HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Wednesday, December 29, 2010

Futsal persahabatan antara DPP Sepangar dan Belia Ble'rong

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

26hb Dis: Bertempat di Gelanggang Futsal Tuaran, baru-baru ini telah diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara DPP Sepangar dengan pasukan futsal belia Ble'rong Karambunai. Perlawanan persahabatan ini merupakan retetan daripada aktiviti kemasyarakatan yang telah diadakan di kampung berkenaan baru-baru ini.

Seramai lebih 20 belia Ble'rong telah menyahut cabaran untuk beraksi di gelanggang futsal. Program yang pertama kali diadakan ini adalah bertujuan merapatkan ukhwah antara pemuda PAS kawasan dengan golongan belia di kawasan Sepangar.

Perlawanan antara DPP (merah) dan Ble'rong (kuning)

Pasukan Ble'rong menguasai perlawanan namun keputusan perlawanan 2-2

Semangat kesukanan dan persahahabatan yang ditunjukkan pada perlawanan tersebut telah membuktikan bahawa keakraban serta setiakawan merupakan asas kepada kerjasama berpasukan. Saifuddin Samsuddin dalam ucapan beliau berkata kerjasama antara DPP Sepangar dan belia tempatan ini merupakan satu usaha yang amat terpuji bagi mengeratkan ukhwah, malah perlawanan persahabatan seperti ini akan sentiasa di adakan pada masa-masa akan datang.

Ucapan ringkas dari wakil DPP Sepangar

Penyampaian hamper kepada pasukan belia Ble'rong

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai

Saturday, December 25, 2010

PAS Sepangar berbakti tanpa mengira agama

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

24hb Disember: Sempena perayaan Krismas yang akan disambut oleh penganut Kristian, Pas kawasan Sepangar melalui DPP kawasan telah sekali lagi membuktikan keperihatinan terhadap golongan yang tidak berkemampuan. DPP Sepangar menyedari bahawa bantuan yang disampaikan adalah tanggujawab sosial yang perlu dilaksanakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman agama. Bertempat di Kg. Lapasan, seramai lebih 25 keluarga yang kurang berkemampuan telah diraikan pada majlis penyerahan bantuan sempena perayaan Krismas yang akan mereka sambut pada keesokan harinya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Zahari Yusuf selaku JKKK kampung, Saudara Nazri Sulaiman yang juga NYDP PAS kawasan dan Hj Hanafi Abdullah salaku Timbalan YDP PAS kawasan. Pada ucapan ringkas yang disampaikan oleh saudara Nazri Sulaiman, beliau telah menyatakan komitmen PAS kawasan Sepangar untuk sentiasa membantu masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa. Ini adalah kerana Islam mengajar umatnya agar sentiasa saling tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang berada dalam kesusahan.

Sebahagian penduduk yang hadir untuk menerima bantuan

Hj Hanafi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan

Lagi penerima sumbangan dari kaum ibu

Penduduk berasa gembira di atas keperihatinan PAS terhadap nasib mereka

Menurut Ketua DPP Sepangar saudara Saifuddin Samsuddin, bantuan yang dihulurkan ini juga adalah terdiri daripada sumbangan dari teman-teman kristian yang sudi menghulurkan wang kepada DPP untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Keceriaan jelas terpancar dari penduduk yang menerima sumbangan, serta rata-ratanya menyatakan terima kasih atas ingatan PAS terhadap nasib penduduk.

Wednesday, December 22, 2010

Iman Hassan Al-Banna: Antara Buah dan Pohon

UMNO itu pohon..
Gejala sosial itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Rasuah itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Kezaliman itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Kejahilan terhadap agama itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Pembuangan bayi itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Riddah itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Judi dan Arak itu buahnya..

UMNO itu pohon..
Maksiat dan kemungkaran itu buahnya..

Maka yang manakah yang perlu kita cantas, pohonnya atau buahnya..

..........................................................................

Pesanan Imam Hassan Al-Banna:


Sebenarnya kemungkaran itu adalah merupakan buah daripada pohon yang keji. Bila dibuang sebahagian dari buahnya ia akan mengeluarkan buah yang baru. Dan begitulah seterusnya selagi pokok itu ada. Jadi tak dapat tidak pokok yang keji itu mestilah dicabut semuanya dan ditanam pula dengan pokok yang baik di tempat itu. Pokok yang baik itu ialah;


Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (14:24-25)

Dipetik dari buku: Pesanan dan Peringatan (Mustafa Masyhur)

Friday, December 17, 2010

Wahai Ulama UMNO yang PENJILAT.. Bacalah..

Bacalah..
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.. (Al-Alaq)

Salam perjuangan..

Mungkin inilah yang sangat ditakuti oleh UMNO-APCO sehingga DS Anwar Ibrahim digantung sebagai MP. Sekali lagi aku bertanyakan kepada 'ulama muda' UMNO, siapakah pengkianat Islam sekarang..?! Sekiranya kalian membela Rosmah silakan.. sekiranya ini juga menjadi kalian untuk membela mereka, nyatalah kalian adalah penjilat UMNO-APCO.


Surat perjanjian bukti Ketuanan Melayu Umno

Sumber: http://paspb2.blogspot.com/


ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2.
Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Thursday, December 16, 2010

Mufti yang PELIK


Aku pun kadang-kadang tak faham dengan mufti sorang nie.. cuba korang baca dua laporan Malaysiakini ini;

pertama: http://www.malaysiakini.com/news/150923

kedua: http://www.malaysiakini.com/news/150918

Korang jangan baca tajuk dia, tapi korang baca isi perbincangannya.. pas tu korang baca pulak kenyataan nie;

Majlis Fatwa Kebangsaan : (baca disini)
JAKIM : (baca disini)

Agak-agak rasa pelik tak..?

Wednesday, December 15, 2010

Gantung Ketua Pembangkang: Sah UMNO-APCO punya kerja

KUALA LUMPUR, 16 Dis: PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

Wednesday, December 8, 2010

DS Najib: Islamofobia angkara siapa..?

Beberapa hari lepas, DS Najib dalam ucapan beliau menyentuh tentang isu Islamofobia. Beliau mengatakan bahawa islamofobia merupakan agenda sesetengah pihak bagi menakutkan orang bukan Islam terhadap Islam. Untuk pengetahuan DS, disini saya nyatakan pihak yang mewujudkan Islamofobia tersebut:-

Usung & Pijak KEPALA LEMBU: Isu Kuil



Bakar GEREJA: Isu Kalimah Allah



Mengharamkan bukan Islam masuk masjid: Isu ADUN DAP masuk masjid



Mengharamkan bukan Islam memetik ayat Al-Quran: Isu ADUN DAP memberi ucapan

CUBA TOLONG fikirkan, sebenarnya siapa yang mencipta ISLAMOFOBIA di Malaysia..

Monday, December 6, 2010

Masa untuk BERSIHKAN nama Khair Toyo

DISAHKAN BERSIH

Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen (rujuk)


DISAHKAN BERSIH

Bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Seksyen (rujuk)

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

Kesempatan ini blog islamreturn mengucapkan

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432
Semoga semangat Rasulullah membina sebuah Daulah Islam rentetan dari misi hijrah baginda menjadi renungan kita bersama.


Saturday, December 4, 2010

Turun 5 Disember : Peluang rakyat tentang kezaliman Umno

Sumber: http://paspb2.blogspot.com/


















SHAH ALAM , 4 Dis. : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak boleh lagi berkompromi dan perlu mengajukan isu air ini ke peringkat tertinggi bagi memastikan rakyat negeri Selangor dan Kuala Lumpur terus dimangsakan Umno-Barisan Nasional(BN).

Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Ahad ini sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat negara ini.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS. Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." beliau berkata demikian ketika ditemuramah TV Selangor di sini hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara itu dijadualkan berlangsung esok dengan dijangka ribuan rakyat berpakaian merah berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Abdullah Sani turut menempelak arahan polis yang melahirkan kemungkinan protes itu bakal berdepan tindakan ganas persis peristiwa Demontrasi Bersih 2007 dan Anti ISA pada 2009 dan 2010.

Bagi beliau semua itu mainan politik parti pemerintah kerajaan pusat.

"Sejak bila perhimpunan dikatakan perhimpunan halal, selain dari Umno yang buat program itu. Dalam negara, undang-undang kita ni berat sebelah. Penguasaan kita sejak dari tahun 1957 itu, kalau dari BN, dihalalkan, selain dari BN diharamkan," justeru beliau berjanji bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus teguh membela rakyat tanpa mengira risikonya.

"Dari dulu lagi itulah ugutan yang kita terima, itulah permainan polis kepada rakayt Malaysia. Tapi kita pinggirkan semua itu, kalau kita ikut agenda ketakutan, kita takkan maju. Itu untuk rakyat, teruskan untuk kita dimasuk lokap itu hak dia lah. Yang jelas kita tak akan undur kerana ini untuk rakyat. Persetankan ugutan ini," tegasnya.

(Radzi Razak)

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD