HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Friday, July 31, 2009

Himpunan Mansuh ISA [update]

Laporan terus dari inksensei:

8.44am
Polis beruniform & baju biasa telah berkumpul 'central market'

9.22am
Di masjid negara sekarang telah dikepung, polis mula menahan semua yang memakai baju hitam.

12.32pm
Polis mula menangkap orang di masjid India dan sedang meronda beramai-ramai, dipercayai ramai dikalangan 'orang kita' sedang berselerakan, tetapi tidak dapat dikesan kerana semuanya masih belum memakai baju anti-ISA

1.23pm
Ust. azman shafawi di lokasi jln masjid India, sekarang masuk waktu zohor.

1.33pm
Polis sedang menghalau orang ramai di sekitar Sogo.


Saya baru menerima panggilan dari mujahidperak. Beliau berada di lokasi Masjid Negara. Blog islamreturn akan online terus menerus dari dua lokasi ini.

1.58pm
(laporan inksensei)Masjid India: Baru habis solat zohor, orang ramai sudah mula berkumpul. Antara pimpinan yang berada bersama disini, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ust Idris dan Ust Azman. Sedang menunggu arahan. Terkini: FRU mula mengejar..

Bergerak ke Masjid India
2.08pm
(laporan mujahid perak) Masjid Negara: Orang ramai mula bergerak ke arah masjid jamek. Masjid Jamek telah kena semburan.

2.17pm
(laporan mujahidperak) Menghala ke dataran mardeka, rakyat masih bergerak. Dt Hatta mengetuai.

2.44pm
Watercanan telah ditembak. Rayat berpatah balik ke Masjid Negara.

2.57pm
mujahidperak dan inksensei telah terkena semburan, gerombolan pro-ISA provokasi.

saya baru mendapat panggilan dan 3G bersama inksensei, keadaan memang tegang.
3.15pm
Inksensei dan peserta himpunan bergerak ke banggunan PAS bersama-sama Tn.Guru Hj Hadi Awang. Mujahidperak telah terbabas ke Banggunan Daya Bumi.

3.50pm
Keadaan di hadapan Banggunan PAS. Pimpinan meminta peserta bersurai, tetapi FRU masih menembak watercanan.

Antara gambar-gambar yang sempat inksensei hantar kepada saya:

Ucapan Salahuddin di hadapan Kompleks Sogo

Keadaan di Jalan Tengku Abdul Rahman

Kawalan FRU disetiap penjuru jalan

Siap 'gogle mata'! Perjuangan mengundang pengorbanan
...............................................................

Blog islamreturn akan update dari semasa ke semasa 'Sejarah Himpunan Bantahan ISA' esok. Terima kasih bro nasirin kerana jadi informer blog islamreturn.

..............................................................

Thursday, July 30, 2009

Selamat Hari Pahlawan!

Salam Takziah buat Ayahanda MOHD HAMDAN ABD RAHMAN. Segala perjuangan yang ayahanda tinggalkan akan kami galas demi generasi akan datang.

...............................................................................................................................
Selamat Hari Pahlawan

Salam perjuangan..

Pahlawan merupakan gelaran kepada insan yang banyak menabur pengorbanan. Kesusahan, penderitaan, penyeksaan, darah dan air mata adalah teman bagi mereka yang bergelar pahlawan. Maka bukan semudah ucapan yang diberikan "Selamat Hari Pahlawan" kerana nilai pengorbanan mereka yang bergelar pahlawan tidak mampu dinilai dengan ucapan dan harta benda.

Pengorbanan Rasulullah, sahabat & generasi dahulu.
Melihat bagaimana penghulu segala nabi menyelusuri jalan dakwah, sebetulnya amat memberi keinsafan kepada kita selaku insan diakhir zaman yang menerima nur islam melalui tangan-tangan pendakwah yang telah mengalirkan air mata dan darah. Berapakah nilai Islam yang kita anuti sekarang jika dibandingkan dengan penderitaan generasi-generasi terdahulu di dalam membina empayar akidah?

Pengorbanan pahlawan tanah air
Setelah tanah air yang bernama 'Tanah Melayu' dijajah hampir 400 tahun, umat ini telah dihina oleh satu kaum yang mungkin datang hanya untuk memiliki kekayaan dan misi menyelewengkan akidah umat. Ramai pahlawan yang telah mengorbankan segenap jiwa raga semata-mata untuk memelihara maruah dan kedaulatan tanah air. Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Mat Kilau, Mat Salleh dan yang lain-lain merupakan insan yang bergelar pahlawan tanah air. Darah kepahlawanan mereka diteruskan oleh generasi terkemudian sehinggalah negara mencapai kemardekaan. Antaranya pasukan polis, tentera, homeguard dan penduduk tanah melayu yang tidak pernah gentar dengan kemaraan musuh.

Pengorbanan Ulama' dan Da'ie.
Disebalik kebangkitan yang berpaksikan akidah ini, jiwa-jiwa pahlawan ini telah disuntikan dengan semangat jihad oleh para ulama'. Antaranya ulama' yang telah banyak menabur jasa ialah Tok Janggut, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali dan lain-lain lagi. Peranan mereka di dalam kemardekaan tanah air telah menjadi lakaran sejarah dan tidak mampu dinafikan lagi oleh mana-mana pihak.

Segala pengorbanan ini, blog islamreturn ucapkan 'Selamat Hari Pahlawan'. Kepada pejuang keadilan dan kebenaran, teruskan usaha kalian untuk membenam kezaliman sehingga Allah dan Rasul menjadi panduan umat.

Rakyat Sabah Bantah ISA

Kota kinabalu, 29 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyeru kepada semua masyarakat di Sabah agar turut sama dalam Himpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos nanti.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Salman Amin memaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan memobilasi ahli PAS di Sabah agar turut sama membawa perjuangan memansuhkan ISA ini kepada masyarakat di Negeri Sabah.

"sudah tiba masanya rakyat Sabah menyatakan rasa tidak setuju dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak sepatutnya meneruskan undang-undang yang tidak berperikemanusiaan ini.

Beliau berkata, ISA merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dalam situasi negara pada masa kini. Hakikatnya ia telah dijadikan alat untuk menahan ahli politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Mana ada agama dalam dunia ini apatahlagi bergelar seorang muslim boleh merampas hak kebebasan individu lain tanpa bukti kukuh pada masa sama tidak dibenarkan membela dirinya.

Ketika ditanya samada himpunan mansuhkan ISA ini akan diadakan di Sabah beliau berkata, perkara ini akan dibawa berbincang dalam kalangan Pemuda Pakatan Rakyat kerana kita mahu semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik bangkit bersama menentang undang-undang tidak berperikemanusiaan ini.

"setakat ini kita telah memobilasi sebanyak mungkin ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat Sabah agar turun pada 1 Ogos nanti pada Himpunan Mansuhkan ISA. Ini mesej dari rakyat Sabah.

Beliau juga menegaskan, kebangkitan rakyat Sabah tidak akan dapat dibendung lagi dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menerima padahnya pada PRU-13 yang akan datang jika ISA diteruskan dan suara rakyat tidak dihiraukan.

Sumber: http://www.dppsabah.blogspot.com/

Friday, July 24, 2009

Majlis Makan Malam Amal bersama Azhan Atan di Sinar Mustika Putatan, Kota Kinabalu.

24 Julai (Putatan)- Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan 'Majlis Makan Malam Amal' bersama Juara Akademi Nasyid, Saudara Azhan Atan. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Jumat selaku Ahli Jawatankuasa YAM Cwngn Sabah mewakili Tn. Hj. Khairan Untoh, Pengerusi YAM Cwngan Sabah yang tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur.

Kehadiran hampir 100 tetamu ke majlis ini, telah mencapai objektif program bagi mengumpul dana untuk membeli dan seterusnya menyediakan prasarana 'Water Pump Gravity' untuk beberapa buah kampung disekitar Keningau. Kejayaan menganjurkan program ini telah memberi ruang kepada YAM Cawangan Sabah untuk terus berusaha menabur bakti kepada masyarakat pendalaman yang masih kekurangan kemudahan asas.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Sdr Nazrey Johani (bekas ahli kumpulan Raihan) yang turut menyumbang tiga buah lagu. Majlis ini di kendalikan oleh Ust Akhwan Affendi (pengurus ADNIN) yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Pusat.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh tetamu, penyumbang dan artis jemputan yang hadir bagi menjayakan majlis ini.

Pengarah Program
Sdr. Saifuddin Ahmad









Thursday, July 23, 2009

Azhan Atan di Sabah

Salam perjuangan..

Bulan Mac yang lalu, saya agak terkejut apabila menerima panggilan dari Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid) yang mengatakan ingin hadir ke Sabah untuk misi Jelajah Dakwah. Bukan saya tidak pernah menguruskan aktiviti sedemikian, tetapi bila melibatkan artis dan memakan masa hampir seminggu, risau juga dibuatnya. Maka bermulalah otak kurnian Allah ini memikirkan apakah program yang perlu diaturkan untuknya. Antara program yang tidak dapat saya rancang adalah konsert di 'Padang Mardeka' Bandar Kota Kinabalu. Itu adalah antara cita-cita saya untuk mengadakan konsert nasyid besar-besaran di Sabah. Kepulangan saudara Nasirin ke Semenanjung membantut seketika idea tersebut. Namun, Alhamdulillah beberapa program berjaya juga di aturkan untuk beliau dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari Jabatan Amal, Yayasan Amal dan Persatuan Siswazah Sabah. Berikut adalah program yang diaturkan:

Konsert di Sekolah Agama Bukit Padang
Tarikh: 21 Julai 2009
Masa: 8.30 mlm

Konsert di Sekolah Menengah Teknik
Tarikh: 22 Julai 2009
Masa: 8.30 mlm

Majlis Makan Malam Amal
Tarik: 24 Julai 2009
Masa:8.30 mlm

Selain dari itu, juga diaturkan beberapa program kemasyarakatan di Kg. Kindu, Tuaran, Kg. Luanti serta sekitar Ranau dan sekitar daerah Tambunan. Beberapa kuliah magrib dan subuh juga diaturkan antaranya di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah.


Kehadiran beliau bersama-sama Ust Akhwan (pengurus motivasi ADNIN) menambahkan lagi kerancakan usaha dakwah di bumi Sabah. Ust Akhwan yang sememangnya terkenal dengan aktiviti-aktiviti seperti Jelajah Ramadhan dan Program Korban Amal sebelum ini. Semoga usaha sekecil ini akan menyemarakan lagi perkembangan dakwah di bumi Sabah, InsyaAllah.

-beberapa gambar akan saya masukan dalam masa terdekat-

wuzere: Semalam tidur lewat siapkan 'Slide Show' Yayasan Amal Malaysia Sabah bersama-sama dengan saudara Maslin (ahli kelab Islah Politeknik). Nantikannya untuk dilancarkan malam nanti..

Friday, July 17, 2009

Uyghur: Muslim ditindas, apa tindakan kita?

Mungkin persoalan ini telah lama menjadi tanda tanya kepada kita. Malah jawapannya telah pun kita sedia maklum. Bagi saya, satu sahaja cara untuk mengembalikan maruah umat. Itulah 'Khilafah Islam'. Maka menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk berjuang untuk menegak kembali 'Khilafah Islam'. Malangnya, umat Islam malah yang telah menerima tarbiah islami pun kadangkala gagal untuk menyusun saff ke arah pembinaan tersebut. Mungkin bagi mereka, cukuplah setakat aku dah ada kerjaya, ada gaji, ada anak isteri, ada rumah, ada kereta dan lain-lain lagi. Buat apa susah-susah nak melibat kan diri dalam kerja-kerja pembinaan 'Khilafah Islam'.

Gambar ehsan 'Abunuha.wordperss.com

Petang tadi setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid SDA, Kota Kinabalu, Dewan Pemuda PAS bersama-sama umat Islam telah mengadakan demontrasi bantahan terhadap kebiadapan kerajaan China yang menindas kaum minoriti Islam dari etnik Uyghur. Sebelum dari itu, mimbar khutbah yang telah disampaikan oleh Ust. Anuar telah menyentuh kezaliman terhadap umat Islam diseluruh dunia. Apa yang berlaku ini adalah akibat dari kelekaan umat Islam dan penyakit 'wahham' yang melanda umat Islam masa kini.

Antara umat yang bersama-sama dalam batahan selepas solat jumaat tadi


Mungkin 'Khilafah Islam' tersebut tidak terbina di depan mata kita, tetapi cukuplah batu-batanya telah pun kita letak sebagai tanda jawapan kepada pertanyaan Allah nanti.. Allahuakbar!!

Monday, July 13, 2009

PROGRAM PEMBAIKPULIH DAN MEMBINA TANDAS SURAU KG. LOBOU, KOTA KINABALU

Kg. Lobou, adalah sebuah kampung yang terdiri dari penduduk muslim yang kebanyakannya adalah muallaf.

Keadaan Surau Kg. Lobou

Gotong-royong surau kampung ini melibatkan pembaik pulih pagar, laman surau, longkang, sistem paip dan tandas. Ia juga bagi memberi kemudahan kepada pelajar PASTI yang menggunakan sebahagian dari surau ini sebagai kelas. Untuk makluman, pelajar PASTI ini juga terdiri dari anak keluarga non-muslim.

Kelas PASTI Kg. Lobou

Berikut adalah maklumat sumbangan yang diperlukan:-

Pasir- RM 400.00

Batu Kecil- RM 60.00

Batu bata- RM 300.00

Mangkuk tandas- RM 150.00

Simen- RM 400.00

Playwood- RM 100.00

Paip PVC Putih- RM 200.00

Kayu- RM 70.00

Paku- RM 20.00

Zink- RM 350.00

Kepala paip plastik- RM 20.00

Pintu tandas- RM 100.00

Cat dan peralatan- RM 130.00

Jumlah Keseluruhan: RM 2350.00

Lokasi tandas dan tempat wuduk wanita

Longkang dan paip wuduk

saluran air buangan

Unit Amal kawasan Kota Kinabalu mengalu-alukan sumbangan dari pihak penyumbang yang budiman bagi menyiapkan segala kelengkapan sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan nanti.

Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi:

016-8311134 (sahruddin)

013-5305244 (saifuddin)

Sumbangan mangsa kebakaran


Bismillah...

05 Julai 2009 : jam 10.00 pagi saya bertolak ke Kelombong, Kota Kinabalu bersama seorang anggota Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah iaitu Ust. Redwan ( setiausaha ) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku 3 hari lepas.

Bunga - bunga juga turut terbakar

Ust. Yahya meneragkan sesuatu kepada Tn. Hj. Khairan turut diperhatikan oleh Ust. Fawwaz

Turut hadir rombongan YAM ialah Tn. Hj. Khairan (Pengerusi YAM), Ust. Fawwaz (ketua Biro Kemanusiaan & Relif) dan dibantu Oleh Ust. Yahya yang rumahnya berhampiran dengan lokasi kebakaran.

Khemah sementara

Lokasi kebakaran adalah berhampiran dengan Taman BDC, kelombong. Satu deret rumah panjang 8 pintu yang dihuni oleh beberapa keluarga pekerja nursery ( landskip untuk bunga-bunga) hangus terbakar. Penghuni pula terdiri daripada pekerja - pekerja warganegara dan warga asing dan ada yang beragama Islam dan non muslim. Sempat juga saya menemu ramah seorang mangsa, saya bertanyakan adakah ada mana - mana pihak yang datang membantu. Dia menjelaskan ada seorang orang putih datang mendapatkan senarai barang - barang yang mereka perlukan, tapi sehingga hari ini belum datang lagi barang - barang tersebut.

Sumbangan disampaikan kepada mangsa kebakaran

Alhamdulillah, atas dasar kebajikan dan kemanusiaan YAM Cawangan Sabah telah menyumbangkan sumbangan yang berbentuk barang - barang dapur dan pakaian - pakaian. Pengerusi YAM sempat juga memberikan kata - kata semangat kepada pekerja yang ditimpa musibah ini dengan bersabar apa yang berlaku dan sentiasa bermuhasabah diri agar dapat meneruskan kehidupan dengan memohon hidayah kepada Allah SWT.

"BERAMAL KERANA ALLAH"

Sekian.

Sunday, July 12, 2009

Cinta di rumah Hassan Al-Banna

Sumber: http://mujahideen-islam.blogspot.com/

Penulis kali ini membuka satu perkongsian ilmu tentang seorang syuhada, murabbi, da'ie dan pejuang Islam yang agung abad ini iaitu Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Semenjak penulis dipilih oleh ALlah untuk merasai nikmat bergerak dalam jamaah Islam, penulis sering tertumpu kepada pembacaan hasil-hasil karya as-syahid seperti risalah Ta'alim, Ke Mana Kita Menyeru dan sebagainya. Apabila penulis membaca karya2 as-syahid, maka penulis amat2 mengagumi pemikiran luar biasa yang ada pada diri as-syahid. Namun, apa yang penulis nak mengetengahkan di sini tentang keperibadian Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan pada masa yang sama as-syahid juga seorang da'ie, penulis nak berkongsi ilmu bagaimana perilaku as-syahid di rumah ketika bersama keluarganya kerana ada hadis Nabi s.a.w yang di antara maksudnya ,"Dirimu mempunyai hak, keluargamu mempunyai hak".

Jika merujuk kepada penafsiran hadis ini, maka kita dapat mengetahui bahawa RasuluLlah saw menerangkan jangan biarkan diri kita membuat ibadah dengan mengabaikan langsung hak diri dan keluarga, bahkan sepatutnya ibadah kita kena seiring dengan penjagaan hak diri dan keluarga. Seperti mana satu hadis Nabi saw yang mengisahkan ada 3 orang para sahabat yang berjumpa Nabi dan menyatakan mereka ingin berpuasa tapi tidak mahu berbuka seumur hidup, tidak mahu berkahwin seumur hidup, dan mahu ber'Qiamullail' dengan tidak tidur seumur hidup. Tetapi RasuluLlah menegah dari berbuat demikian kerana ia menzalimi diri n menafikan hak diri. Cuma di sini, penulis sering terfikir dan mengamati sahabat2 yang telah berumahtangga bagaimana mereka dapat membahagikan masa antara keluarga dengan dakwah, adakah mereka dapat menghabiskan masa bersama2 keluarga mereka?? Itu persoalan yang berada di benak fikiran penulis. Bagi penulis yang masih belum mencapai 'darjat' itu, penulis rasa bersyukur kerana masih mudah bergerak sebab tiada komitmen seberat itu.

Jika merujuk kepada buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna", buku ini menceritakan tentang keperibadian As-Syahid Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan juga da'ie. As-syahid tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutama anak2nya iaitu Wafa', Saiful Islam, Tsana, Ir.Roja dan yang masi dalam kandungan iaitu Istisyhad. Apa yang ditekankan oleh as-syahid adalah hal ehwal anak2nya dari segi pentarbiyyahan dengan mendidik anaknya antaranya mengaji, dan membuat perpustakaan di rumah. Apa yang paling menyentuh hati penulis apabila as-syahid amat menitikberatkan mencatat sendiri rekod perkembangan anak2nya dari segi pelajaran, kesihatan dan dokumen2 penting sebagai rujukan as-syahid.

Dari segi hukuman pula, Saiful Islam berkata bahawa hukuman yang paling berat dikenakan oleh as-syahid terhadap beliau adalah ditarik telinga pada waktu pagi atas kesalahan yang beliau lakukan dan pada waktu tengaharinya, as-syahid menelefonnya dari pejabat untuk berdamai dan menenangkannya. Bagi as-syahid, hukuman bukanlah satu bentuk pentarbiyyahan yang baik tapi ia adalah semata2 untuk menyedarkan si anak bahawa diri si anak telah membuat kesilapan.
Tentang keperluan dapur, as-syahid sendiri akan mencatat barang keperluan yang hendak dibeli dan menyerahkan senarai barang itu kepada seorang sahabat ikhwan yang mempunyai kedai runcit untuk menyediakan barang2 keperluan tersebut. Jika anak2nya cuti sekolah pula, maka as-syahid akan membawa anak2nya bersiar2 ke utara.

Itulah serba ringkas diantara keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah yang saya ambil sedikit dari buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna" dan beliau sesungguhnya telah berjaya mengamati, memahami dan menyelami hadis Nabi yang penulis nyatakan tadi. Keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah harus diambil sebagai panduan kerana keperibadian inilah yang telah hilang dari kebanyakan para2 da'ie yang bergelar ayah.

"Sesungguhnya seorang ayah itu adalah pemimpin bagi isteri dan anak2nya" kerana lahirnya pemimpin itu dari tiga cara iaitu:

1) Pemimpin yang mencetak dirinya sendiri.
2) Pemimpin yang di angkat kerana keadaan.
3) Pemimpin yang memang dihantar oleh ALlah swt.

Tuesday, July 7, 2009

Haneyya: Wajib berusaha hidupkan isu al-Quds.

Isnin , 06/07/2009 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya menyambut kedatangan satu delegasi daripada ‘jawatankuasa menghidupkan al-Quds sebagai bandar kebudayaan Arab’ dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Beliau juga menegaskan kepentingan al-Quds dan kemestian untuk berusaha mempertingkatkan aktiviti bagi menghidupkan isu al-Quds pada peringkat dunia Arab dan antarabangsa.

Haneyya berkata dalam satu kenyataannya pada hari Ahad (5/7) kepada Pusat Media Palestin bahawa Palestin adalah kompas sebenar yang menghimpunkan seluruh rakyat Palestin. Dalam masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa tersebut pada semua bidang dan peringkat sama ada tempatan, serantau dan antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa tersebut dan memberikan taklimat agar segala aktiviti jawatankuasa itu hendaklah dipermudahkan serta dibekalkan dengan segala keperluan bagi menjayakan projek membina bandar kebudayaan Arab itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir


Doa sentiasa mengiringi perjungan di PALESTINE!!

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD