HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Wednesday, September 30, 2009

SELCAT: Jangan biarkan dinding itu berlubang!

Agak lama saya tidak mengulas isu-isu semasa, mungkin kerana lambakan maklumat tentang isu di dalam blog menyebabkan saya lebih selesa membaca dari mengulas. Ditambah lagi dengan kecelaruan di dalam beberapa perkara terutamanya konflik dalaman jamaah (parti) menyebabkan saya berasa tidak selesa untuk memikirkannya, apatah lagi memberi komen. Perlukah saya diam atau menyatakan pandangan? Atau saya ambil jalan tengah.. Apa pun ini hanya pandangan pribadi saya.

Konflik.
Tidak dinafikan, bahawa konflik merupakan lumrah di dalam dunia sosial, tetapi konflik yang tidak diurus dengan baik memungkinkan terjadinya bahana (fitnah) yang memamah perpaduan dan kesepakatan.

Sumber tauladan utama, Rasulullah s.a.w banyak mengajar kita tentang bagaimana menguruskan konflik. Bacalah kisah konflik Rasulullah dengan para sahabat ketika umrah pertama baginda, bacalah konflik Rasulullah ketika berhadapan dengan fitnah yang menimpa saidatina Aisyah r.h.

Juga jangan lupa apakah implikasi apabila konflik tidak diuruskan dengan bijaksana. Perjalanan para sahabat banyak memberi pengajaran kepada kita. Apakah punca terjadinya pembunuhan khalifah ketiga? Bagaimana terjadinya perang siffin? Apakah isu sebenar perseteruan antara saidina Ali dan saidina Muawiyyah? Semua ini adalah hikmah yang Allah s.w.t tinggalkan untuk panduan umat akhir zaman.

Kepada mereka yang mempunyai kekuasaan dan diberi amanah mengelapai jamaah ini, tolonglah melihat konflik sebagai barah yang boleh merobek keutuhan jamaah. Jangan biarkan konflik itu menjadi bualan umum sehinggakan semakin ramai memberi pandangan masing-masing dan akhirnya membentuk aliran pemikiran yang mempunyai pengikut sendiri. Selesaikanlah konflik itu dengan mesyuarah, dan jangan biarkan konflik selesai dengan tuduh-menuduh dan juga jangan selesaikan konflik dengan mencipta konflik baru!

Selcat dan Media
Persoalan yang berserabut memerlukan penyelesaian..
SELCAT atau 'prinsip keterbukaan' yang menjadi tajuk dibicarakan?
Adakah media menjadi gelanggang terbaik menyelesaikan konflik?
Mana yang penting, hujah atas kebenaran atau hujah atas mempertahankan?

Semuanya ini memerlukan semua pihak berbincang, bukan mencipta konflik baru (klik disini). Seharusnya perjanjian menjadi asas kepada saling hormat-menghormati (klik disini). Kita juga sedia maklum bahawa media merupakan senjata ampuh pihak musuh, maka janganlah menggunakan senjata musuh untuk menyelesaikan konflik (klik disini). Ini hanya akan mengakibatkan akhirnya senjata makan tuan.

p/s: gelanggang Bagan Pinang membuka ruang pahala buat para mujahid.. tinggalkan perpecahan, bersatu dalam kebersamaan.

Thursday, September 24, 2009

Catatan Pejalanan Raya

Tahun ini saya berhari raya dalam suasana yang berbeza, kerana inilah kali pertama saya berhari raya di Kuala Lumpur. Suasana berhari raya di bandar sangat lah berbeza dengan suasana di kampung. Walau apa pun, kemeriahannya tetap sama serta semangat menyambut kemenangan tetap membara dijiwa.

Walau di bandar, lemang boleh didapati dimana-mana (jual panas-panas)

Kepulangan ke kampung bersama keluarga mertua, singgah sebentar di Lenggong menziarahi sanak saudara disana. Kampung halaman abadi menjadi persinggahan pertama, kuntuman doa disedekahkan buat sekelian ahli kubur kerana kami pasti akan ke sana jua. Namun bila? Entah.. mungkin sekejab lagi..

Berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Lenggong.

Kampung halaman persinggahan kita, sementara ke mahkamah Allah.

Tahun ini juga majlis pertunangan adik berlangsung dengan seorang gadis pilihan di Simpang Empat Gunung Semanggol. Di sinilah tempat lahirnya seorang tokoh pejuang Islam yang bernama Sheikh Abu Bakar Al-Baqir. (kisah hidup beliau boleh dibaca di SINI) Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan sempurna.

Antara barang hantaran yang dibawa, semestinya tema HIJAU:


Tuesday, September 22, 2009

Salam Anak Perantau

22 Sept (selasa) Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah berjaya mengadakan 'Himpunan Anak Perantauan' bagi meraikan kepulangan anak-anak perantau sempena Hari Raya Idulfitri. Maklumat lanjut tentang pengisian program pada malam tersebut boleh dibaca di blog Al-Banjari.

Sedikit sejarah penganjuran 'Himpunan Anak Perantauan'.

Program ini sebenarnya telah pun bermula sejak tahun 1999 lagi. Ketika itu saya masih lagi menuntut di universiti dan bagi menyahut seruan kemenangan pilihanraya pada masa itu, saya dan beberapa orang sahabat telah mencadangkan bagi menganjurkan program 'anak perantauan'. Pada sekian kalinya program seumpama itu dilaksanakan, kehadiran sangatlah mengecewakan. Hanya 7-8 orang sahaja yang hadir, itu pun dari kalangan pelajar-pelajar ipt yang pulang berhari raya di kampung. Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran DPP Kawasan Pt. Buntar, kini program ini telah mula mendapat sambutan dari anak-anak perantauan yang pulang ke kampung halaman.

Program pada malam tersebut telah mempertemukan saya dengan ramai teman-teman yang lama berpisah setelah membuka haluan masing-masing selepas tamat pengajian. Saya juga bertuah kerana akhirnya dapat bertemu dengan 'otai blogger' iaitu wak al-banjari. Terima kasih kepada wak kerana walaupun hanya bertemu seketika dan sedikit berta'aruf wak sudi memperkenalkan 'blog islamreturn'.. tabik wak..

Seterusnya, biarlah gambar yang berbicara...

Antara para hadirin yang hadir mendengar ucapan dari Dr. Shamsul Kamal Idris (S/U Perhubungan PAS Negeri Sembilan)


Ucapan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Dr. Raja Ahmad al-Hiss


Jamuan turut disediakan (lomang jer yang tak ada..)


Sebahagian unit amal yang bertugas pada malam tersebut bergambar bersama ketua pemuda PAS Pt. Buntar (baju hijau).


Picture terhangat di pasaran, bersama wak al-banjari


Thursday, September 17, 2009

.....................................................................

Sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan untuk menikmati kemanisan Ramadhan kali ini. Kesempatan ini blog islamreturn ingin mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat:


Selamat Hari Raya Idulfitri
Maaf Zahir dan Batin


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

..................................................................

Berbuka bersama Dato Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin

Sebentar tadi saya berkesempatan menghadiri 'Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin, Anak Yatim, Masjid dan Surau DUN Titi Serong' yang bertempat di Masjid Jemek Tebuk Hj. Musa, Titi Serong. Program diserikan lagi dengan kehadiran Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat.


Sumbangan kepada anak yatim oleh Drs. YB Khalil Idham Lim


Menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di DUN Titi Serong

Turut sama dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan ialah Drs. Khalil Idham Lim yang juga ADUN Titi Serong. Sebetulnya inilah kali pertama saya bersua muka dan bersalaman dengan DS Nizar. Pada kesempatan majlis itu juga, DS Nizar telah menyampaikan tazkirah ramadhan kepada semua hadirin.


DS Nizar menyampaikan tazkirah ramadhan.

Antaranya beliau mengingatkan bahawa puasa sebenarnya mendidik kita agar berubah, sebagai mana solat, zakat dan haji, puasa juga berperanan untuk merubah masyarakat. Pada kesempatan itu juga beliau mengingatkan tentang hadiah yang dikurniakan oleh Allah sepanjang ramadhan ini, antaranya dibuka pintu syurga seluas-luasnya, ditutup pintu neraka untuk hambanya, di ikat iblis dari membelenggu manusia, dikurniakan 'lailatul qadar' kepada hambanya dan disuntik kekuatan 'badar al-qubra' kepada semua hambanya yang beriman.


Berbuka puasa bersama DS Nizar


Dari kiri, saudara zainuddin (ketua unit amal kawasan), saudara Azhar Shahrin (bekas ADUN Titi Serong), Cikgu Azmi (Ketua Pemuda Kawasan) dan saudara Nizam (teman semasa di universiti dahulu)

Program diakhiri dengan majlis tahlil dan berbuka puasa bersama para hadirin dan seterusnya beliau mengimamkan solat magrib sebelum berangkat ke program lain. Semoga DS Nizar diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan Islam di bumi Perak.


Mengimamkan solat magrib dan mendoakan kesejahteraan rakyat

Tuesday, September 15, 2009

Perjuangan seorang muslimat...Mampukah kita?

Saya merasakan penulis adalah seorang yang memahami hikmah pensyaria'tan. Malah bukan mudah seorang yang bergelar muslimah untuk menerima ianya sebagai suatu keperluan dunia dakwah masa kini.

.............................................................................................................................
Posting ini adalah isu umum yang sentiasa ditakuti oleh kaum wanita terutamanya.. Berkongsi kasih dengan orang lain..sanggupkah?? Bukan untuk mengajak beramai-ramai wanita di luar sana supaya menyahut seruan ini, tetapi sekadar memberi sedikit perkongsian yang jelas akan baik buruknya apa yang selama ini bermain di minda..

Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;

Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.

Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."

Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.

Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.

Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.

Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.

Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya..

Bagi mereka yang benar2 faham akan erti perjuangan, ini bukan suatu halangan untuk mereka hidup bahagia kerana, yang paling utama adalah 'kebahagiaan hidup di akhirat sana'..

sumber: http://quratuain.blogspot.com/

Monday, September 14, 2009

Ibadah dan amanah perlu seiringan

Kesempatan beberapa hari di Cheras bersama keluarga mertua, terasa seolah kembali memberi semangat di dalam mengharugi denai-denai ramadhan yang hampir dipenghujung jalan. Mungkin keberkatan yang ada pada mereka, mengalir bersama di dalam diri ini setelah lama berjauhan. Terima kasih Ya Allah..

Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan.

Beberapa hari di kediaman mertua, Masjid Al-Muqarrabin lah tempat mendambakan segala masalah yang ada. Bagi mereka yang mengenali masjid ini, rasanya telah merasai keindahan suasana ukhwah penduduk flat disekitarnya. Aktiviti masjid yang penuh dengan program-program yang bermanfaat banyak mendidik penduduk setempat untuk mendalamai Islam. Imam masjid ini yang lebih dikenali sebagai Ust Hassan merupakan mentor utama di dalam menggerakkan usaha membentuk suasana keindahan Islam di kawasan sekitar.

Namun, menurut rakan saya 'Cikgu Mat', kini suasana tersebut telah agak kurang dirasai. Apabila saya bertanya kenapa, jawapannya jawatankuasa masjid kini telah mula dikuasai oleh pihak-pihak yang berkepentingan di dalam politik pemerintah. Kemuncaknya setelah Ust Hassan telah dipindahkan dari menjadi Imam Masjid Al-Muqarrabin ke Masjid di Bukit Aman. Setelah itu, bagi mengawal unsur-unsur gerakan Islam meresap di dalam pentadbiran masjid, diwujudkan pejabat pentadbiran JAWI bagi memantau program-program masjid di sekitar zon 5 (lihat disini) yang berpusat di masjid ini. Itulah antara rencana yang diaturkan bagi mengekang gerakan Islam bertapak di hati sanubari masyarakat.

Juga kebetulan saya berada di sana, diadakan program anjuran UMNO bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk oleh Menteri Wilayah, Dato' Nong Chik. Sebelumnya dimaklumkan kepada saya oleh 'Cikgu Mat' bahawa Dato Khalid Ibrahim iaitu Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, ingin menyampaikan sumbangan kepada penduduk, tetapi telah dihalang dari menggunakan dewan masjid untuk tujuan itu. Begitulah politik yang diamalkan oleh mereka yang memiliki kuasa..

Perjalanan pulang ke Perak

Memasuki sempadan Perak, hati berasa sangat teruja kerana setelah kemenangan pada PRU-12 baru-baru ini, saya tidak lagi pernah menjejak kaki di bumi Perak. Namun, kali ini saya menjejak kaki setelah pemerintahan melalui mandat rakyat oleh PR dirampas kembali melalui cara yang paling tidak bertamadun. Terasa agak terkilan memikirkannya.

Ditambah pula tertinggal bas semasa sedang bersolat di Stesen Minyak Tapah Utara. Selama saya berulang alik dengan bas sebelum ini, tidak pernah saya ditinggalkan bas. Tak kerauan juga dibuatnya.. solat yang tidak lebih dari 10 minit menyebabkan tertinggal bas.. tak masuk akal betul..! Saya pun tak faham, kemana keprihatinan pemandu bas dalam soal solat dan keselamatan penumpangnya. Sejak mula naik bas tersebut saya sudah merasa kelainan pada pemandunya. Kebiasaannya pemandu akan memeriksa tiket, mengira bilangan penumpang dan memberitahu berapa lama bas berhenti, tetapi kesemua itu tidak dilakukan oleh pemandu tersebut.

Nasib saya agak baik kerana dapat tumpang bas dibelakang hingga ke Ipoh dan diambil oleh abang di Ipoh. Setelah itu terus pulang ke rumah di Parit Buntar dengan selamat. Barang-barang saya di dalam bas diambil oleh adik di Stesen Bas Pt.Buntar. Apa yang bermain difikiran saya ialah, apa yang akan berlaku sekiranya insiden ini terjadi kepada seorang warga emas yang tidak ada saudara terdekat. Kepada pemandu bas ingatlah, sekiranya anda tidak prihatin terhadap penumpang anda, ini bererti anda tidak prihatin terhadap pekerjaan anda.

Wednesday, September 9, 2009

Kehangatan ramadhan yang kian meningkat

Ramadhan yang semakin menghilang, menggamit hati terhadap amalan yang tidak seberapa dipersembahkan. Mungkinkah amalan yang sedikit ini mampu untuk menampung pemberat dosa yang telah dilakukan.

Semakin perginya ramadhan, semakin terasa kerinduan terhadap keluarga tersayang di kampung, juga terhadap keindahan kampung halaman yang telah setahun aku tidak berkesempatan menjenguk. Ibu, keluarga mentua, sanak saudara serta teman-teman menjadi agenda untuk bermaaf-maafan dan saling menziarahi sekembali ke kampung halaman nanti.

Pejabat? biasalah.. lagu raya sudah mula berkumandang, menandakan pemergian ramadhan yang hampir pasti. Keceriaan menyambut kemenangan ramadhan mungkin terlupa seketika kerana asyik melayan dendangan lagu lebaran. InsyaAllah, esok 11hb (10am) penerbangan menanti untuk membawa kami sekeluarga pulang negeri asal. Semoga perjalanan selamat tiba dan selamat pulang.

Ramadhan kali ini terasa sangat lemah.. mungkin akibat kelalaian diri terhadap pencipta. Namun, sekiranya ramadhan kali ini yang terakhir buat ku, Ya Allah.. Engkau terimalah ibadat ku yang tidak sempurna ini..

2 Syawwal menanti pertemuan anak di perantauan.. sekiranya diizinkan, kami sekeluarga akan hadir bersama, menjenguk sahabat-sahabat seperjuangan diperantau yang kembali ke desa. Semoga kehangatan yang hampir ke puncak ini menambahkan lagi rasa kerinduan terhadap Maha Pencipta. Selamat meneruskan 'Pesta Ibadah'.

Monday, September 7, 2009

Wang Simpanan: Antara Kemewahan dan Kebangkitan Islam.

Kesenangan hidup merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah s.w.t kepada hambaNya. Tiada siapa yang bernama insan ingin berada di dalam kesusahan. Malah kesenangan itu adalah cita-cita setiap insan yang masih berbaki nafsu sebelum ajal menjemput tiba. Bagi orang mukmin kesenangan/kedamaian hati (nafs mutmainnah) yang menjadi cita-cita utama. Kesenangan/kedamaian hati lahir dari usaha dan titik peluh yang diberkati oleh Allah s.w.t. Mana mungkin kesenangan dunia ini dinikmati dengan tenang sekiranya kemewahan itu tidak diberkati.

Islam mendidik umatnya agar besederhana, juga harus difahami bahawa tidak salah untuk mencari sebanyak mungkin harta kekayaan untuk kesenangan hidup. Malah kekayaan itulah yang akan menambahkan lagi ketundukan kita terhadap kebesaran Ilahi.

Poket umat Islam menjadi tabung/dana kebangkitan Islam.

Umat Islam seharusnya memahami bahawa kekayaan dan kemewahan yang diberikan oleh Allah sw.t haruslah dimuhasabah bagi melihat kebangkitan Islam. Mungkin ada dikalangan kita berkata, dana zakat sudah cukup untuk membina semula ketamadunan Islam. Namun adakah cukup hanya sekadar 2.5% sumbangan zakat dari gaji kita untuk melihat kebangkitan Islam?

Sasaran ‘poket’ yang wajib menjadi tabung/dana kepada kebangkitan Islam.

Secara umumnya saya berpandangan, sekiranya individu/kelurga tersebut itu mampu untuk menabung lebih RM300.00 sebulan, ini bererti berkemungkinan mereka telah berada di dalam keadaan zon kehidupan yang selesa. Maka sebetulnya, mereka inilah golongan sasaran yang menjadi ‘poket’ kepada kebangkitan ummah.

Kemana perlu kita alirkan dana ini?

Soalan ini menjadi topik yang sangat penting untuk dibicarakan. Bukalah mata, lihatlah disekitar kita. Siapakah yang menjadi nadi kepada penggerak kebangkitan Islam, maka disitulah adanya kantung untuk kita.

Kefahaman menjadi penghalang.

Inilah yang menjadi penghalang kepada apa jua cita-cita kebangkitan Islam. Berapa ramaikah dikalangan rakan-rakan kita (pejabat, ahli perniagaan dan lain-lain) yang memahami isu ini. Mungkin juga kemewahan yang dimiliki oleh mereka menyebabkan kita tertanya-tanya, alangkah indahnya kalau mereka turut sama menjadi sebahagian dari ‘poket’ kebangkitan ummah ini…

Saturday, September 5, 2009

Misi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

Semalam, (5hb Sept) saya telah berkesempatan untuk bersama-sama dengan 8 anggota Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah ke Daerah Ranau bagi tujuan menyampaikan sumbangan berupa barangan dan wang zakat kepada penduduk yang memerlukan. Program ini adalah susulan dari program sebelum ini, yang mana jadual YAM Cwgn Sabah telah ke Kg. Kayu Putih, Kota Belud dan Kg. Rukom, Pitas iaitu pada minggu pertama dan kedua Ramadhan. Rombongan kali ini diketuai oleh Ust Ridwan yang juga setiausaha setelah Tn. Hj Khairan selaku Pengerusi YAM Cwgn Sabah tidak dapat hadir bersama kerana kebaradaan beliau diluar kawasan.

Bergerak dari Kota Kinabalu seawal 9.30 pagi dan akhirnya tiba di destinasi pertama iaitu Kg. Tompios pada pukul 12.30 tgh hari. Kehadiran kami disambut oleh penggerak dakwah disana iaitu Ust Rosli yang juga seorang guru KAFA seliaan JAHEIN. Perbincangan awal bersama penggerak dakwah di Kg tersebut seterusnya menggerakkan kami ke beberapa buah kampung di sekitar iaitu Kg. Bitoon dan akhirnya ke Kg. Nunuk Ragang.

Sumbangan disampaikan terus ke rumah penerima dan selebihnya kami serahkan kepada penggerak dakwah di sana untuk menyampaikan kepada keluarga-keluarga yang tidak berkesempatan untuk kami berkunjung. Ini adalah kerana ketika kami hadir, ramai dari penduduk masih di ladang-ladang. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini menambahkan lagi keazaman YAM Cwgn Sabah untuk mendampingi golongan daif dan miskin dari saudara seislam kita di Sabah.

Sekembali dari Ranau, kami telah singgah di Kg. Dumpiring, Kundasang. Kelewatan kami tiba di Kg tersebut kerana tersalah jalan menyebabkan kami terpaksa berbuka puasa dengan seteguk air yang sempat di sediakan oleh isteri saya sebelum bertolak pagi tadi. Akhirnya kami tiba di Kg. Dumpiring untuk meneruskan agenda berbuka puasa. Sedikit latar belakang Kg ini, yang mana penduduk asal kampung ini sebenarnya terdiri daripada 100% Islam. Sebenarnya kami hanya singgah untuk meraikan program di sini atas jemputan Hj. Akhriah atau dikenali Abu Aslam yang juga Tim. Pengerusi YAM Cwgn Sabah. Beliau bersama rakanya Ust Salman telah berganding bahu menyediakan juadah berbuka puasa dan sedikit sumbangan bantuan kepada penduduk miskin sekitar. Selapas solat taraweh rombongan kami kembali ke Kota Kinabalu.

Dengan sebotol air ditangan itulah kami 9 anggota Amal berbuka puasa

Tazkirah oleh Abu Aslam kepada ahli kariah sebelum sumbangan disampaikan

"Ya Allah, mungkinkah Ramadhan kali ini yang terakhir buat ku? Andainya benar.. Ya Allah, terimalah ibadah ku buat kali terakhir ini seadanya.."

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD