HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Sunday, October 31, 2010

BN perlu di beri pengajaran di Batu Sapi

InsyaAllah, sekiranya diberikan keiizinan olehNya, saya dan beberapa orang jentera pemuda akan mula berkampung membantu teman-teman di sana yang telah sekian lama berkempen. Kehadiran yang agak lewat adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan walaupun ikut perancangan jumaat sudah pun berada di sana.

Calon BN tak boleh/fasih berbahasa Melayu?

Sebentar tadi saya berkesempatan minum pagi bersama saudara Padlan & Nurilhakim yang juga anggota pemuda kawasan Sepanggar. Mereka dan beberapa pemuda lain akan bergerak pagi ini. Antara topik yang dibincangkan ialah, benarkah calon BN tak pandai berbahasa Melayu. Menurut maklumat, calon BN tersebut ialah guru piano. Sekiranya benar beliau tidak boleh berbahasa Melayu, alangkah malangnya penduduk Batu Sapi sekiranya beliau dipilih. Saya sudah merasai akan kekecewaan sekiranya beliau yang terpilih, bukan kerana PR kalah, tetapi kerana wakil rakyat penduduk tidak mampu berbahas di Parlimen membela nasib penduduk Batu Sapi.

Kemiskinan yang menghimpit akibat dari budaya rasuah.

Isu kemiskinan di Sabah sememangnya satu isu yang besar. Kepada sesiapa yang bekerja di Sabah akan tahu apa yang sebenarnya berlaku di sini. Sebab itulah budaya rasuah sangat bermaharajalela di Sabah. Rakyat Sabah diajar dengan sogokan duit dalam semua perkara, termasuklah mengundi dan berkempen. Istilah lain ialah 'No Money No Talk'. Inilah budaya yang bakal merosakan masyarakat. Ianya dapat dilihat semasa berkempen dimana, parti/calon mana yang banyak menabur duit, dialah yang akan menang.

Isu tanah yang tiada kesudahan.

Rakyat Sabah adakalanya dianggap seperi seekor binatang yang tiada hak kemanusiaan. Walaupun mereka ini sebenarnya rajin berusaha dengan membuka tanah untuk bercucuk tanam mencari rezeki, tetapi hak mereka telah dirampas oleh kerajaan yang rakus. Samaada SAPP atau BN, sifatnya sama sahaja. 'Track Record' Yong Teck Lee umumnya mengetahui semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, manakala BN tidak usah lah dikatakan lagi. Kejayaan PAS/PR menghimpunkan lebih 5 ribu rakyat Sabah baru-baru ini dalam isu tanah menunjukan rakyat Sabah sememangnya menghadapi pencerobohan terhadap hak mereka.

Berubah!

Masanya telah tiba, rakyat Sabah perlu berubah. BN harus diberi pengajaran bahawa Sabah adalah hak rakyat Sabah dan bukan hak mutlak BN dan pemimpin-pemimpin mereka. Ayuh pastikan BN kalah di batu Sapi.

Saturday, October 30, 2010

Pemuda Sokong Debat Ansari - Yong

Sumber: http://dppsabah.blogspot.com/

Batu Sapi - Dewan Pemuda PAS menyokong sepenuhnya cadangan agar debat diadakan diantara ketiga-tiga calon yang bertanding di P185 Batu Sapi.

Langkah itu adalah sesuatu yang wajar bagi memperlihatkan kepada rakyat kredibiliti dan kewibawaan yang ada pada setiap calon yang bakal menjadi wakil rakyat di sini nanti.



Cadangan debat ini tercetus berikutan cabaran debat calon SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Ajakkan debat Yong itu bermula daripada kenyataan Musa Aman yang mengatakan bahawa slogan 'Sabah untuk orang Sabah' sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat Sabah pada hari ini.

Walaubagaimanapun, cabaran debat Ansari itu ditolak oleh Yong atas alasan dia (Ansari) tidak ada local standy untuk berdebat dengannya sebaliknya Yong memilih untuk berdebat dengan Anuar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu melihat keengganan calon SAPP itu untuk berdebat dengan Ansari sebaliknya memilih Anuar, hanyalah satu helah untuk melepaskan diri.

Lahirul berkata, adalah menjadi kebiasaan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi apabila tiba pilihanraya, calon-calon yang bertanding akan dibawa ke pentas debat untuk memperlihatkan kewibawaan masing-masing.

"Suasana ini kita boleh lihat di negara jiran kita sendiri iaitu Indonesia yang berjaya menyuburkan budaya bertukar pandangan ini seterusnya menghasilkan kepimpinan yang berkualiti"

Mengapa tidak di Malaysia tegas Lahirul yang mendakwa negara ini antara negara yang maju dan berpegang dengan sistem demokrasi.

"ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat menilai calon-calon yang patut dipilih dan pada masa sama calon-calon yang bertanding dipilih dari kalangan yang mempunyai kelayakkan untuk menjadi wakil rakyat, tambah Lahirul.

Malangnya dinegara yang mengaku mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, amalan berdebat dikalangan calon-calon yang bertanding masih belum begitu subur.

Selain itu, Lahirul juga mengajak masyarakat pengundi di Batu Sapi agar tidak terpedaya dengan gula-gula yang ditawarkan oleh Umno-Bn.

Menjelang hari pengundian, curahan projek mee segera di Batu Sapi tidak menggambarkan keikhlasan pemimpin Umno-Bn membantu rakyat sebaliknya mendedahkan betapa gagalnya mereka (Umno-Bn) menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat selama ini.

Terbaru iaitu janji Bn untuk memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan Masjid Batu Sapi dan pembaikan bekalan air dan sistem parit yang sangat daif sejak sekian lama.

Mengapa baru sekarang persoal Lahirul, sebaliknya kesusahan yang dialami oleh sebahagian besar masyarakat di Batu Sapi sudah puluhan tahun di bawah pentadbiran Barisan nasional.

Jelas Lahirul, be

Friday, October 29, 2010

PRK Batu Sapi: Sekitar Kampen

Ceramah di Pasti Taman Po Hing semalam

Ganerator diesel masih digunakan untuk menjana elektrik (teknologi zaman 80an)


BN Amal Kempen Samseng di Batu Sapi
Sumber: http://prkbatusapi2010.blogspot.com/

Gambar gambar di bawah adalah antara kejadian yang berlaku ketika kempen sedang di jalankan di Kampung Istimewa, Batu Sapi , Sandakan pada 28 Oktober 2010. Gambar gambar tersebut diambil oleh salah satu petugas dari PAS Tawau.

Lelaki yg bertopi adalah orang yang menghalau kami dan mengugut untuk PUKUL jika kami tak keluar…alasan beliau kami tak dapat kelulusan drpd ketua kampung sebelum berkempen…inikah dinamakan demokrasi!!!!!!!!!



penyokong-penyokong BN mengekori kami ketika berkempen,walaupun ketika itu kami dikawal oleh pihak polis…..”takut ke undi lari kepada pakatan???”

Pihak polis bersama mengawal keselamatan











Ini adalah kubu kuat UMNO BN yg mengamcam PUKUL kami ketika hendak berkempen..

————————–

respon mata-mata : kejadian yang berlaku ini membuka mata sebahagian pihak.. gelagat antara kedua pihak diperhatikan.. sekurang-kurangnya undi simpati dan undi senyap akan mengurangkan majoriti pihak yang memerintah selama ini..

SIAPA YANG MENGAJAR SISTEM ‘SAMSENG’???

Thursday, October 28, 2010

Media PRK: Terkini Batu Sapi

Sebentar tadi saya menerima call dari ust yusri yang juga salah seorang bloggar SBS. Beliau memaklumakan blog khas PRK Batu Sapi telah ada. Beliau meminta agar ianya menjadi sumber maklumat terkini berita disana dan diwar-warkan. Selain dari itu saudara Nurilhakim juga telah menyediakan lama FB untuk maklumat terkini. Berikut ialah laman media PRK terkini dari Batu Sapi.

PRK Batu Sapi BLOG:
http://prkbatusapi2010.blogspot.com/

Juga boleh melayari BLOG:
http://sahabatblogsabah.blogspot.com/

Facebook:
Bisik-Risik P185 Batu Sapi

Wednesday, October 27, 2010

PAS Beri Komitmen Tinggi di Batu Sapi

Sumber: http://dppsabah.blogspot.com/


Batu Sapi - PAS akan turun dengan komitmen yang tinggi bagi memastikan Pakatan Rakyat menang di Batu Sapi kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Sdr Hisamudin Sulaiman. Beliau berkata demikian semasa hari penamaan calon ketika di tanya oleh wartawan Harakah.


"Walaupaun PAS tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil kali ini, tapi kita akan turun dengan komitmen yang tinggi tidak sekadar sebelah tangan sahaja untuk memastikan calon Pakatan Rakyat iaitu Sdr Hj Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat menang disini"

Hisamudin menggesa kepada pengundi-pengudi Batu Sapi agar memberikan laluan kepada calon Pakatan Rakyat menang pada kali ini walaupun terdapat pertandingan 3 penjuru iaitu daripada PKR, SAPP dan BN.

Namun, beliau yakin dengan peribadi calon Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa rakyat akan memberikan peluang kepada Hj Ansari Abdullah membawa suara mereka ke parlimen.

"beliau (hj. Ansari) merupakan seorang peguam yang berpengalaman, faham dengan permasalahan rakyat dan ini sudah tentu menjadi kriteria penting yang jauh berbeza daripada calon SAPP dan BN, ujar beliau.

Selain itu, Hisamudin juga menolak dakwaan Bn yang mengatakan berlaku keretakkan dalam hubungan antara PAS-PKR-DAP kesan pengagihan kerusi yang tidak adil.

"kita menolak dakwaan ini malah Pakatan Rakyat lebih adil dalam soal ini kerana di pilihanraya kecil di Sibu diberikan kepada DAP, di Galas diberikan kepada PAS dan di Batu Sapi diberikan kepada PKR"



Selain itu, turut sama berarak bersama calon Pakatan Rakyat ke tempat penamaan calon iaitu Setiausaha Agong PAS Pusat Dato Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Muhammad Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Hamzah Abdullah.

Tuesday, October 26, 2010

Ulama Muda: Malulah pada seorang artis rock yang bernama Amy Search!

Salam perjuangan..

Apa yang berlaku dalam isu IFF ini sebenarnya satu lagi ujian kepada mereka yang masih setia dengan UMNO. Walaupun telah banyak tanda-tanda yang Allah s.w.t tunjukan kepada umat Islam di Malaysia akan kesesatan UMNO, namun atas dasar keegoan dan sombong, mereka pemimpin-pemimpin UMNO terus melakukan maksiat manakala rakyat masih memberi mandat dan kepercayaan.

Aku teringat kisah Amy Search yang memohon maaf kepada masyarakat Malaysia di atas perilaku anaknya (semoga Allah mengampun dosanya) di dalam kes khalwat beberapa tahun lalu dan tidak membela anaknya.

Kembali kepada kes Rosmah-IFF. Ya, mungkin kita boleh berkata Rosmah tidak salah 100%. Namun pada aku, Rosmah tetap bersalah. 50% kesalahan pertama kerana menghadiri majlis yang menghina Islam, manakala 50% kesalahan kedua kerana langsung tidak memohon maaf kepada umat Islam kerana menjadi penaung IFF. Sedangkan tuan punya badan langsung tidak memohon maaf secara terbuka, ada pula pengampu-pengampu yang membela!

Malulah pada seorang artis rock yang bernama Amy Search!

Monday, October 25, 2010

Sekiranya Ustazah Nuridah (Ketua Dewan Muslimat) penaung IFF

Salam perjuangan..

Tulisan kali ini adalah bagi mencari pencerahan terhadap kekeliruan bagi mereka yang berpendapat Rosmah tidak perlu bertanggunjawab terhadap isu IFF.

Kemenangan PAS menyelamatkan umat dari Api Neraka

Fikiran kita sering terganggu dengan beberapa kenyataan dari mereka yang hanya melihat PAS dari luar kotak. Inilah masalah kita apabila tidak menghayati perjuangan PAS dan menyelusuri tarbiah yang disediakan. Maka tidak hairanlah sekiranya, seketika pandangan alam kita menyimpang terus dari kenyataan. Mari kita melihat perlembagaan PAS:

Tujuan PAS

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Pada fasal ini menyatakan tujuan PAS (tidak pula ada menyatakan PAS hadir untuk menghukum umat untuk ke neraka). PAS hadir untuk menubuhkan sebuah negara berkonsepkan 'Baldatun Toibatun Warabul Ghoful'. Inilah sebuah cita-cita murni PAS. Cita-cita dakwah kita adalah untuk menyelamatkan ummah dari api neraka. Namun, sekiranya ada beberapa pendekatan yang agak keras dari pihak PAS, mereka akan dianggap 'burogh'. Namun sebaliknya apabila kezaliman yang nyata dari pihak pemerintah dianggap perlu 'dengar dan taat'.

Senjata baru diperlukan UMNO

Kemaraan PAS sebagai sebuah parti alternatif umat Islam dan terbukanya medan dakwah baru melalui Dewan Penyokong PAS telah menyebabkan UMNO seolah-olah hilang punca. Ditambah lagi dengan kemasukan beribu-ribu golongan non-muslim serta muslim yang bukan dari bangsa Melayu.

UMNO memerlukan senjata yang hampir sama dengan dengan senjata yang dimiliki oleh PAS. Senjata tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah golongan agamawan (ulama). Maka diaturkan kemasukan ulama muda ke dalam UMNO baru-baru ini. Senjata inilah yang bakal digunakan bagi menentang hujjah PAS dalam segenap penjuru. Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa kenyataan 'ulama muda' ini di dalam isu Royalti Minyak dan yang terbaru IFF.

Ruang yang diberikan kepada mereka cukup luas untuk berhujjah. Malah hujjah mereka juga bersandarkan Al-Quran dan Sunnah. Inilah yang kadang kala menyebabkan sesetengan dari ahli PAS sendiri dan mereka yang cenderung pada PAS mula goyah pendirian. Mereka mula menari mengikut rentak UMNO. Kita melaungkan agar mendengar hujah kedua-dua belah pihak, dan sering menyalahkan ahli PAS kerana tidak berlapang dada mendengar hujjah dari pihak UMNO. Tetapi apabila sesetengah dari kita mendengar sahaja ucapan 'ulama muda' ini di Persidangan UMNO, maka dengan mudah kita bersetuju dan lupa akan prinsip mencari hujjah paling soreh.

Aku tidak mahu mengulas lanjut apa yang diucapkan oleh 'ulama muda' ini, kerana aku sudah mendegarnya dan hujjah yang sama di mainkan setiap kali membela hubala-hubala munafikun ini. Namun atas dasar mencari kebenaran, aku pedihkan juga telinga ini untuk meneliti ucapan tersebut.

Apa yang ingin aku katakan, janganlah membutakan mata hati kita semata-mata kerana mereka ini ahli agamawan muda serta dikatakan inspirasi ulama muda. Dek kerana itu kita lupa bahawa disana masih ramai pemuda-pemuda Islam yang tidak berganjak hatinya di dalam menyatakan KEBENARAN dan membela KESUCIAN ISLAM.

Hayatilah hujjah mereka:

Hujah Ust Wan Ji (rujuk: htt p://g-82.blogspot.com/)

Hujah Dr Asri (rujuk: http://drmaza.com/home/)

Hujah Ust Zaharuddin (rujuk: http://www.zaharuddin.net/)

Hujah Saiful Islam (rujuk: http://saifulislam.com/)

Hujah Ulama Pelapis PAS (rujuk: http://ulamak.pas.org.my/v2/)


Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, satu pertanyaan ingin sekali aku bertanya. Apa pula kata mereka yang bersependapat dengan 'ulama G-40' ini sekiranya yang jadi penaung IFF ini ialah Ustazah Nuridah (Ketua Dewan Muslimat) dan bukannya Rosmah. Mungkin 360 darjah tukar!

Sunday, October 24, 2010

Hj. Ansari Abdullah calon PR di Batu Sapi

Sumber: http://www.pastawau.org/

Sandakan : Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan peguam, Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.


Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Hakka, Jalan Utara, dekat sini.

Turut bersama di majlis pengisytiharan calon itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

Sementara itu, Barisan Nasional mengumumkan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Datin Linda Tsen yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura sebagai calon parti itu.

PRK yang akan berlangsung 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti maju Sabah (SAPP) membuat keputusan untuk meletakkan calon.

p/s: Himpunan Rakyat Sabah Isu Tanah mendapat sambutan dari seluruh rakyat. Ini bakal menjadi gelombang perubahan rakyat Sabah untuk menukar kerajaan BN kepada PR. Berita lanjut beserta gambar akan dimuatkan pada masa terdekat.

Saturday, October 23, 2010

Sepanjang Perjalanan Ke Sandakan Sempena Himpunan Isu Tanah

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

23 Oktober (Sandakan): Sempena Himpunan Rakyat Sabah Isu Tanah (HEMPAS) yang akan diadakan pada 24 Oktober (ahad) Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar bersama-sama 15 orang anggota telah berkonvoi ke Sandakan. Turut sama di dalam konvoi ini ialah Saudara Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang juga penyelaras HEMPAS.


Rombongan bersiap sedia untuk mengedar risalah

Saudara Mazlan Aliman sedang menyampaikan ceramah di atas kenderaan

Perjalanan konvoi ini telah singgah dibeberapa lokasi untuk mengedarkan risalah, antaranya pekan Kundasang, Ranau dan Telupid. Selain dari itu, ceramah juga turut diadakan di beberapa lokasi terpilih. Konvoi telah bergabung dengan kawasan Keningau, Kota Belud dan Membakut di Pekan Ranau. Pada perjalanan tersebut, kami telah bertembung dengan pergerakan berpuluh trak serta kenderaan polis yang juga bergerak ke Sandakan. Diharapkan pasukan polis akan bertugas menjaga keselamatan sepanjang proses pilihanraya dengan penuh tanggungjawab.

Rombongan selamat tiba di Sandakan pada pukul 9 malam.

Thursday, October 21, 2010

Melawat tapak Perkhemahan Amal

Terletak kira-kira 20km dari pekan Tambunan, kawasan air terjun Trusmadi akan dijadikan tapak perkhemahan untuk 'Briged Amal'. Program yang dicadangkan pada bulan November nanti akan menanti kehadiran 60 orang peserta.

Saya dan beberapa orang teman beserta keluarga (cadang nak berkelah) telah pun melawat tapak tersebut semalam. Memang cantik kawasan tersebut dan sangat sesuai untuk dijadikan tapak perkemahan. Tapi sebab jalan nak masuk terlalu teruk, menyebabkan perjalanan hampir 45 minit baru sampai ke tapak perkhemahan.

Kawasan tersebut juga terdapat beberapa buah perkampungan dan sebuah sekolah rendah beserta asrama. Dari makluman yang kami terima, terdapat hanya 4 orang pelajar Islam dan 4 orang guru Islam sahaja yg tinggal di perkampungan tersebut. Namun ianya tidak menghairankan, kerana komposisi umat Islam yang tinggal di kawasan Tambunan ini sebenarnya hanya sekitar 5% sahaja. Kami dibawa oleh salah seorang ustaz yang pernah mengajar di sana. InsyaAllah kiranya apa yang dirancang berjalan lancar, bulan depan Jabatan Amal Sabah akan menyelusuri perkampungan tersebut.

p/s: semasa pulang, tayar Gen2 pancit pulok.. guaner nak g Sandakan nih..

Wednesday, October 20, 2010

UNDILAH UMNO demi masa depan TOGHUT!

ULAMA G40 UMNO: Bersediakah kalian untuk menjawab di Padang Mahsyar nanti..!

Maruah umat Islam Malaysia dibawah tumit kasut Rosmah

Tuesday, October 19, 2010

Kenyataan Media: Dewan Pemuda PAS negeri Sabah

KENYATAAN MEDIA

19 Oktober 2010

HIMPUNAN ISU TANAH RAKYAT SABAH (HEMPAS)


PAS dan Pakatan Rakyat Sabah akan menganjurkan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah pada 24 Oktober 2010 bertempat di Dewan Hakka, Batu 6, Sandakan (berhampiran Hotel Tyng).

Matlamat program ini adalah bagi menghimpunkan seluruh rakyat sabah terutamanya yang mengalami kemelut tanah setelah lama terabai di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang telah menafikan hak rakyat untuk memiliki dan mewarisi tanah yang mereka telah usahakan sejak berpuluh tahun akibat dasar Geran Tanah Komunal. Himpunan ini juga akan menjadi medan bagi berbincang dan bertukar pendapat di samping mencari jalan penyelesaian melalui kaedah yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Pelbagai aktiviti telah disusun antaranya Pembentangan kertas kerja, Tayangan Video Isu Tanah, Pelancaran deklarasi Tanah sabah, di samping pidato perdana oleh Pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Pelancaran Jentera pilihanraya kecil P185 Batu Sapi bagi Pakatan Rakyat juga akan dilancarkan.

Tentatif Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS)


8:00 pagi : Pendaftaran

9:00 pagi : Majlis perasmian

1) Ucapan Pesuruhjaya PAS Sabah – Hj Mohammad Abdullah

2) Ucapan Penyelaras Program- Sdra Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat

3) Ucapan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

10:00 pagi : Pembentangan kertas kerja 1

Oleh Datuk Koh Hong Ming (PKR)

10:30 pagi : Pembentangan kertas kerja 2

Oleh Sdra Robert (DAP)

11:00 pagi : Pembentangan kertas kerja 3

Oleh Tuan Hj Hamzah Abdullah (PAS)

11:30 pagi : Soal jawab / Resolusi

12:30 tghri : Tayangan Video / Makan tengah hari / Solat Zuhur

1:30 petang : Pidato Perdana
YB Lim Kit Siang
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

4:30 petang : Pelancaran Deklarasi Tanah Sabah
Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi Pakatan Rakyat

5:00 petang : Tamat


Program lain sempena HEMPAS

1) Ceramah Umum anjuran DAP
Tarikh : 23 Oktober 2010

Masa : 7.00 malam

Tempat : Hotel Sanbay, Bandar Ramai Ramai, Jalan Batu Sapi

Penceramah : YB Lim Kit Siang

Tuan Hj Hamzah Abdullah

Justeru itu Dewan Pemuda Pas Sabah menjemput seluruh rakyat Sabah dari pelbagai latarbelakang khususnya di kawasan berdekatan agar sama-sama dapat hadir dan memeriahkan Himpunan ini.


Disediakan oleh

Lahirul Bin Latigu

Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Sabah

Monday, October 18, 2010

Terkini: PRK Batu Sapi, PAS memberi laluan kepada PKR

Maklumat terkini yang aku terima dari sumber yang terdekat, keputusan mesyuarat memutuskan untuk PAS membeli laluan kepada PKR untuk bertanding. Namun begitu PAS telah meletakkan beberapa syarat kepada PKR bagi memastikan kejadian sebelum ini tidak berulang. Semangat setiakawan yang dibina di dalam Pakatan Rakyat ini seharusnya menjadi lambang sebuah Malaysia Baru yang ingin kita bina bersama.

Walau bagaimanapun jentera PAS dan DAP akan tetap membantu PKR bagi memastikan Parlimen Batu Sapi menjadi milik Pakatan Rakyat. Maklumat lanjut tentang keputusan tersebut kita nantikan bersama di dalam kenyataan media bersama Pakatan Rakyat Sabah.

Penubuhan DPP Kawasan: PAS semakin berkembang di Sabah

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

16 Okt (Kota Kinabalu)-
Penyerahan borang permohonan penubuhan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan baru, yang terdiri daripada DPP Sepanggar, DPP Putatan dan DPP Kota Belud membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat dan telah berkembang khususnya di negeri Sabah. Majlis penyerahan borang tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Al-Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Pada majlis yang sama juga, Ust. Nasaruddin telah merasmikan pejabat baru DPP negeri Sabah yang bernilai RM150,000.00. Terletak di Kigfisher, Likas, Kota Kinabalu, pejabat ini juga akan beroperasi sebagai pusat aduan rakyat.


Ust Nasaruddin Hassan Tantawi merasmikan pejabat baru Dewan Pemuda PAS negeri Sabah

Bergambar bersama sebahagian exco pemuda PAS negeri Sabah

Pada majlis ceramah yang diadakan tersebut, Ust. Nasaruddin mengingatkan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS ini akan menghadapi rintangan dan halangan yang besar. Oleh yang demikian perjuangan ini memerlukan pemuda yang istiqamah dan sabar. Turut sama pada ceramah tersebut ialah Saudara Hisyamuddin Sulaiman yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Aminudin Aling selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Saudara Razak Jamil yang juga Ketua AMK negeri Sabah.

Pejabat Pemuda PAS negeri Sabah, terletak di tingkat tiga (berhadapan dengan Hospital Likas)

Sunday, October 17, 2010

Batu Sapi: Doa agar PAS diberi laluan untuk bertanding

Kehangatan bagi memutuskan parti mana dari Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Parlimen Batu Sapi semakin hangat diperkatakan. Semalam, setelah berkesempatan membuka email, satu kenyataan dari Dewan Ulama PAS Sabah yang di emailkan melalui egroup PAS Sabah, meminta supaya ahli-ahli PAS mendoakan, agar PAS diberi laluan untuk bertanding di Batu Sapi. Berikut ialah email yang dimaksudkan:

maaf kepada pengunjung Ir, kandungan email terpaksa untuk saya tidak siarkan. Ini adalah atas permintaan sahabat saya. Namun saya yakin bahawa kita tetap mengharapkan agar PAS diberi laluan di Batu Sapi.

Friday, October 15, 2010

Perubahan Tempat: Himpunan Rakyat Sabah Isu Tanah

MAKLUMAN TERKINI HIMPUNAN RAKYAT SABAH ISU TANAH

Program ini telah berubah tempat dari Dewan Sekolah Kian Kok, Likas ke Dewan Persatuan Hakka, Sandakan. Perubahan ini adalah bagi menumpukan jentera serta rakyat bagi menghadapi PRK Batu Sapi, Sandakan. Sekelian rakyat dijemput hadir.


(clik untuk besarkan)

Monday, October 11, 2010

Inilah matlamat APCO: Pemimpin Islam menghina agama sendiri

Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

BIADAP! Demi kuasa, Najib sanggup sokong MCA kecam dan hina pendirian negara Islam PAS!



Oleh: Pria Malaya

Presiden MCA, Chua Soi Lek hari ini dilaporkan telah berkata:

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek
Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:
“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."
Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):
“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,”
Kurang ajar lagi biadap kenyataan MCA dan Najib ini! terbukti Najib dan Umno sanggup bersekongkol dan berkompromi secara jahat dengan rakannya MCA sehingga sanggup menghina dan memperlekeh undang2 dan negara Islam!

BIADAP

Sesungguhnya kita tidak lupa kenyataan presiden MCA ini sebelum ini, yang menghentam dan mengeji undang2 dan negara Islam mundur, banyak rasuah dan kuno, kalian boleh baca di SINI..dan hari ini, dengan biadapnya beliau mengulanginya sekali lagi dengan menyatakan negara Islam (yg melaksanakan hukum Islam) adalah terkebelakang!

Mana penyokong fanatik Umno? mana PERKASA? mana YB Zul? mana '40 ulamak muda' Umno? mana pencacai2 Umno yg lain?..kenapa membisu? mana demontrasi mengecam kenyataan biadap MCA dan Najib? mana suara lantang kamu?..ternyata kalian hipokrit dan munafiq!

TALAM DUA MUKA



Benarlah dakwaan penulis sebelum ini bahawa, Umno di depan Melayu, cuba takutkan orang Melayu dengan mengatakan PAS sudah mengetepikan hukum Islam, PAS sudah semakin lupakan perjuangan Islam, PAS tidak mampu menguasai PR, PAS tidak akan laksanakan negara Islam dll..

Namun, di depan penyokong Cina, mereka mendakwa pula, PAS semakin agresif memperjuangkan negara Islam, PAS akan laksanakan negara Islam, PAS semakin tegar keislamannya, PAS akan menguasai dan mengetuai PR dan pelbagai lagi kenyataan2 yg menakutkan mereka dengan Islam...kalian boleh baca dan lihat koleksi sndiwara Umno-MCA di SINI..

GILA KUASA DAN BODEK

Ternyata, Najib sanggup melakukan apa sahaja termasuk berkompromi dengan musuh Islam ini demi kuasa yang dihajatinya...kalian boleh lihat kenyataan Najib sebagaimana yang dilaporkan portal TheMalaysianInsider dengan tajuk, "Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13"...

Untuk tujuan itu, Najib sanggup bersikap berbeza dan menyalahi pandangan rasis penyokong2nya sendiri (dalam Umno) yg selama ini mengecam Chua Soi Lek dalam banyak isu, termasuk mengatakan orang Melayu adalah tuan negara ini dan yg lainnya adalah pendatang..

"Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang." - Najib

"Tahniah saya ucapkan kepada Chua kerana memulihkan semula MCA, dan saya puji beliau atas kejayaan itu.." - Najib
Dasar munafiq dan pembohong si Najib ini..kerana itu tidak hairan ramai pengikut totok Umno ditipu hidup2 oleh PM 1Malaysia ini..jika selama ini beliau hanya play safe dalm isu2 yg sensitif demi mengelak tanggapan buruk oleh penyokong2 Umno, namun kali ini beliau tidak berjaya..ternyata beliau adalah busuk dan menjijikkan!

Akhir kalam, penulis tuntut semua penyokong dan pendokong PAS khususnya, supaya mengulas dan memanjanglebarkan isu ini..jangan biarkan isu penting ini tenggelam begitu sahaja..jika Najib sanggup menyetujui MCA menghina negara Islam, itu petanda bala besar jika mandat masih diberikan kepada mereka pada PRU ke-13 nanti!!..wallahua'lam...


Hanya PAS berkuasa jika Pakatan tawan Putrajaya, BN beri Cina amaran

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.

Dr Chua mendakwa sejak pilihan raya umum 2008, DAP dari PR, yang kelihatan seolah-olah sekedudukan dengan MCA, hanya berjaya dalam membawa sokongan Cina kepada PAS.

“Kami (BN) tidak mendakwa kami adalah kerajaan yang sempurna, tetapi (kami) berharap rakyat Malaysia akan menghalusi dengan mendalam jika mereka meraskaan Pakatan adalah pilihan yang baik,” katanya lagi.

Selain PAS dan DAP, PR dianggotai PKR.

Meskipun mendakwa pakatan mereka adalah konkrit berdasarkan dasar dan platform bersama, kedua-dua PAS dan DAP secara terbuka memperlihatkan perbezaan pendirian berhubung usaha melaksanakan negara Islam.

Sejak beberapa bulan lalu, pemimpin-pemimpin PAS menekankan bahawa mereka kekal dengan pendirian mengadakan undang-undang hudud meskipun DAP memberi amaran mengenai idea tersebut.

Pada perhimpunan MCA hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyertai Dr Chua dengan memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa tidak mungkin PAS akan mengubah pendiriannya.

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina,” kata beliau.

Sehubungan itu, Najib menambah, Pengerusi DAP Karpal Singh serba salah apabila satu ketika dahulu bahawa “melangkah mayat saya” berhubung matlamat PAS.

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,” kata Najib dalam ucapan perasmian perhimpunan kali ini yang dihadiri 1,764 perwakilan.

Najib juga menambah, kata-kata Karpal menunjukkan pemimpin itu tidak mempercayai PAS yang menganggotai PR bersama PKR.

Sambil mendakwa kedua-dua parti itu tidak mempercayai antara satu sama lain tetapi seolah-olah memperlihatkan kepercayaan masing-masing Najib berkata, ia satu sandiwara politik.

“Ini adalah sandiwara politik. Kita dalam Barisan Nasional mempercayai satu sama lain. Itu sebabnya kami boleh bekerja sebagai satu pasukan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Chua mengarahkan pemimpin-pemimpin MCA di negeri-negeri yang dikuasai PR supaya menggunakan pendekatan ofensif dan bertindak sebagai pembangkang yang kuat untuk mendedahkan segala kelemahan dan kekurangan mereka.

“Pergi dan mendedahkan kekurangan, skandal, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.

“Dan, saya pasti mesti ada banyak (kes),” kata Dr Chua.

Tsunami politik 2008 telah mengurangkan perwakilan MCA di Parlimen daripada 31 kerusi pada 2004 kepada hanya 15 manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula ia menurun daripada 75 kepada 31 kerusi.

Sementara itu, MCA hari ini menolak cadangan untuk meminda dua artikel dan subartikel perlembagaan parti, selepas gagal memperoleh undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk melakukan pindaan itu.

Penolakan itu meleburkan harapan Pemuda MCA untuk memberi peranan dan perwakilan yang lebih besar kepada anggotanya ke perhimpunan agung tahunan parti berkenaan.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong berkata hanya 671 atau 63 peratus daripada 1,064 perwakilan yang mengundi, bersetuju untuk meminda artikel dan subartikel itu manakala 392 yang lain menentang dan terdapat satu undi rosak.

Cadangan untuk meminda Artikel 67 dan Sub-Artikel 67.7 serta Artikel 94 dan Subartikel 94.7 bertujuan membolehkan seorang anggota Pemuda MCA dari setiap cawangan dan bahagian untuk menghadiri perhimpunan agung.

Pada masa ini hanya sayap Wanita sahaja dibenarkan berbuat demikian.


p/s: Mengapa pemimpin UMNO-APCO sanggup memperlekeh kan Islam? Apa yang lebih malang, Islam dihina dihadapan masyarakat bukan Islam.

Saturday, October 9, 2010

RSS Persistence (209)- Kapal Pengakut Tentera Laut Singapura

Baru-baru ini aku bersama beberapa orang teman telah berkesempatan melawat pengkalan TLDM Teluk Sepanggar. Ini adalah kali kedua aku masuk ke sana, pertamanya menziarahi saudara yang tinggal di kuarters tersebut. Kesempatan melawat kali ini, kebetulan sebuah kapal pengangkut tentera laut Singapura sedang berlabuh, maka aku dan teman-teman sempat bergambar. Menurut salah seorang krew kapal tersebut, mereka dalam siri lawatan ke pengkalan TLDM di atas jemputan Malaysia.

RSS Persistence (209): Kapal perang pengangkut Singapura

Sememangnya teknologi ketenteraan Singapura lebih kehadapan dari Malaysia. Melihat susuk tubuh kapal tersebut sahaja, aku sudah dapat mengagak kekuatan teknologi disebalik kapal sebesar itu. Pun begitu, kita tetap yakin bahawa, kemenangan di dalam peperangan juga bergantung kepada kebergantungan kepada pertolongan Allah.

Namun apa yang menyentuh perasaan dan terbayang difikiran aku ialah, andailah Malaysia ini sebuah negara yang bebas dari najis rasuah, pastinya kapal sebesar ini mampu dimiliki oleh Malaysia. Kebetulan berada di pengkalan TLDM, mata aku cuba lah juga jengok-jengok kapal selam kebanggaan Najib, tapi tak kelihatan. Mungkin kapal selam tersebut dilepas ke laut bagi tontonan rombongan tentera Singapura. Tetapi menurut seorang teman aku yang juga salah seorang anggota TLDM, kapal selam tersebut masih dalam penyelenggaraan.

Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, ertinya:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.” (QS. Al Anfal: 60).

Batu Sapi: PAS bertanding..?

Berita yang saya terima petang tadi melalui sms dari Abg Din dari Perak "prk, mp batu sapi mati accident td kmlangn d kk". Pelik pula bila dapat msge dari orang Perak.. saya yg menetap di Sabah pun belum tahu lagi.

Sebentar tadi tadi pula saya terima msge utk hadir mesyuarat Khas Dewan Harian PAS negeri. Nampaknya kehangatan pilihanraya di Galas terpaksa digalas oleh teman-teman di Sabah. Maklumat awal yang saya tahu, Parlimen Batu Sapi sepatutnya menjadi sasaran PAS untuk bertanding pada PRU yang lepas, tetapi telah di berikan kepada PKR. Namun, pada saat-saat akhir PKR tidak dapat meletakkan calon disana yang mengakibatkan BN akhirnya menang selesa.

Akibat dari tindakan PKR tersebut berkemungkinan besar PAS akan bertanding. Apa-apa pun kita nantikan keputusan dalam masa terdekat. Kepada semua blogger Sabah, bersedia untuk bertugas. InsyaAllah, blog 'sahabatblogsabah.blogspot.com' akan menjadi medium media untuk PRK di Batu Sapi.

Pilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Thursday, October 7, 2010

Masa Yang Telah Pergi

Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/

Masa yang telah pergi akan memotong diri,
Masa yang tak dihargai akan memakan diri,
Menyusahkan diri di kala ini,
Menyusahkan diri di kemudian hari,

Masa yang diberi adalah saham untuk diri,
Masa yang dimiliki adalah nilai untuk diri,
Memberi peluang untuk terus berdiri,
Memberi peluang untuk terus berbakti,

Masa itu adalah kurnian Ilahi,
Masa itu adalah kehidupan ini,
Menjadi pengubat bagi yang menghargai,
Menjadi racun bagi yang menodai,

Masa itu lesen dunia ini,
Masa itu datang dan pergi,
Membawa seribu nikmat kepada insani,
Meragut khasiat yang dimiliki,

Monday, October 4, 2010

Hasil Judi: Bodoh piang punya G40!

Sebenarnya, hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat bangsa sendiri di perbodoh oleh bangsa sendiri. UMNO-APCO akan lakukan apa sahaja untuk memperbodohkan bangsa sendiri. Apabila bangsa sendiri bodoh (terutama hukum hakam Islam), maka senanglah untuk mereka mempermain-mainkan hak orang lain.


Adegen yang paling sedih apabila bangsa sendiri diperbodoh oleh UMNO-APCO

Memulangkan duit RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang oleh beberapa warga emas baru-baru ini sebenarnya adalah hasil usaha UMNO-APCO. Namun apa yang pelik, duit hak rakyat marhean diperbodohkan untuk pulang, tapi duit elaun ADUN yang beribu-ribu tidak pula dipulangkan. Pada aku, sekali pun warga emas telah was-was, duit itu boleh dikumpul semula untuk dikembalikan bagi pembanggunan seperti jalan raya dan sebagainya, bukan dipolitikan untuk memperbodohkan bangsa sendiri.

Kemana ulama melayu G40. Langsung tidak berani menyatakan pendirian, sekurang-kurangnya MAZA telah bersuara hukum menerima wang sumbangan kerajaan (disini). Tetapi G40 entah kemana, jadi lembu yang dicucuk hidungnya. Aku bagi satu anugerah pada mereka 'BODOH PIANG'.


Wang Judi milik Nagara

Sumbangan hasil judi yang diterima oleh Rosmah

Sumbangan TOTO

Sumbangan wang judi, Pak Lah yang terima

Genting, pusat judi Malaysia

Friday, October 1, 2010

Isu Tanah & Hak Rakyat Sabah: Terbelakah Rakyat Sabah?

To All Sabahan..

Himpunan yang diseliakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat ini akan menjelaskan kepada kita penyelewengan isu tanah terhadap rakyat Sabah. Mari kita jayakan perhimpunan ini serta mendapat maklumat jelas dari pimpinan Pakatan Rakyat.


(clik pada poster untuk melihat dengan jelas)

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD