HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Sunday, January 31, 2010

Kalimah Allah: Pilih antara Confrontasy atau Opportunity (siri akhir)

Opportunity melahirkan strategi.


Sesungguhnya di sebalik isu penggunaan kalimah Allah ini, terbentang luas peluang yang akan melahirkan pelbagai strategi dakwah. Seperti yang diketahui, bahawa oppourtunity merupakan salah satu langkah di dalam melaksanakan analisis SWOT. Namun tidak ramai yang ingin mewujudkan strategi daripada opportunity yang tersedia ada. Inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam masa kini.


Mengatur strategi memerlukan satu-satu pasukan itu bertindak satu langkah ke depan berbanding pesaingnya. Inilah kelemahan yang ketara umat Islam di Malaysia. Sepatutnya kalimah Allah akan menjadikan umat Islam berada satu langkah terkehadapan berbanding bangsa lain, namun sebaliknya berlaku.


Sebagi contoh, berikut adalah strategi yang mungkin dapat difikirkan untuk dilaksanakan:


  1. Melancarkan kempen ‘No God Except Allah’. Semua agensi atau badan NGO’s perlu mengeluarkan stiker atau apa sahaja bentuk bahan ringan yang memaparkan perkataan ‘No God Except Allah’. Ini adalah sebagai strategi ‘saraf’ buat mereka yang ingin menggunakan nama Allah.
  1. Peranan tenaga pengajar dalam menyebarkan kalimah Allah. Semua guru-guru muslim perlu menekan kalimah Allah sebagai tuhan untuk semua manusia. Memuliakan kalimah Allah di hadapan semua pelajar tanpa mengira apa agama mereka.
  1. Mengadakan ‘Talk Show’ secara terbuka di dengan tajuk ‘Allah for All’. Ini adalah sebahagian daripada medan ilmu bagi masyarakat memahami bahawa Allah itu merupakan tuhan bagi semua manusia.
  1. Mewujudkan risalah kemuliaan Allah di sisi Islam (dalam semua bahasa). Risalah merupakan element yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai kesan tersiri pada jiwa pembaca.
  1. dan lain-lain lagi strategi yang perlu difikirkan hasil dari pengguna ‘Kalimah Allah’.

Sekiranya umat Islam masih sibuk dengan tindakkan mempertahankan kalimah Allah dan tidak mengambil peluang ini sebagai salah satu strategi dakwah, nescaya kita pasti akan menjadi umat yang lemah. Mengapa? Kerana kita berada satu langkah terkebelakang di dalam mengatur strategi. Malah dengan menghalang penggunaan kalimah Allah beerti menutup segala pintu-pintu ‘opportunity’ yang telah tersedia dengan pelbagai strategi dan hikmah.


Sekira semua strategi ini disusun dengan baik dan kemas, maka tiba masanya nanti, InsyaAllah umat kristian di Malaysia pasti akan tertanya-tanya, siapakah Allah yang sebenar? Maka, dengan itu saya bertanyakan kepada anda, pilihlah antara ‘Confrontasy atau Opportunity’.


Pilihan di tangan anda.

Saturday, January 30, 2010

KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan Jawatan Kuasa Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada YB Dato' Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, Jawatan Kuasa Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermati-matian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato' Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. Jawatan Kuasa Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti Pakatan Rakyat. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato' Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan Pakatan Rakyat perlu dihadapkan ke Jawatan Kuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb. Oktober, 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan Rakyat dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan EXCO yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan Jawatan Kuasa Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatan Kuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semula aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti Pakatan Rakyat maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM (alqanuni2000@yahoo.com)
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG SESI 2009-2011

30hb. Januari, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Kalimah Allah: Pilih antara Confrontasy atau Opportunity (siri 2)

Apa tindakan kita?

Beberapa post yang lepas, saya pernah menyatakan bahawa Islam tidak boleh berada di pihak defensive, tetapi Islam perlulah berada pada ‘offensive position’. Selagi mana Islam berada di ‘defensive position’, selagi itulah Islam akan ditekan dan dilihat sebagai agama yang lemah. Terus terang saya katakan bahawa, ada pihak yang sentiasa ingin melihat Islam di Malaysia berada pada ‘defensive position’. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.

Pada semua kaki-kaki bola, sila anda katakan pada saya, sekiranya pasukan A mengatur strategi ‘offensive’ manakala pasukan B mengatur strategi ‘defensive’. Pasukan manakah yang akan menang?

Membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah langkah pertama strategi ofensif.

Saya mulakan dengan soalan berikut. Antara dua kenyataan dibawah, yang manakah akan mendapat mati syahid dan yang manakah akan dapat mati katak?

1. Mati kerana tidak membenarkan Kritian menggunakan kalimah Allah, atau
2. Mati kerana menyebarkan kesucian kalimah Allah.

Anda jawablah dengan hati yang benar-benar mencari keredhaan Allah.

Ini jawapan saya. Sekiranya anda menjawab jawapan satu, ini bererti bahawa anda sedang berada pada ‘defensive position’ dan akan mati katak? Bagi saya, mereka yang yang ingin mencari ‘political mileage’ sahaja yang akan menggunakan jawapan satu. Sebaliknya, sekiranya anda menjawab jawapan dua, anda sedang berada pada landasan yang benar. Ya, itulah jawapan tegas saya.

Confrontasy menutup rapat Opportunity.

Prinsip asas Islam dalam sebarang kekeliruan ialah berhujjah. Jadi mengapa kita perlu takut untuk berhujjah dan ingin bersembunyi disebalik bayang-bayang ketakutan tersebut. Apabila umat Kristian ingin menggunakan kalimah Allah, maka inilah masanya untuk umat Islam memulakan serangan hujjah.

Sebarang usaha menghalang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (sebenarnya tiada dalil kuat untuk menghalang), hanya akan mewujudkan confrontasy dikalangan umat Islam dan umat Kristian di Malaysia. Sekiranya wujud suasana confrontasy ini, adakah ianya baik untuk agenda Islamisasi? Sebalikya, sekiranya, kita membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah, maka akan terbukalah seluas-luasnya pintu opportunity

Opportunity melahirkan strategi.

-bersambung siri akhir-

Pilihanraya Kampus: Pentadbiran universiti jangan jadi komponen UMNO/BN

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Pilihanraya kampus telah berlangsung dan sedang berlangsung dikebanyakan universiti diseluruh Malaysia sekarang. Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda Pas kawasan Sepanggar melihat perkara ini dengan penuh rasa tanggunjawab bahawa perjalanan piliharaya kampus perlulah dilaksanakan dengan penuh semangat muhibbah dan telus.

Pentadbiran universiti bertanggugjawab mencorakkan demokrasi pada masa depan

Memandangkan kawasan Sepanggar terdiri daripada dua buah IPT tempatan iaitu Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara, DPP Sepanggar sentiasa menyokong usaha pihak pentadbiran universiti untuk menanam semangat demokrasi tulen bermula di alam kampus lagi. Oleh yang demikian pihak pentadbiran universiti perlulah bersikap profesinal dan telus di dalam mengatur urus proses pilihanraya kampus.

Sebagaimana kita maklum bahawa mahasiswa merupakan generasi pelapis kepada kepimpinan negara. Maka mereka perlu diberi hak dan ruang untuk mengamalkan dan melaksanakan prinsip demokrasi selaku 'Agen Perubahan Masyarakat'. Sebarang usaha mendikriminasikan mahasiswa merupakan tindakan primatif yang wajib ditentang oleh semua pihak.

Pihak pentanbiran universiti perlu melihat perkara ini secara serius dan tidak melebelkan mahasiswa sebagai pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Ini adalah kerana, sikap seperti ini merupakan budaya UMNO/BN. UMNO/BN seringkali melebelkan masyarakat sebagai pro-pembangkang dan pro-kerajaan yang akhirnya mendikriminasikan rakyat yang kelihatan menyokong pembangkang.

Maka, dengan rasa tanggungjawab terhadap masa depan negara yang bakal dipimpin oleh mahasiswa, DPP kawasan Sepanggar mengingatkan kepada pihak pentadbiran universiti, agar jangan sesekali membawa budaya politik UMNO/BN ke dalam masyarakat kampus.

Ketua Pemuda PAS kawasan Sepanggar
Amir Saifuddin Samsuddin

Monday, January 25, 2010

Kalimah Allah: Pilih antara Confrontasy atau Opportunity (siri 1)

Pendahuluan


Isu kalimah Allah telah berminggu-minggu dibahaskan dipelbagai peringkat masyarakat. Secara peribadi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Namun ianya tidak menghalang untuk saya menyatakan pendirian saya berdasarkan pembacaan hujjah dari kedua-dua belah pihak. Walaupun pada asalnya saya telah pun mempunyai jawapan tersendiri, namun biarlah jawapan saya itu mempunyai asas yang kuat untuk saya nyatakan. Nah! Sekarang saya telah mempunyai asas yang kuat untuk menyatakan pendirian saya.


Langkah PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah adalah tepat!


Setalah membaca banyak pandangan dan perbahasan, antaranya Dr. MAZA, Ust Zaharuddin, Ust Harun Taib. Seterusnya perdebatan antara TB dan AB (sebanyak 8 siri) dan yang terakhir ulasan panjang lebar Ust Wan Ji. Secara peribadi saya menyokong penuh keputusan PAS di dalam isu ini.


Maka pandangan/pendirian saya ialah:


Saya bersetuju kalimah Allah berhak untuk diguna pakai oleh pihak gereja kristian. Namun dengan syarat kawalan yang ketat patut dilaksanakan agar kalimah tersebut tidak gunakan untuk mengelirukan umat Islam.


Allah memberi hikmah mengapa namanya boleh disebut.


Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah, tidak kah kita terfikir mengapa gereja Barat sangat fobia (bimbang) untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible mereka? Sedangkan apakah bezanya antara Bible Barat dan Bible Timur (arab)? Sekiranya diteliti kebimbangan ini sangat berasas. Ini adalah kerana mereka bimbang masyarakat Eropah akan terkeliru dengan kalimah Allah. Akhirnya akan mengheret masyarakat mereka kearah mengkaji sifat Allah dalam Islam serta memungkinkan mereka memeluk Islam akhirnya. Fikirkan wahai muslimin!


Suasana di Malaysia


Ramai yang menyatakan suasana di Malaysia tidak tidak mengizinkan kalimah tersebut diguna pakai oleh pihak Kristian. Benarkah begitu? Ataupun benarkah gejala murtad berpunca dari kalimah Allah? Mungkin benar secara kasarnya, namun tahukah kita punca sebenarnya gejala murtad dikalangan umat Islam Malaysia? Secara peribadi saya berpandangan, apa jua masalah yang berlaku di Malaysia (sosial atau akidah), adalah kerana terdapat pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan. Siapa pihak tersebut? Anda fikirkan.


Saya akui bahawa memang benar kalimah Allah yang dituntut oleh pihak Kristian mempunyai agenda tersembunyi, namun lemah sangatkah Islam di Malaysia ini ini untuk melancarkankan agenda Islamisasi bagi mematahkan agenda mereka? Tak cukupkah agensi yang ada untuk melancarkan agenda dipihak Islam, kemanakah NGO-NGO Islam untuk membantu menjayakan agenda Islaminasi ini. Sekali lagi saya tegaskan, sebaliknya ada pihak yang sentiasa membuka pintu-pintu syaitan bagi menghalang agenda ini!


Sepanjang saya berasa di bumi Sabah sebenarnya membuka mata saya mengapa ada dikalangan umat Islam di Sabah kembali menganut Kristian. Sekiranya ada dikalangan umat Islam Sabah yang murtad hanya kerana perkataan Allah di dalam ‘Al-Kitab’ mereka, sila nyatakan! Namun apa yang pasti, mereka murtad bukan kerana kekeliruan kalimah Allah, tetapi adalah kerana tiada pendakwah yang sanggup mengajar mereka erti Islam yang sebenar. Ini adalah hakikat yang perlu diakui oleh semua pihak.


Apa tindakan kita?


-bersambung-

Sunday, January 24, 2010

Solidariti blog Islamreturn buat Mahasiswa Malaysia

Perjuangan mahasiswa menuntut hak mereka telah lama disuarakan. Ketika saya masih belajar lagi, suara-suara kritikal ini telah berkumandang malah saya yakin bahawa ianya akan terus berkumandang. Selagi kerajaan zalim ini melihat mahasiswa sebagai pengancam pemerintahan mereka, maka selagi itulah 'Suara Mahasiswa' tidak akan mampu dipadamkan dari bergema di angkasa raya. Teruskan perjuanganmu Mahasiswa.

Buat kerajaan UMNO/BN, jangan sama sekali menyamakan MAHASISWA seperti TADIKA!


Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

Mahasiswa Malaysia tidak redha ditindas

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka.

Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.

Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang.


Gambar sumber Malaysiakini

Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa.

Kenyataan itu menambah, mahasiswa turun untuk memberitahu kepada rakyat bahawa suara mahasiswa selama ini tidak didengari malahan dianggap rendah oleh pihak pentadbiran universiti yang melibatkan hal Ehwal Pelajar hampir di semua kampus.

Mahasiswa kecewa dengan tindakan tidak profesional terhadap kekasaran polis serta tindakan provokasi mereka sehingga menyebabkan sembilan orang mahasiswa ditangkap dalam perarakan berkenaan.

Dalam tangkapan tersebut juga, mahasiswa beranggapan tindakan polis melambatkan pembebasan mereka semalam sebagai satu tindakan yang tidak adil, seolah-olah mahu menyeksa mereka di dalam lokap lebih lama.

Mereka ditahan pada pukul 1 petang dan dibebaskan selewat jam 12 tengah malam. Tempoh itu sangat lama dan keadaan ini telah memberikan tekanan kepada tahanan.

Bagi SMM, polis juga dianggap tidak amanah dan telah menyalahgunakan tugas sehingga menghalang peguam untuk berjumpa dengan tahanan sedangkan di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah, mahasiswa berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka untuk berjumpa.

“Oleh yang demikian, kami di peringkat mahasiswa ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa Malaysia tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mahasiswa,” ujar SMM dalam kenyataan itu.

Wednesday, January 20, 2010

Banjir: Sukarelawan diperlukan!

Berikutan banjir yang melanda Kota Marudu, Jabatan Amal Negeri Sabah akan menghantar seberapa banyak sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi. Mohon anggota unit amal seluruh Sabah untuk bersedia.

Sebarang pertanyaan serta sumbangan boleh menghubungi saudara syaiful (013-4898247)


Image

PENDUDUK kampung terpaksa mengangkut tong gas, mendukung anak dan memikul barang keperluan dari bandar melalui laluan sementara untuk menyambung perjalanan dengan pengangkutan yang menunggu di seberang akibat tanah runtuh di Km. 12, Jalan Marak- Parak, Kota Marudu, semalam. Gambar ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

Sunday, January 17, 2010

11 pelajar bukan Islam di Pasti Kampung Lobou

salam perjuangan..

Agak penat untuk menulis berkaitan lawatan Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua DPPP) baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan mengumpul kembali tenaga bagi mengulas perkembangan terkini lawatan pimpinan pemuda pusat. Bersama ini saya sertakan laporan harakahdaily, berkaitan perasmian PASTI Al-Islah, Kg. Lobou.

Syukur kehadrat Ilahi kerana majlis yang diaturkan berjalan dengan baik, serta mendapat sambutan dari penduduk serta ibu bapa pelajar PASTI. Ada dikalangan ibu bapa yang terpaksa berjalan meredah hujan berkilometer untuk hadir ke majlis perasmian tersebut. Secara pribadi saya berasa sungguh terharu dengan keazaman ibu bapa yang hadir. Semoga anak-anak mereka menjadi pewaris anak-anak yang soleh dan solehah dan bakal mendoakan mereka dikala mengadap Ilahi nanti. Amin..

Beberapa posting yang lepas tentang Kg. Lobou boleh para pembaca melihatnya disini. Untuk makluman, sumbangan bagi membaiki jalan surau yang terlalu daif amat alu-alukan. Sila hubungi 013-8560679 (Ust Anuar).

Laporan harakahdaily: http://www.harakahdaily.net/v2/


SEPANGGAR, 17 Jan: Pasti Al-Islah Kampung Lobou menempa sejarah istimewa penubuhannya apabila 11 daripada 20 orang pelajar yang mendaftar adalah bukan Islam.

Pasti yang baru sahaja ditubuhkan itu diberi nama Al-Islah sempena nama surau yang bersebelahan.

Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abd Majid yang telah merasmikan penubuhan Pasti itu semalam, melahirkan rasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam kepada institusi di bawah Dewan Pemuda PAS itu.

"Ini satu bukti orang bukan Islam meyakini sistem pendidikan Pasti dan juga membuktikan kehadiran Islam adalah untuk semua manusia," kata beliau.

Di dalam ucapannya, turut berhasrat supaya murid-murid bukan Islam yang belajar di Pasti boleh aktif mengikuti aktiviti-aktiviti Pasti seperti pertandingan sukan dan ihtifal.

Sebelum majlis perasmian dimulakan, Azrin telah menyampaikan kuliah Maghrib yang bertajuk "Hijrah Membawa Keluarga Bahagia".

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Mudir Pasti, Miyasir dan wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salahuddin dan Zulkarnain, setiausaha kerja Pasti Wilayah Persekutuan.

Azrin juga menyertai majlis dialog bersama ibu bapa pelajar Pasti Papar.


Monday, January 11, 2010

Aktiviti Sempena Majlis Cerapan Gerhana Matahari Separa

Sumber: http://albelurani.blogspot.com/

Bismillah...

Alhamdulillah, dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan kerjasama agensi – agensi kerajaan serta NGO menganjurkan MAJLIS CERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA yang diadakan seperti butiran berikut :

TARIKH : 15 JANUARI 2010 / 29 MUHARRAM 1431H
MASA : BERMULA JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 8.00 MALAM
TEMPAT: BALAI CERAP AL-BIRUNI NEGERI SABAH, TG. DUMPIL, PUTATAN.


Antara aktiviti yang diadakan bersempena dengan majlis ini adalah :

1. Cerapan Gerhana Matahari yang bermula pada jam 3:47:18.8 p.m sehingga 5:35:36.3 p.m ( Kawasan Kota Kinabalu).

2. Solat Sunat Gerhana Matahari pada jam 4.10 petang.

3. Pameran Falak serta Sains dan Teknologi bermula jam 9.00 pagi.

4. Kuiz dan Teka Teki.

5. Tayangan Video yang berkaitan dengan astronomi.

6. Bual bicara mengenai gerhana matahari.

7. Pencerapan malam iaitu mencerap keindahan Planet Musytari dan nebula orion yang terdapat di buruj biduk bermula jam 6 petang sehingga jam 8 malam.

Oleh yang demikian, semua rakyat Sabah dan orang awam dijemput hadir beramai – ramai ke majlis ini. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pejabat Mufti Negeri Sabah di talian 088218322.

Sunday, January 3, 2010

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah menyampaikan sumbangan 'Gravity Water Supply'

Pada hari ahad (3hb Januari) baru-baru ini saya dan rombongan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah telah berkesempatan ke Keningau bagi menyempurnakan majlis penyerahan 'gravity water supply' kepada sebuah kampung di daerah Sook. Sepenuh kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan apa yang telah dirancang sebelum ini. Untuk makluman para pembaca, duit bagi menyiapkan 'gravity water supply' ini merupakan sumbangan dan hasil dari kutipan jamuan Makan Malam Amal yang diadakan pada bulan Julai tempoh hari (rujuk disini).


Majlis diadakan di sebuah bangsal yang dibuat sendiri oleh masyarakat yang juga dijadikan kelas KAFA.

Kg. Mustika, Sook merupakan kampung pilihan pertama untuk projek ini. Kampung yang terdiri daripada 20 keluarga ini hanya bergantung semata-mata dengan sumber air hujan. Mereka terpaksa meredah perjalanan berkilometer untuk mencari sumber air sekiranya hujan tidak turun lebih dari seminggu. Keperitan ini diluahkan oleh ketua kampung mereka iaitu Ust Sufian Abdullah, yang menyatakan bahawa sejak kampung ini dibuka dengan rasmi pada tahun 2003 dan sebenarnya telah diterokai dari tahun 70an lagi, tidak pernah mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau NGO yang hadir mendengar rintihan dan keluhan mereka.

Menurut beliau lagi, kesediaan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah turun padang untuk membantu penduduk sangat-sangat dialukan serta menepati sasaran. Beliau juga melahirkan rasa sedih kerana kerajaan tidak mampu untuk membela nasib penduduk disini walaupun setelah lama menghadapi masalah sumber air.

Ucapan oleh Tn. Hj. Khairan Untoh pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

Pada majlis perasmian tersebut, Tn. Hj. Khairan Untoh yang juga pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah melahirkan rasa bersyukur, dan berharap semoga dengan adanya sumber air ini akan dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t dengan menyempurnakan ibadat kepadaNya. Seterusnya pada majlis tersebut, Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah juga telah menyampaikan sumbangan beras, gula dan keperluan harian kepada 10 keluarga miskin di kampung tersebut.

Majlis penyerahan 'Water Gravity Pump' oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah

Turut hadir bersama pada rombongan tersebut ialah Ust. Mohd Ridhuan Othman selaku setiausaha Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah, Pn. Noor Rafidah Abd Hamid selaku Naib Pengerusi 3 Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah dan sdra Nadir An Nuri Kamarulzaman selaku wakil dari Persatuan Siswazah Sabah.

gambar sepanjang program


Perjalanan ke ke Kg. Mustika, Sook.



Sumbangan keperluan harian kepada penduduk



Naib Pengerusi 3 (Pn. Noor Rafidah Abd Hamid) bergambar bersama kaum ibu


Sumbangan yang sangat bermakna buat penduduk kampung


Sumber air bawah tanah untuk keperluan penduduk.



Rombongan YAM cawangan Sabah bergambar bersama sebahagian penduduk

Laporan disediakan oleh:
Mohd Saifuddin Ahmad
Biro Latihan dan Pembanggunan Sumber Manusia
Koordinator Projek 'Gravity Water Supply'.

Friday, January 1, 2010

Program 'Ziarah Kasih' di sekitar Kota Kinabalu

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/
Oleh: almansur


2009 baru sahaja melabuhkan tirainya dan kini 2010 mengambil tempat. Seperti kebiasaan malam 31 Disember sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan masyarakat untuk menyambut ambang tahun baru. Kemeriahan sambutan ibarat satu pesta muda-mudi untuk bersuka-ria dan mencari kebebasan.


Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar (DPPKS) seiring dengan Pemuda PAS Pusat dalam melaksanakan 'Ziarah Kasih' di ambang tahun baru. Program yang diaturkan pada malam ambang tahun baru ini adalah bermatlamatkan untuk mendekati masyarakat serta menyampaikan sedikit kefahaman tentang gejala yang merosakan generasi muda. DPPKS semalam telah bergerak dalam dua kumpulan utama iaitu di Pantai Anjung Lipat dan Padang Mardeka. Selain dari mengedarkan risalah, DPPKS juga mendekati remaja-remaja dalam usaha nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

Antara yang terlibat dalam mandi buang sial selain ingin bersuka ria di malam tahun baru

Seperti kebiasaan, sambutan tahun baru di Sabah seringkali dicemari dengan unsur-unsur khurafat yang telah sebati dalam sesetengah masyarakat setempat. Upacara mandi membuang sial sering kali dikaitkan dengan sambutan tahun baru. Selain dari mandi, pelbagai objek dibuang ke laut dengan niat membuang sial agar tahun 2010 dilalui dengan lebih baik. Amalan seperti ini jelas bertentangan dengan Islam, yang mana Islam menuntut umatnya yakin kepada 'qada dan qadar' dari Allah s.w.t. Selain di Anjung Lipat, upacara buang sial juga turut di adakan di Tanjung Aru.

Mendekati remaja

Selain dari itu, pergaulan bebas turut mencemari sambutan tahun baru, dimana rata-rata belia dan remaja yang hadir membawa bersama-sama pasangan masing-masing. Gejala sosial ini sekiranya tidak dibendung pastinya akan merosakan generasi akan datang. DPPKS yakin bahawa berleluasa amalan khurafat dan gejala sosial ini adalah akibat dari ketidak prihatinan kerajaan BN Sabah yang sambil lewa dan tidak berusaha ke arah menerangkan kesalahan serta amalan khurafat dikalangan masyarakat.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD