HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Tuesday, June 30, 2009

Jamuan 'Makan Malam Amal' Bersama Azhan Atan

(Sila 'Klik' pada Poster untuk melihat dengan jelas)


MAKAN MALAM AMAL BERSAMA

AZHAN ATAN

(Juara Akedemi Nasyid)


Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)

Masa : 8.30 mlm - 11.00 mlm

Tempat : Sinar Mustika, Putatan

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

http://www.sabah.org.my/amalsabah/

Sunday, June 21, 2009

Pengajian yang menyuntik roh perjuangan

20 dan 21 hb Julai baru-baru ini telah diadakan majlis ilmu yang jarang-jarang diperolehi. (maksud penulis pengajian yang menyuntik roh perjuangan) Majlis Pengajian Hadith 40 yang dianjurkan Pas Kawasan Putatan telah memberi banyak manfaat kepada ramai pencinta-pencinta majlis ilmu sekitar Pantai Barat Sabah. Ust Zainul Asri yang lebih dikenali 'Pak Long' di Kedah telah memenuhi jemputan kali ini. Penulis secara pribadi mengenali 'Pak Long' sejak 2001 lagi yang mana pada ketika itu hadir ke Tamrin di Pondok Lada, Kedah. Pertemuan kali ini merupakan pelengkap kepada rindu untuk mendengar kuliah dan pengisian dari beliau. Alhamdulillah, kesempatan bertemu dengan beliau penulis berkelapangan untuk membawa beliau membeli sedikit buah tangan kepada keluarganya di Kedah.

Pada hari kedua pengisian 'Akidah Perjuangan' dan 'Halangan Perjuangan' menjadi santapan kepada pemuda-pemuda. Walaupun semasa pengajian dahulu telah biasa dengan pengisian sebegini, namun 'refreshment' rohani diperlu, bagi menyuburkan agenda dakwah. Gerakan PAS yang berasaskan akidah tidak mudah dijual beli dengan kemewahan dunia. Para pengkaji politik melihat ini suatu yang aneh di dalam dunia politik PAS. Ini pernah dibuktikan oleh PAS ketika memerintah Kelantan dengan hanya 1 kelebihan kerusi. Itulah bukti Akidah Perjuangan PAS.

Menurut beliau, jihad tidak akan sempurna dengan pengorbanan. Generasi lama di Kedah telah membuktikan semangat jihad ini sehingga sempurna janji Allah untuk memberi kemenangan di Kedah baru-baru ini. Perjuangan jangan menunggu sehingga diri sempurna, tetapi dengan berjuanglah diri akan menjadi sempurna. Begitulah antara pengisian beliau.



Moga bertemu lagi di lain masa.

Friday, June 19, 2009

Oleh :
Al-Ustaz Sheikh Muhammad Zainul Asri Ramli Al-Kedahi
(Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Hadith & Penyarah Kolej Islam Darul Ulum Kedah)

Tempat
:
Surau Riadhus Solehin, Taman Austral, Putatan

Tarikh :
20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa :
8.00 pagi - 5.30 petang

Hubungi Urusetia :
012-4935689
019-9805689

Monday, June 15, 2009

Perjanjian yang merugikan!

Pengalaman sejarah telah mengajar kita tentang mengapa kejatuhan Tanah Melayu ditangan penjajah. Penulis pernah melontarkan pandangan tentang perkara tersebut sebelum ini (lihat DISINI). Sejarah seharusnya menjadi pengajaran kepada umat Melayu tentang kekalahan mereka dalam mempertahankan tanah air suatu masa dahulu. Sekiaranya kita lihat, penjajah pada ketika itu merupakan suatu kuasa yang kuat, tetapi kita tidak menafikan juga bahawa para pejuang Melayu pada ketika itu memiliki semangat jihad yang tinggi serta berkemampuan untuk menghalau penjajah keluar dari bumi Tanah Melayu. Tetapi dimanakah silapnya? Ays Syahid Dol Said dan Ays Syahid Mat Salleh merupakan contoh kekalahan pejuang dalam mempertahankan tanah air. Sekali lagi penulis bertanya, dimanakah silapnya?

Silapnya ada pada PERJANJIAN. Lihatlah bagaimana Ays Syahid Dol Said dan Ays Syahid Mat Salleh mengadakan perjanjian dengan penjajah ketika mana mereka memenangi beberapa peperangan dengan penjajah. Mereka menyangka dengan memenangi beberapa kali peperangan, menandakan penjajah sudah mengalami kekalahan mutlak (lemah). Silap! Inilah silapnya, mengadakan perjanjian damai dengan pihak yang kuat. Musuh yang disangka lemah sebenarnya menyediakan jarum-jarum beracun bagi memecah-belah kesatuan pejuang, yang akhirnya membuatkan mereka mengalami kekalahan ditangan penjajah. Penulis meletakkan teori perjanjian dengan pihak musuh seperti berikut:-

1. Ketika musuh kuat.
Perjanjian hanya bagi meredakan keadaan untuk mencari kekuatan.

2. Ketika musuh terdesak.
Jangan sesekali mengadakan rundingan damai.

3. Ketika musuh lemah.
Adakan perjanjian damai yang rapuh.

4. Ketika musuh lumpuh.
Adakan PERJANJIAN DAMAI

Persoalan yang ingin penulis lontarkan disini, diperingkat manakah UMNO berada?


UG: Bahaya peluru yang tersasar

Pada pandangan penulis, polimik profesonal vs ulama merupakan isu yang dicipta oleh musuh. Oleh itu seluruh anggota jamaah perlulah berhati-hati di dalam membicarakan persoalan ini. Rentak dan gendang musuh janganlah menjadi tarian kita. Jika tidak, pasti kita akan lemah dan kucar-kacir. Dalam membicarakan soal UG, isu pokok yang seharusnya diselesaikan, bukannya ranting-ranting yang yang dibicarakan.

Contohnya, persoalan pokok di dalam isu UG ini adalah idea penubuhannya, maka bincanglah isu tersebut dengan semangat ilmiah dan persaudaraan. Tetapi janganlah yang diserang itu 'ulama' atau 'profesional' atau 'aktivis'. UG adalah pokok kepada timbulnya pelbagai polimik sekarang. Maka pada pandangan penulis, selagi peringkat atasan (pimpinan) tidak menyelesaikannya, maka banyaklah lagi peluru yang tersasar. Umpamanya di dalam sesuatu peperangan, bila anggota kucar-kacir, peluru yang tersasar ini tidak lagi mengenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Itulah bahaya peluru yang tersasar.

Friday, June 12, 2009

Hari-hari terakhir bersama Bro Nasirin

Semalam (12hb Jun) merupakan hari terakhir bersama bro Nasirin. Ini adalah kerana beliau kini akan memulakan tugas baru beliau di Seberang Perai. Sumbangan beliau di bumi Sabah selama hampir 6 tahun telah meninggalkan kesan yang baik terhadap perkembangan dakwah dibumi Sabah. Beliau yang jaga pernah mendapat Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan Sekolah-Sekolah Men. Teknik adalah seorang individu yang menyerahkan segala masa, tenaga dan harta untuk kerja-kerja dakwah. Penglibatan beliau di dalam gerak kerja 'Sahabat Bible' telah banyak menyedarkan pelbagai pihak sehinggakan ada yang telah memeluk Islam di hadapan beliau.

Seorang 'Saudara Baru' yang mengucap dua kalimah syahadah dihadapan beliau

Secara peribadi, penulis berasa amat kehilangan seorang regu di dalam mencari rentak dakwah di bumi Sabah ini. Ini adalah kerana beliau antara sahabat yang sentiasa disamping ketika berada di jalan dakwah. Antara kenangan penulis bersama beliau adalah ketika bermusafir bersama-sama ke Tawau semasa penamaan calon PRU ke-12 dahulu. Beliau juga menjadi Pen. Pengarah 'Malam Bersamamu Palestin' (anjuran Yayasan Amal Malaysia, Sabah) awal tahun lalu ketika penulis menanggung amanah sebagai Pengarah Program. Beliau juga banyak mengajar penulis tentang erti pengorbanan, kehadiran baliau ketika usrah dan mesyuarat bersama-sama anaknya (wafiy comel) yang ketika itu berusia 3 bulan telah menginsafkan penulis tentang erti kesabaran. Beliaulah yang membancuh susu dan menidurkan anaknya semasa usrah atau mesyuarat pemuda berlangsung. (untuk makluman, beliau bukanlah seorang anggota JIK semasa dikampus UITM dahulu, malah hidup beliau bergelumang dengan jiwa remaja yang inginkan kebebasan. Tetapi Allah s.w.t memilih hamba-hambaNya yang ikhlas untuk berubah) Begitulah saudara Nasirin yang penulis kenali dan berikut adalah gambar kenangan bersama beliau.

Bengkel Perancangan Strategik DPPNS
.
Bersama mengendalikan malam Jambori Amal di Nunuk Ragang
.
Bersama-sama di perarakan penamaan calon di Tawau
.
Mempengerusikan Mesyaurat Agung Pemuda Sepanggar (beliau adalah bekas s/u Pemuda Sepanggar)
.
Kenangan di Masjid Al Amal, Kg. Luanti semasa perjalanan ke Muktamar Pemuda baru-baru ini (posing di belakang kereta kami masing-masing)
.
Majlis perpisahan di Surau Flat Persekutuan sebelum berangkat keesokannya
.
Saat-saat akhir di KKIA sebelum berangkat (ulfah pun sibuk nak bergambar)
.
Boleh membaca kisah hidup beliau diblog: http://inksensei.wordpress.com/

Thursday, June 11, 2009

Rehlah bersama Bonda

Kehadiran bonda ke Sabah dari 2hb - 12hb Jun baru-baru ini meninggalkan seribu kenangan indah bersama. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa gugur dosa-dosa apabila memandang wajah ibu.

Saturday, June 6, 2009

PAS Perak desak henti rundingan dengan Umno

Sumber: http://alhusseyn51.blogspot.com/
Oleh: Abdul Rahim Sabri Jun 6, 09 5:38pm

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13.

"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat.

"Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.

Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".

Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.

Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.

Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian.

"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.

Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penulis: Walau siapa pun pimpinan, kami akan serahkan wala' kami. Namun untuk melihat UMNO menjadi teman perjuangan 'jauh panggang dari api'. Melainkan mereka tunduk kepada ISLAM.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD