HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Monday, September 27, 2010

TAHNIAH! Jualan Utusan Merundum

Tidak ada yang lebih gembira apabila perancangan yang diaturkan mendapat petunjuk serta bantuan dariNya. Bermula 21 Julai 2010, seperti yang dijanjikan 'blog islamreturn' telah melancarkan kempen 'Boikot Utusan' hingga LUMPUH (baca disini & disini). Alhamdulillah.. kesannya sudah dapat dilihat sekarang.

Walau apa jua alasan mereka, namun kita tetap yakin bahawa UTUSAN pasti akan LUMPUH. Mari bersama-sama kita mendoakan agar ianya terus merundum dan akhirnya berkuburlah sebuah akhbar UMNO ini. Tahniah pada semua yang telah menjayakan kempen ini! Teruskan usaha dan tekad..



Firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf: 8)


Sumber: http://www.malaysiakini.com/bm/

NUJ: Polisi Utusan punca edaran merudum

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak dihapuskan polisi yang didakwanya ditetapkan oleh ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia yang bertentangan dengan etika kewartawanan, dan mengakibatkan kejatuhan edaran akhbar berkenaan.

NUJ bimbang pelaksanaan berterusan polisi tersebut akan menyebabkan jumlah edaran akhbar itu terus merundum pada masa akan datang.

"Tidak mustahil akhbar Utusan Malaysia juga akan menerima nasib seperti akhbar Utusan Melayu yang kini hanya menjadi sisiapan mingguan dalam Utusan Malaysia," kata presiden NUJ, Hata Wahari dalam satu kenyataan hari ini.

"Mungkin satu hari nanti akhbar Utusan Malaysia akan menjadi sisipan di dalam Kosmo yang merupakan satu lagi terbitan Utusan Melayu
(Malaysia) Berhad, memandangkan edaran akhbar kompak itu semakin meningkat setiap tahun," tambahnya.

Hata mendakwa polisi-polisi tersebut ialah laporan berat sebelah di mana Utusan hanya membuat laporan yang positif sekiranya ia melibatkan kerajaan dan BN, tetapi laporan negatif ditumpukan kepada kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.

Akhbar itu juga, dakwanya, tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

"Dalam perkara ini, Utusan Malaysia melaksanakan polisi untuk tidak menyiarkan kenyataan balas yang dibuat oleh parti-parti politik atau individu apabila laporan negatif dibuat terhadap mereka.

"Contoh terbaik ialah tidak disiarkan langsung kenyataan balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz walaupun ruangan pojok Awang Selamat telah menghentam beliau," kata Hata lagi.

Utusan Malaysia juga, dakwanya, hanya menyiarkan berita dan keperluan satu kaum sahaja menyebabkan pembaca akhbar di Malaysia - Cina, India dan bumiputera lain - tidak berminat membacanya walaupun mereka mempunyai keupayaan untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

"Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang menggunakana bahasa Kebangsaan, sepatutnya mengambil kira juga keperluan kaum-kaum lain," tambahnya.

Di samping itu, kata Hata, peningkatan jumlah pembaca Utusan Online juga membunuh minat pembaca, terutama di kalangan orang Melayu untuk membeli Utusan Malaysia kerana mereka boleh membacanya percuma di internet.

"Peningkatan pembaca Utusan Online juga tidak menyumbang pendapatan yang tinggi kepada Utusan memandangkan ia hanya mengharapkan kepada pendapatan dari iklan.

"Sehubungan itu, NUJ meminta agar ketua pengarang dan pengarang kanan Utusan Malaysia untuk menghapuskan polisi yang tidak menguntungkan Utusan Malaysia," tegasnya.

Hata berkata, bimbang dengan kejatuhan edaran akhbar arus perdana (MSM) di negara ini terutama akhbar Utusan Malaysia.

Beliau mendakwa, jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia merudum dari 213,000 kepada 169,000 (-21 peratus) dalam tempoh 2005-2009 seperti yang dikeluarkan ABC (Audit Bureau of Circulations) pada 10 September lepas.

"Awang Selamat dalam ruangan pojoknya yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia Ahad lepas bagi menjawab kenyataan Datuk Seri Nazri menyatakan pertumbuhan luar biasa laman sesawang, apatah lagi laman sosial seperti facebook dan twitter, 'memburukkan' lagi keadaan.

"Awang Selamat menyatakan itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.

"Awang Selamat juga menyatakan di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran.

"Awang Selamat menegaskan Walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu," tegas Hata.

Dalam hal ini, tambahnya, NUJ melalui Setiausaha Agungnya, V Anbalagan beberapa bulan lepas telah mengeluarkan kenyataan media meminta pihak pengurusan di MSM mengambil langkah drastik bagi mengatasi kejatuhan edaran yang sangat membimbangkan.

Tuesday, September 21, 2010

Program sepanjang berada di Pt. Buntar

Salam syawal..

Kepada pengunjung blog islamreturn, mohon maaf dipinta kerana agak lama tidak update blog ini. Ketiadaan masa dan kekangan perkhidmatan internet menyebabkan tidak dapat update. Sepanjang berada di kampung halaman, dapat juga saya hadiri beberapa program anjuran kawasan dan ahli parlimen Pt. Buntar.

Sumber: http://dppkpb.blogspot.com/

Pemuda PAS Raikan Anak Perantau Parit Buntar

Parit Buntar, 10 Sept- Bersempena dengan 1 Syawal yang mulia, hari ini Dewan Pemuda Pas Parit Buntar (DPPKPB) telah menganjurkan program Anak Perantau. Program yang dijalankan sejak 10 tahun lalu ini sentisa dihati anak-anak perantau yang bekerja di luar kawasan Parit Buntar.

Pada tahun ini DPPKPB telah memilih tarikh 1 Syawal sebagai hari untuk meraikan kepulangan anak-anak perantau. Menurut Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Khairulzami. Pemuda sentiasa mengharapkan kepulangan anak perantau ke kampung halaman dengan selamat.

"Kita bukan sahaja menharapkan kepulangan anak perantau ke Parit Buntar dengan selamat, malah kita juga mengharapkan sumbangan yang amat bermakna yang selama ini diberikan oleh tuan-tuan demi melihat kawasan ini kekal di bawah pakatan rakyat" menurut beliau.

Turut meraikan anak perantau malam ini adalah Ustaz Zawawi Hassan selaku Ketua Pemuda Pas Perak dan YB Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong. Dalam ucapan Ketua Pemuda Pas Perak, beliau menegaskan bahawa pemuda adalah tulang belakang dan sayap kanan perjuangan PAS.

"Tuan-tuam merupakan pemuda-pemuda yang memainkan peranan penting dalam mencapai kemenangan Islam walaupun berada diluar kawasan.

Jadilah pemuda pendesak seperti ashabulkahfi yang istiqamah dengan perjuangan Islam walaupun telah ditidurkan ratusan tahun, namun tetap bersama aqidah Islam" berkata Ust. Zawawi.

Manakala sebelum itu ADUN Titi Serong dalam ucapan beliau mengalu-alukan kepulangan anak perantau serta memohon agar anak perantau sentiasa mengambil berat akan isu di perak dengan menjadikan blognya salah satu dari sumber rujukan.

Program meraikan anak perantau di akhiri dengan jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur. DPPKPB mengucapkan selamat Rari Raya Aidilfitri dan memohon maaf Zahir dan Batin.

ADUN Titi Serong YB Khalil Idham Lim memberi ucapan

Ketua Pemuda Perak Ust. Zawawi


Menjamu selera dengan hidangan yang disediakan


Tetamu anak perantau diraikan


Ust. Malik peyumbang juadah malam ini sedang menghidangkan makanan

..........

Rumah Terbuka Ahli Parlimen Parit Buntar


Parit Buntar, 18 Sept - Bersempena dengan Syawal yang mulia, Ahli Perlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa hari ini telah mengadakan rumah terbuka buat seluruh masyarakat di sini.

Bertempat di kediaman beliau Taman Kerian Permai rumah terbuka Ahli Parlimen ini telah dihadiri oleh orang ramai tidak mengira kaum atau latar belakang. Ini menggambarkan penerimaan masyarakat setempat akan kepimpinan beliau bagi mewakili Parlimen Parit Buntar.

Menurut tetamu yang hadir, mereka merasa bertuah kerana dapat bertandang ke rumah Ahli Parlimen dan mendapat layanan begitu ramah oleh tuan rumah iaitu Dr. Mujahid sendiri beserta AJK PAS Kawasan.

"Kami amat berterima kasih atas kesedian beliau menjemput dan melayani kami di rumah terbuka aidilfitri hari ini"

Para tetamu juga melahirkan rasa bangga dan terharu kerana mempunyai pimpinan yang berjiwa rakyat dan sentiasa berdamping dengan rakyat dalam mendengar segala masalah rakyat yang dihadapi di kawasan ini.

Dr. Mujahid juga melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan setelah berjaya mengharungi tarbiah Ramadhan selama sebulan yang lepas.

"Kita sebagai umat Islam harus bergembira serta bersyukur sempena syawal yang mulia, ini adalah kerana kita semua telah berjaya melaksanakan ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Allah" berkata Dr. Mujahid.

Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih atas`kehadiran tetamu yang hadir sepanjang hari ini, serta memohon agar Islam terus diberi kepercayaan untuk memerintah negara yang bertuah ini.

Tuan rumah (Dr. Mujahid) melayani tetamu yang hadir


sate antara jamuan yang di sediakan


YDP serta AJK PAS Kawasan yang turut hadir


Sdr. nizam (bob), Pegawai Khas Ahli Parlimen
sedang melayan tetamu yang hadir

Tetamu yang hadir


Tetamu sedang menjamu selera


Sesuatu yang diperkatakan oleh Sdr. hamdan AJK Pas Kawasan

Tuesday, September 14, 2010

Semoga ahli keluarga mangsa tabah

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Kesedihan di atas kejadian yang menimpa mangsa serta truma yang dihadapi oleh keluarga turut dikongsi bersama oleh DPP Sepanggar. Semoga ahli keluarga mangsa sentiasa tabah dan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t di dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. DPP Sepanggar juga mendoakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.



Seterusnya, DPP Sepanggar berharap agar pihak polis segera menyelesaikan siasatan kes ini dan segera mendakwa mereka yang terlibat tanpa mengira kedudukan. Ini adalah kerana kes seperti ini berkemungkinan ada kaitan dengan pembunuh upahan serta dilakukan secara berkumpulan. Sehubungan dengan itu sekali lagi DPP Sepanggar berharap agar semua yang terlibat di dalam kes pembunuhan kejam ini akan dihadapkan ke mahkamah bagi memberi keadilan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.


DPP Sepanggar mengingatkan agar kes pembunuhan kejam Altantuya beberapa tahun dahulu perlulah dijadikan iktibar. Setelah lebih 3 tahun kes berlalu, namun ahli keluarga mereka masih lagi tertanya-tanya akan pembunuh sebenar Altantuya.

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran dari Blog IslamReturn

Salam Aidifitri,

Kesempatan ini, blog islamreturn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung setia blog ini. Semoga hari lebaran ini lebih bermakna buat sekelian muslimin dan muslimat. Selamat menyambut kemenangan yang dijanjikan Allah s.w.t.

Allahukabar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilham..


Perutusan Raya
Tn. Guru Dato Seri Abd Hadi Awang
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)


Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan 'Eid Mubarak' kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Saturday, September 4, 2010

Iklan Terbodoh: G40 di Perbodoh!

Hari ini sekali lagi umat Islam di Malaysia dihina oleh agen-agen APCO. Cukuplah non-muslim dijauhkan dari mengenali Islam. Kini ada pula iklan hari raya aidilfitri TV3 jelas menghina umat Islam dan kemuliaan aidilfitri. Iklan terbodoh aku pernah lihat..



Apa yang menghairankan aku, mana pergi ulama G40..? mana woooiiii...?

Isu seterusnya: baca disini dan disini
Membantah di Facebook: clik disini

Wednesday, September 1, 2010

UMNO pun lebih kurang sama perangai INDON

Apabila sebilangan rakyat Indonesia berdemontrasi berserta membakar bendera Malaysia, malah lebih teruk dari itu membaling najis ke kedutaan Malaysia. Maka pemimpin UMNO-APCO berasa berduka cita dengan tindak tanduk tersebut. Tapi tak terfikirkah mereka bahawa perangai UMNO pun lebih kurang sebilangan INDON yang bermasalah..

Kalau dah perangai pun sama, apa lagi nak dikatakan. Layan...

Ini yang dilakukan Indon yang tak bertamadun

Bakar bendera Malaysia

Ceroboh kedutaan


Ini pula yang dilakukan oleh UMNO yang tak bertamadun

Serangan terhadap kepala lembu

Koyak gambar cina mana entah..?

Bakar bendera Malaysia sendiri (sampai sekarang tak dapat tangkap)

Maki hamun dah jadi perkara biasa

Ini kepala dia kot?

iR: Mari kita berfikir sejenak..

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD