarang ulasan. Seawal pagi dah terpacak di depan Sek. Ren. Keb. Jemukan sebagai perayu undi. Kekuatan anggota yang tidak ramai dan kekurangan dari perayu undi tempatan menyebabkan aku tidak dapat meninggalkan kubu walaupun seketika. Bermula pukul 7.30 pagi hingga 3.30 ptg, aku bersama sdra mustaman dan lain-lain teman dari Sabah setia terpacak dipintu pagar sekolah sebagai perayu undi.

 Petugas Sabah sedang bersarapan 'special menu' sebelum keluar bertugas pada hari mengundi

Setia menunggu sehingga saat-saat akhir pengundian (muka masing-masing dah keletihan)

Ini pula petugas yang dah merajuk (nak pujuk hati, makan sorang-sorang)

Pada awal proses pengundian, berlaku juga sedikit kekecohan kerana SPR tidak meletakkan garisan kuning sebagai sempadan perayu undi. Ini menyebabkan ada dikalangan parti yang bertanding membuka 'barong' di dalam kawasan sekolah. Sedikit yang memelikkan aku pada plihanraya kali ini ialah, BN langsung tidak keluarkan payung, topi atau t-shirt kepada petugas pilihanraya mereka semasa hari pengundian. Sehingga ada dikalangan petugas mereka berpayung dibawah payung PAS dek kerana kepanasan. Ada juga suara-suara yang menyatakan bahawa, kerana mereka menyangkakan bahawa mereka akan kalah pada PRN kali ini. Walllahhu'aklam.

Saudara Mustaman sedang bertemu bual dengan bekas pengerusi SPR (Abd Rashid). (ada iras-iras tak..?)

Petugas di barong panas, beberapa jam sebelum pusat pengundian ditutup (kanan  sekali, kak faezah, s/u kerja PASTI kawasan Sepanggar, pilihanraya mana yang beliau tidak ada. Bagi pilihanraya kali ini, beliau suami dan anak lelaki mereka turun bersama)

Secara ringkasnya, kecenderungan mengundi pada hari terakhir telah memihak kepada BN. Mungkin benar juga kata salah seorang orang tempatan yang menyokong PAS kepada aku. Beliau menyebut bahawa, sifat penduduk disini kebanyakannya semangat (untuk undi selain BN) hanya 2,3 hari sebelum mengundi, tapi bila tiba hari mengundi semuanya sejuk. Sekiranya dilihat dari sudut jentera dan program/aktiviti, sebenarnya PAS telah mendahului, namun mungkin nasib pada kali ini masih lagi tidak memihak kepada PAS.

Sebelum bergerak ke Kuching pada pukul 4.30 petang kerana mengejar penerbangan MAS jam 8.50mlm, sempat juga aku membuat sedikit analisis ringkas pola pegundian UPU Jemukan. Walaupun undi salurun 2 sangat berkurangan memihak pada PAS berbanding pada PBB-BN, namun secara keseluruhan undi PAS pada kali ini ada peningkatan (walaupun angkanya sangat sedikit). Menurut orang tempatan, kebanyakkan pengundi muda yang memberi sokongan kepada PKR pada pilihanraya yang lepas, terpaksa bekerja diluar kawasan dan tidak sempat untuk pulang mengundi, inilah yang menyebabkan pengundi-pengundi saluran 2 berkurangan dan yang ada pun hanya mereka yang kerja di kampung dan tidak mendapat maklumat. Selain dari itu terdapat gangguan calon bebas yang turut bertanding disini, menyebabakan banyak undi yang berpecah.

Sekalung Penghargaan

Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Rashid (tuan rumah) sekeluarga kerana memberi kemudahan tempat tinggal kepada kami sepanjang PRN Sarawak. Beliau dan keluargalah yang menyediakan sarapan pagi buat kami (PAS Sabah) setiap kali selepas solat subuh. Bukan sekadar tempat tinggal dan makan minum, malah kenderaan beliau juga turut beliau berikan untuk digunakan. Sepanjang aku disana, kalau tidak kerana jasa motosikal beliau, mungkin aku tidak mampu untuk ke pekan Sadong Jaya dan ke serata tempat bagi mendapat sumber maklumat untuk 'update' blog ini. Semoga Allah melimpahkan rezki dan ketenagan pada beliau sekeluarga di atas jasa dan pengorbanan beliau.Terima kasih dari kami PAS Sabah dan jentera media SBS. Juga sekalung tahniah kepada jentera PAS Selangor yang bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal erti penat lelah.

Ketua pemuda Selangor (tengah) Timbalan Ketua (kiri) dan Naib Ketua (kanan) seiring berkerja


Petugas culaan dan perayu undi dari Dewan Muslimat Selangor bekerja keras tanpa mengenal erti penat dan lelah

Saudara Azmin (driver aku) setia membawa aku kemana sahaja untuk mendapatkan berita dan maklumat. Bergambar bersama unit amal Selangor yang sedang bertugas.

Keseluruhannya, aku bangga dengan sifat rakyat Sarawak yang mesra dan hormat-menghormati. Ada teman yang berpandangan, inilah sifat sebenar masyarakat setempat sekiranya parti yang bertanding bukan dari UMNO. Kerana sekiranya ideologi UMNO masuk ke dalam jiwa masyarakat, maka hati mereka akan menjadi kering dan akhirnya timbul sifat permusuhan. Namun, apa yang aku lihat di depan mata aku sendiri, walaupun mereka penyokong kuat PBB, namun sifat menghormati tetamu (orang luar) sangat-sangat mendalam di dalam jiwa dan perbuatan mereka.


Menjala ikan menjadi rutin mereka (masyarakat setempat) pada sebelah petang apabila air pasang
....................................................

Dalam Ingatan: Sadong Jaya Bumi yang Subur

Setiba aku di Sadong Jaya, perkara yang menarik perhatian aku ialah buminya yang subur. Kelihatan pelbagai tanaman ditanam dan ianya mendatangkan hasil yang sangat baik. Apa yang lebih mengujakan, semua tanaman ini hanya ditanam ditepi jalan sahaja. Berikut adalah antara tanaman yang sempat aku cilok untuk ambil gambar, selainnya aku tak berkesempatan. Semoga suatu hari nanti bumi yang subur ini akan tertegaknya sebuah kebangkitan Islam yang subur dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah.


 Tanaman kelapa sawit

 Tanaman pisang
 
 Tanaman padi

 Kacang 'bendi'

 Cili padi

Catatan akhir aku disini aku akhiri dengan, "Kami telah tinggalkan benih-benih 'fitrah' disana, semoga ianya tumbuh memagari rakyat dan rimbunannya nanti akan menaungi rakyat untuk menumpang berteduh".

 Penyerahan borang keahlian PAS dari pemuda Jemukan pada pagi hari pilihanraya (Alhamdulillah.. hasil bermingguan berkampung di sana)

Friday, April 15, 2011

Kempen di saat-saat akhir UPU Jemukan.

Tanggal 1jam sahaja lagi sebelum tempoh berkempen tamat, kamik di UPU Jemukan telah berusaha sepenuh tenaga menyampaikan maklumat kepada rakyat bagi memastikan BN ditumbangkan keesokan harinya. Bermula seawal pagi perancangan diaturkan untuk pemuda/belia kampung. Pada pukul 4 petang tadi kamik telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 50 orang belia/pemuda dan lebih 40 buah motosikal bagi aktiviti konvoi seluruh DUN N20 Sadong Jaya. Kehadiran seramai itu dari golongan muda, jelas menunjukan bahawa golombang perubahan kini semakin nyata dan ianya bakal dibuktikan keesokan harinya.


Bergambar bersama anak muda sebelum berkonvoi

Manakala pada sebelah malam, kamik menyediakan jamuan BBQ kepada seluruh penduduk yang hadir berkumpul di hadapan markas UPU kamik. Kehadiran penduduk melebihi 100 orang pada malam terakhir sangat menguja kamik sebagai petugas UPU. Bagi meraikan kehadiran mereka ini, kamik telah menyediakan wayang pacak 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' yang sangat dinanti-nantikan oleh penduduk. Kegembiraan bersama keluarga menyaksikan wayang pacak jelas terpancar diwajah mereka.


Penduduk hadir bersama keluarga bagi menyaksikan wayang pacak 'Hantu Kak Limah Balik Kampung'

Gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang hari ini.



Semasa meronda bersama konvoi, aku terserempak dengan bendera PAS dibakar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

Seawal pagi tadi Dr. Halimah barsama rombongan telah menziarahi jenazah keluarga terdekat di kawasan DUN Sadong Jaya.

 Projek 'mee segera' tetap dilaksanakan walaupun pada saat-saat akhir.

N40 Sadong Jaya: Koordinasi Sahabat Blogger Sabah membantu jentera media

Bagi memastikan maklumat terus dari lokasi pilihanraya di Sarawak khususnya DUN Sadong Jaya yang diberikan tanggugjawab kepada PAS Sabah dan PAS Selangor, maka kami (SBS) terpanggil bagi menunaikan tanggungjawab tersebut.

Sebelum itu, kita sedia maklum bahawa BN sememangnya mengawal penuh media utama negara dengan menyerang tanpa memberi peluang kepada PR mempromosikan calon mereka. Situasi ini, memerlukan media alternatif yang membantu jentera penerangan pilihanraya PR khususnya PAS didalam menyampaikan maklumat serta aktiviti calon di setiap DUN yang ditandingi.

SBS dengan kekuatan 3 blogger tegar akan terus menyampaikan berita dari semasa dari semasa dari N40 Dun Sadong Jaya. Dengan kehadiran seorang lagi blogger semalam, dan dibantu oleh sokongan koordinasi dengan 4 admin yang kini berada di Sabah, aku yakin kekuatan media alternatif PAS kini mampu digerakan dengan semaksimum yang mungkin. InsyaAllah, Sadong Jaya akan mencipta sejarahnya yang tersendiri pada pilihanraya kali ini.

Belakang tabir..

Ketua UMUM media SBS


 monazmuslim (ini orang jangan buat main-main..)

Ketua koordinasi Sahabat Blogger Sabah


islamreturn (sapa pulak mamat nih..?)

Ketua spirutual Sahabat Blogger Sabah


Hanua (under cover la pulak..)

 AJK (admin) media SBS
(membantu penyelarasan sebaran media)

-Min Azmin-
-Ikhwan Nain-
-Tokei Ikan Betakwa-
-Qz Ziyang-
-Nisa Kliem-


'Kamik Mau Ubah'



Riak kejatuhan BN Sarawak semakin hampir apabila program anjuran BN di Kg. Lui tidak mendapat sambutan masyarakat setempat

Semalam aku berkesempatan singgah ke Kg. Lai yang mana telah diadakan majlis penyerahan 300 borang keahlian PAS dan penubuhan penaja 6 cawangan PAS disana. Setiba disana, kelihatan BN turut mengadakan program bersebelahan denganm program anjuran PAS. Hanya tidak sampai 10 meter sahaja dari tapak program PAS, BN telah mengadakan persembahan karaoke di dewan orang ramai. Namun, apa yang jelas kelihatan program BN langsung tidak mendapat sambutan berbanding PAS.

Dengan berbekal semangat 'ciput' yang ada dalam jiwa nie, aku cuba memberanikan diri untuk masuk ke dewan orang ramai bagi melihat sendiri kehadiran masyarakat setempat serta merakamnya untuk tatapan pembaca diluar sana. Sebagimana yang dijangka apabila melangkah sahaja kaki ke dewan, seorang pak cik terus menerjah aku dengan pelbagai soalan. Datang dari manak..? Tinggal manak..? Kamu siapak..? Buat apak disinik..? Sepenuh harapan aku berdoa agar aku tidak apa-apakan pada malam tadi. Alhamdulillah, pertolongan Allah sentiasa dekat, dan Dia membantu aku mencari jawapan terbaik untuk menjawab soalan-soalan tadi. Akhirnya dapat juga aku berkongsi dengan pembaca diluar dengan gambar-gambar yang berjaya aku rakamkan.

Program karaoke di Dewan Masyarakat Kg. Lai anjuran BN





Manakala 10 meter dari Dewan Masyarakat
Program penubuhan penaja PAS cawangan dan berhibur bersama Blank (Gamma)



Sekiranya benar perubahan begini terjadi pada 16 April nanti, maka tidak mustahil bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah negeri Sarawak pada 17 April keesokannya. Allahuakbar!!!

Konvoi bermoto PAS mengiringi kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Kg. Semera Laut

Petang tadi, aku berkesempatan merakamkan konvoi bermoto PAS yang disertai oleh pemuda tempatan didalam mengiringi DS Anwar Ibrahim ke Kg.Semera Laut. Semasa tiba di tempat ceramah DS Anwar Ibrahim, seperti yang dijangkakan kehadiran penduduk setempat memenuhi sehingga ke jalanraya. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar di bumi Kenyalang ini masih berbisa dan tidak tergugat dengan fitnah terhadap beliau. Pada siri ceramah beliau, Anwar mengingatkan bahawa rakyat Sarawak harus berani membuat perubahan demi masa depan serta kekayaan Sarawak mesti dikembalikan kepada rakyat dan bukan dibolot oleh pemimpin BN.
 

 Pemuda PAS dari masyarakat setempat semangat berkonvoi motosikal ke tapak ceramah DS Anwar Ibrahim


 Salah seorang dari masyarakat setempat yang memberi sokongan penuh terhadap program konvoi anjuran PAS

Sebelum dari itu, bekas penyayai 'rock kapak' yang terkenal dari kumpulan Gama iaitu saudara Blank telah menyampaikan lagu-lagu hit 80-90an bagi meghiburkan masyarakat yang hadir. Beliau yang masih mempunyai peminat tersendiri telah menyampaikan lagu 'Bunga-bunga cinta' serta mendapat sorakan gemuruh dari masyarakat yang hadir mendengar.

 'Kamik mau Ubah'.. 'Kamik mau Ubah'.. 'Kamik mau Ubah' menjadi laungan masyarakat setempat seusai program di Kg. Semera Laut.

Petugas PAS dipukul

Setiba aku di markas UPU Jemukan, kami dikejutkan dengan kejadian petugas PAS dipukul dan diugut. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 5.30 ptg tadi apabila dua orang petugas PAS sedang menjalankan tugas mengedar surat kabar Harakah dari rumah ke rumah. Apabila mereka ingin kembali, penyokong BN yang ramai (berkumpul di markas BN) telah menyekat petugas PAS tersebut dan ingin merampas Harakah yang dibawa. Namun, ianya dipertahankan menyebabkan mereka mula menekan dan akhirnya memukul belakang petugas PAS tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berasa sakit dibelakang bahu dan sehingga kini masih memikirkan untuk mengambil tindakan lanjut.

Saudara Mustaman bersama saudara Kasman menunjukkan demo bagaimana mereka ditahan dan dipukul oleh pemuda BN yang menghalang jalan.

Thursday, April 14, 2011

Pertandingan memancing anjuran UPU Jemukan meriah

Alhamdulillah, berjaya juga kamik bersama teman-teman UPU PAS Jemukan menganjurkan pertandingan memancing dengan penyertaan daripada pemuda/belia kampung melebihi 20 orang. Program yang bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tgh hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon PAS N20 Sadong Jaya. Lebih menarik apabila calon sendiri turut mencuba nasib menjoran ikan di sungai bersama-sama dengan Ust Salahuddin Nasir (pengiring calon). Pemenang pertandingan memancing ini, telah dimenangi oleh saudara Awg Manan dengan memperolehi ikan yang terberat.


Kehadiran belia/pemuda kampung yang menyertai pertandingan memancing meriah dan semangat memancing jelas kepada kaki-kaki joran Kg. Jemukan


Petugas tempatan dari PAS juga teruja untuk mencuba nasib


Calon PAS turut mencuba nasib

Akhirnya kemenangan milik Awang Manan yang mendapat tempat pertama

p/s: Blog islamreturn akan mendedahkan isu rampasan tanah di Kg. Ensengeh Melayu yang melibatkan kerajaan Taib Mahmud dan isu sungai yang ditutup menyebabkan sumber kehidupan penduduk terjejas.

Bicara pagi: BN hanya pandai berjanji

Seawal pagi semasa sesi taklimat di Bilik Operasi Besar, hati aku disentuh dengan kehadiran 3 orang insan yang sangat istemewa. Aku yakin bahawa dua orang daripadanya adalah ibu dan ayah kepada anak mereka yang istimewa dan yang lebih istimewa kedua mereka adalah petugas PAS. (Ya Allah, semoga Engkau memberi kemudahan yang terbaik buat mereka sekeluarga).


Kasih seorang ibu sebelum keluar melaksanakan tugas.


Setia seorang ayah yang berjuang di jalan Allah

Hari ini aku ditugaskan untuk menjadi pengarah program bagi aktiviti pertandingan memancing di UPU Jemukan. (UPU yang diberi kepada PAS Sabah). Sebentar tadi baru saja berkesempatan membeli barang-barang keperluan untuk hadiah. Harap-harapnya BN tak sabotaj program ini, kerana maklumat yang aku terima kemungkinan mereka nak tutup pintu air pasang, supaya air laut tidak naik ke kampung sekitar Jemukan.


Suasana sekitar pekan kecil Sadong Jaya

Sementara itu, keadaan pagi ini tenang, setenang kehidupan masyarakat yang tinggal di perkampungan ini. Rata-rata masyarakat disini berkerja sendiri sebagai pekebun dan juga nelayan. Kehidupan sederhana ini mengimbau kenangan aku di kampung halaman. Dari segi kemudahan asas seperti jalan dan elektrik kelihatan tidak ada masalah, namun dalam bab air aku boleh katakan 'fail'. Mana idaknya, nak mandi pun kena tunggu 'besen' penuh, mau 15 minit. Udah la, kamik di rumah ini tinggal hampir 25 orang.

Bagi kemudahan lain, kelihatan seperti ada penyelewengan sehingga rakyat menjadi mangsa. Antaranya sekolah yang tidak dibuka mengikut tarikh yang dijanjikan dan projek jambatan yang terbengkalai. Cakap lebih pun orang tak percaya, kamik ambik gambar untuk sendiri mau tengok dan berfikir.


Keadaan Jambatan yang terbengkalai lebih dari 2 tahun yang tidak siap dibina


Rakyat terpaksa menanggung derita akibat pemimpin yang tak bertanggujawab

Keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Jaya yang dijanjikan dibuka pada bulan Mac, tetapi ditangguhkan kerana peruntukan tidak mencukupi

p/s: petang ini aku akan cuba mendapatkan laporan aktiviti Dr.Halimah (Exco kerjaaan negeri Selangor) yang diberitahu akan mengadakan perkhidmatan perubatan percuma. Seterusnya lawatan DS Anwar Ibrahim dan pada sebelah malamnya diadakan ceramah umum serta pengumuman penubuhan 8 penaja PAS cawangan.

2 cawanagan penaja PAS sah ditubuhkan di Sadong Jaya

Sebentar tadi bertempat di Kg. Semera Laut dua cawangan penaja PAS telah ditubuhkan dengan penyertaan lebih 40 orang penduduk ke dalam PAS. Cawangan penaja yang dimaksudkan ialah PAS cawangan Semera Laut dan PAS cawangan Semera Masjid. Menurut maklumat yang diperolehi, lebih banyak cawangan bakal ditubuhkan sebagai tindakan rakyat yang menunjukkan mahu satu perubahan di Sarawak.


Calon PAS sedang menyampaikan ceramah beliau selepas menyerahan permohonan penaja PAS cawangan di Kg. Semera Laut.



Kelihatan calon PAS yang mesra rakyat, selepas menziarahi penduduk di Kg. Semera Laut

Turut hadir semasa penyerahan borang keahlian beserta penubuhan PAS cawangan tersebut ialah calon PAS yang bertanding iaitu Abang Addy Alyani. Pada majlis tersebut calon meminta agar masyarakat setempat berani membuat perubahan, sebagaimana pejuang-pejuang dahulu yang berani menentang penjajah yang mengaut keuntungan dari bumi Sarawak.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ir. Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Pada sesi ceramah beliau mengingatkan bahawa kerajaan Selangor secara teorinya lebih miskin dari Sarawak. Ini adalah kerana pendapatan keseluruhan Selangor ialah RM100 ribu juta lebih manakala Sarawak melebihi 400 ribu juta (hanya hasil minyak dan gas). Tetapi Selangor mampu memberi air percuma kepada rakyat dan mana-mana anak-anak yang lahir sebagai anak negeri Selangor akan diberikan RM100 ke akaun mereka sebagai tabuangan awal. Semua ini membuktikan bahawa Selangor yang memimpin tanpa sebarang rasuah dan penyelewengan mampu untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Namun sebaliknya berlaku di Sarawak, rakyat menderita manakala pemimpin mengaut keuntungan dan mengkayakan kroni serta anak beranak.

Sifat ramah calon jelas kelihatan apabila mendekati masyarakat setempat setelah selesai menyampaikan caramah di Kg. Engsengeh Melayu

Manakala pada sebelah malamnya pula, calon PAS telah menyampaikan ceramah beliau di Kg. Engsengeh Melayu dengan kehadiran lebih 20 orang masyarakat setempat. Turut menyampaikan ceramah pada masa yang sama ialah Hj. Hamzah Abdullah yang juga Tim. Pesuruhjaya PAS negeri Sabah.

Petugas PAS DUN Sadong Jaya bersemangat

Kehadiran lebih 150 orang petugas/jentera pilihanraya pada pagi tadi semasa sesi 'rocall' telah menyaksikan bahawa kekuatan PAS pada tahap maksimum untuk memastikan DUN Sadong Jaya menjadi milik PAS pada PRN kali ini.

Kelihatan petugas pilihanraya hadir untuk sesi taklimat seawal pagi 7.30pg lagi untuk pembahagian tugas dan penyelarasan aktiviti

Secara peribadi aku masih meletakan peringkat kemenagan PAS disini masih 50-50. Namun begitu BN telah melebelkan kawasan ini sebagai tahap 'Kelabu-Gelab' (maklumat dari risikan). Apa makna kelabu gelab aku pun tak tahu, namun agakan aku mugkin kawasan yang berpotensi untuk PAS menang. Melalui sembang-sembang dengan penduduk setempat, mereka menyatakan bahawa golombang kali ini berbeza dengan gelombang PRU-12 baru-baru ini. Kemahuan rakyat untuk menukar pemimpin yang sedia ada membuak-buak. Maklumat ini aku perolehi sendiri daripada ibu saudara kepada calon BN yang bertanding disini. Menurut beliau yang tidak mahu namanya didedahkan, walaupun beliau mempunyai ikatan saudara dengan calon yang mewakili BN, tetapi kepercayaan mereka terhadap kerajaan yang ada sekarang telah hilang. Apa yang mereka mahukan sekarang ialah Sarawak diperintah oleh Pakatan Rakyat.


Anggota rela dan Jabatan Pertahana Awam turut dikerah sepenuhnya untuk menyambut kehadiran PM


Bendera PAS (di atas DS Najib) menyambut kehadiran PM

......

catitan ringkas:

Selepas subuh pagi tadi, kami (petugas PAS Sabah) telah mengikuti tazkirah ringkas dari Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang juga ahli Parlimen PAS kawasan Pt.Buntar. Tazkirah yang mengingatkan bahawa kekuatan bukan diukur dari sudut bilangan, bukan dari sudut kelengkapan, bukan semata-mata dari sudut kewangan, tetapi kekuatan itu hasil dari keyakinan terhadap janji Allah. Teori ini telah dibuktikan oleh Allah s.w.t apabila tentera Ahzab yang terdiri dari 10,000 pasukan perikatan musriqin Quraish telah dikalahkan oleh kekuatan tentera Islam seramai hanya 3,000 orang dengan pertolongan Allah.


Dr.Mujahid ketika sedang menyampaikan tazkirah subuh pada petugas PAS Sabah

Semoga hasil usaha kami ini, ditulis sebagai amalan jihad fisabilillah..

p/s: sekarang dalam perjalanan ke Kg.Semera Laut yang akan menyaksikan majlis penubuhan penaja 6 cawangan PAS yang akan dihadiri sendiri oleh calon PAS. Nantikan berita selanjutnya..

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD