HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Friday, April 30, 2010

Inilah pemuda UMNO yang dilahirkan oleh APCO

Apakah APCO berjaya melahirkan pemuda UMNO yang bersifat seperti ini? Tahniah UMNO-APCO (selanjutnya disini)

Wednesday, April 28, 2010

Majlis Makan Malam

:: klik imej untuk lebih jelas ::

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT : YB. DATUK SERI TUAN GURU HJ. ABD HADI BIN AWANG

Tarikh : 16 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Conference Event Centre Star City Kota Kinabalu.
Anjuran : Badan Perhubungan PAS Sabah.
Informasi : 0138637499, 014-8571971

Monday, April 26, 2010

Polis: Mengapa terlalu mudah..?

-no komen-

Nanti kena ISA!

Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah (klik disini)


Blog Islamreturn merakam takziah buat keluarga Aminulrasyid

Sunday, April 25, 2010

Benarkah BN-APCO menang?

Salam perjuangan..

Kemenangan BN-APCO sebenarnya tidaklah dapat mengenepikan kemenangan rakyat. Mungkin PR kehilangan satu kerusi Parlimen, tetapi sokongan rakyat kepada perubahan tetap tidak berubah. Lawan tetap lawan..

Allahuakbar!! Reformasi!!


Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?
Sumber: http://perisik-rakyat.com/2010/04/keputusan-hulu-selangor-yang.html

Dari keputusan rasmi yang saya baru dapat:

PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725

Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja

Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)


Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.

Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam SElangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:

2008 : 23,177

2010 : 23,272

Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

Tulang Besi

Wednesday, April 21, 2010

Lubnan tangkap warganya yang berurusan dengan Israel.

Sumber: http://palestinkini.info/

Rabu, 21/04/2010 – Semalam Lubnan mengisytiharkan bahawa seorang warganya telah ditangkap kerana disyaki berurusan dengan Israel.

Menurut surat khabar Lubnan “Al-Safeer” , Pengarah Perisikan Tentera Lubnan telah menahan suspek kerana disyaki berurusan dengan Israel. Mereka merampas sebuah komputer dan beberapa cakera padat dari rumahnya yang kemudian dibawa ke markas besar Jabatan Pertahanan Nasional di”Yarzeh” untuk soalsiasat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz


Apahal dengan Malaysia?

Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor: Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Malaysia sebuah negara yang berdaulat seharusnya mengambil pendirian yang tegas terhadap sebarang campurtangan pihak luar di dalam urusan negara. Apatahlagi campurtangan tersebut melibatkan negara yang memusuhi umat Islam. Namun amat malang apabila Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN telah mengkianati amanah ini. Ini terbukti dengan perjanjian kerajaan Malaysia dengan salah sebuah syarikat proksi Yahudi/Zionis iaitu APCO Worldwide Sdn Bhd. Seterusnya menunjukkan bahawa kepimpinan negara sekarang telah menyeleweng dan mengkianati kepercayaan umat Islam di Malaysia khususnya.

Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar memberi amaran terhadap tindakan kerajaan UMNO/BN yang mengadakan perjanjian dengan syarikat APCO. Malah DPP Sepanggar menganggap perbelanjaan dana negara sebanyak RM77 juta setahun untuk perkhidmatan APCO merupakan pembaziran besar wang rakyat.

DPP Sepanggar juga akan menggerakan jentera penerangan di setiap cawangan bagi menjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang merupakan tindakan yang tidak mengambil peduli sensitiviti umat Islam serta mengancam keselamatan negara.

Seterusnya DPP Sepanggar juga ingin mengingatkan kepada semua pengundi yang bakal mengundi pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Hulu Selangor pada 25 April nanti, agar menilai hubungan UMNO-APCO selama ini, yang bakal menjerumuskan Malaysia bersekongkol dengan regim Zionis. Oleh itu jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai undi protes hubungan UMNO-APCO.

Ingat: "Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin"

Selamat Hari Lahir

Setulus Ikhlas dari Blog Islamreturn..

ALFADHIL USTADZ SALMAN MUHAMAD AMIN
KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Friday, April 16, 2010

NAJIB-OBAMA: Tahniah PALESTIN berjaya dibebaskan!


Betapa media UMNO/BN mewar-warkan pertemuan Najib dan Obama selama 7 hari 7 malam. Namun apakah hasil pertemuan tersebut? Adakah ianya dapat memberi keuntungan pada umat Islam? Tidak lain ianya hanyalah gambaran luar yang ingin dibina oleh kerajaan BN bahawa Malaysia kini diterima sebagai salah sebuah negara kroni Amerika Syarikat. Pada saya ianya umpama samseng kampung yang mencari perlindungan dari gengster.

Walau bagaimanapun kita tetap berbangga dengan pertemuan tersebut kerana PALESTIN berjaya dibebaskan! Tahniah PM!

Tuesday, April 13, 2010

Mengubat hati yang rindu

Beberapa minggu yang yang lepas saya menerima panggilan dari setiausaha YAM Sabah untuk menghadiri Jamuan Makan Malam 10 tahun Yayasan Amal Malaysia di KL Internasional Hotel, Kg. Baru. Majlis yang berlangsung pada malam ahad tersebut mengundang semua cawangan-cawangan YAM dari seluruh negara. Majlis gilang-gemilang tersebut turut dihadiri Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku tetamu khas. Pada majlis tersebut juga pelancaran dana bagi penubuhan 'Pusat Dakwah Serantau' telah di umumkan secara rasminya. InsyaAllah pada kesempatan lain saya akan paparkan khas tajuk tersebut.

Kehadiran saya di Kuala Lumpur sebenarnya mengubat kerinduan terhadap kampung halaman yang telah hampir 6 bulan tidak menjenguk. Keberadaan di KL, saya berkesempatan hadir ke PWTC yang mana di adakan pameran pendidikan kanak-kanak terbesar di Malaysia. Alhamdulillah banyak juga info serta beberapa keperluan pendidikan yang dapat saya beli untuk buah hati di Sabah. Masa tidak banyak untuk saya terus melihat sekitar pameran kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Jabatan Amal Pusat yang diadakan di Pejabat Agong PAS pada sebelah petangnya.

Kini saya sedang habiskan masa cuti di kampung halaman, mana lagi kalau bukan Tg. Piandang, Perak Darul Kartun. Kerinduan terhadap bonda dan keluarga terubat setelah sekian lama terpisah. InsyaAllah 'islamreturn' akan memaparkan beberapa berita tentang perkembangan terkini sekadar yang termampu.

-gambar akan dilampirkan dalam masa terdekat-

Monday, April 5, 2010

APCO menilai sensitiviti umat Islam Malaysia

Salam perjuangan..

Suatu ketika dahulu apabila Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz mengistiharkan bahawa UMNO proksi Yahudi, maka berdegar-degarlah hubala-hubala UMNO mempertikaikan kenyataan tersebut. Isu tersebut boleh dilihat disini.

Hari ini sekali lagi Malaysia digegarkan berkaitan hubungan UMNO dengan Yahudi yang berfahaman zionis. Ianya bukan sekadar pengistiharaan, tetapi disandarkan terus kepada kerjasama kerajaan UMNO/BN dengan salah sebuah syarikat perunding Zionis sebagaimana pendedahan Dato Seri Anwar Ibrahim di parlimen baru-baru ini. Sekali lagi hubala-hubala UMNO memperlihatkan sifat mereka yang pro-APCO, dengan menafikan perjanjian tersebut. Malah Anwar Ibrahim bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menggantung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu untuk tempoh yang tidak diketahui.

Isu Palestin

Sebelum dari ini, umat Islam di Malaysia telah terbukti kesetiaan mereka membela umat Islam di Palestin. Kehadiran pelbagai NGO yang tampil memberi sokongan dan bantuan terhadap pembebasan bumi Palestin membuktikan rakyat Malaysia amat prihatin terhadap isu Palestin. Malah telah berpuluh kali diadakan demontrasi dan menghantar memorandum ke kedutaan. Ini jelas menunjukkan umat Islam di Malaysia tidak rela saudara mereka di Palestin dizalimi oleh Israel.

Namun di dalam isu APCO, pelbagai pihak diam membisu. Sedangkan pendedahan DSAI membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN telah mengadakan hubungan terus dengan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Yahudi-Zionis. Kemana NGO-NGO pembela Palestin? Kemana ulama-ulama dan cendiakawan-cendiakawan yang sering membela umat Islam Palestin? Kemana PERKASA yang lantang membela ISLAM kononnya? Semuanya diam membisu.

UMNO mengkianati umat Islam

Hubungan ini secara tidak langsung telah mengkianati perjuangan umat Islam di Malaysia. Seharusnya UMNO/BN segera menamatkan kontrak perjanjian dengan APCO serta merta. Selagi kerajaan menafikan, maka selagi itulah umat Islam yang bermaruah akan terus memperjuangakan isu ini. Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, saya tinggalkan dengan satu persoalan untuk semua pembaca.

"Adakah umat Islam di Malaysia hanya berani menyalak Yahudi-Zionis yang jauh? Tetapi menikus apabila berhadapan dengannya".

Maklumat tentang One Israel lihat disini
Pendedahan penglibatan perisik Israel di dalam PDRM lihat disini

Sunday, April 4, 2010

Taman Indah Permai tiada kemudahan masjid

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Taman Indah Permai, Kota Kinabalu merupakan antara taman yang menghadapi masalah kemudahan masjid. Terletak di kawasan Sepanggar, taman ini mempunyai penduduk yang majoritinya muslim yang mencecah hampir 1000 orang. Malah terdapat juga penempatan asrama pelajar UMS di sini. Malangnya taman ini tidak mempunyi masjid untuk kemudahan umat Islam beribadat. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menunaikan ibadah solat 5 waktu secara berjamaah dan solat Jumaat.

Google Maps: Kemudahan masjid yang tidak disediakan untuk umat Islam Taman Indah Permai (klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)

Rata-rata penduduk dan pelajar UMS yang ditemui meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang berwajib kerana mengabaikan kemudahan asas umat Islam. Malah untuk menunaikan solat Jumaat, penduduk serta pelajar UMS terpaksa untuk pergi ke masjid perkampungan berdekatan, yang hanya dapat memuatkan ahli jamaah kampung mereka sahaja.

Deretan kedai Taman Indah Permai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli keperluan harian

Menurut seorang penduduk yang tidak mahu dikenali, beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini telah lama di sampaikan kepada pihak-pihak tertentu. Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindakan lanjut yang diambil. Menurut beliau lagi, Taman Indah Permai bukan sahaja sebuah taman perumahan, tetapi di sini juga terdapatnya pasar raya Giant dan Mini Mall yang menjadi tumpuan orang ramai. Oleh itu, kebanyakkan dari orang ramai dan para peniaga akan menghadapi masalah untuk mencari tempat menunaikannya solat apabila masuk waktu.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melihat perkara ini sebagai satu lagi kegagalan kerajaan negeri mengurus kepentingan umat Islam di Sabah. Perkara sebegini tidak akan terjadi sekiranya kerajaan negeri mengutamakan kemudahan dan kepentingan rakyat. Memandangkan kawasan ini adalah majoriti muslim, sepatutnya sejak dari awal lagi kerajaan negeri telah mengambil kira untuk menyediakan kemudahan masjid untuk umat Islam.

Sikap kerajaan negeri yang mengambil lewa dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan ini bakal mengundang masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Sekiranya masjid yang menjadi nadi ukhwah, medan ilmu dan pengisian jiwa tidak ada, maka masyarakat yang bagaimanakah yang ingin dilahirkan. Mungkinkah masyarakat yang lalai dan lupakan pada tuhan yang ingin dilahirkan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, DPP Sepanggar hari ini mendesak agar kerajaan negeri segera menyelesaikan permasalahan penduduk Taman Indah Permai. DPP Sepanggar tidak teragak-agak untuk memanjangkan perkara ini bagi memastikan kepentingan umat Islam terbela dan tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri Sabah.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD