HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Saturday, January 31, 2009

Boikot: Kenapa masih tidak bersatu hati..?


Sudah hampir 15 hari kempen boikot berstrategi dilancarkan, malah program 'Malam Bersamamu Palestin' baru-baru ini juga turut dilancarkan kempen boikot 7 barangan terpilih.
.
Sepanjang program kampen ini berlangsung, terdengar juga suara-suara yang mempertikaikan kempen ini. Mungkin bagi mereka, kempen ini hanya membuang masa dan sia-sia. Seperti yang penulis katakan sebelum ini, matlamat kita jelas, melumpuhkan ekonomi zionis. Biarlah apa jua pandangan negatif terhadap kempen ini, sasaran telah kita tetapkan. Mungkin berbicara dengan orang kurang intelek lebih mudah dari berbicara dengan orang yang intelek tetapi tidak mahu berpijak pada dunia realiti. Ada yang menanyakan kepada penulis,
.
Berbaloikah dengan boikot?
Jawapan penulis, ya!
Tidakkah boikot hanya membuatkan umat Islam menganggur?
Jawapan penulis, tidak!
.
Ya, kerana boikot akan menjejaskan ekonomi mereka.
Tidak, kerana inilah masanya umat Islam membina empayar ekonomi sendiri atas keruntuhan ekonomi mereka.
.
Fatwa dari Penasihat Majlis Agama Islam Johor: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
.
Oleh yang demikian, apakah setelah kita menyarung baju perang ini, kita akan menanggalnya semula?!! Tidak bagi penulis, dan tidak juga pada para mujahidin!

Teruskan Boikot Hingga Lumpuh.. Allahuakbar!!!
http://cenangau.blogspot.com/2009/01/tidakkah-usaha-boikot-merugikan-kita.html
.
Hancur Zionis..!

Thursday, January 29, 2009

Mykmu.net Penyebar Fitnah!

Salam Perjuangan..

Isu Dr Halimah Ali sememangnya sengaja dirancang oleh golongan munafik. Seperti yang berlaku kepada Saidatina Aisyah, nampaknya DNA Abdullah bin Ubai (bapa munafikin) masih wujud dan DNA tersebut kini berada pada Mykmu.net. Siapa pengendali Mykmu.net sememangnya kita tahu, tak perlu penulis ulas siapa dan pertubuhan mana yang mendalangi Mykmu.net.


.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik."
.
.
wuzere: Moga hukuman dari surah An-Nur ayat 4 akan mengenai kepada mereka yang menyebarkan fitnah ini. Tidak di dunia, akhirat menanti...

Gambar sekitar 'Malam Bersamamu Palestin' di Kota Kinabalu

Kehadiran orang ramai ke 'Malam Bersamamu Palestin'
.

Sunday, January 25, 2009

Malam Bersamamu Palestin: terima kasih buat semua

Malam Bersamamu Palestin telah berlangsung dengan jayanya pada malam 24 hb baru-baru ini. Alhamdulillah.. program yang dirancang dalam masa 2 minggu dapat dilaksanakan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Penulis akan cuba masukan gambar-gambar terkini ke dalam blog dalam masa terdekat. InsyaAllah..

Kesempatan ini penulis ingin ucapkan Terima Kasih pada:
Adik-adik kampus Politeknik KK.
Adik-adik kampus UMS
Adik-adik kampus Institut Perguruaan Kent
Adik-adik Pusat Asuhan Tunas Islam

Juga kepada individu-individu yang banyak membantu:
Sdr Nasirin (setiausaha merangkap ajk persembahan)
Geng Sekretariat (diketuai oleh sdr KY)
Sdr Fakar (ajk kuitpan derma)
Sdr Nadir (ketua ajk protokol)
Sdr Fiteri & Azman (team multimedia)
Sdr Aswadi (geng teknikal dewan)
Sdr Fawaz (ajk makanan)

dan semua yang terlibat secara langsung dalam persembahan:
Sdr Mu'adz (artis jemputan)
Adik Hanum an Nisa' (penyajak cilik)
Ust Hafizullah (mengetuai bacaan doa perjuangan)

Terima kasih buat semua.. Allahuakbar!!!

Hancur Zionis!!

Wednesday, January 21, 2009

DANA PALESTIN: Hanya Gerakan Islam yang akan membantu Gerakan Islam


Salam perjuangan..

Sebenarnya penulis berasa sangat berat untuk menulis sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana asyik membaca perkembangan pilihanraya P036 dan perang 3 minggu HAMAS-ISRAEL menyebabkan penulis berasa lebih teruja untuk membaca dari menulis.

Dua hari lepas, ketika pulang dari mesyuarat 'Malam Bersamamu Palestin' penulis singgah untuk mengisi minyak kereta. Mungkin kerana penulis berkopiah, seorang attendent minyak bertanya kepada penulis tentang isu Palestin. Beliau mengatakan kepada penulis bahawa kutipan 'dana palestin' yang dikumpulkan tidak sampai kepada mangsa di Palestin. Apabila penulis bertanyakan kenapa, beliau menjawab pensyarah beliau menyatakan sedemikian. Rupanya beliau adalah seorang pelajar IPTA yang berkerja 'part time' disitu. Tanpa membuang masa penulis terus mengeluarkan poster 'Malam Bersamamu Palastin' dan menerangkan kepada beliau tentang peranan Yayasan Amal Malaysia di Palestin. Akhirnya beliau meminta 2 poster untuk di lekatkan di dalam Kolej beliau.

Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh beliau turut menjadi pergolakan di dalam kotak fikiran penulis. Apakah akan terjadi lagi peristiwa 'dana tsunami' satu ketika dahulu terhadap 'dana palestin'. Mudah-mudahan tidak...

Penulis bukan berniat untuk meragui kemana dana palestin disalurkan. Apa yang ingin penulis cuba sampaikan disini adalah:
Hanya gerakan yahudi yang akan membantu gerakan yahudi
Hanya gerakan kristian yang akan membantu gerakan kristian.

Maka begitulah juga, hanya gerakan islam yang akan membantu gerakan Islam!

Lajnah Antarabangsa

Maybank
5640-7070-3248 (Pasti Islam SeMalaysia) di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.


Hancur Zionis!!
.

Sunday, January 18, 2009

MALAM BERSAMAMU PALESTIN



Tarikh : 24 Januari 2009 (sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS

Persembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin, Persembahan Pentomin, Gerai/Pameran dan Pelancaran Kempen Boikot.

Anjuran:
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan CONCERN
dengan kerjasama:
JAKIM Sabah dan JHEAINS

Semua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kita terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Saturday, January 17, 2009

Kemenangan Islam bersinar di Kuala Terengganu


Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

BN telah menggali ‘lubang kubur’ kerana menjadikan isu Hudud sebagai modal politik mereka. Hudud adalah milik Allah, bukannya milik PAS. Mempermainkan isu Hudud umpama mempermainkan Hukum Allah.

wuzere: dari Kuala Terengganu kini JIHAD menghala ke Al-Aqsa (http://nikabduh.wordpress.com/2009/01/17/kuala-terengganu-menuju-al-aqsa/)

Tuesday, January 13, 2009

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA 'REFRESH' 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA 'REFRESH' BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

30 JANUARI 2009
15 FEBUARI 2009
28 FEBUARI 2009
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

Sunday, January 11, 2009

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

Friday, January 9, 2009


Semua Blogger Mujahidin diminta bersedia untuk melancarkan 'Boikot Berstrategi' yang kita akan lancarkan hari Isnin ini, InsyaAllah.. Allahuakbar!!!


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMBALAS

Produk tersebut akan dilancarkan pada hari Isnin ini

Tuesday, January 6, 2009

BOIKOT: Perlu ada matlamat dan sasaran


Boikot biasanya akan kedengaran apabila terpampang isu-isu sensitif di dalam masyarakat dan ianya menjadi satu amalan kebiasaan dalam menunjukkan bantahan terhadap sesuatu perkara.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada penulis ialah, berjayakah kempen boikot? Apa kesan kepada yang diboikot? Sekiranya tanda tanya ini tidak ada jawapan, maka berbaloikah memboikot? Untuk merungkaikan persoalan di atas, maka kepada sesiapa sahaja yang menganjurkan kempen boikot, mestilah meletakkan matlamat dan sasaran kempen. Sekiranya 'matlamat' dan 'sasaran' tidak menjadi agenda kempen, maka bagi penulis, kempen yang dilancarkan hanya lah seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

Kita pernah mendengar kempen memboikot akhbar utusan malaysia, kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk AS, malah kita juga pernah mendengar kempen memboikot produk Belanda suatu masa dahulu. Ia hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam' sekiranya tidak ada matlamat dan sasaran.

Huraian 'matlamat' dan 'sasaran'.

Apa matlamat kempen, melumpuhkan? melemahkan? Sekiranya melumpuhkan, sanggupkah kita melihat pekerja-pekerja diberhentikan. Maka pada penulis matlamat utama kita adalah melemahkan. Sekiranyanya melumpuhkan menjadi matlamat, perlulah ada alternatif kepada pekerja yang bakal diberhentikan kerja. Contohnya, dahulu kita pernah mendengar boikot 'Coca Cola', maka kerajaan Iran mencari alternatif memasarkan produk Zam-Zam Cola. Barulah matlamat melumpuhkan berjaya. Sekiranya tidak berupaya menyediakan alternatif, matlamat melemahkan menjadi fokus utama.

Apa sasaran kempen? Penulis membahagikan sasaran kepada dua pengertian:

Pertama, sasaran produk. Apakah pruduk yang priority untuk diboikot terlebih dahulu maka selebihnya menjadi alternatif. Contoh, sekiranya ingin memboikot Utusan Malaysia, mestilah dalam masa yang sama Berita Harian menjadi pilihan alternatif, yang penting disini, sasaran berjaya dilumpuhkan. Sekiranyanya ingin memboikot Intel, maka AMD menjadi pilihan alternatif, yang penting sasaran berjaya dilumpuhkan. Kembali kepada kaedah usul 'sekiranya tidak dapat semua, jangan tinggal semua'.

Kedua, sasaran tempoh. Berapa lama tempoh boikot? 2 bulan, 3 bulan, setahun atau selama-lamanya..? Tempoh boleh dijadikan senjata ugutan terhadap yang diboikot. Rasanya kalau betul-betul kempen boikot berjalan selama 6 bulan secara menyeluruh, pastinya 'matlamat' yang kita bincangkan tadi berjaya, InsyaAllah. Apa yang penting disini adalah sasaran tempoh dan ianya akan menjadi kayu ukur terhadap kejayaan kempen.

Selamat Memboikot

Hancur Zionis!!!

Monday, January 5, 2009

FITNAH menjadi 'zikir' UMNO menjelang pilihanraya

Masyarakat Malaysia diingatkan agar bersedia dengan 'zikir' terbaru BN menjelang pilihanraya kecil P36.

Isu Pelajar KEMAS (zikir 4 Jan 2009)
.
.
Isu Hudud (zikir 21 Disember 2008)
.
.

Friday, January 2, 2009

Ezam bakal 'istihar perang' terhadap PAS

Pilihanraya kecil P36 sekali lagi menjadi medan kepada Ezam Md Noor menunjukkan kesetiaan beliau kepada UMNO. Beliau dilihat tiada pilihan melainkan terpaksa juga menjadi 'budak suruhan' UMNO semata-mata untuk memastikan kemenangan UMNO/BN. Ust Nik Abduh pernah menulis tentang Ezam di dalam blog beliau dan menggelarkan Ezam sebagai 'Ezam budak baik yang tersesat lagi' (rujuk:http://nikabduh.wordpress.com/2008/05/29/azam-baru-ezam/).

Ezam sebenarnya masih mempunyai peluang untuk menunjukkan semangat setia kawan beliau terhadap PAS walaupun telah menyertai UMNO. Ezam bukan bermasalah dengan PAS secara langsung, malah penulis merasakan masih ramai sahabat-sahabat beliau di dalam PAS. Sebahagiannya mungkin masih menaruh harapan agar beliau keluar dari UMNO atau sekurang-kurangnya tidak menunjukan penentangan terhadap PAS.

Namun harapan ini bakal dimusnahkan oleh beliau sekiranya P36 menjadi medan kepada beliau untuk berkempen bagi memenangkan UMNO/BN dalam misi mengalahkan calon PAS. Maka penulis memilih tajuk untuk post kali ini "Ezam bakal 'istihar perang' terhadap PAS".
.

Ulfah masuk U

Ulfah yang paling sibuk dikaunter pendaftaran

Sebelah pagi, penulis menguruskan isteri untuk sesi pendaftaran pasca-siswazah di Universiti Malaysia Sabah, yang nampak seronok bukannya yang mendaftar, tetapi ulfah asy-syaffaa, biasalah teruja masuk U.


"jom ikut ulfah masuk UMS.."
.
Setelah itu penulis terus bergegas ke Masjid Bandaran (masjid SDA) di bandar Kota Kinabalu kerana disana akan diadakan himpunan membantah kekejaman Zionis selepas solat jumaat. Alhamdulillah, himpunan tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang hebat dari ahli jamaah yang hadir.

Bersama membantah kekejaman rejim zionis laknatullah
.

wuzere: Kenali musuh untuk melemahkan mereka, jahilkan diri terhadap musuh untuk mensesiakan keletihan kita. http://saifulislam.com/?p=470

Thursday, January 1, 2009

Palestin: Apa dah jadi dengan umat Islam Malaysia..?

Kata seorang sahabat kepada penulis:
"Sheikh anta tau tak, nanti banner anta akan dirampas oleh pengerusi masjid..?"
seorang lagi berkata:
"Kenapa tak buat waktu lain..?"

Itu adalah antara kata-kata yang penulis terima apabila perancangan rapi telah dibuat untuk mengadakan domontrasi bantahan terhadap kekejaman Zionis baru-baru ini. Memang kadang-kala terasa seperti disentap kemarahan apabila ucapan sedemikian kedengaran ditelinga. Namun penulis bersama teman-teman yang setia, tetap 'bulat tekat' untuk meneruskan perhimpunan walaupun hanya 3 orang yang akan hadir. Segalanya penulis anggapkan sebagai cabaran. Penulis sendiri yakin bahawa diluar sana, ramai lagi yang mungkin pernah mendengar kata-kata sedemikian.

Masyarakat Korea Selatan yang turut sama menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis, tetapi umat Islam Malaysia..?

Marilah kita bersama bermuhasabah, sekiranya bangsa lain, malah orang bukan Islam sendiri boleh berdiri teguh manyatakan bantahan terhadap nasib umat Islam Palestin, sebaliknya umat Islam di Malaysia masih lagi dibelenggu rasa bacul untuk menyatakan bantahan. Mungkin stigma 'demontrasi' akan berlakunya kekecohan, huru-hara, rosak harta benda dan pelbagai lagi kerosakan masih menghantui umat Islam di Malaysia menjadikan setengahnya takut untuk turut sama menyatakan bantahan.

baca artikel ini: http://drmaza.com/home/?p=529

Fikir-fikirkan..

Pengumuman: HIMPUNAN KE-2 BANTAHAN KEKEJAMAN ZIONIS DI MASJID BANDARAN KOTA KINABALU

Badan Bertindak Membela Umat Islam Palestin Negeri Sabah akan menganjurkan perhimpunan membantah kekejaman Zionis. Maklumat himpunan seperti berikut:

Tarikh : 2 Januari 2009 (Jumaat)
Tempat : Masjid Bandaran Kota Kinabalu
(atas bukit sebelah padang Mardeka)
Masa : Selepas solat Jumaat


Penganjur juga turut mengajak seluruh umat Islam yang cintakan Islam bersama bersatu membantah kekejaman Israel ini.



UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD