HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Monday, February 28, 2011

Mesyuarat Agong Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah

Salam perjuangan..

Baru-baru ini telah diadakan Mesyuarat Agong Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah. Rupa-rupanya sudah hampir 6 tahun YAM bertapak di bumi bertuah ini di dalam menabur bakti kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan. Selama 6 tahun inilah aku melihat perkembangan YAM di Sabah semakin mendapat perhatian, tambahan lagi ianya dipimpin oleh Tn Hj. Khairan Untoh yang juga seorang yang sangat berjiwa pendakwah. Walaupun beliau seorang yang sangat sibuk (Pengarah SIRIM negeri Sabah) tetapi jiwa dan kudrat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya, membuatkan beliau tidak pernah berasa letih berada disamping pemuda-pemuda YAM yang setia melaksanakan amanah dan perintah sebagai khalifah Allah.

Kadang kala hati aku berasa sedih apabila melihat ada pemuda-pemuda Islam yang telah ditarbiah di kampus tetapi layu apabila berhadapan dengan realiti perjuangan. Semoga diberi kekuatan kepada mereka yang berjuang meninggikan kalimah Allah. Teruskan Yayasan Amal Malaysia di dalam menabur bakti.. Sirru Ala' Barakatillah buat semua kepimpinan baru yang dipilih..

Sumber:
http://albelurani.blogspot.com/

Bismillah..


Alhamdulillah pada 19 Februari 2011 (sabtu) telah berlangsungnya mesyuarat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah di Permai D'Velley Ratau, Kota Kinabalu. Turut hadir bagi merasmikan mesyuarat adalah En. Abd. Hamid, Setiausaha Agong YAM.

Kehadiran hampir keseluruhan jawatankuasa ke mesyuarat ini menggambarkan kesediaan mereka untuk memikul tanggungjawab yang bakal digalas.

Mesyuarat Agong YAM Sabah bertujuan untuk melantik kepimpinan baru bagi sesi 2011-2013 dan persediaan bagi mesyuarat agong pusat yang akan berlangsung pada bulan April.

Tuan Haji Khairan Untoh terus diberikan kepercayaan sebagai amanah bagi memimpin YAM Sabah bersama dengan beberapa orang jentera baru bagi memantapkan lagi YAM Sabah dalam mengerakkan kerja - kerja kebajikan dan dakwah di negeri Sabah ini.

Seronok melihat sahabat - sahabat bermesyuarat yang sedia untuk mewakafkan diri masing - masing dalam melaksanakan misi dan visi YAM Sabah. Saya tidak dapat hadir bersama mereka kerana ketika itu saya masih lagi di Mersing, Johor.

Barisan kepimpinan yang baru akan saya paparkan di intri ini kerana masih lagi menunggu maklumat tersebut daripada setiausaha YAM Sabah.

Doa kami harapkan daripada tuan - tuan / puan - puan agar kami diberikan keafiatan, keberkatan, kerahmatan oleh Allah SWT untuk kami melaksanakan amanah ummah ini seterusnya untuk kemaslahatan ummah keseluruhannya.

" AMAL KERANA ALLAH "

Barakallahu fikum...

p/s : gambar - gambar di bawah adalah ehsan daripada FB sahabat saya Ahmad Fawwaz Shahabuddin.






Wednesday, February 23, 2011

MENJAWAB PRO SABAH DI AKHBAR HARIAN EKSPRESS-PAS DITERIMA BAIK RAKYAT SABAH

Sumber: http://paskeningau.blogspot.com/

PAS DITERIMA BAIK RAKYAT SABAH

Kenyataan oleh penulis Pro- Sabah dalam akhbar Harian Ekspres di ruangan FORUM bertarikh 23 Februari 2011 amat diberi perhatian oleh Parti PAS di negeri Sabah ini.

Untuk makluman PRO-SABAH dan rakyat Sabah ,PAS SABAH telah diasaskan sejak 19 Mei 1986 lagi dan kami mempunyai jaringan ahli parti di seluruh pelusuk negeri Sabah.Ahli parti kami terdiri dari semua bangsa.

Hisammuddin Sulaiman
(Ketua Penerangan PAS Sabah/YDP PAS kawasan Keningau)

PAS telah menyertai pilihanraya Sabah buat pertama kalinya pada 3 hb ogos 1986, pilihanraya umum Malaysia bagi memilih Ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen). PAS telah meletak tiga orang calon bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu di Parlimen Kota Belud,Jambongan dan Kimanis.

Penyertaan dari non -muslim terutama ahli yang beragama Kristian amat menggalakkan di bawah organisasi Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)negeri Sabah. Setakat ini,ahli dewan himpunan penyokong ini sudah menjadi yang teramai di Malaysia ini.

Slogan PAS FOR ALL amat signifikan dan tepat dengan latar belakang serta budaya orang Sabah.Lagipun kita ini dari rumpun manusia yang sama.Agama mana sekali pun menggalakkan kita kenal mengenal di antara manusia tanpa kira bangsa dan budaya mereka.PAS SABAH amat menghormati hak kebebasan beragama sebagaimana yang diinginkan rakyat Sabah.

PAS yakin kita amat menjaga hak kebebasan beragama di Sabah ini.Malah PAS amat berbangga dengan penyertaan ramai non muslim ke dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)di Sabah.Untuk makluman semua,pakatan rakyat di Sabah ini amat kukuh dan mempunyai kekuatan setanding dengan Barisan Nasional.Tidak mustahil,pakatan rakyat akan menang dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Agak pelik, jika kita berbicara tentang arena demokrasi tetapi ada juga suara sumbang yang mengatakan hanya parti berpusat di Sabah bertanding di Sabah sedangkan hak berparti dan menubuhkan parti adalah hak rakyat yang bebas mendeka di Negara Malaysia ini.

PAS Sabah dan pakatan rakyat amat komited untuk membantu dan membangunkan rakyat Sabah atas jaminan prinsip-prinsip keadilan dan kami berazam mengembalikan kegemilangan negeri Sabah sebagai negeri terkaya di Malaysia suatu ketika dulu.

PAS Sabah amat berterima kasih pada rakyat yang sudah celik dan mahu membuat perubahan dibumi yang tercinta ini.

YANG BENAR,

HISAMMUDDIN SULAIMAN

Sunday, February 20, 2011

Pro-Aspirasi UMS melakukan kerja-kerja UMNO cawangan.

Salam perjuangan..

Suasana pilihanraya kampus sekarang masih hangat dengan proses pengundian. Sebentar tadi aku sempat singgah di UMS untuk menghantar isteri mengundi, khabarnya pelajar post-gradute juga boleh mengundi. Tapi apabila semak di pendaftaran, rupanya nama tak ada.

Sebelum pulang sempat juga aku menghubungi teman-teman pro-M yang bertungkus-lumus memenangkan calon-calon mereka di kampus UMS. Menurut laporan dari mereka, seawal pagi tadi risalah-risalah propaganda dan provokasi telah diedarkan di seluruh tempat mengundi di Sekolah-Sekolah (Fakulti). Berikut aku paparkan kerja-kerja terkutuk mereka yang mana aku anggapkannya sebagai kerja UMNO cawangan.

Sebelum dari itu, proses pengundian di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) pula terpaksa ditangguhkan kerana proses penamaan calon terpaksa dilakukan semula. Menurut teman-teman yang berada disana, ia berkemungkinan dari bantahan pro-Aspirasi yang tidak berpuas hati dengan calon-calon Pro-M.

Peringatan aku satu saja kepada mereka (Pro-Aspirasi), kalian adalah cetakan UMNO di kampus. Inilah risalah yang Pro-Aspirasi (UMNO cawangan UMS) sepahkan di tempat-tempat pengundian..




Thursday, February 17, 2011

PAS Sabah tubuh NGO 'TABAH' (PEMBELA TANAH RAKYAT SABAH)

Salam perjuangan..


Kehidupan rakyat Sabah kini terhimpit dengan isu-isu tanah yang tidak pernah cuba diselesaikan oleh UMNO/BN, malah penduduk diugut agar tidak membawa isu ini ke peringkat tertinggi. Keadaan ini ditambah lagi dengan keadaan penduduk yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan.

Sehubungan dengan itu PAS negeri Sabah telah mengambil pendekatan yang proaktif agar isu ini segera diselesaikan bagi memastikan hak rakyat Sabah dapat dibela. PAS Sabah sebelum dari ini telah berjaya melaksanakan HEMPAS (Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah) yang mana telah berjaya mengumpul lebih 5000 orang di Batu Sapi, Sandakan. Seterusnya PAS negeri telah bersama-sama dengan wakil penduduk ke Dewan Rakyat (Parlimen) pada tahun lepas bagi menyerahkan memorandum terhadap penganiayaan kerajaan UMNO/BN terhadap masyarakat Sabah.

Bagi tujuan membela rakyat Sabah terhadap hak-hak mereka di dalam isu Tanah, kini PAS negeri Sabah akan melancarkan NGO yang dinamakan TABAH (Pembela Tanah Rakyat Sabah).

Maklumat pelancaran TABAH

Tarikh: 12 Mac 2011
Tempat: Hayati Villa, Putatan
Masa: 8.00 pagi

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Naib Presiden PAS)
YB Dato' Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin
(Menteri Besar Perak)
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa
(Ahli Parlimen Parit Buntar)

Hubungi:
019-8622790
019-3692587

Laman Facebook:
http://www.facebook.com/Pembela-Tanah-Rakyat-Sabah-TABAH

SEMUA RAKYAT SABAH DIJEMPUT HADIR

Friday, February 11, 2011

Tahniah Rakyat Mesir: Peringatan buat Ulama Muda UMNO!

Salam perjuangan..

Berita semalam sangat mengejutkan dunia keseluruhannya apabila regim zalim 'Hosni Mubarak' dengan rasminya telah meletak jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun menindas rakyat. Namun, apa yang menarik perhatian aku ialah tulisan Dr. Mohd Asri di blog beliau beberapa jam sebelum tumbangnya regim Hosni. Terdapat juga beberapa ayat beliau yang pada aku sebenarnya mengingatkan mereka yang menggelarkan diri mereka 'salafi'. (aku pernah mengulas tentang isu ini, sila rujuk disini). Berikut adalah sebahagian pandangan Dr. Maza yang aku petik dari blog beliau:

"Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?" (rujuk disini)

Seharusnya golongan agamawan di dalam UMNO sedar bahawa apa yang berlaku di Malaysia sekarang adalah persis seperti di dunia Islam yang lain. Lihatlah bagaimana ISA digunakan untuk menakutkan rakyat, lihat bagaimana akta zalim (akta mesin cetak, akta polis, AUKU dan sebagainya) menyekat kebangkitan rakyat, lihatlah bagaimana rasuah, boros, pembaziran dan ketirisan yang akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan sara hidup. Aku yakin semuanya ini akan menjadi asas kepada kebangkitan rakyat pada masa akan datang. Cuma apabila saat itu tiba, aku ingin mengingatkan golongan agamawan UMNO dan Ulama Muda UMNO, anda jangan sesekali cuba untuk menjadi pembela sang penzalim!

Golongan yang melambatkan kebangkitan Islam

Kita sering mendengar hujjah dari teman, rakan dan sesiapa sahaja malah ada juga dari kalangan ahli gerakan Islam yang menentang kaedah 'demontrasi' sebagai salah satu jalan menyatakan bantahan terhadap kezaliman pemimpin.

Baru-baru ini seorang teman dari FB yang kelihatan berhujah seperti mereka yang memahami agama, tetapi agak malang pada aku kerana dia menentang usaha mengingatkan pemimpin melalui demontrasi. Ini kerana baginya kaedah itu tidak syar'ie. Pelbagailah hujah beliau kemukakan, sehinggalah menggunakan istilah 'sabar' yang pada aku tidak kena langsung pada tempatnya. Bagi aku, satu sahaja ayat pada orang-orang seperti ini "Anda adalah golongan yang melambatkan kebangkitan Islam!"


Akhir kata dari Islamreturn:

TAHNIAH RAKYAT MESIR, ANDA MENGAJAR KAMI CARA MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ZALIM!

Sunday, February 6, 2011

Inikah cara memperbodohkan umat Islam dan rakyat Sabah

Salam perjuangan..

"Aku di Sabah ok saja ba.. hidup sempurna, makan minum ok, kehidupan barjalan dengan baik saja ba.., jadi apa masalah juga di Sabah ini..?" Itulah kata-kata salah seorang teman sekerja aku ketika aku berbicara tentang 'Isu Rakyat Sabah', dan itulah jawapan seorang yang berpendidikan tinggi yang dikatakan rakyat yang celik IT. Jadi bagaimanakah lagi untuk aku katakan pada rakan aku tadi bahawa sebenarnya Rakyat Sabah sedang diperbodohkan.

Sepanjang 6 tahun aku dibumi Sabah ini, aku melihat sendiri bagaimana rakyat diperlakukan dengan sesuka hati oleh pimpinan BN. Di Kota Kinabalu (dibawah seliaan DBKK) sendiri, lihat bagaimana rakyat tempatan di diskriminasikan..

1. Keadaan jalan raya yang sangat teruk. Pernah sekali kereta aku terpaksa menggantikan tayar kedua-dua sekali kerana terlanggar lubang, ini juga dilalui oleh ramai lagi mereka yang membawa kereta. Sekiranya jalan-jalan utama di KK ini tidak dapat diselia dengan baik, bagaimanakah jalan-jalan dipendalaman, fikirlah pada logik akal.
2. Ada kampung yang tiada kemudahan air disediakan walaupun cukai pintu terpaksa dibayar. Pergilah ke Kg. Ratau dan tanyalah sendiri penduduk disana. (lihat googlemaps disini)
3. Begitu juga Kg. Melayu Delima yang dikatakan setinggan haram, yang mana tiada langsung kemudahan air dan elektrik disediakan, sedangkan ianya berada bersebelahan dengan Kompleks Membeli belah One Borneo.
4. Keadaan sungai yang tidak diurus dengan baik, sehinggakan apabila hujan lebat sahaja, maka akan bajirlah sekitarnya. Pergilah bertanya penduduk Kg. Rampaian, dan pemandu-pemandu kenderaan sekitar Likas-Inanam.
5. Kemudahan solat (surau dan masjid) yang langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan. Perumahan Indah Permai yang majoritinya adalah masyarakat muslim, tetapi kemudahan masjid tidak dirancang bagi kemudahan rakyat muslim. Pergilah melihat keadaan surau di shopping-shopping kompleks yang langsung tidak menunjukan mereka (pemilik) menghormati kemudahan tersebut untuk umat Islam, manakala kerajaan BN Sabah langsung tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.
6. Rakyat di Pulau Gaya, yang hanya beberapa kilometer dari bandar KK, sehingga hari ini setelah lebih 50 tahun mardeka, masih menggunakan generator dan air bukit bagi meneruskan kehidupan seharian.
7. Rakyat yang terpaksa berniaga kecil-kecilan ditepi jalan untuk mencari sesuap nasi dan pendapatan, yang mana pada bila-bila masa sahaja tapak mereka ini boleh dirampas dan dihalau. Tidak mampukah kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada mereka secara yang lebih sempurna. Lihatlah di siring (tepi) jalan UMS, mereka menjual ikan.. lihatlah di siring jalan Salut, mereka menjual kelapa bakar. Inilah 'standard' rakyat bawahan berniaga!
8. Menyediakan kemudahan kesihatan yang tidak sempurna, lihatlah Hospital Likas, pergilah kesana waktu kerja, pasti anda tidak akan punya parking dan terpaksa parking di siring-siring jalan. Manakala Hospital Queen di terpaksa dirobohkan semula kerana di klafikasikan tidak selamat setelah banggunan itu hampir siap 60%.

Apa yang aku dedahkan ini adalah apa yang berlaku di Kota Kinabalu dan sekitarnya. Jadi bolehkah pembaca diluar sana berfikir, bagaimanakah keadaannya di luar bandar raya Kota Kinabalu, jauh dipendalaman-pendalaman.

Artikel ini akan bersambung..

Saturday, February 5, 2011

Ijtima Tarbawi DPP Sabah

Salam perjuangan..

Ketika ini, aku baru sahaja sampai ke rumah setelah 3 hari 2 malam berkampung di Kundasang bagi mengikuti Ijtima Tarbawi DPP Sabah. Kehadiran pemuda berserta muslimat pada program kali ini adalah suatu yang amat memberangsangkan. Alhamdulillah, kepada Allah dikembalikan rasa kesyukuran ini, kerana selama 6 tahun aku dibumi Sabah ini (1 Feb 2005 - 1 Feb 2011), inilah antara program yang menyaksikan kehadiran para ahli gerakan Islam (PAS) yang teramai berkumpul bagi menadah ilmu sebagai melengkapkan agenda tarbiah.

Ust Nik Zawawi ketika menyampaikan ceramah beliau (gambar ehsan A.Dai)

Kehadiran Ust Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat), Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pengarah Akademi Tarbiah DPP Pusat) dan Ust Nasaruddin Hassan (Ketua DPP Pusat) telah memberi impak yang terbaik kepada seluruh anggota jamaah dengan pengisian yang disampaikan. Lebih dari 300 peserta dari seluruh negeri Sabah pada hari terakhir berikrar akan meneguhkan agenda tarbiah ke tengah masyarakat sebagai persiapan PAS dalam menghadapi PRU ke 13.

untuk lebih berita boleh layari: http://passepanggar.blogspot.com/

p/s: lotih..

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD