HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

Tuesday, December 30, 2008

Gambar sekitar bantahan mengutuk kekejaman Zionis di hadapan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, 31Dis - Kira-kira 15 aktivis keamanan telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu selepas solat zohor petang tadi.
.
Himpunan yang dikepalai oleh saudara Lahirul telah dengan tegas menyatakan bahawa sebarang tindakan terhadap umat Islam di Palestin oleh rejim Zionis hanya akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Perhimpunan kemudiannya diakhiri dengan doa untuk umat Islam di Palestin.
.
Berikut adalah sekitar gambar perhimpunan yang diadakan dihadapan Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah.
.
Antara pemuda yang hadir pada himpunan membantah kekejaman Zionis

Jasa Seorang Guru

Tidak seorang pun yang dilahirkan didunia ini tanpa guru. Guru pertama yang menjadi idola kita adalah kedua ibu bapa kita. Merekalah guru pertama di dalam kehidupan kita. Malah walaupun kita telah dewasa dan berkeluarga ibu dan ayah masih menjadi guru kepada kita.. Subhanallah.. Semoga kedua ibu dan ayah kita diterima ke Syurga Allah tanpa hisap atas jasa-jasa dan pengorbanan mereka.. amin.

Selain dari itu, guru juga menjadi insan yang tidak pernah jemu mendidik dan mengajar dan sekiranya tanpa seorang insan yang bernama guru, mana mugkin kita boleh menjadi seorang manusia yang bermanfaat.

Dikenang kembali zaman persekolahan (primary school), memang pada waktu itu kita jarang memahami apa itu pengorbanan seorang guru. Cuma yang kita tahu.. gumbira! Biasalah zaman kanak-kanak.. Perbagai karekter guru pernah kita berjumpa, ada guru yang baik, ada guru yang garang dan ada guru yang memang tak suka dengan kita... (semua tu penulis pernah lalui..).

Juga sudah menjadi kebiasaan bagi penulis semasa Hari Raya Aidulfitri bersama abang dan rakan-rakan untuk menziarahi guru. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja dahulu, peluang untuk menziarahi mereka bersama kawan-kawan merupakan agenda ’program ziarah’. Walaupun kini sudah berkeluarga, penulis cuba juga untuk meneruskan tradisi tersebut walaupun agak terhad.

Kisah Seorang Ustaz

Ust Sabran memang tidak asing lagi kepada penulis dan rakan-rakan semasa belajar di Sekolah Syamsul Ma’arif, Tg.Piandang (sekolah agama petang) di darjah 5 dan 6. Kebetulan Ust Sabran juga merupakan seorang rakan sepengajian kepada allahyarham ayah penulis. Di 'sekolah arab' (sekolah agama petang) beliau mengajar kami Al-Quran, daripada gagap sehinggalah lancar membaca. Walaupun penulis sudah lancar membaca Al-Quran kerana di rumah pun diajar oleh orang tua, tetapi apabila baca disebelah beliau, kucar-kacir dibuatnya.. serba tak kena. Mana tidaknya, kalau salah sahaja terus kerja 'jerkah' (tengking), bukan setakat itu, silap-silap kena pukul kat belakang dengan tangan dia yang digenggam. Memang 'gabra' (takut) bila tiba giliran untuk baca, sebab itulah kami menggelarkan beliau ’Ust Jepun’. Disebalik itu beliau tidak pernah membenci kami walaupun ada diantara kami yang tidak dapat membaca, kadangkalanya boleh bergurau senda lagi dengan beliau semasa mengaji, sebab itu kami tetap menghadiri kelas beliau walaupun ketakutan..



Bergambar bersama Ust Sabran yang kini telah uzur (Hari Raya Aidulfitri 2007)

Itulah serba sedikit tentang Ust yang banyak memberi jasa kepada penulis dan rakan-rakan. Kini beliau telah uzur dan tidak lagi dapat berjalan.. setiap kali kami menziarahi beliau, pastinya air mata beliau akan mengalir.. Semoga Allah s.w.t memberi belas kasih kepada beliau dan guru-guru penulis yang mungkin telah lama tidak bertemu...

Wuzere: Ziarah mereka selagi mereka ada hayat dan masih mengenali kita...

Monday, December 29, 2008

Dari mana asal 'BANGSA PALESTIN': Siri 2

539 – 332 sebelum Masihi:
Palestin di bawah pemerintahan Parsi.

332 – 63 sebelum Masihi:
Tamadun Greek menguasahi Palestin.

63 sebelum Masihi – 394 Masihi:
Empayar Rom menguasai Palestin. Pada tahun 63 sebelum Masihi, mereka menguasai seluruh kawasan Palestin dan Empayar Rom mengabaikan pemerintahan Yahudi di Baitul-Maqdis. Yahudi telah membentuk dua kumpulan pemberontak untuk memberontak pada 66 – 70 dan 132 – 135 Masihi. Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan telah dihancurkan secara zalim oleh tentera Rom.

Bilangan masyarakat Yahudi kekal rendah untuk 1800 tuhan:
Bilangan masyarakat Can’aan yang menjadi penduduk pribumi dan kelompok badwi Arab terus kekal di Palestin sebelum dan selepas kehadiran Israel sehinggalah ke hari ini.

394 – 636 Masihi:
Empayar Byzantin mengaku menguasai kawasan Barat Empayar Rom sejak tahun 394 Masihi, dan mempunyai ruang di bawah pemerintahan Parsi sekaligus mendominasi Palestin.

636 – 1918 Masihi:
Palestin di bawah pemerintahan Islam (kecuali untuk lebih kurang 88 tahun di bawah pemerintahan Crusades 1099 – 1187 Masihi). Palestin memperolehi identiti Islamnya dan semua masyarakatnya adalah Arab dan Islam.

Di dalam kelemahan dan dalam mempertahankan diri:
Kerajaan Kristian di Baitul-Maqdis telah terselamat dari beberapa cubaan serangan ketenteraan komander Muslim, seperti Nur al-Din Mahmud Zinki untuk selama 88 tahun tetapi akhirnya tewas di tangan pahlawan Islam Salah al-Din al-Ayyubi.

12 abad Muslim:
Menguasai Palestin yang berakhir pada 1917 adalah tempoh paling lama dan paling komprehensif pemerintahan dalam sejarah Palestin. Tambahan pula, tempoh itu adalah tempoh paling toleransi dan selesa untuk semua agama dan kepercayaan. Rekod muslim memerintah Palestin dan memelihara kesuciannya ternyata layak dipuji dan memberi sinar pada bumi Palestin.

1917 – 1948 Masihi:
Palestin di bawah kekuasaan British.

1948 – 1967 Masihi:
Rejim Zionis menguasai 77% daripada tanah Palestin.

1967 – kini:
Rejim Zionis menguasai kawasan lain di Palestin (Tebing Barat dan Semenanjung Gaza)

Oktober 2005:
Rejim Zionis dimalukan dan keluar dari Semenanjung Gaza.

Disember 2008:
Serangan ke atas Gaza.

Rujukan:
"Kenangi Palestin Selami Isunya"
Terbitan AMAN Palestin

Dari mana asal 'BANGSA PALESTIN': Siri 1

2500 sebelum Masihi:
Masyarakat Canaatites berhijrah secara beramai-ramai dari Tanah Arab ke Palestin dan menjadi perintis kewujudan Palestin. Mereka mengasaskan lebih kurang 200 buah bandar dan kampung Palestin seperti Beisan (Beit Shean), ”Asqalan (Askelon), ”Akka (Acre), Haifa, Al-Khalil (hebron), Asdud, Bir Al-Saba” (BeerSheba) dan Beit Lahm (Bethlehem).

1900 sebelum Masihi:
Nabi Ibrahim a.s membawa sinar tauhid ke tanah suci Palestin kira-kira pada 1900 tahun sebelum Masihi dan menjalinkan hubungan baik dengan pemerintah Baitul Maqdis ketika itu, Malki Sadiq yang berpengaruh.

Anak-anak lelaki Nabi Ibrahim, Nabi-nabi yang meneruskan perjuangan ayahandanya:
Ismail (Ishmael) di Mekah, sementara Ishaq (isaac) dan anak lelakinya Ya’qub (Jacob) (juga diberi gelaran Israel) menduduki Palestin. Nabi Ya’qub mempunyai 12 orang anak lelaki yang dikenali sebagai Bani Israel (Israelitites) berhijrah ke Mesir. Di Mesir, mereka ditindas dan dizalimi oleh rejim Firaun.

Tahun ke-13 sebelum Masihi:
Allah mengutuskan Nabi Musa a.s untuk membebaskan mereka dari kezaliman dan penindasan Firaun serta tenteranya. Walaubagaimanapun, Bani Israel tetap enggan menyertai Nabi Musa ke Tanah Palestin.

Kehadiran Nabi Daud a.s:
Nabi Daud dianugerahkan Allah sebuah kerajaan kira-kira 1,004 sebelum Masihi, yang menjadi lambang kelahiran era baru untuk sinar tauhid di Tanah Suci Palestin. Beliau mengalahkan pihak penceroboh dan menguasai hampir keseluruhan Palestin kecuali kawasan persisir pantai. Baginda kemudian memindahkan pusat pemerintahan ke Baitul-Maqdis pada tahun 995 sebelum Masihi. Zaman pemerintahan anak lelaki Nabi Daud iaitu Nabi Sulaiman a.s (Salamon) merupakan zaman pembanggunan dan kegemilangan bagi Palestin.

Kematian Nabi Sulaiman a.s:
Kerajaan baginda telah dipecahkan kepada dua pemerintahan. Yang pertama. ”Kerajaan Israel” telah ditubuhkan di kawasan utara Palestin. Namun ketika itu (923-721 sebelum Masihi) mengamalkan sistem rasuah dan keadaan menjadi terlalu huru-hara sehingga Ensiklopidea Brittanica menggelarkan sebagai ”Kerajaan Berekor”. Pada ketika itu, kerajaan Syria di bawah pemerintahan Raja Sargon II telah menghancurkan Kerajaan Israel ini. Kerajaan kedua dikenali sebagai ”Kerajaan Judah” diperintah dari Baitul-Maqdis untuk tempoh 923 sehingga 586 sebelum Masihi. Kerajaan ini terlalu lemah dan sering dijadikan sasaran ancaman luar. Kerajaan Judan akhirnya jatuh pada tahun 586 sebelum Masihi ditangan pemerintahan Babylon, Nebukadnezer yang menawan Baitul-Maqdis dan memusnahkan gereja-gereja. Lembaran Yahudi ada menyebut tentang dosa dan hukuman bagi Bani Israel termasuklah kejatuhan kerajaan mereka.

rujukan:
"Kenangi Palestin Selami Isunya"
Terbitan AMAN Palestin

Sunday, December 28, 2008

ERTI DAMAI PADA SEORANG PEJUANG - Bingkisan untuk Palestin

"Aku mahu terus BERJUANG. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir.."
.
pemergian yang disambut oleh Kekasih
.
.
Sebenarnya terasa berat untuk penulis manukilkan bicara tentang perkembangan Palestin. Selain usaha/sumbangan dan doa, penulis yakin dan percaya jadual Allah pasti akan tiba sebagaimana tibanya tahun Hijri 1430H. Palestin pasti akan menjadi nadi kebangkitan akhir zaman...

Saturday, December 27, 2008

Hijri dan Masihi: Selamat Tahun Baru

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Masa akan terus merentasi kehidupan..
Masa akan meninggalkan catitan sejarah kehidupan..
Masa akan menentukan corak masa hadapan..
Masa akan menentukan kemenangan yang diimpikan..
Hanya 48 jam sahaja yang membezakan sambutan Maal Hijrah dan Maal Masihi. Dua pengiraan masa yang sama, tetapi berbeza penghayatannya dan rohnya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam tazkirah beliau menyatakan, takwim hijrah penuh dengan roh tarbiah dan penghayatan tetapi takwim masihi sekadar tarikh pengiraan kehidupan, inilah yang membezanya tahun kiraan Islam dan kiraan masihi.

Malam sambutan 1430H, dipenuhi dengan ibadat seorang hamba kepada Tuhannya.
Malam sambutan 1430H, dipenuhi dengan doa dan harapan dalam mencari keredaan Tuhannya.
Malam sambutan 1430H, dipenuhi kekesalan akan dosa sepanjang tahun terhadap Tuhannya.

tetapi

Malam sambutan 2008M, dipenuhi kealpaan seorang hamba kepada Tuhannya.
Malam sambutan 2008M, dipenuhi dengan pekikan kebebasan dari Tuhannya.
Malam sambutan 2008M, dipenuhi kemurkaan dari Tuhan terhadap kelakuan hambanya.

Mabrib ini genaplah usia penulis 30 tahun kiraan Hijri.
Saif_al-Mansur
(1400H - 1430H)

Friday, December 26, 2008

UMNO terbakar dengar lagu Dr. Asri

video

Entahlah kenapa UMNO marah sangat dengan lirik lagu ciptaan Dr Asri Zainul Abidin. Penulis sebelum ini terdengar juga tentang isu ini, setelah mencarinya, akhirnya penulis terjumpa juga lagu ini di Youtube. Tajuk lagu ini ialah 'aku bukan musuh harta' yang dinyanyikan oleh kumpulan yang tidak asing lagi dengan lagu berbentuk puisi iaitu kumpulan 'Kopratasa'. UMNO melalui RTM menyatakan bahawa lagu ini mempunyai unsur bahasa yang kasar, sejak bila pula UMNO nie jadi orang yang sensitif tak tentu pasal. Yang pasti tentu ada yang tak kena dengan lagu tersebut

Alhamdulillah, setelah mencarinya di 'youtube', akhirnya penulis berkesempatan juga untuk mendengar lagu tersebut. Seperti 'halilintar' menyambar!! Patut la UMNO haramkan kat RTM. Seolah-oleh macam iblis bila dengar ayat 'kursi' dibacakan. Menjerit, melolong, berasap, panas, terbakar dan macam-macam lagi. Begitulah iblis bila terdengar ayat 'kursi' dibacakan, ditambah lagi ayat 'kursi' tersebut dibacakan oleh seorang ustaz.

Ulasan tentang isu ini boleh dilihat di harakahdaily (rujuk: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18474&Itemid=1). Boleh juga rujuk kepada blog Dr.Asri sendiri (rujuk: http://drmaza.com/home/?p=527#more-527)

Kesimpulan yang dapat penulis buat adalah, UMNO mungkin sejenis makluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang berjasadkan manusia tetapi mempunyai sifat seakan-akan makhluk yang tidak dapat mendengar ayat 'kursi'. Wallahuaklam..

wuzere: Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi kemenangan kepada PAS pada pilihanraya P36 bagi membersihkan 'PAS' dari tohmahan tentang 'isu hudud' sebagaimana Allah s.w.t membersihkan Anwar Ibrahim di pilihanraya Permatang Pauh di dalam 'isu liwat'.

Thursday, December 25, 2008

Terkenang suatu masa dulu

Anggota Polis Bukit Kepong

Dahulu masa zaman budak-budak, lepas saja tengok filem Bukit Kepong, minat untuk menjadi polis membuak-buak dihati. Begitulah rasa bangga penulis kepada pengorbanan anggota polis ketika itu. Di sekolah kalau cikgu tanya nak jadi apa besar nanti, jawapan paling mudah, polis. Itu kisah 20 tahun yang lalu......

rujuk:
http://dppwp.wordpress.com/2008/12/18/kekuasaan-polis-ganti-keluhuran-perlembagaan/


wuzere: zaman dah berubah..

Wednesday, December 24, 2008

Apabila hak umat Islam disentuh dan dipertikaikan

Hudud
Perlaksanan Syari’ah
Negara Islam


Islam merupakan satu agama yang lengkap dan sempurna. Maka mustahil sesuatu yang lengkap dan sempurna itu mempunyai kelemahan. Sebab itulah Tuan Guru Nik Aziz sering mencabar UMNO dan mereka yang menentang Islam supaya tunjukkan kepada beliau dimana kekurangan dan kelemahan Islam.

Fokus penulis kali ini bukanlah untuk menghuraikan dan menerangkan tantang ketiga-tiga perkara di atas, kerana biarlah para ulama dan cendiakawan yang lebih berautoriti untuk menerangkannya. Apa yang ingin penulis cuba hadamkan adalah sejauh manakah masyarakat Islam berusaha untuk menuntut ketiga-tiganya untuk dilaksanakan. Tulisan ini penulis tidak tujukan kepada PAS, kerana penulis yakin bahawa PAS dahulu kini dan selamanya akan meneruskan agenda tersebut. tetapi penulis tujukan tulisan ini kepada masyarakat Islam.

Kenapa membisu apabila perkara di atas dihina dan perlekehkan? Penulis tidak meminta untuk diadakan demontarsi atau rusuhan. Tetapi penulis hanya ingin melihat masyarakat bertindak atas kebijaksanaan.

Pernahkah atau tidak kita mendengar perkataan 'menuntut'. Kita pernah mendengar perkataan menuntut, tetapi perkataan itu hanya kita dengar dari masyarakat bukan Islam. Contohnya mereka menuntut:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

dan banyak lagi, rujuk:
http://banihakim.blogspot.com/2008/05/anda-tahu-apakah-tuntutan-orang-orang.html
http://www.jais.net.my/isuagama/ifc.php

Penulis tidak berhajat untuk menghuraikan apa yang mereka tuntut. Tetapi penulis ingin memfokuskan kepada perkataan tuntut. Apa yang kita faham tentang perkataan tuntut..?

Untuk mudah memahami, penulis cuba menyamakan perkataan tuntut dengan perkataan serang. Ini bermaksud tuntut ialah serang.

Baik, apa pula tindakan masyarakat Islam..? Jawapannya: Menpertahankan. Penulis cuba menyamakan perkataan mempertahankan itu dangan perkataan bertahan. Ini bermaksud mempertahankan ialah bertahan.

Sekiranya kita translet di dalam bahasa Inggeris, serang ialah ofensif manakala bertahan ialah defensif. Maka penulis ingin mengajak para pembaca membandingkan situasi tadi dengan satu perlawanan bola sepak. Soalan penulis ialah, siapakah yang akan memenangi perlawanan bola sepak diantara pasukan A dan B sekiranya pasukan A menggunakan strategi ofensif manakala pasukan B pula menggunakan strategi defensif..?

Penulis tinggalkan persoalan ini untuk para pembaca menjawabnya..


UMNO: Agenda Melayu lebih utama dari agenda ISLAM

wuzere: kembali kepada tiga perkara di atas, fikir-fikirkan..

Monday, December 22, 2008

Antara Kelab Penyokong PAS (KPP) dan DAP

Melihat kepada iklim politik Malaysia kebelakangan ini, masyarakat bukan Islam tidak lagi ragu-ragu untuk menyatakan sokongan terhadap PAS. Ini jelas dapat dilihat semasa piliharaya ke-12, Mac lalu. PAS tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti yang mengancam masyarakat bukan Islam. (Walaupun UMNO lah yang sebenarnya menjadi batu penghalang utama orang bukan Islam untuk mengenali PAS). Tulisan kali ini penulis ingin melontarkan pandangan tentang peranan KPP dan DAP dalam kemenangan Islam (PAS).

Seperti kita sedia maklum, penglibatan DAP merupakan persefahaman Pakatan Rakyat atas dasar menegakkan Negara Berkebajikan. Maka atas dasar itu PAS bersedia menerima DAP dan DAP juga bersedia menerima PAS. Walaupun DAP agak sangsi dengan pendirian PAS terhadap isu Negara Islam, namun PAS jelas menunjukkan komitmen terhadap persefahaman ini. (hakikatnya negara Islam itulah negara berkebajikan..) Walaupun kadangkala gelagat pemimpin DAP yang agak lantang menentang perlaksanaan hukum ’hudud’, namun sebagai rakan pakatan, PAS tidak mudah melatah. Mungkin penentangan ini adalah kerana kurangnya pemahaman mereka terhadap hukum tersebut dan kedudukan mereka sebagai bukan islam. Tetapi bagaimana pula UMNO yang menganut agama Islam menentang hukum tersebut?

KPP juga sama seperti DAP yang mana terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang telah memilih PAS di dalam pilihanraya baru-baru ini. Namun yang membezakan KPP dan DAP ialah KPP dapat menerima perlembagaan PAS. KKP tidak menentang pembentukan negara Islam, malah menyokong penubuhan negara Islam. Jelas bahawa KKP berada di belakang PAS di dalam memperjuangkan isu tersebut. (rujuk tvPAS: http://www.tvpas.com/material.php?id=6578&cat=berita)

PAS perlu agresif dalam membina kelab penyokongnya sendiri


PAS sebagai sebuah gerakkan Islam perlu memperkasakan kedua-dua komponen ini. Malah tumpuan harus diberikan kepada KPP. Oleh yang demikian, cadangan untuk menjadikan KKP sebagai salah satu dewan di dalam PAS merupakan satu cadangan yang ada asasnya. Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS pada 16 Nov baru-baru ini oleh Dewan Pemuda PAS, merupakan langkah bijak bagi merapatkan lagi hubungan antara KKP dengan Dewan Pemuda. (rujuk: http://pemuda.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=584&Itemid=2), Diharapkan selepas ini pelbagai aktiviti dan program dapat dirancang dan dilaksanakan bersama.

Seterusnya penulis mensarankan agar kenyataan akbar perlu diadakan berkaitan sokongan penuh dari KPP tentang isu-isu berkaitan hukum syari'ah, hudud dan negara Islam. Tunjukkan kepada UMNO, kalau mereka tak sokong perlaksanaan syari'ah, KPP sokong!

Akhirnya penulis berpandangan, PAS perlu mengukuhkan KPP dan mempertingkatkan persefahaman dengan DAP.

Nikmat 'Rezki' dari Allah

Salam perjuangan..

Apabila memperkatakan tentang 'rezki', mungkin yang terlintas didalam kotak fikiran kita adalah harta benda, wang, makanan dan lain-lain. Sedangkan rezki itu adalah sebahagian dari nikmat Allah s.w.t yang tidak terhitung banyaknya.

Kesempatan ke Bringgis baru-baru ini, penulis berkesempatan melawat seorang petugas sepenuh masa yang telah Allah s.w.t ambil sementara nikmat kaki kanan beliau setelah terlibat dengan kemalangan di kota kinabalu baru-baru ini ketika ingin ke Masjid Bandaraya untuk menunaikan solat Asar. Beliau kini berada di rumah kakaknya di Papar. Penulis mendoakan beliau cepat sembuh dan kembali cergas seperti dahulu. Bersabarlah saudaraku..

Sumbangan disampaikan oleh Tn. Hj Khairan kepada Sdr Yusri


Blog beliau boleh dilihat di: http://hijazi-alislami.blogspot.com/

wuzere: blog islamreturn adalah hasil tangan beliau kepada penulis.. semoga Allah mempercepatkan proses penyembuhan kaki beliau.. amin

Council Of Sabah's Islamic NGO (CONCERN)


Pada 20 dan 21 hb Disember telah diadakan bengkel penyelarasan NGO Islam Sabah. Bengkel penyelarasan ini bermatlamatkan untuk mendraf perlembagaan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti NGOs Islam Sabah. Bertempat di Beringis Beach Resort, program ini telah dianjurkan oleh JAKIM dan JHEAIS.


wuzere: Kemuliaan bangsa hanya terletak pada ISLAM..

Saturday, December 20, 2008

Perlembagaan

“Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada ALLAH dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi “Menegakkan Ma’ruf dan Mencegah Mungkar” dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE-MALAYSIA”

Perlembagaan atau di dalam bahasa Inggeris “Constitution” adalah sistem yang kebiasaannya dicatatkan sebagai undang-undang yang meletakkan syarat dan prinsip bagaimana sesebuah organisasi atau badan politik ditadbir. Bagi sesebuah negara, ia merujuk kepada Perlembagaan Negara yang menghuraikan prinsip asas politik dan memberikan kerajaan kuasa dan tanggungjawabnya.

Perlembagaan juga wujud di dalam sesuatu pertubuhan samada pertubuhan politik, kumpulan sekerja mahupun syarikat dan badan sukarela. Kebiasaannya, kesemua perlembagaan menyatakan secara khusus kuasa yang berada pada sesebuah pertubuhan dan ruang lingkup kekuasaannya. Istilah “ultra vires” digunakan apabila kegiatan sesebuah persatuan itu melampaui batas yang telah ditetapkan oleh perlembagaannya.

Sebagai contoh, persatuan pelajar tidak boleh melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak membabitkan urusan pelajar. Sekiranya hal ini berlaku, ianya akan dianggap “ultra vires”.
Di dalam sejarah Islam, Perlembagaan Madinah (Medina Constitution) merupakan perlembagaan terawal yang dimeterai oleh Rasulullah SAW pada tahun 622 Hijrah apabila baginda tiba ke sana ketika berhijrah keluar dari Mekah.

Di dalam sejarah politik Malaysia, terdapat 3 perlembagaan pertubuhan yang penting untuk dikaji oleh pembaca iaitu Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO dan Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia atau PAS. Ketiga-tiga perlembagaan ini mempunyai kaitan secara langsung dengan pengamalan Islam di dalam konteks kenegaraan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia (Constitution Of Malaysia) berasal daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada 27hb Ogos 1957. Perlembagaan ini dibuat oleh Suruhanjaya Reid di England. Oleh kerana itu, Malaysia turut menerimapakai konsep kenegaraan yang di amalkan di Westminster termasuklah dasar Sekular (Secularism).

Dasar ini sebenarnya telah mula diamalkan di Tanah Melayu seawal tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangan oleh Sultan Abdullah (Sultan Perak) dengan Residen Inggeris bagi Negeri-Negeri Selat, Andrew Clerk. Kandungan penting di dalam perjanjian itu ialah “Residen Inggeris akan menasihati Sultan (dan Sultan mesti megikuti) dalam semua hal mengenai pentadbiran negeri kecuali mengenai Agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Dasar Sekular dapat dilihat di dalam Perlembagaan Malaysia Fasal 3.1. dan 4.1.

Fasal 3.1. menyebutkan “Agama Islam adalah agama resmi Persekutuan”.

Islam yang dimaksudkan di sini merujuk kepada upacara seperti soal keraian, nikah kahwin, cerai, rujuk, pembahagian harta dan seumpamanya.

Fasal 4.1. pula menyebutkan “Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-mana undang-undang yang dibuat selepas daripada hari Merdeka, yang bertentangan dengan perlembagaan ini, maka setakat mana pertentangannya di situlah terbatalnya undang-undang itu.”

Fasal 4.1. secara jelas menafikan undang-undang lain termasuklah undang-undang yang berdasarkan al Quran dan Hadis. Sebagai contohnya, undang-undang jenayah. Antara undang-undang jenayah yang disebutkan di dalam al Quran adalah berkenaan dengan jenayah mencuri yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman memotong tangan si pencuri. Walaubagaimanapun, undang-undang ini tidak dimasukkan ke dalam perlembagaan. Oleh itu ia secara langsung terbatal. Implikasi dari hal ini memungkinkan berlakunya percanggahan aqidah kerana sebagai seorang Muslim yang komited, seseorang itu wajib meletakkan undang-undang berdasarkan al Quran dan hadis mengatasi undang-undang yang lain.

Tun Mohd Suffian, tokoh hakim negara, pernah menyebutkan,

“Saya suka menjelaskan bahawa negara ini bukanlah negara Islam sebagaimana yang difahamkan secara umum. Kita cuma memperuntukkan Islam sebagai agama resmi negara”.

Pemimpin UMNO meneguhkan kenyataan ini melalui kenyataan yang tersiar di dalam akhbar Utusan Melayu (yang dikuasai oleh UMNO) pada 10hb Oktober 1980 yang berbunyi,
“Pemimpin UMNO hendaklah memberitahu rakyat dengan berani dan tegas bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan nasionalisme yang progresif sifatnya. UMNO mesti berani berkata bahawa UMNO tidak bercita-cita untuk menukar perlembagaan dengan undang-undang Islam.”

Seterusnya, ruangan “Rencana Pengarang” akhbar tersebut melanjutkan hal ini dalam tulisannya bertarikh 30hb Oktober 1980 yang berbunyi,

“Sebenarnya Kerajaan adalah sebuah kerajaan kebangsaan yang sama sekali tidak berjanji dengan rakyat negeri ini untuk menjalankan Hukum Islam yang berdasarkan al Quran dan al Hadis”

Jelas di sini bahawa pakar perundangan dan parti yang memerintah Malaysia mentakrifkan Islam sebagai satu upacara rasmi kerajaan malah tidak mempunyai niat untuk meminda peruntukan perlembagaan terhadap undang-undang Islam yang lain seperti yang termaktub di dalam al Quran dan Hadis.

PERLEMBAGAAN UMNO

UMNO ditubuhkan pada 11hb Mei 1946 di Johor Bahru. Ia ditubuhkan semata-mata untuk menentang Malayan Union yang mengancam kedudukan dan kuasa orang-orang Melayu serta Raja-raja Melayu.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyatakan bahawa

“UMNO adalah parti politik yang progresif yang berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan.

Mendukung Perlembagaan Malaysia, perlembagaan negeri-negeri dan mempertahankan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya, terutama mengenai agama rasmi, kedaulatan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, Hak-hak asasi dan orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Berikhtiar bagi mengawal, memelihara dan mengamalkan pemerintahan demokrasi”.

Melalui perlembagaan pertubuhannya, UMNO mengetengahkan konsep Nasionalisma (Nationalism) yang meletakkan perjuangan bangsa Melayu mengatasi perjuangan yang lain di samping mempertahankan konsep Sekularisma yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia. UMNO juga mengambil pendekatan pragmatik (pragmatism) di mana konsep-konsep semasa seperti Islamisasi dan Islam Hadhari diperkenalkan kepada masyarakat oleh pemimpinnya.

PERLEMBAGAAN PAS

Di peringkat awalnya, PAS ditubuhkan sebagai Persatuan Islam SeTanah Melayu pada 23hb Ogos 1951. Ia dianggap sebagai lanjutan daripada pergerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948. Kewujudan PAS merupakan langkah pemimpin Islam di Tanah Melayu yang mendapati UMNO, setelah ditubuhkan pada tahun 1946, tidak berhasrat untuk membawa Undang-undang Islam ke dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

PAS berpegang dengan Surah Al Maidah ayat ke 54 yang menyatakan sekiranya sesuatu kaum itu berpaling dari agama, ALLAH akan mendatangkan kaum yang lain untuk memperjuangkan agamaNYA. Dengan ini PAS menganggap pendaftarannya sebagai sebuah pertubuhan politik pada tahun 1955 sebagai satu usaha Tajdid, iaitulah usaha pembaharuan untuk menyingkirkan fahaman Sekularisma dan Nasionalisma.

Fasal 2.1 Perlembagaan PAS menyebutkan,

“Dasar PAS ialah Islam”

Manakala Fasal 2.2 menyebutkan,

“Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”

Seterusnya Fasal 3 menyebutkan,

“Adapun hukum tertinggi di dalam perjuangan PAS ialah Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijma’ dan Qias, yang terang dan nyata dengan tertakluk pada hukum tertinggi itu kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Majlis Tertinggi Syura Ulama"

Sebagai membuktikan komitmennya terhadap cita-cita Negara Islam, PAS telah menerbitkan dokumen bertajuk Dokumen Negara Islam ( The Islamic State Document )

PERBAHASAN

Prof Said Hawwa menulis di dalam bukunya “20 perkara yang membatalkan aqidah” meliputi perkara berikut:

Perkara 4 - Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia, bukan mengikut ketentuan ALLAH, yang bererti bahawa perbuatan itu melawan ALLAH, kerana ALLAH sajalah yang mempunyai hak menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia.

Perkara 6 - Menjalankan hukum yang lain daripada hukum ALLAH SWT atau tidak merujuk kepada hukum ALLAH SWT dalam sesuatu perkara.

Perkara 9 - Menghina sesuatu Kitab atau sunnah, atau menghina orang alim (ulama) yang menegakkannya, atau mempersenda-senakan hukum-hukum daripada ALLAH atau syiar-syiar daripada syiar Islam.

Perkara 11 - Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al Kitab dan as Sunnah.

KESIMPULAN

Kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah entiti ibarat kepentingan ikrar syahadah bagi seseorang individu. Sebagai seorang Muslim yang komited, seseorang itu perlu jelas dengan konsep Demokrasi, Sekularisma dan Nasionalisma. Sekiranya kefahaman ini tidak jelas, dibimbangi ia mengakibatkan seseorang itu buta perlembagaan dan berlarutan dengan aqidah yang pincang.

Rujukan:

1) http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution
2) http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Medina
3) Perlembagaan Malaysia
4) Perlembagaan UMNO
5) Perlembagaan PAS
6) Utusan Melayu (Malaysia)
7) Said Hawwa, “Al Islam - Syahadah dan Perkara Yang Membatalkannya”


sumber dari: http://khazanahnasional.wordpress.com/category/perlembagaan/

Friday, December 19, 2008

POLIGAMI: Hikmah yang perlu dicari atau ditutup?

Salam perjuangan..

Penulis merasakan isu kali ini agak krontroversi untuk ditulis.. mana tidaknya, bukan kata hendak dibaca, sebut pun kalau boleh tak nak (mungkin bagi sesetengah orang berfikiran begitu). Namun penulis cuba juga untuk mengetengahkan isu ini agar ianya sentiasa segar untuk direnungi dan difahami.

Persoalan poligami bukanlah satu persoalan yang No. 'Wahid' untuk dibincangkan, apatah lagi di dalam kesibukan membicarakan persoalan 'Politik Negara' yang semakin panas suhunya. Kalau nak sebut pun tak sempat, apatah lagi nak melaksanakannya.. jauh sekali.

Namun begitu, apa yang penulis ingin sampaikan adalah dari sudut isu 'Pembinaan Rumahtangga Dakwah'. Pembinaan rumahtangga dakwah bukanlah suatu angan-angan ataupun sekadar menjadi teori-teori yang hanya sekadar dibentang di dalam usrah dan berakhir begitu sahaja. Tetapi rumah tangga dakwah merupakan satu agenda perjuangan bagi membentuk sebuah masyarakat Islam contoh. Seterusnya akan terbentuk sebuah 'biah solehah' yang akan menjadi taman-taman untuk anak-anak kita bermain dengan aman pada suatu hari nanti.

Kembali kepada tajuk, poligami akan menjadi isu sensitif sekiranya persoalan kematangan, kemampuan, keilmuan dan penghayatan tidak menjadi 'asas' kepada perbincangan dan meletakan emosional dihadapan. Ianya akan menjurus ke arah perbalahan yang tiada kesudahan, dan akhirnya merugikan institusi kekeluargaan Islam itu sendiri. Pada penulis sendiri suasana masyarakat sekarang, menuntut kepada kefahaman yang jelas tentang permasalahan ini. Secara pribadi penulis sendiri telah banyak meneliti tulisan-tulisan, artikel serta bahan bacaan berkaitan poligami ini semenjak dari menuntut di IPT dahulu lagi. Kalau ditanya kenapa? Entahlah, mungkin ingin melihat apakah masalah sebenar disebalik isu ini.

Berikut adalah pandangan penulis,

Hukum poligami
Harus
(perlu diingatkan semua hukum bermula dengan 'harus' dan yang 'harus' itu boleh berubah menjadi WAJIB, MAKRUH bahkan boleh menjadi HARAM).
rujuk: http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

Persoalan Rahsia
Sekiranya suami ingin berpoligami, JANGAN BERAHSIA dengan isteri. Rahsia hanya akan membawa kemudaratan dikemudian hari. Maka syarat pertama adalah JANGAN BERAHSIA. Kalau takut lagi nak berterus terang maka belum memenuhi syarat pertama, maka senang kata BELUM LAYAK

Persoalan Keadilan
Penulis pernah berbincang dengan seorang ustaz tentang perkara ini. Jawapannya mudah, keadilan akan berlaku di atas perkataan 'REDHA'. Sebab itu ada isteri Rasulullah yang memberikan gilirannya pada isteri yang lain. Maka bolehkah dikatakan Rasulullah tidak adil apabila Baginda melebihkan giliran malam pada isterinya yang lain? Disinilah terletaknya maksud perkataan 'REDHA' dalam memahami ADIL berpoligami.

Persoalan Mampu
Senang cerita, adakah pihak suami mampu..? kalau mampu silakan.. kalau tak, tangguhkanlah dulu niat tu. Namun sekiranya perkahwinan itu 'Misyar' terpulang kepada persoalan kedua tadi.


Persoalan Calon
Pada pendirian peribadi penulis, ketegori calon adalah seperti berikut:
1. Wanita (Muslimah) yang telah melebihi usia.
2. Wanita (Mualaf) yang perlu bimbingan dan perlindungan.
3. Wanita (Janda) yang dalam kesusahan dan penderitaan.
4. Wanita (Sesiapa) dalam keadaan darurat bagi menyelamatkan AKIDAH. Kalau tak masuk dalam ketergori di atas, penulis rasa tak perlulah kot..

Persoalan Tujuan
Persoalan inilah yang paling PENTING.. Pada pendirian penulis, satu sahaja jawapan yang penulis akan berikan. DAKWAH.

Itulah antara persoalan-persoalan yang cuba untuk penulis rungkaikan di dalam ruangan yang terhad ini. Semoga tulisan yang ringkas ini bermanfaat dan sebelum penulis menamatkan tulisan kali ini, ingin sekali penulis melontarkan satu soalan untuk sama-sama kita fikirkan apakah jawapannya..

Soalannya: "Kenapa dalam soal poligami ini, ada pihak wanita yang penulis istilahkan 'MEMERLUKAN' dan ada pihak yang 'TIDAK MEMERLUKAN'?

wuzere: amanah itu berat.. hanya yang mampu sahaja yang mampu untuk memikulnya.

Thursday, December 18, 2008

PPSMI dan UMNO

Sebentar tadi penulis sempat melihat berita NTV 7 edisi 7, kelihatan Samy Vellu membuat kenyataan media tentang pendirian MIC berkenaan PPSMI. Mengambil kira dari pandangan guru-guru besar dari kaum India, MIC berpendirian 'pengajaran sains dan matematik' hendaklah diajar di dalam bahasa ibunda. Itu pendirian masyarakat India.

Manakala dari kaum cina pula, pendirian tentang isu PPSMI ini jelas, ianya hendaklah diajar di dalam bahasa ibunda. Berikut adalah kenyataan Dr Hsu Dar Ren, pengerusi biro pendidikan dan masyarakat pengetahuan gerakan:


"Mengenai PPSMI, Dr Hsu mengulangi pendirian parti itu bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah hendaklah diajar dalam bahasa ibunda".

rujuk:http://www.malaysiakini.com/news/95096

Tapi UMNO bersunguh-sunguh nak PPSMI ini diteruskan..


wuzere: pelik betul dengan UMNO nie..

Tuesday, December 16, 2008

Nasyid: Irama yang Berevolusi

Sebenarnya agak lama juga penulis ingin memberi komen tentang industri muzik (nasyid) tanah air. Sebelum ini penulis hanya berkesempatan berbincang dikalangan teman-teman. Tidak kurang juga terdapat banyak pandangan-pandangan yang diperolehi sama ada dari media bercetak atau media maya. Kalau tak salah penulis, majalah i pernah mengetengahkan isu 'nasyid' dan di dalam tranungkite jangan ceritalah.. macam-macam komen dapat dibaca. Ada yang berpandangan nasyid kini telah terkeluar dari matlamat... betul kah begitu? atau hanya main pukul rata..


Apapun, penulis ada pandangan tersendiri tentang irama (muzik) nasyid tanah air. Pada penulis muzik ini berevolusi sifatnya, tak kiralah apa jenis muzik, termasuklah juga irama nasyid. Berevolusi yang penulis maksudkan adalah muzik sentiasa berubah mengikut mood pendengar, berubah mengikut peredaran zaman, berubah mengikut jenis alat muzik yang dicipta dan pelbagai lagi. Sekiranya kita lihat sejarah irama nasyid ini di dalam kontek tanah air kita, nasyid dah pun bermula sejak zaman tok-tok kita dulu lagi. Contohnya irama 'marhaban', itu boleh juga dikategorikan irama nasyid, cumanya tak ada alat muzik (kira akapella la kot..). Kemudian kita lihat irama nasyid berubah kepada kelahiran album contohnya al-Jawahir. Sezaman dengan al-Jawahir ini juga lahirnya irama nasyid dari generasi Al-Arqam seperti Nada Murni dan lain-lainnya.


Irama nasyid dari generasi Al-Alqam ini diteruskan oleh kumpalan Raihan, Rabbani dan Hijjaz (semoga mereka meneruskan perjuangan isdustri nasyid). Selepas dari itu bermulalah kelahiran kumpulan-kumpulan nasyid bagai cendawan selepas hujan. Irama nasyid telah berubah, nasyid telah berevolusi menurut citarasa pendengar, maka lahirlah irama bertemakan pelbagai contohnya 'cinta', malah bukan sahaja tema, irama turut berubah, alatan muzik yang digunakan pun turut berubah. Demikianlah serba sedikit penjelasan penulis tentang apa yang dimaksudkan dengan evolusi di dalam irama nasyid.

Latarbelakang kita, memungkin pandangan terhadap muzik nasyid berbeza. Berikut penulis cuba mengenal pasti beberapa 'pandangan alam' menurut latarbelakang seseorang:

a. Seorang yang dilahirkan di dalam alam kesufian (maksud penulis tidak terdedah dengan muzik) mungkin menganggap nasyid tidak lebih daripada sampingan sahaja.

b. Seseorang yang dilahirkan di dalam irama nasyid zaman al-Jawahir dan Al-Alqam memandang nasyid semestinya hanya menggunakan peralatan tradisonal.

c. Seseorang yang dilahirkan di dalam irama kotemporari, akan memandang nasyid perlu mengalami perubahan menurut citarasa pendengar.

Penulis sendiri pernah berada di 'pandangan alam' 'b' dan 'c'. Namun penulis menyokong 'pandangan alam' yang ketiga iaitu nasyid perlulah sentiasa berubah mengikut mood pendengar.


Pada penulis pra-syarat utama adalah:

1. Lirik tidak melalaikan atau terkeluar dari konsep dakwah (perlu difahami bahawa konsep dakwah teramat-amat luas).
2. Akhlak (termasuk pakaian, pergaulan dan imej) individu atau kumpulan haruslah sentiasa di dalam batasan syariat.

Selain dari itu (tema album, peralatan muzik, pakaian) terpulanglah pada 'Kekretifan Irama Nasyid' yang ingin diketengahkan, yang penting muzik nasyid suatu hari nanti akan mengambil alih irama-irama muzik yang melalaikan sekarang.


Contoh irama yang menambat hati penulis:
Alhamdulilah - Opik dan Amanda http://www.youtube.com/watch?v=9CZ4nN7T6vo
Bilal bin Rabah - All One http://all_one.blogspot.com/

dan banyak lagi.. penulis yakin minat setiap orang berbeza terhadap muzik..


wuzere: Al-Quran menjadi hiburan orang mukmin..

Monday, December 15, 2008

Mercedes E200 Kompressor vs Toyota Camry 2.4


Mari kita bandingkan..

Harga 14 buah Mercedes E200 Kompressor
RM 3.43 juta (setelah ditolak cukai)
Harga sebuah
RM 245,000
rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Harga 16 buah Toyota Camry 2.4
RM 2.672 juta (tidak ditolak cukai)
Harga sebuah
RM 167,000
rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Entah kenapa tiba-tiba sahaja UMNO/BN nak menjadi juara dalam memperkatakan isu pembaziran, sedangkan perbezaan harga sebuah kereta Mercedes dan Toyota ialah RM 78,000 (itu belum potong cukai lagi).

Penulis sebenarnya sejak awal lagi telah menjangkakan apa reaksi UMNO/BN, seperti yang dijangkakan, kelihatan salsadu-salsadu UMNO meroyan.. (3 hari 3 malam meroyan..)


Perdana V6 Executive

wuzere: lu pikir la sendiri..

Program Ramah Mesra Aidul Adha di Kg. Keliangau, Menggatal.



Sabtu (13hb) baru-baru ini, penulis dan beberapa teman telah dijemput untuk hadir bersama di majlis ramah mesra aidul adha di Kg. Keliangau, salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Menggatal. Perjalanan ke kampung ini mengambil masa 30 minit dari bandar Kota Kinabalu. Kedudukan kampung ini yang berada di lereng-lereng bukit membuatkan pemandangan yang amat tenang sekali. Kedudukan suraunya yang berada di tanah tinggi menambat hati penulis untuk datang ke sini lagi pada masa-masa akan datang.


Cikgu Jamil bersama Pengerusi Surau En.Yunus

Menurut Pengerusi Surau, En. Yunus, penduduk muslim disini terdiri daripada 10 keluarga berbanding antara 40 hingga 50 keluarga yang terdiri dari mereka yang beragama kristian, kebannyakkannya terdiri daripada SDA dan SIB. Program yang dianjurkan bersama oleh JAKIM, PUM dan JIM ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Akmal (S/U PUM). Tazkirah mengingatkan para hadirin tentang dua sejarah pengorbanan yang tercatat di dalam Al-Quran. Pertama bagaimana Allah s.w.t mengkisahkan tentang Qabil dan Habil yang masing-masing mengorbankan binatang ternakan dan tanaman untuk menentukan yang mana satu diterima oleh Allah. Akhirnya korban Habil diterima Allah kerana adanya sifat takwa dan ikhlas.

Keduanya, adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang terpasak menyembelih anaknya. Walaupun mengikut sejarah, Nabi Ibrahim hanya sempat bertemu dengan Nabi Ismail hanya 3 kali sahaja sejak dilahirkan. Namun atas arahan dan perintah Allah, nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah tersebut. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

keadaan sekitar surau
antara penduduk yang hadir

Sunday, December 14, 2008

Post Terakhir Program Qorban Amal 08

Program Qurban Amal 08 yang berakhir perjalanannya pada 11hb Disember meninggal pelbagai kenangan pahit dan manis dalam melaksanakan aktiviti dakwah. Secara ringkas penulis cuba juga untuk habiskan catatan perjalanan ini. Ini adalah disebabkan kerana selepas 8hb penulis tidak lagi dapat bersama mengikuti perjalanan rombongan di atas tugas lain yang perlu diselesaikan. Catatan ini adalah cuma dari rakan-rakan yang turut sama sehingga akhir program.

9hb - Perjalanan diteruskan lagi oleh rombongan ke Pitas. Namun akibat dari beberapa masalah yang tidak di duga (lembu yang di tempah tidak dapat diambil, maka perancangan asal terpaksa diubah). Perjalanan yang sepatutnya ke Pitas telah terhenti di Kota Belud atas urusan mencari baki lembu yang terpaksa dihabiskan. Selain dari itu, bantuan rombongan dari Sandakan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Sandakan Sdr Wahid tiba di Kg.Tompios untuk menyelesaikan baki seekor lagi lembu di Kg. tersebut.

10hb - Rombongan terpaksa dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 yang terdiri dari sahabat labuan meneruskan perjalanan ke Pitas. Kumpulan 2 berpatah balik ke Tuaran untuk menyelesaikan 2 ekor lembu yang ditempah saat-saat akhir. Manakala kumpulan 3 terus ke Kg.Tamau, Kota Belud untuk menguruskan 2 ekor lembu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Petang itu juga kumpulan 2 terus ke Pitas manakala kumpulan 3 kembali ke kk kerana penerbangan ke kl malamnya.

11hb - Seekor lembu telah dikorbankan di Pitas dan seterusnya rombongan melaksanakan program kemasyarakatan dan dakwah di Kg.Rukom Pitas. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama penduduk, sebuah pam air dapat dipasang untuk memastikan air dapat dibekalkan ke surau untuk kegunaan jamaah. Program berakhir pada petang.

Gambar sekitar program di Kg.Rukom Pitas


membuat penyambungan pam air untuk kegunaan surau di Kg.Rukom
jamuan makan malam bersama penduduk di surau
program motivasi dan hiburan bersama ust. Akhwan
gambar kenangan bersama penduduk

InsyaAllah sekiranya penulis mendapat gambar-gambar kenangan majlis qurban yang diadakan di Kota Belud dan Tuaran, penulis akan cuba untuk masukan pada masa-masa akan datang. Berikut adalah gambar yang sempat penulis rakamkan ketika menguruskan kepulangan rombongan di Terminal 2.

selamat jalan dan terima kasih atas sumbangan rombongan

Tuesday, December 9, 2008

Gambar Terpilih Qurban Amal 08

Gambar sekitar Kg. Lobou, Kota Kinabalu
Bergambar bersama penduduk
Program bersama kanak-kanak di Balai Raya Kg. Lobou
Jamuan bersama penduduk
Keadaan becak dihadapan surau memerlukan perhatain untuk diperbaiki
Laluan untuk ke rumah keluarga angkat
Gambar sekitar Kg. Luanti Baru, Ranau
Bergambar bersama penduduk dan rombongan di hadapan Masjid Al-Amal Kg. Luanti Baru, Ranau
Lembu yang akan disembelih
Proses melapah lembu yang dilakukan bersama bantuan penduduk tempatan
bergambar bersama wakil penduduk menerima daging untuk diagihkan kepada penduduk sekitar
Gambar sekitar Kg. Tompios, Ranau
Surau Kg. Tompios, Ranau
Salah seekor lembu yang akan disembelih bagi menunaikan ibadah
Daging dilapah untuk diagihkan kepada penduduk sekitar
menyediakan makanan untuk makan tengah hari
Kanak-kanak gembira menerima 'duit raya' dari rombongan
Lain-lain gambar sepanjang perjalanan
Berhenti seketika di Kundasang untuk makan malam sebelum meneruskan perjalanan
Bergambar disalah satu jambatan Nunuk Ragang bersama teman rombogan di pagi raya
Keadaan di dalam van yang penuh sesak dengan orang, ayam untuk disembelih dan barang-barang
(macam tin sadin)
Pemandangan indah yang jarang ditemui, walaupun penulis tinggal di daerah sawah, tetapi keadaan sawah bukit yang jauh berbeza pemandanganya.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD