HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Sunday, May 31, 2009

SPM 10 Subjek: Memutar Masa ke Belakang

Salam perjuangan..

Keadaan sekarang memerlukan Sistem Pendidikan Negara dikendalikan oleh golongan cendiakawan & intelektual. Ini kerana, para cendiakawan dan intelektual bertindak di atas kewarasan dan kajian Ilmiah. Namun, apa yang berlaku sekarang, sistem pendidikan negara telah dikendalikan sepenuhnya oleh tangan-tangan politik. Maka tidak hairanlah berlakunya perkara-perkara diluar kotak fikiran (tindakan bodoh) yang menyebabkan kicar-kacirnya perlaksanaan sistem pendidikan negara. Beberapa tindakan bodoh kerajaan seperti PPSMI dan yang terbaru menghadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran sahaja hanya akan merugikan kebangkitan intelektual dikalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Menghadkan 10 subjek bukanlah penyelesaian kepada masalah pembiayaan biasiswa. Mungkin banyak lagi cara lain yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, badan-badan pembiayaan biasiswa hanya dibenarkan membiayai biasiswa dengan merujuk kepada 10 subjek teras sahaja bagi setiap aliran. Manakala subjek selebihnya dijadikan sebagai kaedah persaingan sihat dikalangan pelajar.

Alangkah malangnya pelajar di Malaysia, dalam keadaan masyarakat dunia yang sedang berkembang di era globalisasi ini, sebaliknya pelajar Malaysia telah di sekat dari menguasai kepelbagaian cabang ilmu, ini sangat merugikan negara dan umat. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mengambil aliran agama, sudah pasti tidak akan dapat mengambil subjek pure science kerana terikat dengan peraturan bodoh ini (terhad kepada 10 subjek sahaja). Maka akan berlakulah pemisahan ilmu, yang mana pada 50 tahun dari sekarang, kita akan menyaksikan lahirnya golongan-golongan intelektual yang buta tentang kensep 'Kesepaduan Ilmu'.

Persoalannya sekarang, kemana para cendiakawan-cendiakawan negara di dalam menganalisa isu ini? Kenapa tiada seorang pun yang tampil memberi pandangan terhadap tindakan bodoh kerajaan ini?

Thursday, May 28, 2009

Mamak, roti telur satu..!

"Mamak, roti telur satu.." minta rakan penulis semasa kami makan petang di salah sebuah restoran mamak. Pada asalnya penulis juga ingin memesan, tetapi membatalkan hasrat tersebut.

Memilih makanan yang halal dan bersih

Memilih makanan yang halal merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam. Kewajipan tersebut bukan sahaja dilihat dari segi kandungan bahan makanan tersebut tetapi juga termasuk bagaimana ianya disediakan. Namun begitu, dari pemerhatian penulis, perkara ini kurang diambil peduli oleh umat Islam, malah ada juga dikalangan umat Islam yang langsung tidak ambil peduli. Berikut adalah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam di dalam soal pemakanan.

1. Memakan telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak atau goreng.
2. Makanan yang disediakan oleh orang yang tak berakhlak.
3. Makan di kedai yang dimiliki oleh 'non muslim'.
4. Membeli ayam dipasaraya-pasaraya besar yang tidak dikenal pasti siapa penyembelihnya.

Berikut hanyalah sedikit perkara tentang pemakanan yang dapat penulis senaraikan. Selebihnya penulis merasakan pembaca diluar sana lebih banyak menyaksikan ragam umat Islam di dalam soal pemakanan mereka.

Sunday, May 24, 2009

Gelanggang Silat diBuka (update)

Salam perjuangan,

Kalau zaman dahulu, keperwiraan panglima dan pandekar melayu diukur sejauh mana pandekar tersebut berani menerima tawaran untuk beradu tenaga di dalam gelanggang. Setelah gelanggang dibuka maka disanalah perwira menunjukan kehebatan masing-masing. Kelincahan menjadi taruhan dalam menentukan siapakah pandekar yang sebenar. Kini, gelangang silat bukanlah lagi menjadi lapangan keperwiraan dan kelaksamanaan seseorang pendekar, gelanggang tersebut telah bertukar kepada gelanggang berhujjah dan berdebat di dalam mencari kebenaran. Sekiranya mahkamah tidak mampu mencari penyelesaian, kuasa rakyat melalui pilihanraya menjadi medan berhujjah dan berdebat dalam menentukan sifat keberanian. Namun UMNO, apabila gelanggang silat dibuka di Penanti, para pandekar dan laksamana yang mengaku 'melayu' menjadi kecut untuk beradu tenaga. Pandekar apakah mereka ini? Panglima dari manakah mereka ini?

Dengan izin Allah s.w.t, satu lagi gelanggang dibuka buat UMNO di Manik Urai. Nampaknya sahutan cabaran untuk beradu disana disahut oleh UMNO. Tapi yang pastinya, umpama pergi ke gelanggang dengan hanya mempunyai ilmu (senjata hujjah) sejengkal cuma. Pasti akan kecundang dengan tusukan hujjah, yg pasti akan menyebabkan mereka tersembah di bumi akibat kelemahan diri. 'Gelanggang Manik Urai' dibuka buat UMNO untuk mereka menginsafi keegoan dan keangkuhan mereka.


Nostalgia era 60an - 90an masih menjadi mimpi indah UMNO/BN

Apabila membicara tentang nostalgia, pastinya kenangan-kenangan indah yang terpahat di minda dan hati. Kenangan-kenangan tersebut pasti akan menjadi catatan sejarah yang paling manis dalam hidup. Namun apakah kenangan atau nostalgia indah UMNO/BN pada era 60an - 90an? Kenangan apakah yang paling meninggalkan nostalgia pada UMNO/BN? Berikut adalah sedikit nostalgai indah yang dapat penulis agak:-

1. Menahan sesiapa tanpa bicara tanpa ada bantahan dari mana-mana pihak.
2. Menyebarkan berita palsu tanpa ada mana-mana media alternatif untuk menjawab.
3. Melayan tahanan-tahanan lokap dengan zalim dan tidak berperikemanusiaan tanpa ada pembelaan dari mana-mana pihak.
4. Mengugut rakyat dengan pelbagai cara tanpa ada tentangan dari rakyat.

Penulis sekadar menyenaraikan beberapa kenangan indah UMNO/BN sekitar era 60an - 90an. Mungkin nostalgia ini masih menguasai UMNO/BN kini tanpa memahami bahawa kita telah berada di era 'melinium' yang mana masyarakat telah memahami hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Mungkinkah nostalgia indah UMNO/BN akan berada di muzium negara suatu masa nanti. Kebarangkalian itu ada, kerana dengan izin Allah s.w.t, kebenaran pasti akan meleyapkan kebatilan!


PKM, LTTE dan UMNO

Perjuangan Parti Komunis Melaya telah lama berkubur. Walaupun masa telah berlalu sekian lama tetapi parut kekejaman komunis masih kelihatan sehingga sekarang. Kekejaman komunis tidak dapat lagi dinafikan oleh mana-mana pihak. Perjuangan bersenjata PKM yang membawa ideologi komunis merupakan punca kebejatan mereka. Walaupun niat dan tujuan mereka menentang Jepun dan British baik, tetapi muncung senjata mereka dihalakan kepada penduduk yang tidak berdosa. Inilah wajah sebenar PKM, walau apa jua niat, tujuan dan cita-cita mereka rakyat menjadi mangsa kekejaman PKM.

Manakala perjuangan LTTE yang bermatlamatkan untuk memperolehi kuasa autonomi bagi kaum Tamil di Sri Langka juga menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan komunis. Walaupun mereka tidak menganut ideologi komunis, tetapi perjuangan yang menumpahkan darah penduduk yang tidak berdosa bukanlah tiket untuk mencapai matlamat. Muncung senjata tidak lagi mengenal yang mana musuh dan yang mana penduduk. Kekejaman mereka terhadap rakyat Sri Langka seringkali menjadi tatapan masyarakat dunia, sehinggakan masyarakat minoriti Islam yang tidak terlibat di dalam pertikaian turut menjadi mangsa.

UMNO yang ditubuhkan melalui kerjasama penjajah British, asalnya bermatlamatkan untuk memperolehi kedaulatan sebuah negara. Namun perjuangan tersebut telah dicemari oleh tangan-tangan yang tamak dan haloba terhadap kuasa. Hasil dari sifat ini, rakyat telah menjadi mangsa, cuma perbezaannya bukanlah darah yang menjadi taruhan, tetapi pengkianatan terhadap agama, bangsa dan negara yang menjadi taruhan.

PKM dan LTTE telah menjadi contoh berkuburnya sebuah perjuangan yang telah menyeleweng. Ianya terjadi apabila rakyat dijadikan mangsa untuk mengejar matlamat. Penulis sangat berharap UMNO tidak lagi menjadikan rakyat sebagai sasaran mereka. Sekiranya terus juga menjadikan rakyat sebagai mangsa, pasti nasib seperti PKM dan LTTE akan terjadi kepada UMNO.

Friday, May 22, 2009

Tahniah UMNO..!!

UMNO memang patut kena maki
Sebenarnya sengaja penulis tidak menulis apa-apa tentang UMNO sejak dari rayuan tempoh hari, bukan malas tapi meluat dengan gelagat UMNO yang nyawa-nyawa ikan tapi mengaku kuat. Entah apa lagi pengajaran yang perlu diberikan pada UMNO. Mungkin betul juga kata seorang kawan penulis 'dapat pahala kalau kita maki UMNO'. Mula-mula rasa kaget juga dengan kata-kata sedemikian, tapi kalau dah hukum Allah pun mereka boleh persenda, apatah lagi hukum ciptaan mereka sendiri (perlembagaan). Maka logik juga kata kawan penulis tersebut, 'Maki UMNO dapat pahala'.

Hakim di bawah pengaruh..?
Mungkin institusi kehakiman Malaysia 'Standart Dunia Ke-3'. Rakyat yang buta undang-undang pun boleh nilai kebenaran dan kebejatan, namun hakim yang ada ilmu undang-undang, tetapi buta mata hatinya. Memang benarlah kata Rasulullah s.a.w bahawa sebelah kaki hakim berada di NERAKA.

Nizar tetap dihati rakyat
Penulis yakin bahawa segala apa yang berlaku sedang diperhati oleh rakyat Perak dengan penuh keazaman bahawa UMNO bakal dikuburkan pada mana-mana pilihanraya samaada PRK atau PRU. Ir Nizar akan menjadi ikon kekejaman dan kezaliman rampasan kuasa di Perak. Nizar tetap dihati rakyat.

Tuesday, May 19, 2009

Apabila perjuangan dikuasai oleh nafsu

Bukan mudah untuk mengaku seorang pejuang, kerna modal seorang pejuang adalah pedih, sakit, pengorbanan dan kesabaran. Namun dek kerana perjuangan yang masih dikuasi oleh nafsu, modal itu tidak kita keluarkan. Pada sesetengah situasi, kita akan berperang dengan nafsu apabila ingin menunaikan tanggungjawab perjuangan, contohnya:

1. Kalau ditugaskan untuk berkursus (tugas pejabat), kita jarang mengeluh walaupun melibatkan seminggu outstation. Tetapi hati akan memberontak sekiranya terpaksa ke program-program jamaah walaupun hanya melibatkan satu malam.

2. Kita mudah keluarkan kewangan untuk keperluan kereta (aksesori), perhiasan rumah, berbelanja untuk mengisi perut dan sebagainya. Tetapi hati akan memberontak sekiranya terpaksa alirkan wang semata-mata kerana terlibat dalam perjuangan.

3. Kita akan gembira untuk hadir ke mana-mana majlis perhimpunan awam (kenduri, pasar hari, sambut pemimpin kerajaan dan lain-lain). Tetapi hati akan memberontak untuk hadir ke ceramah-ceramah umum, himpunan dan sebagainya, dengan pelbagai alasan.

Begitulah apabila perjuangan dikuasai oleh Nafsu.. (LINK)

Sunday, May 17, 2009

Diploma Pengajian Islam: Universiti Malaysia Sabah







Salam perjuangan..

17 Mei 2009, maka tamatlah pengajian penulis di UMS di dalam kursus Diploma (Postgraduate) Islamic Studies. Sepenuh kesyukran kehadrat Allah s.w.t kerana memberi kekuatan untuk menamatkannya. Walaupun ada ketika terasa seperti tidak berupaya untuk menghabiskan sisa-sisa semester. Petang tadi setelah tamat kertas 'Kajian Sunnah, Bidaah dan Khurafat penulis telah berkesempatan untuk merakamkan gambar bersama teman-teman sekelas. Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang sudi mengajarkan kami ilmu-ilmu yang kami tidak ketahui.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus ini, boleh lihat di SINI.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
buat:
Ibu Tersayang (guru pertama dalam kehidupan)
bekas guruku di:

Sekolah Kebangsaan Tg. Piandang, Perak
Sekolah Agama Syamsul Maarif, Tg. Piandang, Perak
Sekolah Men. Abu Bakar Al-Baqir, Bagan Serai, Perak
Maktab Tentera Diraja, Sg. Besi, Kuala Lumpur
Universiti Tun Hussein Onn, Bt. Pahat Johor
Universiti Malaysia Sabah

juga guru-guru perjuangan:
Ust Baharun
serta naqib-naqib

Tuesday, May 12, 2009

Ciri dan Sifat Yahudi

Banyak sifat-sifat jelek Yahudi dinyatakan di dalam Al-Quran, penulis cuba mencari di dalam carian Google. Beberapa sifat ini penulis paparkan di blog ini kerana ianya ada seakan-akan sama dengan sifat yang ada pada UMNO. Moga ianya menjadi renungan untuk bermuhasabah bersama.

Pertama:
Sombong dan takabbur, hingga mereka pernah diubah wujudnya menjadi kera yang hina. Allah Swt berfirman:

فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina

Kedua:
Di antara mereka terdapat permusuhan dan kebencian hingga hari kiamat. Allah Swt berfirman:

وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat (QS al-Maidah [5]: 64).

Ketiga:
Suka berbuat kerusakan di muka bumi. Allah Swt berfirman:

وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Dan mereka berbuat kerusakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan (QS al-Maidah [5]: 64).

Keempat:
Berbuat zhalim dan menghalangi manusia dari jalan Allah. Allah Swt berfirman:

فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا

Maka disebabkan kedzaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah (QS al-Nisa [4]: 160).

Kelima:
Suka memakan harta haram, seperti suap dan riba, padahal telah diharamkan kepada mereka. Allah Swt berfirman:

وَتَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ

Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram (QS al-Maidah [5]: 62).

وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ

Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil (QS al-Nisa [4]: 161).

Keenam:
Suka mendengarkan berita bohong. Allah Swt berfirman:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آَمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آَخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَذَا فَخُذُوهُ وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا

Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: “Kami telah beriman”, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: “Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah” (QS al-Maidah [5]: 42).

Monday, May 11, 2009

Kemenagan NIZAR: Pesanan Mursyidul Am PAS

sumber: cinaislam.blog

KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

NIZAR MB yang SAH

Detik 3.50 PM
ALLAHUAKBAR!!!
KEMENANGAN MILIK RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEADILAN DAN MENENTANG KEZALIMAN

MAHKAMAH MILIK RAKYAT

"kemenangan ini saya dan seluruh keluarga dedikasikan buat Pn. Laila, semoga kemenangan ini memberi suntikan semangat pada puan untuk meneruskan perjuangan bersama GMI di dalam menentang kezaliman ISA"

Keputusan Mahkamah Malaysia: Masih adakah lagi kridibiliti?


Setalah SPRM, PDRM, SPR dan segala-gala jentera kerajaan digunakan untuk membenam rakyat, maka bolehkah lagi Mahkamah menjadi benteng terakhir rakyat..?

Friday, May 8, 2009

Agenda Mansuhkan ISA adalah perjuangan Membumikan UMNO

Sign the Petition: Membantah ISA [DISINI]

Salam perjuangan,

Minggu ini agak keletihan kerana dalam suasana menghadapi peperiksaan akhir DPI. Sebentar tadi baru menamatkan paper 'Metodologi Dakwah' dan petang nanti akan menjawab paper 'Pengurusan Dakwah'. Alhamdulilah, mudah-mudahan preparation yang dibuat akan dapat menjawab soalan peperiksaan akhir nanti. Beberapa program terpaksa penulis cancel untuk menghadiri, antaranya semalam telah diadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Putatan, juga program PASTI di Tawau minggu depan pun terpaksa untuk tidak bersama-sama.

Kesempatan ruang yang ada, penulis ingin mempromosikan blog yang baru penulis temui. Lama juga sebenarnya penulis cuba mencari maklumat tentang kehidupan mangsa ISA. Melayari blog ini maka nyata dan teranglah bahawa akta ISA itu hanyalah untuk menfaat (politic milage) UMNO/BN. Keputusan membebaskan tahanan ISA sebelum ini dan yang akan datang hanyalah satu sandiwara politik bagi meraihkan sokongan, tetapi bukanlah atas dasar keinsafan manusiawi. Kehadiran PROWARIS yang menjadi proksi UMNO hanyalah 'lipstik' bagi memperlihatkan bahawa kerajaan yang ada sekarang sebenarnya membela bangsa Melayu dan atas dasar menjaga keamanan. Namun hakikatnya ISA hanya untuk melindungi pemimpin dan kerajaan UMNO/BN. Kebaculan dan kedayusan PROWARIS sebagai proksi UMNO nyata apabila mereka menolak hasrat GMI untuk berdebat isu ISA: HALAL vs HARAM dengan pelbagai alasan. Layarilah blog ini (http://lailagmi.blogspot.com/), saudara/i pasti akan menyelami hati nurani mangsa ISA yang bernama Pn. Laila. Dendam kesumat UMNO kerana ketabahan beliau dan peranan beliau di dalam GMI membuatkan suaminya yang telah ditahan selama 7 tahun masih lagi tidak dibebaskan. Marilah kita teruskan perjuangan ini, serta memahami bahawa agenda memansuhkan ISA adalah perjuangan membumikan UMNO.

Ruangan Terbaru: Buku Pilihan

Salam perjuangan..

Sebenarnya telah lama penulis ingin mewujudkan ruangan ini, Buku Pilihan adalah ruangan yang ingin penulis manfaatkan bersama pembaca diluar sana. Kesukaan penulis terhadap bahan bacaan bermula sejak penulis bersekolah rendah lagi. Bahan bacaan yang menarik perhatian penulis pada ketika itu ialah bahan berkaitan kisah 'sejarah' dan 'sains fiksyen'. Pernah satu ketika, Allahyarham ayahanda pernah membawa penulis ke salah sebuah kedai buku untuk membeli buku-buku latihan sekolah. Namun ada sebuah buku yang menarik perhatian penulis. Tajuk buku tersebut masih penulis ingat, iaitu 'Jejak Membara'. Buku yang diluarnya memaparkan gambar seorang tentera Jepun bersama pedang samurai itu telah membuatkan penulis sangat minat untuk memilikinya. Akhirnya atas keperihatian ayahanda penulis, beliau membelikan buku tersebut yang berharga RM28 (kalau tak salah). Buku tersebut mengisahkan perjuangan hidup sebuah keluarga di Singapura yang hidup di zaman penjajahan Jepun.

Seperti juga sahabat-sahabat yang lain, sehingga sekarang kedai buku merupakan 'pot panas' yang menjadi pantang pada penulis. Pantang jumpa! Tak kiralah dalam poket ada duit atau tidak pasti akan penulis singgah walaupun sekejab. Semasa di Batu Pahat dahulu, sebuah kedai buku terkenal di bandar Batu Pahat sering menjadi tempat penulis menghabiskan masa untuk mencari buku-buku yang menarik. Toko Bajrai kalau tak salah nama kedai tersebut. Oleh kerana sering kesana, pekerja kedai tersebut pun dah kenal dan pasti akan beri diskaun pada setiap buku yang penulis beli. Masih ingat lagi pesanan naqib pertama penulis. Beliau berpesan, sekiranya memperolehi duit biasiswa, pastikan RM50 diperuntukkan untuk membeli buku atau bahan bacaan bermanfaat. InsyaAllah, sehingga sekarang penulis akan sentiasa meyampaikan pesanan tersebut kepada anak usrah.

Buku Pilihan: Pesanan dan Peringatan

Kelebihan Toko Bajrai yang menjadikan penulis sering kesana ialah kerana kedai tersebut mempuyai ruang buku-buku dan kitab lama yang sudah tiada lagi dipasaran. Antara buku yang penulis sempat beli di Toko Bajrai ialah 'Pesanan & Peringatan', ditulis oleh Mustafa Masyhur. Buku terbitan Pustaka Salam ini dicetak pada tahun 1988. Pesanan & Peringatan adalah buku yang memberi jawapan terhadap Ikhwan Al Muslimin di atas beberapa persoalan tentang gerakan tersebut. Di dalam buku ini, Mustafa Masyhur cuba untuk menjawab beberapa persoalan penting iaitu:-

  1. Adakah setiap muslim wajib melalui jalan dakwah yang sedang anda (IM) lalui?
  2. Adakah setiap muslim wajib bekerja menegakkan negara Islam?
  3. Adakah usaha-usaha tersebut mesti dilakukan dengan berjamah?
  4. Mengapa Negara Islam tidak dapat ditegakkan oleh Jamaah Ikhwan, walaupun masa yang berlalu sudah lebih dari setengah kurun?
  5. Adakah Ikhwan boleh menegakkan daulah Islamiah sedangkan musuh-musuh Allah sentiasa memukul dan meruntuhkan apa yang dibina sejak dari awal lagi?
  6. Adakah Ikhwan bertopengkan agama dan disebaliknya mereka mempunyai tujuan-tujuan duniawi?
Buku yang bermuka surat 147 halaman ini juga memuatkan ucapan As-Syahid Imam Hassan Al Banna yang bertajuk "UNTUK PEMUDA MUSLIM YANG BERADA DIJALAN JIHAD". Buku ini sering menjadi bahan bacaan ulangan penulis diketika lemah dan tidak bertenaga di dalam mengharungi badai perjuangan. Walaupun berulang kali membacanya, tetapi kesegaran huraian Almarhum Mustafa Masyhur tidak menjemukan penulis untuk membacanya. Pada ruang, masa dan kemampuan yang ada tidak mampu untuk penulis menghuraikan keseluruahan buku ini. Tetapi cukuplah penulis katakan, bahawa buku ini ditulis menerusi kata-kata ikhlas seorang pejuang.

Thursday, May 7, 2009

Begitulah akhirnya sebuah drama...



"Keberanian Menzahirkan Kebenaran"

Wednesday, May 6, 2009

Faktor Pendesak: PAS tidak bersifat Ilmiah dan Pragmatik?

Salam perjuangan..

PAS sebagai Badan Dakwah dan Siasah

Pengenalan

Ramai yang masih keliru PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bergerak atas kapasiti pertubuhan politik. Ada juga yang menyangka bahawa PAS hanyalah semata-mata gerakan politik kepartian yang lebih memfokuskan kepada pilihanraya (memerintah) sebagai agenda utamanya. Namun penulis tidak menyalahkan pandangan sedemikian, kerana penulis bersangka bahawa mereka yang berpandangan sedemikian sebenarnya tidak terlibat secara langsung di dalam gerak kerja parti (jamaah) secara khusus dan konsisten. Penulis bermaksud mereka yang berpandangan sebegini mungkin datang dari kalangan yang tidak menjadi penggerak utama jamaah atau mungkin juga mereka ini terlibat di dalam menggerakkan parti (jamaah) tetapi tidak konsisten dengan tugas/amanah.

PAS dari sudut perlembagaan

Memahami perlembagaan PAS, akan menjadikan pendokong gerakan ini berasa gerun untuk menyatakan mereka adalah ahli gerakan Islam yang bernama Parti Islam Semelaysia (PAS). Penulis pernah menghuraikan serba sedikit tentang perlembagaan PAS diblog ini dahulu. Para pembaca boleh menelitinya semula diSINI.

PAS dari sudut gerakan siasah

Peranan PAS di dalam gerakan siasah (politik) negara dan antarabangsa sebenarnya tidak dapat dinafikan lagi. Sejak penubuhannya pada tahun 1951 PAS telah membuka gelanggang politiknya untuk masyarakat Malaysia khususnya. Walaupun ada kelemahan dan kekurangan, tetapi sekiranya kita menyelusuri perjalanan perjuangan PAS di persada politik negara pasti kita akan ketemu titik persamaan dengan perjuangan Rasulullah s.a.w.

PAS sebagai badan dakwah dan tarbiah

Kebenaran Islam berdasarkan hujah, maka atas dasar itulah PAS menggerakkan jentera dakwah dan tarbiah dikalangan ahli. Tidak dapat dinafikan lagi, setelah bertapak lebih 50 tahun sebagai badan politik yang sah, PAS masih mampu bertahan, malah berkembang pesat dan mendapat sambutan dari pebagai golongan. Ahli PAS terdiri dari nelayan, petani, peniaga, kakitangan kerajaan, pegawai atasan dan pembesar. Ahli PAS yang berlatarbelakang pelbagai ini merupakan cabaran besar buat PAS bagi menggerakkan usaha dakwah dan tarbiah. Mungkin mudah bagi sesetengah gerakan Islam yang ahlinya hanya dari golongan professional untuk menyatukan fikrah dan amal, tetapi bagi PAS dakwah dan tarbiah merupakan agenda sukar bagi mengukuhkan fikh dan amal dikalangan ahli. Namun itu bukan penghalang kepada agenda dakwah dan tarbiah PAS.

Kepentingan PAS menguasai ‘strategic post’

Perjalanan PAS di dalam usaha menguasai sesebuah negara (membentuk kerajaan Islam atau Negara Islam) bukanlah mudah. Perjalanan ini mungkin memakan masa yang lama dan memerlukan kesabaran dikalangan pemimpin dan pendokong. Menguasai ‘strategic post’ adalah suatu yang penting bagi kelangsungan pembinaan ‘Islamic State’. Ekonomi, Pendidikan, Perubatan, Khidmat Sosial, Kehakiman dan lain-lain merupakan ‘strategic post’ yang memerlukan ahli PAS yang bersedia dan berkemampuan untuk memikulnya. Kelahiran ‘Islamic State’ bukan sahaja melalui laluan politik, tetapi kelahirannya bersama-sama dengan penguasaan ‘strategic post’ yang penulis sebutkan tadi. Alhamdulillah, penulis melihat agenda tersebut berada di ‘track’ yang diharapkan. Cuma masa yang menentukan bila kelahiran itu akan terjadi.

PAS sebagai faktor pendesak

Kekeliruan disinilah kadang kala dilihat bahawa PAS sekadar parti (jamaah) yang mementingkan sentimen, tidak bersifat ilmiah, rasional dan pragmatik. Sekiranya PAS itu dilihat hanya dari sudut protes, demontrasi, memorandum, bantahan dan lain-lain, maka pastinya mereka akan menyangka PAS hanya sebuah parti (jamaah) yang berkarektor lemah, sentiasa diperbodohkan, dipijak, dan seolah2 tiada usaha yg lain. Ini kesilapan dan penyelewangan perspektif dikalangan masyarakat, sedangkan PAS memainkan peranan sebagai faktor pendesak. Analoginya faktor pendesak penulis huraikan sebegini, “di dalam sesuatu peperangan, faktor pendesak ini boleh diibaratkan sebagai ‘jet fighter’ yang mengebom pihak musuh dari udara. Maka apabila musuh mula kucar akibat dari pengeboman ini, maka bermulalah serangan ‘infantri’ dari pasukan angkatan tentera darat. ‘Infantri’ inilah kerja-kerja utama PAS! Infantri inilah yang dikenali sebagai dakwah, tarbiah, diskusi ilmiah, kebajikan, bimbingan dan lain-lain”. Maka apakah kita boleh mengatakan peranan 'faktor pendesak' ini tidak penting?

Penutup

Kekeliruan terhadap PAS adalah kerana gerakan ini hanya dilihat dari sudut makro, tetapi tidak di dalam komponen mikro. Seharusnya ahli PAS memahami bahawa kekuatan PAS berada dikalangan ahli yang komited dan bersedia memikul amanah yang terkandung di dalam perlembagaan PAS. Ahli PAS perlu meresap di dalam 'strategic post' hingga ke akar umbi bagi meralisasikan pembinaan kota Khilafah Islamiyyah yang di impikan.

UMNO: Jangan Pilih Jalan Hitam

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, sebuah filem terbaru Syamsul Yusuf sepatutnya menjadi pengajaran kepada UMNO/BN kerana mereka kini telah memilih jalan hitam untuk rakyat Malaysia. Kalau bohsia menggadaikan 'tubuh' untuk kenikmatan dunia, UMNO pula menggadai 'demokrasi' untuk kenikmatan dunia. Slogan 'OneMalaysia' hanya akan menjadi 'OneBlackMalaysia' sekiranya kerakusan UMNO/BN tanpa mengambil kira hak-hak rakyat di dalam sistem demokrasi di abaikan oleh kerajaan. UMNO/BN perlu ingat, segala yang mereka buat sedang diperhatikan oleh rakyat yang telah berkembang minda dan sumber maklumat.

Apa yang berlaku di Perak esok, merupakan satu lagi pencabulan hak-hak demokrasi yang kini menjadi perhatian rakyat untuk menghukum UMNO/BN pada mana-mana piliharaya kecil nanti. Manakala pada pilihanraya umum ke-13 nanti UMNO/BN pasti akan kehilangan kuasa sekiranya kerakusan menggadaikan 'demokrasi' ini terus menjadi agenda UMNO/BN.

wuzere: esok pakaian hitam menjadi pilihan utama..

Kasih anak dan ibu

Tak terungkap rasa pilu dihati membaca kisah hidup insan yang bernama Puteri Norashikin Salleh (7 tahun). Kehilangan seseorang yang dikasihi merupakan ujian yang paling besar bagi seseorang apatah lagi bagi seorang kanak-kanak yang mendambakan kasih seorang ibu yang sering memeluk dan membelai. Begitulah kisah hitam dan sedih yang perlu dilalui oleh adik Puteri Norashikin Salleh, baca DISINI. Kepada manusia yang bernama 'peragut', ingatlah Allah itu Maha Pembalas. Kepada pemerintah, anda akan berhadapan dengan soalan dari Tuhan kerana tidak melaksanakan undang-undang 'syari'ah' yang menjadi 'penggerun' kepada penjenayah.

Tuesday, May 5, 2009

Sang Murabbi: Membelah Denai Merintis Lembah

sumber: http://bayugunung.blogspot.com

Mengenali dua sosok ini, membawa saya membelek-belek semula sisa-sisa memori yang masih segar. Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Cikgu Muhd Nasir Ali dan Cikgu Anuar Ali, mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah merupakan dua tokoh kepimpinan yang menjadi icon kebanyakkan anak-anak muda gerakkan dakwah di sebe
lah Pantai Timur dan Pantai Barat.

Cikgu Anuar (kiri), Cikgu Nasir (kanan)


'Patah tumbuh hilang berganti', itulah pepatah yang agak sinonim apabila bertukar gantinya sesi kepimpinan, dari orang lama kepada orang muda. Orang lama biasanya kaya dengan pengalaman, manakala orang muda, penuh dengan idea segar dan semangat yang membara. Jalinan pengalaman dan idea antara orang lama dan orang muda jika dimanfaatkan sebaiknya sudah tentu mampu membawa kematangan dalam gerakkerja. Begitu sekali kuatnya ikatan, dekatnya kasih sayang antara orang lama dan orang muda seperti perumpamaan, jika tidak kerana bulan, tiadakan laut pasang dan surutnya.

Amatlah rugi, jika barisan kepimpinan anak muda yang mahu menyebarkan dakwah tidak dapat mencedok sedikitpun dari pengalaman orang yang terdahulu merintis jalan dakwah di Sabah ini. Oleh kerana saya hanya sempat melalui zaman 2 tokoh kepimpinan di Sabah ini, tidak bermakna saya tidak melihat kepada tokoh-tokoh dakwah yang lain. Hanya ini saja ruang pada kesempatan yang ada untuk menulis. Saya percaya ramai lagi....

Disebelah pantai Timur sana, siapa tidak kenal dengan Cikgu Nasir. Beliau merupakan 'Mursyidul Am' madrasah Persatuan Putera Puteri Islam Sabah. Insan berjiwa tarbiah ini, cukup tabah mendidik dan membentuk anak-anak muda remaja yang tiada asas kefahaman Islam, dari satu kepada dua kepada tiga, hinggalah lahirnya pemimpin-pemimpin muda di mana-mana kampus, kepimpinan di peringkat kawasan dan peringkat negeri. Inilah yang membuatkan saya kagum terhadap kemampuan beliau, mengasuh dan mendidik anak-anak Sabahan yang tidak pernah kenal jemu.

Tanyalah adik-adik PERPIS. "Siapa icon kepimpinan anda?

..."Cikgu Nasir", jawab mereka

Mengepalai Dewan Pemuda di Kawasan yang menjadikan DUN Merotai pada PRU ke-12
sebagai sasaran semestinya menjadikan beliau seorang yang sangat teliti dalam soal-soal pengurusan. Situasi gerakkerja yang semakin kompleks, sudah tentu, mengikut prosedur dan kekemasan sistem menjadi penekanan di mata beliau.

Disebelah pantai barat, siapa pula yang tidak kenal dengan cikgu Anuar Ali. Darilah petani di lembah kundasang, hingga tokey besar di Kota Kinabalu, sebut saja nama beliau.."siapa tidak kenal cikgu Anuar". Lihatlah peta Sabah yang luas, sebuah negeri yang sama luasnya dengan 13 buah negeri di Semenanjung, tidak ada satupun daerah yang belum dijejakinya kecuali Long Pasia. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja trip kembara keluar masuk kampung-kampung di pedalaman samada untuk menyampaikan tazkirah ataupun menyampaikan khidmat masyarakat.

Antara tarikan peribadi yang ada pada beliau iaitu kemampuannya berdiplomasi dengan baik. Ada suatu ketika, orang-orang kampung tidak jemu memanggil beliau datang berceramah, pada masa lain, orang-orang kanan Parti tertentu, suka meminta pandangan daripada beliau. Berhati-hati jika berhadapan dengan beliau, dengan mudah saja hati anda dijinakkan oleh beliau..ha..ha..termasuk saya..

Suasana masyarakat di sebelah Pantai Barat Sabah yang masih kontang dari sudut asas kefahaman Islam menjadi sebab utama method dakwah beliau lebih kearah dakwah dan kebajikan. Pada masa yang sama, ramai dikalangan golongan berpendidikan mula berminat kepada Islam. Peluang inilah yang tidak dilepaskan oleh beliau untuk memanfaatkan dan mengurus semua sumber tenaga manusia di sekeliling untuk bersama-sama menyumbang kepada dakwah Islam. Inilah keunikan yang ada pada Cikgu Anuar, 'Kreatif'.

Berwajah manis dan memudahkan urusan orang lain itulah kebiasaan beliau.

* * *
Kedua-dua insan murabbi ini, ada keistimewaan yang wajar dicontohi. Pengalaman dakwah mereka dari sudut method dan pengurusan adalah permata berharga untuk penggerak-penggerak dakwah memulakan langkah di bumi Sabah dalam era pasca tsunami '@#politik%#'. Satu kelebihan besar andai kita mampu mengasimilasikan karakter dua mantan Ketua Pemuda ini, dalam diri kita dan gerakkerja Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah sesi 2009/2011.

* * *
..Sebuah pengalaman tidak akan bermakna jika kita tidak mampu belajar darinya. Inilah yang membezakan pengalaman seorang anak muda dengan pengalaman orang yang terdahulu 'makan garam', sebuah menu bernama perjuangan. Belajar dari perjuangan bermakna merelakan diri untuk jatuh ke bawah di lembah berduri, terbang tinggi melangit angkasa membawa obor cita-cita perjuangan. Asam garamnya ada pada resah yang kerap menjengah, kekurangan yang dingin menghimpit, pengorbanan yang bertali arus, namun disebaliknya adalah ketenangan yang menyapa lembut, jiwa yang terhampar luas, semangat yang tak kunjung malap, tekad yang kukuh berdiri....

Betapa kuat daya dan usaha, namun sebuah perjalanan insan bernama murabbi hanya secebis yang mampu diungkapkan.

...terima kasih daun keladi, budi tuan kami semat di hati

tinta penulis: Sang Murabbi membelah denai merintis lembah buat Sang Pejuang..

Sunday, May 3, 2009

Muktamar Pemuda Negeri kali ke-22: Seribu sejarah dicipta.

Salam perjuangan..

Muktamar kali ini telah meninggalkan sejarah perjuangan Dewan Pemuda PAS Sabah. Muktamar yang pertama kali diadakan di banggunan sendiri (PASTI KINABATANGAN) juga telah menonjolkan kepimpinan tempatan yang akan menerajui perjuangan pemuda Islam Sabah.

Rentetan perjalanan ke muktamar.
Perjalanan ke Kinabatangan mengambil masa hampir 6 jam dari Kota Kinabalu, melalui jalan yang berbukit serta tidak berapa baik menambahkan lagi keletihan memandu. Rombongan perwakilan dan pemerhati dari Pas zon Pantai Barat (kota kinabalu) bertolak pada 30 April selepas isya'. Perjalanan yang agak jauh menyebabkan kami merancang untuk berhenti berehat di Kg. Luanti Baru, Ranau dimana masjid Kg. Luanti menjadi tempat untuk kami melepaskan lelah memandu (Kg. Luanti Baru merupakan tapak perkemahan Jambori Amal Kebangsaan pada tahun 2006).

Pada keesokannya (1 Mei) selepas solat subuh dan mandi di sungai berdekatan, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Kinabatangan. Perjalanan berhenti di pekan Telupid untuk rombongan bersarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan kami. Alhamdulillah kami tiba di tapak muktamar seperti yang dirancangkan iaitu sebelum bersolat jumaat.

Pada sebelah petang telah diadakan Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS Sabah yang telah disempurnakan oleh Datuk Paduka Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS. Majlis dimulakan dengan perbarisan dari Unit Amal Sabah serta pemeriksaan barisan oleh Datuk Paduka Husam Musa. Ucapan penuh perasmian boleh diikuti diSINI. Manakala pada sebelah malamnya telah di adakan forum sempena hari pekerja di Masjid berdekatan.

Pada 2 Mei bermulalah muktamar penuh Dewan Pemuda PAS Sabah kali ke-22. Muktamar yang dimulakan dengan ucapan dasar oleh ketua pemuda iaitu Ust Anuar Ali. Ucapan yang bagi penulis adalah yang terbaik selama penulis mengikuti muktamar pemuda. Ucapan yang menyelami harapan dan perancangan Dewan Pemuda Sabah bagi merealisasikan agenda Islam ini disampaikan oleh ketua pemuda dengan penuh semangat. Penulis benar-benar meneliti setiap kata dan ucapan tersebut kerana penulis dan hadirin muktamirin memahami bahawa inilah kali terakhir untuk kami mendengar ucapan dasar dari ketua pemuda yang kami sayangi dan hormati, kerana beliau ibarat abang serta ayah kepada kami di dalam menyelesaikan masalah jamaah juga masalah pribadi anggota jamaah (semoga Allah membalasi jasa-jasamu dengan janji-janji syurga kepada pemuda yang berkasih sayang kerana Allah).

Sebelah petangnya, telah diadakan pemilihan baru kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah. Pemilihan saudara lahirul Latigu adalah tepat pada masanya untuk merubah lanskap perjuangan setelah tali perjuangan ini di sambut oleh orang tempatan sendiri untuk memacu perjuangan Dewan Pemuda. Tahniah dan takziah kepada Ketua Pemuda serta barisan Exco baru yang dipilih, semoga kalian sentiasa dibimbing oleh 'Ilham dari Allah' dalam memartabatkan Islam dibumi Sabah. Muktamar ditamatkan pada sebelah petang dengan membaca doa wehdah oleh semua hadirin.

Usul
Dua usul telah diluluskan sebulat suara, iaitu:
1. Meminta PAS Pusat untuk menghantar memorendum agar dibenarkan kakitangan kerajaan kelas A terlibat di dalam kegiatan politik.
2. Meminta agar PAS Negeri menimbang untuk meletakkan calon Pemuda pada mana-mana DUN pada pilihanraya kali ke-13 nanti.

wuzere: Muktamar kali ini melakarkan seribu sejarah perjuangan 'Anak Muda Islam Sabah'.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD