HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Wednesday, July 28, 2010

To All Sabahan

Kita adalah sebuah negeri yang paling bertuah di Malaysia kerana:

1. Januari 17,2010: Projek untuk RMK-10 di Sabah dipercepatkan.
(newsabahtimes.com)

2. Januari 22, 2010: RM2.1 Bilion Untuk Infrastruktur Sabah, Sarawak.
(mStar Online)

3. April 26,2010: Peruntukan khas untuk projek pembanggunan Sabah, Serawak. (utusan.com)

4. Jun 10,2010: RMK-10 Beri Impak Positif, Rancakkan Lagi Pembangunan Sabah. (bernama.com)

5. Julai 26,2010: RM1 bilion untuk pertanian Sabah.
(malaysiakini.com)


Tetapi, kita ialah negeri kedua termiskin di Malaysia kerana:

tun-sakaran-dandai.jpg

Rumah Datuk Nasir Tun Sakaran

hj-mohd-yusof-afdal.jpg

Rumah Mohd Yusof Afdal

tansri-bernard-dompok.jpg

Rumah Tan Sri Bernard Dompok

datuk-osu-sukam-raja-judi-sbaah.jpg

Rumah Datuk Osu Sukam (Raja Judi Sabah)

datuk-hj-salleh-tun-said.jpg

Rumah Datuk Salleh Tun Said

datuk-hj-sapawi-ahmad.jpg

Rumah Datuk Hj. Sapawi Ahmad

yg-datuk-japlin-ahkim.jpg

Rumah Datuk Japlin Ahkim

datuk-nasir-yeo.jpg

Rumah Datuk Nasir Yeo

datuk-uzair-yahya.jpg

Rumah Datuk Uzair Yahya

hj-ramli-marahaban-menantu-sakaran-dandai.jpg

Rumah Ramli Marahaban (Menantu Sakaran Dandai)

sulap.jpg

Sulap-sulap (Pondok) Petani di Sabah

bn-hebat.jpg

Rumah salahsatu keluarga pengundi di Sabah


Selamatkan Malaysia! Selamatkan Sabah!
PAS for ALL


Tuesday, July 27, 2010

30 pengkhianatan Umno

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19.Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Thursday, July 22, 2010

G40: Dah mula bersuara mengikut rentak UMNO

Sebagaimana yang dijangkakan, G40 kini telah mula bersuara dan menjadi lidah-lidah pemerintah yang ZALIM. Baca disini.

Kenapa gendang PERPADUAN mula dimainkan oleh UMNO?

Persoalan ini saya pernah bertanyakan kepada cikgu Samad (YDP PAS kawasan Kudat). Jawapannya kepada saya mudah, "kerana seperti orang yang hampir lemas, ia akan hulurkan tangan untuk meminta pertolongan".

Kepada G40, saya mencadangkan untuk anda menumpukan kepada perkara dibawah:

1. Keruntuhan akhlak umat Islam (anak-anak muda). Kerja siapa..?
2. Kehakisan nilai-nilai keadilan (mahkamah). Kerja siapa..?
3. Pembaziran wang rakyat akibat dari keborosan/ketirisan. Kerja siapa..?
4. Kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga barang. Kerja siapa..?

InsyaAllah, kami anak muda Melayu-Islam bersama-sama dengan umat Islam serta golongan zimmi akan terus berjuang bagi mendirikan sebuah kerajaan yang lebih baik dan mendapat keampunan dari Allah.

Doa kami:

"Ya Allah, engkau tunjukkanlah kebenaran itu adalah kebenaran dan kezaliman itu adalah kezaliman. Ya, Allah sekiranya UMNO itu membimbing kami ke arah jalan Mu, engkau peliharalah ia, tetapi sekiranya UMNO itu membawa kami ke arah kemurkaan Mu, maka Engkau hancurkanlah mereka serta kuncu-kuncunya dengan sehancur-hancurnya. Agar kepimpinan yang kami nanti-nantikan di ganti dengan orang yang mendapat cahaya kebenaran dariMu. Ya, Allah, terimah doa kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar"

............

Iklan berbayar (sila klik pada bannar diatas)

Tuesday, July 20, 2010

BOIKOT media UMNO-APCO hingga LUMPUH dilancarkan!!

Demi mencapai cita-cita tertegaknya sebuah negara yang memperolehi hidayah dari Allah, maka dengan segala ruang yang ada bagi melumpuhkan gerak kerja UMNO-APCO.

Dan..
Oleh kerana keburukkan fitnah yang sering dilontarkan oleh media tersebut..
Oleh kerana kesucian Islam yang sering di injak-injak oleh media tersebut..
Oleh kerana menjadi lidah bagi menyokong golongan sekular..
Oleh kerana ancaman keamanan untuk rakyat Malaysia..

Maka dengan ini kita lancarkan dengan rasminya 'BOIKOT BERSTRATEGI' bagi melumpuhkan sasaran akhbar media UMNO-APCO yakni UTUSAN MALAYSIA.



Apa matlamat kita?
LUMPUHkan itulah matlamat kita..

Tempoh yang kita ada
Sebelum PRU ke-13

Siapa yang perlu terlibat?
Semua Blogger, Semua Pemimpin PR dan Semua rakyat MALAYSIA yang cintakan keadilan..

p/s: kepada rakan-rakan yang mampu membuat poster yang lebih baik, sangat-sangat dialu-alukan..

Monday, July 19, 2010

Media UMNO-APCO: Kampen Boikot Berstrategi dilancarkan esok!

Pendahuluan

Media merupakan element penting di dalam kehidupan. Masakan manusia mampu meneruskan kehidupan ini tanpa ada media disamping. Kepelbagaian media yang ada sekarang membuktikan bahawa manusia sentiasa memerlukan media, sama ada ianya berperanan sebagai hiburan, maklumat, ekonomi, politik dan banyak lagi.

Media dan Saraf

Peranan media di dalam gerak saraf tidak lagi dapat dinafikan. Para pembaca boleh mencarinya di laman-laman web yang menceritakan tantang peranan media di dalam gerak kerja saraf. Peranan saraf mampu menggoyahkan pendirian musuh ketika menghadapi konflik. Maka hubungan media dan saraf tidak akan pernah berpisah.

UMNO/BN dan media

Sebagimana kita sedia maklum bahawa suasana di Malaysia memberi kelebihan kepada UMNO/BN di dalam menguasai media. Malah mereka juga telah mencemarkan amalan demokrasi dengan menghalang peranan media alternatif bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat. Keadaan ini tidak akan berubah selagi masyarakat tidak bertindak menghukum UMNO/BN dengan tindakan mereka yang tidak demokratik ini.

Apa tindakan kita?

Pada keadaan media cetak dan media elektronik di Malaysia telah menjadi barua UMNO/BN, apakah yang mampu dilakukan oleh rakyat yang dahagakan keadilan. Bagaimanakah cara untuk kita memastikan media UMNO/BN ini mendapat hukuman 'cash' dari rakyat?

Caranya tidak lain tidak bukan ialah melalui BOIKOT BERSTRATEGI!

Saya pernah menulis tentang ciri-ciri yang dimaksudkan dengan 'Boikot Bertrategi', para pembaca boleh melihatnya disini dan disini. Fokus utama saya dalam boikot kali ini ialah pada media cetak yakni akhbar berbahasa Melayu. Umumnya, kita tahu bahawa UMNO/BN memiliki hampir kebanyakkan akhbar di Malaysia. Utusan, Berita Harian, Harian Metro, Sinar, Kosmo dan banyak lagi.

Adalah mustahil untuk kita memboikot semua sekali (pukul harung- kata orang kedah). Tetapi kita masih mempunyai pilihan untuk memilih salah satu akhbar di atas untuk kita boikot. Inilah yang dimaksudkan dengan boikot berstrategi..! Biar satu, asal matlamat tercapai!

Apa matlamat kita?
LUMPUHkan itulah matlamat kita..

Tempoh yang kita ada
Sebelum PRU ke-13

Siapa yang perlu terlibat?
Semua Blogger, Semua Pemimpin PR dan Semua rakyat MALAYSIA yang cintakan keadilan..

Akhbar mana?
NANTIKAN ESOK...!

Sunday, July 18, 2010

Perancangan licik UMNO-APCO menaikkan harga barang

Salam perjuangan..

Rakyat Malaysia sering terpedaya dengan tipu daya syaitan yang menjelma sebagai pertubuhan yang bernama UMNO-APCO ini (maaf, mungkin keras ayat di atas). Namun pernahkah kita terfikir bagaimana syaitan melalaikan manusia dari mengingati Allah. Kebiasaannya syaitan akan mula menyesatkan manusia dikala manusia dalam keadaan berangan-angan (kalau tak percaya cuba buat..).

Begitulah cara UMNO-APCO menyesatkan/membohongi rakyat Malaysia. Contohnya UMNO-APCO sering mencanangkan bahawa perangkaan ekonomi negara bertambah kukuh, maka rakyat akan mula berangan-angan akan hidup senang. Kemudian mereka mencanagkan pula bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap PM meningkat 72%, maka rakyat mula berangan-angan bahawa PM seorang yang berintegriti tinggi. Kemudian mereka mencipta pula kemasukan ulama'-ulama muda ke dalam UMNO-APCO, maka rakyat mula berangan-angan bahawa golongan agamawan sedia berjuang bersama UMNO-APCO. (banyak lagi angan-angan yang dicipta oleh mereka, fikir sendiri..).

Setelah angan-angan rakyat berada pada tahap kemuncak, maka disitulah mulanya syaitan memainkan peranan. Secara tiba-tiba UMNO/BN dengan kerjasama APCO telah menaikkan barang kawalan yang sememangnya menjadi keperluan asas rakyat. Maka terpinga-pingalah sekelian manusia kerana telah di tipu lagi oleh syaitan yang bernama UMNO-APCO.

p/s: ... buntu memikirkan umat Islam yang masih percayakan perjuangan UMNO-APCO?

Melayu : Marilah Bersatu dengan Tali Allah

Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .

dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .

dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .

dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .


2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .

3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]

4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :

dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .

7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .

8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .

9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .

10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

Saturday, July 17, 2010

Perjalanan terakhir seorang Ustaz..

Salam perjuangan..

Ketidak kesepatan memerah fikiran untuk menulis membuatkan beberapa artikel yang ingin dinukilkan tidak berkeupayaan untuk saya tuliskan. Walaupun sebenarnya terlampau banyak idea serta isu nak dicurahkan ke dalam blog ini, namun kesesuaian waktu dan kesihatan agak tidak mengizinkan. Sehinggakan, pelancaran 'Boikot Berstrategi' yang sepatutnya dilancarkan semalam (jumaat) terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah ianya akan tetap dilancarkan..

Kesempatan ini, sekadar ingin saya menulis tentang kenangan yang masih segar di fikiran bersama Allahyarham Ustaz Hj Nahar sebelum ianya luput dari ingatan ini. Sebetulnya saya tidaklah serapat dengan beliau sebagaimana rakan-rakan atau teman-teman yang lain. Namun ada juga secebis kenangan yang dapat saya kongsikan bersama beliau.

Perkenalan saya dengan Ust, hanya melalui dua cara sahaja. Pertama melalui mimbar masjid negeri dan kedua melalui kedai 'fresh mart' yang beliau buka di depan rumahnya. Melalui mimbar masjid saya mengenali beliau sebagai iman besar masjid negeri dan seterusnya pernah beberapa kali mendengar khutbah beliau semasa di Masjid Negeri Sabah. Khutbah beliau yang jelas berterus terang dan menyatakan yang hak, membuatkan beliau telah di 'gam' dari membaca khutbah. Beberapa tahun lepas, pernah mas'ul saya di universiti dahulu sampai di Sabah dan berkesempataan solat jumaat di Masjid Negeri. Pada sebelah malamnya ketika saya berkesempatan keluar minum bersama beliau, beliau bertanyakan kepada saya siapakah khatib solat jumaat siang tadi. Kerana katanya, beliau seolah-olah sedang mendengar khutbah di masjid di Kelantan.

...

Perbualan rasmi saya bersama arwah hanya dua tahun yang lepas apabila saya bercadang ingin membuka 'charity shops' kelolaan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah. Perbualan kami di masjid Kg. Likas selepas solat asar itu, seterusnya membuatkan Ust Nahar membawa saya ke perkarangan rumah beliau untuk menunjukkan lokasi yang beliau sediakan secara percuma untuk membuka 'charity shops'.

Perkenalan saya lebih rapat apabila beliau terlibat secara langsung di dalam Yayasan Amal Malaysia. Beberapa aktiviti seperti bantuan barangan keperluan kepada penduduk miskin serta program ibadat korban telah bersama-sama saya ikuti bersama beliau. Saya juga berkesempatan mengatur kuliah magrib beliau di Masjid Kg. Melayu Delima yang berlangsung setiap malam selasa.

Ianya bertambah rapat rapat setelah beliau mula bergerak di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kedudukan beliau sebagai YDP PAS kawasan Sepanggar (penaja) dan saya sebagai orang yang berperanan membantu beliau dalam urusan jamaah membuatkan saya sering berhubung dengan beliau. Saya berjanji dengan beliau untuk membuka cawangan pemuda dalam masa terdekat dan berhasrat ingin menjemput beliau merasmikannya.

Pertemuan terakhir saya bersama beliau adalah semasa mengikuti kursus ToT di Kundasang. Sepanjang 2 hari tersebut saya berada disebelah beliau. Saya sempat berbincang dengan beliau tentang satu email dari penduduk Kg.Rampaiyan berkenaan masalah mereka mengenai tanah dengan pemaju Alam Mesra. Beliau berjanji untuk berjumpa dengan penduduk kampung, dan meminta untuk saya mengaturkan pertemuan tersebut. Itulah perbincangan terakhir saya bersama Allahyarham..

11 Julai 2010 (ahad) jam 11.30 pagi selesai mesyuarat JPN negeri, 12 Julai 2010 (isnin) jam 11.00 pagi saya menerima berita pemergian beliau.. alfatihah..

Sunday, July 11, 2010

Pemergian yang amat memilukan (update)

Dari Allah kami datang dan kepada Mu jua akan kami kembali..

Berita yang baru sahaja saya terima, Al-Ustaz Hj Nahar Matamin telah pergi menemui Allah s.w.t. Sekarang jenazah beliau masih di Hospital SMC (Sabah Medical Centre).

11 July

1.00pm: Jenazah tiba dirumah beliau, teman dan rakan telah sedia memenuhi perkarangan bagi menziarahi jenazah.
1.30pm: Unit Amal mengawal lalu lintas.
2.00pm: Hujan lebat mulai turun.

12 July

8.00am: Jenazah beliau selamat di sembahyangkan dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Likas.



selanjutnnya tentang beliau boleh didapati di blog berikut:

http://sahabatblogsabah.blogspot.com/
http://abunuha.wordpress.com/
http://mujahideen-islam.blogspot.com/
http://abuawatif.wordpress.com/

Pada kesempatan terakhir saya melihat wajahnya.. dengan linangan air mata mengucup dahinya..

Al-fatihah..

Boikot Media: Arahan TGNA kita akan laksanakan!

Salam perjuangan..

Kepada semua pencinta kebenaran! Juga kepada semua blogger yang bernaung di bawah sifat keadilan, saya memohon agar kita bersedia untuk melancarkan boikot berstrategi bagi melumpuhkan media pro-UMNO sebagai tindak balas mereka menarik balik permit media Pakatan Rakyat (Harakah & Suara Keadilan).

Boikot di peringkat blogger ini akan dilancarkan pada hari Jumaat ini.. InsyaAllah! Pada masa yang sama saya memohon agar semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersatu suara untuk memastikan media pro-BN ini lumpuh sebelum PRU ke-13.

Pastikan media pro-UMNO ini merasai tindak balas rakyat.. Allahuakbar!!


Nik Aziz: Boikot media pro-BN jika permit tidak diperbaharui
Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.

Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bankrap".

Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.

"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

Thursday, July 8, 2010

Bergerak ke Kundasang 3 hari

Bermula petang ini hingga Ahad saya dan keluarga akan ke Kundasang.
Menyertai Training of Trainers (ToT) bagi persiapan Pilihanraya ke-13

Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini mendapat bantuan dari Allah bagi menumbangkan kerajaan zalim UMNO-APCO.

Monday, July 5, 2010

Ulama menyertai UMNO: Apa pendirian kita?

Salam perjuangan..

Selepas usrah pemuda Sepanggar semalam, saya sempat berbicara secara ringkas dengan teman-teman tentang niat sebenar kemasukan ulama muda ke dalam UMNO. Sengaja isu tersebut saya bangkitkan kerana saya ingin melihat reaksi teman-teman terhadap isu tersebut.

Sehubungan dengan itu, pandangan ini saya lontarkan sebagai satu peringatan buat teman-teman yang mungkin agak goyah pendirian apabila berita kemasukan ulama muda ke dalam UMNO baru-baru ini.

Ingatlah, sesungguhnya musuh-musuh Allah tidak akan pernah berasa letih untuk memecah belahkan kesatuan pejuang-pejuang. Perpecahan inilah yang sangat diinginkan oleh musuh-musuh Islam termasuk golongan munafik. Rasulullah s.w.t pernah mengingatkan kita bahawa umat Islam akan berpecah kepada 73 puak. Sabda Rasulullah:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي. -الترمذيوعند أبي داود زيادة: وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلَّا دَخَلَهُ .

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Tirmizi)

Hadith di atas mengingatkan kita bahawa sehebat mana pun umat Islam di akhir zaman ini, kita pasti akan berdepan dengan 73 golongan ini. Maka apakah sikap kita dikala kita berada di zaman yang telah diingatkan oleh Rasulullah ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengajak teman-teman menghayati hadith ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka” (Hadits riwayat Ibn Majah)


Persoalan ini mengimbau kembali kenangan saya semasa mengaji di pondok Paku (salah sebuah pondok di daerah Besut). Seorang anak murid bertanyakan kepada Baba (gelaran bagi tuan guru). "Baba, bagaimana kita hendak memilih siapakah yang benar dikala umat Islam keliru". Satu jawapan ringkas dari Baba, "Lihatlah dimana para alim ulama berkumpul".

Dewan Syura Ulama PAS, Majlis tertinggi Gerakan Islam

Melihat kepada situasi yang berlaku kini dan akan sentiasa akan berulang, seolah-olah sengaja Allah s.w.t mengatur agar sentiasa ada golongan yang menyimpang dari kepimpinan Islam. Sebagai ahli gerakan Islam (ahli PAS) seharusnya para da'e merujuk isu ini kepada Majlis Tertinggi Kepimpinan Islam. Isu ini tidak seharusnya dilihat hanya dari sudut individu atau keluar dari skop kepimpinan Jamaah Islam.

Mungkin hujah yang mengatakan bahawa kemasukan Ulama muda ke dalam UMNO sebagai satu usaha dakwah terhadap UMNO boleh diterima pakai. Tetapi suka untuk saya bertanya, tidak cukupkah Institusi kerajaan seperti JAKIM, Jabatan Mufti, Majlis Agama negeri-negeri serta NGO-NGO yang ada sekarang sebagai element dakwah untuk UMNO khususnya kerajaan? Tidak cukup lagikah menteri-menteri yang bertaraf ulama@ustaz yang berada di dalam kabinet untuk membimbing UMNO? Tidak cukup lagikah ustaz-ustaz yang ada di dalam kepimpinan UMNO untuk membimbing? Suka sekali lagi saya bertanya, tidak cukup kah?

Saya tidak menghalang mereka (ulama muda) menyertai UMNO. Malah sekiranya mereka ingin menyertai MIC dan MCA pun saya tak menghalang, dengan rendah hati saya kata 'silakan'. Namun nasihat saya sama seperti nasihat Almarhum Ust Fadhil Noor kepada sahabat beliau Anwar Ibrahim, "Sekiranya nta ikhlas menyertai UMNO, pasti nta akan tersingkir dari UMNO".

Berdoalah ke arah perubahan UMNO.

Ya, kita sentiasa mendoakan untuk mereka (UMNO). Doa kita:

"Ya Allah, engkau tunjukkanlah kebenaran itu adalah kebenaran dan kezaliman itu adalah kezaliman. Ya, Allah sekiranya UMNO itu membimbing kami ke arah jalan Mu, engkau peliharalah ia, tetapi sekiranya UMNO itu membawa kami ke arah kemurkaan Mu, maka Engkau hancurkanlah mereka serta kuncu-kuncunya dengan sehancur-hancurnya. Agar kepimpinan yang kami nanti-nantikan di ganti dengan orang yang mendapat cahaya kebenaran dariMu. Ya, Allah, terimah doa kami ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar"

Amin ya Rabbal 'alamin..

Nota Kaki:
Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyatakan bahawa:
“UMNO adalah parti politik yang progresif yang berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan".

Mari kita lihat apa kata Rasulullah s.a.w:
"Bukan dari golongan aku, seseorang yang memperjuangkan asabiyah atau mati dalam perjuangan asabiyah."

Apabila Ulama Disifat Bagaikan Anjing

Sumber: http://drmaza.com/home/

Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.

Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.

Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mee’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’.

Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.

Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.

Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.

Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.

Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’.

Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.

Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.

Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.

Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi s.a.w mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD